Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

3. Manusia merupakan insan yang dicipta oleh Allah dengan me

No description
by

najwan rusli

on 11 March 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of 3. Manusia merupakan insan yang dicipta oleh Allah dengan me

Manusia Pada Agama
DARI MANA MANUSIA DAN AGAMA?
Ahli agama berpendapat bahwa agama itu berasal dari Kudrat Maha Pencipta, yang
memberikan bimbingannya kepada Manu pertama, dan Manu pertama itu mewariskan
kepada keturunannya. Sebahagiannya tetap taat kepada bimbingannya dan
sebahagiaannya beransur-ansur menyangkal, lalu mengemukakan ajaran-ajaran yang
menyimpang dari fakta kebenaran. Hal ini berlaku pada sesuatu masa mengikut suasana
dan keadaan. Sebab itulah Maha Pencipta dengan kuasaNya melahirkan seorang insane
pilihan bagi sesuatu kaum. Maha Pencipta telah mengutuskan Pembaharu Agama atau
Nabi atau Manu untuk membimbing manusia kepada agama.
PENGERTIAN MANU
1.Manu dari perspektif Bahasa
• Manu adalah satu perkataan dari bahasa sankrit.
• Bahasa Arab menyebutnya dengan Mann.
• Bahasa Inggeris pula menyebutnya dengan Man.
2.Manu dari perspektif Agama
• Agama Brahma memanggilkan Manu pertama itu dengan Shatarupa.
• Agama yahudi, Kristian dan Islam memanggil Manu pertama itu dengan Adam.


Asas Kajian Manusia Dan Agama
- Dalam membuat penelitian kalangan ilmu yang telah menumpukan sebahagian hayatnya untuk
penyelidikan dan penilitian masalah agama.

- Para sarjana psikologi pada umumnya berpegang pada teori Evolusi dari Charles Darwin (1809-1992)

- Mengikut teori Darwin segala bentuk benda berasal dari bentuk yg sederhana dan secara beransur
berkembang ke arah tingkatan-tingkatan bentuk yg lebih tinggi dan sempurna

- Fokus penyelidikan mengenai masalah manusia dan agama turut tertumpu pada kelompok bahan
atau maklumat akeologi

- Secara umumnya pandangan tentang manusia dapat dibahagikan kepada tiga iaitu pandangan
falsafah Barat, pandangan sains dan pandangan agama-agama.

Kesimpulan
Pelbagai pandangan tentang manusia tidak dapat mengkaburi pandangan asal manusia itu sendiri terhadap
dirinya. Manusia sebenarnya sudah mempunyai satu pengetahuan tentang dirinya. Segala perbuatannya telah menggambarkan pandangan dirinya terhadap “Dirinya Sendiri”. Beberapa kesimpulan telah dirumuskan antaranya :
• Falsafah telah menekankan dua unsur asas manusia iaitu fizikal yang kebinatangan dan akal yang kemanusiaan.
• Titik persamaan manusia dengan makhluk lain adalah fizikalnya dan titik perbezaan manusia dan makhluk lain ialah akalnya.

Dari sudut agama pula, kita dapat buat kesimpulan bahawa semua agama bersetuju bahawa manusia dijadikan dengan matlamat dan tugasan yang perlu dilaksanakan di alam ini. Titik perbezaan antara pandangan agama ini mungkin dari sudut “Siapa” yang menjadikan dan “bagaimana” proses kejadian itu serta perkara-perkara yang berkaitan dengan nasib manusia pada masa atau kehidupan akan datang.
Akhir sekali, menurut pandangan sains kita mendapati kepelbagaian dan beberapa kesempitan ruang yang terhasil akibat terhadnya pancaindera manusia yang menjadi punca penggalian ilmu sains itu sendiri.

PENDAHULUAN
Timbul banyak persoalan yang berada didalam pemikiran manusia.
Antara soalan yang dipersoal ialah :

- Siapakah sebenarnya manusia?

- Apakah ciri-ciri yang membuatkan seseorang itu disebutkan sebagai manusia?

- Apakah perbezaan antara manusia dengan benda dan hidupan lain di alam ini?

- Apakah maksudnya apabila disebut bahwa “semua manusia adalah - bersaudara” ?

