The Internet belongs to everyone. Let’s keep it that way.

Protect Net Neutrality
Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

DAULAH BANI ABBASIYAH - POLITIK (SISTEM PEMERINTAHAN)

No description
by

nurul nadiah

on 13 May 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of DAULAH BANI ABBASIYAH - POLITIK (SISTEM PEMERINTAHAN)

PENGERTIAN SEJARAH ISLAM
Perkataan sejarah adalah merupakan pendekatan ilmu sejarah yang lebih analogis. Ia memberikan gambaran pertumbuhan peradaban manusia dengan ‘pohon’, yang tumbuh dari biji yang kecil menjadi pohon yang rendang dan berkesinambungan.
Menurut Kamus Dewan, sejarah bererti asal-usul iaitu keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan tawarikh.
Menurut R.O. Winstedt, perkataan sejarah berasal dari bahasa Arab yang membawa makna salasilah, tawarikh dan abad. Melalui pernyataan Winstedt ini, sejarawan melayu seperti Ibrahim Alfian dan Mahayuddin Yahaya berpendapat bahawa perkataan sejarah berasal dari perkataan Arab iaitu ‘syajarat’ yang bererti pohon. Pohon atau pokok yang mempunyai dahan dan ranting yang boleh dinisbahkan kepada salasilah dan jurai keturunan yang bercabang-cabang.
Perkataan tawarikh yang digunakan oleh orang Melayu pada sekitar awal abad ke-19 dikatakan juga diambil dari perkataan Arab ‘al-tarikh’. Selain dari ‘tawarikh’ antara istilah yang agak popular digunakan ketika itu adalah ‘hikayat’ dan ‘riwayat’.
ZAMAN PEMERINTAHAN
BANI ABBASIYAH
Pemerintahan Abbasiyah berlanjutan dari tahun 132 H hingga tahun 656 H. Tempohnya ialah selama 524 tahun. Pada tahun 656 H, kaum Tatar melanggar dunia Islam, membunuh Khalifah Abbasiyah serta kaum keluarganya dan mengumumkan berakhirnya pemerintahan Abbasiyah.
Tempoh yang sebegitu lama dilalui oleh golongan Abbasiyah ketika memegang kuasa pemerintahan tidak bereti bahawa kekuasaan para khalifah adalah sama rata.
Sebaliknya kekuasaan tersebut adalah berbeza yang mana menyebabkan pembahagian tempoh pemerintahan Abbasiyah itu kepada tiga period.
Sistem Politik yang Dijalanjan Pada Awal Zaman Daulah Abbasiyah.
para khalifah dikekalkan dari keturunan Arab, manakala para menteri, panglima, gabenor dan para pegawai lainnya dipilih dari keturunan Parsi dan Mawali.
Kota Baghdad dijadikan sebagai ibu kota negara dan menjadi pusat kegiatan politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Ilmu pengetahuan diletakkan sebagai suatu yang sangat penting dan mulia.
Para Menteri keturunan Parsi diberi kekuasaan penuh untuk menjalankan tugasnya dalam pemerintahan.
DAULAH BANI ABBASIYAH
POLITIK
(SISTEM PEMERINTAHAN)

LATAR BELAKANG BANI ABBASIYAH.
Kerajaan Bani Abbasiyah adalah khilafah Islam yang paling lama berkuasa dan berperanan dalam mewujudkan tamadun Islam yang gemilang.
Daulah Abbasiyah adalah sebuah negara yang menyambung kekuasaan Bani Umayyah.
Kerajaan ini dinamakan Daulah Abbasiyah kerana para pemerintah dinasti ini adalah dari keturunan bapa saudara Rasulullah SAW iaitu al-Abbas bin Abdul Muttalib.
Dinasti Abbasiyah didirikan oleh Abdullah al-Saffah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al-Abbas.
Beliau dilantik menjadi khalifah pada 3 Rabiul Awwal 132H.
Kekuasaan Dinasti Bani Abbasiyah berlangsung dari tahun 750-1258 M.
By: NURUL NADIAH BINTI ARBAIN

D20131064395

Tiga period pemerintahan Daulah Bani Abbasiyah:

1) Periode pertama berlaku pada 132 – 232 H. Pada periode ini kekuasaan berada di tangan para khalifah di seluruh kerajaan Islam kecuali kerajaan Andalusia. Para khalifah di zaman tersebut merupakan pahlawan-pahlawan yang memimpin angkatan tentera dan mengharungi peperangan. Kebanyakan mereka adalah ulama-ulama yang mengeluarkan fatwa dan ijtihad, cinta akan ilmu pengetahuan, merapatkan hubungan dengan kaum keluarga dan menyampaikan pidato.