- Bagaimanakah kedudukan kita sebagai manusia berbanding dengan makhluk lain di alam ini?

Persoalan tentang hakikat manusia dan kemanusiaan di atas menjadi di antara isu pokok dalam bidang
falsafah,psikologi, agama dan juga kehidupan seharian manusia.Telah terdapat pelbagai pihak yang
membuat tafsiran tentang jawapan kepada persoalan- persoalan tersebut dan tafsiran mereka biasanya condong kepada kecenderungan mereka sendiri

Manusia Pada Pandangan Falsafah Klasik Barat
Terhadap Manusia
– Menurut Plato manusia ni hanyalah binatang 2 tanpa bulu pelepah. Jadi apabila anak didiknya
diogenes togelkan ayam itu ke tempat pengajian ia sah sebab ayam itu dikira manusia
– Pada zaman Greek dan Rom pula pada pendapat mereka manusia ini didefinasikan sebagai
binatang yang boleh bercakap dan berfikir

Terhadap Akal
– Menurut plato akal ini paling tinggi dalam jiwa ia dapat mengawal tingkah laku manusia
– Manusia yang bijak, cerdik dan dapat kawal tingkah laku ialah org yang berakal.
– Pada Aristotle pula akal ini ialah anugerah tertinggi dalam jiwa dan Aristotle berfikir bahawa
akal inilah yang membezakan antara manusia dengan mahluk lain
– Akal mempunyai prinsip tersendiri berbeza dengan angota badan kita
– Cara kita mengenali akal seseorg itu melalui pandanan semulajadi dan keunikan pemikiran
seseorang

Manusia Pada Pandangan Sains
Terdapat dua sudut pandangan sains - Sudut Biologi & Sudut Tingkah Laku
• Sudut Biologi
– Melihat manusia dari aspek fizikal atau anggota tubuh dan juga kandungan fizikal manusia ( kandungan kimia ).
– Tafsiran sempit sains tentang manusia ini menekankan- segala aktiviti manusia adalah ditentukan oleh undang-undang
fizik dan kimia.
– Manusia dilihat hanya sebagai satu bentuk hidupan “yang lebih tinggi” berbanding dengan hidupan dan benda yang lain.
– Manusia adalah sebahagian daripada susunan fizikal alam semula jadi seperti benda-benda yang lain. Ini boleh dibuktikan
dengan: (Titus & Smith, 1974:28)
– manusia mempunyai saiz, berat, bentuk dan warna juga mengisi ruang dan masa
– undang2 fizik seperti graviti juga bertindak terhadap manusia seperti mana terhadap benda2 lain.

Teori - Teori Lain Dari Sudut Biologi
• Teori evolusi ( Charles Darwin ) - semua hidupan meningkat daripada tahap yang rendah, mudah kepada
bentuk yang lebih tinggi, kompleks.
• Dalam THE DESCENT OF MAN ,manusia adalah berkembang daripada binatang satu sel, dari sudut ini
manusia adalah sama dengan spesies binatang-binatang yang berasal daripada “pre-existing form”
( bentuk yang paling mudah)
• Pandangan Darwin yang mengatakan “manusia adalah subjek kepada perubahan yang berbentuk evolusi
dan akan berbeza dari masa ini dan juga pada masa akan datang” semakin menyusahkan kita untuk membuat
tafsiran tentang manusia.

Manusia Dari Segi Tingkah Laku
•-Dari sudut tingkah laku atau behaviourisme, manusia dianggap satu agen perubahan
dalam bertingkah laku yang meliputi aspek emosi, pemikiran dan pergerakan atau perbuatan.

•-Menurut John B. Watson (pengasas pemikiran behaviourisme dalam psikologi), "Berikan
aku seorang bayi dan duniaku akan membesarkan dia. Aku akan mengajar dia merangkak;
memanjat dan mengajarkan dia menggunakan kedua-dua tangannya untuk membina
bangunan dari batu dan kayu. Aku boleh jadikan dia seorang pencuri, seorang yang mahir
bermain senjata ataupun seorang yang jahat."

•-Berdasarkan teori ini, kemungkinan untuk membentuk manusia dalam apa jua rupa
bentuk adalah tidak terbatas kerana manusia dianggap sebagai anak kepada persekitaran
(al-insan ibn al-bi'ah).

•-Teori psikologi Sigmund Freud pula berkisar tentang "libido seks" iaitu tingkah laku
manusia terhasil daripada desakan naluri seksual.

•-Karl Marx melihat tingkah laku manusia dari sudut proses ekonomi.

•-Semua teori dalam sains tingkah laku sama ada sosiologi, psikologi dan sebagainya
tidak terlepas dari kritikan mahupun bukti kesilapan mereka.

•-Pandangan-pandangan ini walaupun tidak semuanya salah tapi sebenarnya terlalu
sempit dan berat sebelah. (These are not totally false but extremely lopsided views.)
(Titus & Smith, 1974:28)

Manusia Pada Pandangan Agama
Agama – agama Barat :
- Kristian
- Yahudi
- Islam
- Hindu
- Budha
Kristian :
• -Diciptakan oleh tuhan berdasarkan imej tuhan
-Manusia dihantar ke dunia untuk berkhidmat kepada tuhan
•- Berupaya utuk melakukan kebaikan dan kejahatan
• -Konsep cinta dan ‘social-mindedness’ sebagai nilai utama
• -Jesus nazareth sebagai lambang kebaikan individu dan masyarakat
Yahudi :
• Menekankan konsep keadilan dan kebenaran untuk kaum dan bangsa mereka
Islam :
• -Komprehensif terhadap manusia
• -Makhluk mulia yang diciptakan oleh Allah s.w.t serta diturunkan ke atas muka bumi untuk melakukan
segala ibadah dan berkhidmat kepada Allah s.w.t dan akan kembali kepada tuhan mereka setelah mati
• -Tanggungjawab dan amanah dengan melakukan kebaikan untuk mendapat balasan yang baik di akhirat
• -Penciptaan manusia diperjelaskan dengan mantap melalui Al-Quran


Hindu :
Pertama, dalam Agama Hindu manusia di dunia ini di taqdirkan lahir menurut kasta-kasta tertentu dan
seluruh kehidupanya di perintahi oleh peraturan yang kaku (their whole life is governed by rigid rules).

Brahma, yaitu golongan pendeta yang sederajat walau pun tidak melebihi dari pada Tuhan-Tuhan.

Kesatria, yaitu golongan yang memerintah dan pahlawan-pahlawan.

Kasta waisya, yaitu golongan tani dan saudagar.

Kasta Sudra yaitu golongan budak.

Menurut pandangan Hindu Ortodox,semua hindu yang termasuk dalam golongan ke empat ini dan manusia
lain yang tidak memeluk kepercayaan hindu dianggap manusia yang”untouchables” (tidak boleh di pegang).

Budha :
Agama Budha tidak memandang manusia dalam kasta-kasta, tapi prinsip doktrin agama ini meniadakan
bagi manusia kesenangan dan keni’matan duniawi.
Tujuan hidup manusia, ialah mencari nirwana, dalam hal ini roh harus mengalami reingkarnasi (tanasukh).
Reingkarnasi berarti perpindahan roh manusia dari satu tubuh ke lain tubuh dan hidup kembali.
Roh manusia yang mati, baru akan sampai kepada derajat nirwana apabila roh itu telah cukup kesuciannya.

Kejadian Manusia Dari Perspektif Islam
Asal usul kejadian manusia dari perspektif islam merangkumi satu pandangar yang bersifat
menyeluruh dan boleh dipertanggungjawabkan. Ia bermula dari asal kejadian manusia dan
proses kejadian yang selanjutnya.
Asal Kejadian Adam
Dalam al-Quran, Allah swt telah menjelaskan firman Allah kepada malaikat mengenai
hasratnya hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi sebagaimana firmanNya: 
“Dan ingatlah ketika Tuhan engkau berkata kepada Malaikat “Sesungguhnya Aku hendak
jadikan di bumi seorang khalifah” (al-Baqarah : 30)