2) Periode kedua bermula dari 232 – 590 H. Periode ini adalah kekuasaan politik yang berpindah tangan dari para khalifah kepada beberapa golongan. Antaranya ialah kaum Turki (232-334 H) kecuali semasa timbul kesedaran tentang pemerintahan di tangan al-Muwaffaq semasa saudaranya al-Mu’tamid menjadi khalifah (256-279 H), kemudian di tangan al-Mu’tadhid bin al-Muwaffaq di masa khalifah al-Mu’tamid dan di masa al-Mu’tadhif sendiri menjadi khalifah (279-289 H). Keduanya ialah golongan Bani Buwaih (334-447 H), dan ketiga ialah golongan Bani Saljuq (447-590 H).

3) Periode ketiga bermula dari 590 -656 H. Pada periode ini kekuasaan berada kembali di tangan para khalifah, tetapi hanya di Baghdad dan kawasan-kawasan di sekitarnya. Apabila sultan Bani Salju’ menjadi lemah, kerajaan mereka mulai mengalami keruntuhan dan pecah-belah, dan segala urusan pemerintahan diurus oleh sekelompok para pemerintah yang ramai. Di antaranya adalah dengan dikenali sebagai Syah dan Atbak. Para khalifah telah mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan kedaulatannya di Baghdad dan kawasan sekitarnya. Para khalifah terus menjalani kedaulatannya di kawasan tersebut, sehingga kaum Tatar yang dipimpin oleh Hulaku datang menyerang dan menakluk dunia Islam serta memusnahkan Kota Baghdad, membunuh khalifah dan menamatkan pemerintahan Abbasiyah pada tahun 656 H bersamaan 1258 M.
pendekatan yang telah digunakan para khalifah Abbasiyah untuk mempertahankan dari pemberontakan, iaitu:
tindakan keras terhadap Bani Abbasiyah.
mengutamakan orang-orang yang berketurunan Parsi dalam pentadbiran.

khalifah Bani Abbasiyah dibantu oleh seorang wazir dengan sebuah kementerian disebut sebagai wizaraat.
wizaraat terbahagi kepada 2 iaitu:
wizaraat Tahfiz - sistem pemerintahan Presiden. Wazir bertindak sebagai pembantu khalifah dan bekerja atas nama khalifah.
Wizaraatut Tafwidh - Parlimen @ Kabinet. Wazir berkuasa penuh dalam kepimpinan dan pemerintahan.
khalifah bertindak sebagai pengukuh kerajaan-kerajaan kecil tempatan melalui perlantikan gabenornya.
khalifah yang bernama Abu Ja'afar al-Mansur telah berjaya mewujudkan sebuah daulah yang sistematik.
antara elemen yang strategik dalam pentadbiran al-Mansur ialah:
penempatan ibu negara di Baghdad yang dikelilingi Sungai Tigris.
berjaya menghapuskan segala anasir yang boleh mengancam kerajaannya.
memulakan pembangunan negara secara lebih pesat.
memulakan gerakan mengkaji ilmu pengetahuan sehingga Kota Baghdad dianggap sebagai pusat pertemuan ilmu pengetahuan dunia.
KESIMPULAN.

Daulah Bani Abbasiyah merupakan perkembangan dari pemerintahan Daulah Bani Umayyah. Daulah Bani Abbasiyah telah dibangunkan oleh Abdullah As-Saffah. Kekuasaannya berlangsung dari tahun 750-1258 M.
Di dalam Daulah Bani Abbasiyah terdapat beberapa cirri yang memberi kemajuan yang mana tidak terdapat semasa pemerintahan Daulah Bani Umayyah. Antaranya ialah dengan berpindahnya ibu kota ke Baghdad, pemerintahan Bani Abbas menjadi jauh dari pengaruh Arab, sedangkan Daulah Bani Umayyah sangat berorientasikan kepada Arab. Selain itu, dalam penyelenggaraan Negara, pada masa pemerintahan Bani Abbas mempunyai jabatan Perdana Menteri, namun tidak ada semasa pemerintahan Daulah Bani Umayyah. Namun begitu, pada beberapa dekad terakhir, Daulah Bani Abbasiyah mulai mengalami kemunduran terutama dalam bidang politik. Oleh itu, bermulalah kejatuhan dan perpecahan Daulah Bani Abbasiyah yang mana khalifahnya telah di bunuh oleh tentera Moghul.
Full transcript