Di dalam al-Quran seorang khalifah yang dimaksudkan itu ialah Adam a.s
“dan telah diajarkanNya kepada adam nama-nama semua benda”
(al-Baqarah : 31)
Kitab-kitab tafsir menceritakan setelah Adam dicipta, ia diberikan tempat tinggal di sebuah
taman syurga. Ketika inilah Allah menciptakan isterinya yang bernama Hawa sebagai
pasangan hidup. Mengikut “Kitab Perjanjian Orang Lama” orang Yahudi dan Nasrani menyebut
bahawa Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam, yang diambil dari Adam ketika tidur. Fakta
kejadian Hawa ini disebut juga di dalam hadis
“peliharalah perempuan-perempuan itu sebaik-baiknya, kerana sesungguhnya perempuan
dijadikan dari tulang rusuk”(riwayat: Bukhari dan Muslim)

Allah swt telah memerintahkan Adam dan Hawa untuk tinggal di Syurga dengan
keadaan aman dan damai. Disamping itu Allah juga memerintahkan Adam
dan Hawa agar menjauhi pohon Khuldi dan juga dilarang memakan buahnya.
Bagaimanapun Adam dan Hawa telah menerima ujian dan godaan daripada
syaitan. Syaitan sering memujuk dan menggoda keduaNya agar melanggar
larangan Allah. Akhirnya mereka terpengaruh dengan hasutan syaitan serta
melanggar larangan dan tegahan Allah swt.

Peristiwa ini menyebabkan kemurkaan Allah kepada Adam dan Hawa. Mereka
diperintahkan keluar dari syurga dan tinggal di bumi. Ketika inilah lahirnya
keturunan Adam dan Hawa yang bermula dengan Qabil dan Habil. Daripada
jenerasi merekalah lahirnya manusia yang kemudiannya berkembang biak
bersuku-suku, berbangsa-bangsa, berlainan warna kulit, bahasa, dan agama.

Proses Kejadian Manusia
Ciri – ciri Manusia

1. Manusia adalah makhluk dari tanah.
Manusia adalah satu jenis daripada jenis-jenis makhluk yang mempunyai kesamaan dalam
satu aspek dan mempunyai kelainan dalam aspek yang lain. Manusia sebenarnya adalah
makhlukdari tanah.
“Dan Allah S.W.T jadikan kamu dari tanah” (Fatir 35: 11)
Menurut Alexis Carel
“setelah diterangankan percantuman yang sebati di antara bahan kimia yang tersusun
darinya jisim manusia dan tanah dari berbagai jenis beliau berkata bahawa manusia
dicipta dari tanah: (Muhammad Al-Mubarak: 1988) .

2. Manusia adalah satu jenis dari jenis-jenis haiwan.
Manusia merupakan satu jenis dari berbagai jenis haiwan binatang. Mereka hampir
sama dengan binatang dalam berbagai perkara dan lebih teruk daripada binatang
dalam sesetengah perkara.
“Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian
di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan
dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki”.

3. Manusia merupakan insan yang dicipta oleh Allah dengan mempunyai sifat-sifat yang
istimewa. Kedudukan dan mertabat manusia adalah lebih baik daripada binatang. Manusia
mempunyai potensi yang baik kerana diberikan padanya akal dan ilmu pengetahuan.
Diberikan kepada manusia ilmu, akal dan pancaindera supaya dapat menjalankan tugasan
menghidup dan memakmurkan alam.

“sesungguhnya Kami mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian” (al-Tin: 4)

4. Keistimewaan manusia dari aspek rohani.

Manusian dicipta oleh Allah S.W.T mempunyai dua unsure iaitu Jasmani dan Rohani Unsur
jasmani adalah untuk membolehkan manusia berusaha, bekerja, dan saling bantu-membantu
untuk membina kehidupan sama ada secara individu,keluarga, bermasyarakat dan bernegara.
Unsure rohani pula untuk mengerakkan dari manusia kepada ketundukkan, kepatuhan dan
pengabdian diri kepada Pencipta. Unsur rohani inilah yang mengangkat martabat manusia
bagi menghampiri PenciptaNya.
 
“kemudian diperelokkannya dan Allah tiupkan padanya ruhNya”( al-Sajadah: 9)

“Sesungguhnya Kami memuliakan bani Adam”(al-Isra: 70)


Pengertian Agama
Menurut Sidi Ghazalba ( 1977), persoalan berkaitan pengertian agama dalam bahasa Melayu Nusantara
agak sukar dijawab oleh orang awam itu sendiri berbanding dengan bersusah payah mengetahui maksud
“agama”. Jika ditanyakan kepada orang islam berbangsa Melayu, “apa agama tuan?, maka dijawab,
“ agama saya islam”, Jika ditanya seterusnya,”apa itu islam?“ Jawapan yang paling mudah ialah, “ islam itu agama”.

Hal ini membawa kita memahami bahawa untuk mengetahui secara mendalam dan tepat tentang maksud
kata “agama” itu adalah agak sukar dan memerlukan pengkajian yang mendalam.

A. Mukti Ali (1982) menyebut, “barangkali tidak ada kata yang paling sulit diberi pergertian dan definisi selain
dari kata agama”. Hakikatnya agama telah lama berada dalam pemikiran manusia seiring dengan kewujudannya.
Kesukaran untuk memberi definisi yang tepat adalah kerana ia adalah suatu yang berkembang, dinamik, asasi,
personal dan mempunyai skop yang amat luas.

Terdapat beberapa pandangan berkaitan maksud agama dari segi etimologi bahasa Melayu yang berasal
daripada bahasa Sanskrit. Pandangan pertama mengatakan bahawa agama ini terdiri daripada suku kata
iaitu “a” dan “gama”. Dalam bahasa Sanskrit “a” bermaksud “tidak” dan “gama” bermaksud “kacau”. Oleh itu
maksud agama dari sudut bahasa Melayu yang berasaskan bahasa Sanskrit ini ialah “tidak kacau” (A. Mukti Ali, 1982).
Namun begitu menurut Sidi Ghazalba (1977). Jika perkataan “agama” ditinjau daripada akar kata “gam” ia
membawa maksud “jalan” atau arah tuju. Ini kerana akar kata perkataan “agama” dalam bahasa Sanskrit
adalah dilihat berasal daripada perkataan bahasa serumpunnya dalam Indo-Germanic ( bahasa bangsa Aryan)
seperti bahasa orang Belanda dan Inggeris.

Ia dikatakan mempunyai kaitan dengan perkataan “ga” atau “gaan” dalam bahasa Belanda dan
“go” dalam bahasa Inggeris yang bermaksud “pergi” atau “jalan”. Ringkasnya dari sudut ini maksud
agama adalah jalan atau cara-cara untuk sampai kepada keredhaan Tuhan (Endang Saifuddin,1982).
Hal ini menurut Sidi Ghazalba (1977) lagi, ini bersesuaian dengan makna agama bagi kebanyakan ajaran
seperti taoisme, shinto dan buddhisme. Bahkan makna dalam ajaran Islam yang merujuk kepada “shariat”,
“tariqat” dan “sirat” adalah juga membawa maksud “jalan”.

Dalam masyarakat Melayu Nusantara, perkataan “agama” mempunyai tiga rupa bentuk sebutan
iaitu “agama”. “ugama” dan “ igama”. Sebutan “agama” dikatakan wujud dalam bahasa Melayu di
Indonesia, “igama” dalam bahasa Jawa dan “ugama” dalam bahasa Melayu di Malaysia.
Seorang penyelidik, Kiai Musa ‘1-Makhfuld dari Kementerian Agama Republik Indonesia dalam
kajiannya pada tahun 1950-an mendapati bahawa masyarakat Hindu Bali mempunyai tanggapan
yang berbeza berkaitan tiga perkataan ini. “Agama” dikatakan bermaksud peraturan, tatacara, dan
upaca berkaitan hubungan manusia dengan raja. “ Igama” dalam hubungannya dengan dewa-dewa,
manakala perkataan “ugama” dalam hubungannya sesama manusia (Sidi Ghazalba,1977).

Perkataan “ugama” dan “agama” dalam istilah bahasa Melayu Malaysia digunakan secara
bersama dan membawa maksud yang sama. Kamus Dewan menjelaskan bahawa maksud “ugama”
atau “agama” ( bagi ajaran yang mempercayai Tuhan) adalah “ kepercayaan pada Tuhan pada sifat-sifat
serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepervttyaan pada Yang Maha Kuasa.”
Manakala bagi ajaran yang mempercayai dewa dan sebagainnya dikatakan maksudnya adalah
“kepercayaan kepada sesuatu dewa dan lain-lain yang dipuja dan sebagainya dan dianggap sebagai
sesuatu yang amat berkuasa”

Menurut Al-Quran dan Al-Hadis, manusia diciptakan oleh Allah swt dengan
dua unsur iaitu jasmani dan rohani.

Unsur Jasmani

Unsur –unsur jasmani yang disebut oleh Al-Quran dan Al-Hadis ialah dari:
1. Air/Min Maain (Al-Furqan : 54)
2. Tanah/Min Al-Turab (Al-Anbiya : 30)
3. Pati tanah/Min Tin (Al-Tin : 4)
4. Tanah tin yang liat dan sebati/Min Tin Al-Lazi (Al-Saffat : 11)
5. Tanah yang panas dan berbau/Min Hama/Al-Masnun (Al-Hijr : 28)
6. Tanah yang keras seperti tembikar/Min Solsoli Kal-Fahhor (Al-Rahman : 14)
7. Daripada tanah bumi/Min Al-Ard (Al-Najm : 2)



Berkenaan proses kejadian zuriat keturunan Nabi Adam pula, Al-Quran menjelaskan
begitu jelas mengikut istilah :
1. Janin dalam perut ibu. (Al-Najm : 12)
2. Zuriat keturunannya dari pati air yang hina. (Al-Sajadah : 9)
3. Menciptakan kamu berperingkat-peringkat. (Al-Zumar : 6)
4. Bermula ciptaan dalam tiga kegelapan. (Nuh : 14)
5. Tiga peringkat kejadian 40 hari x 3 = 120 hari. (Riwayat : Bukhari & Muslim)

Peringkat-peringkat kejadian manusia dalamperut ibu:
1. Nuffah (segumpal air)
2. Alaqah (segumpal darah)
3. Mudzhah (segumpal daging)
4. Lohman (daging)
5. Holqan Akhoro (bentuk manusia)
6. Faiza Sawwaituhu (menyempurnakan ciptaan bentuk rupa manusia)
Ringkasnya dapatlah difahami bahawa unsur-unsur jasmani manusia diciptakan oleh Allah dari unsur-unsur
yang ada di bumi seperti tanah dan air. Ilmu sains turut membuktikan bahawa unsur-unsur yang ada pada
manusia juga kedapatan di bumi. Walaupun hujjah sains tidak boleh boleh dikira mutlak namun bukti dan
data penyelidikan telah membantu hakikat kebenaran yang telah direkodkan oleh Al-Quran.

Oleh kerana asal kejadian manusia dari unsur-unsur yang ada di bumi, maka tuntutan dan keperluan hidupnya
juga berasal dari bumi. Keperluan harian manusia seperti makanan, minuman, pakaian, perhiasan dan keamanan
adalah diperolehi dari bumi.

2. Unsur Rohani

Al-Quran dan Al-Hadis menjelaskan unsur-unsur rohani sebagaimana berikut :

“ Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) “ (Al-Hijr : 29 )

“ Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkannya kejadiannya dalam perut ibunya selama empat puluh hari
air mani, kemudian jadi segumpal darah, seperti yang demikian itu, empat puluh hari, kemudian jadi seketul daging
seperti yang demikian itu juga iaitu empat puluh hari, kemudian diutuskan kepadanya Malaikat lalu ditiupkan roh
padanya “ (Riwayat : Bukhari dan Muslim)

Dalam ayat dan hadis di atas Allah menjelaskan bahawa pada awalnya jasmani manusia diciptakan, setelah
sempurna penciptaan barulah Allah mengirimkan Malaikat lalu meniupkan roh pada jasad tersebut

Sebagaimana unsur jasmani yang memiliki tuntutan dan keperluan untuk kehidupan maka unsur rohani juga
mempunyai kehendak yang sama. Namun begitu tuntutan rohani agak berbeza dengan tuntutan jasmani. Tuntutan
dan keperluan rohani berpunca dari alam ketinggi dan kekudusan. Ia memerlukan hidangan dan makanan yang
berupa aqidah, ibadah, ketundukkan, kepatuhan, keimanan dan keikhlasan. Jelasnya tuntutan dan keperluan rohani
ialah penyerahan dan pengabdian diri kepada Pencipta.

Full transcript