Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

TEKNOLOGI KOMPUTER DALAM PEMBELAJARAN SAINS PRASEKOLAH

No description
by

Jejaka MinimaLis

on 20 May 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of TEKNOLOGI KOMPUTER DALAM PEMBELAJARAN SAINS PRASEKOLAH

TEKNOLOGI KOMPUTER
DALAM PEMBELAJARAN
SAINS PRASEKOLAH

PENGENALAN
Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan sumber maklumat yang mudah dan cepat untuk memperoleh sebarang maklumat atau pun ilmu pengetahuan.
Hal ini demikian kerana, selain daripada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pelajar-pelajar memerlukan suatu kemahiran asas untuk bersaing di alaf baru iaitu celik komputer.
Kepentingan teknologi maklumat ini telah mendorong kerajaan untuk menerapkan bidang tersebut sehingga ke peringkat sekolah rendah, khususnya sekolah di luar bandar.
Berdasarkan teknologi ini, sains dapat diaplikasi dalam bentuk simulasi, tutorial dan penyelesaian kepada prasekolah.
- DEFINISI TEKNOLOGI

- DEFINISI TMK

- SIMULASI

- TUTORIAL

- PENYELESAIAN MASALAH
SUBTAJUK TOPIK
DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat TMK ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi.
Teknologi maklumat yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan seumpamanya.
Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan
TUTORIAL
Menurut Zulkiple (2001), tutorial digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan susunan dan urutan yang merangkumi pendedahan kandungan, tunjuk cara sesuatu fenomena dan latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.
Secara umumnya, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen di dalam pembelajaran tutorial antaranya ialah mempersembahkan maklumat, membimbing, menyediakan atau memberi latihan, dan menilai pencapaian yang telah dilakukan oleh murid.
Berdasarkan prinsip pembelajaran kontruktivisme juga, pendekatan tutorial ini melibatkan pembelajaran secara hands on dan minds on. Selain dari pensel, buku latihan dan teks, komputer membolehkan pelajar - pelajarnya bertukar - tukar maklumat dan pengisian yang berlainan seperti melalui internet, email di antara individu dan bilik darjah secara jauh dan dekat.
SIMULASI
Menurut Sharifah (2003), mendefinisikan simulasi sebagai keadaan atau sistem yang di model melalui komputer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi.
Selain itu, simulasi juga merupakan suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa.
Kaedah simulasi mampu membangkitkan suasana belajar yang menggalakkan dan menggembirakan. Dalam aktiviti P&P di dalam bilik darjah, pendekatan simulasi amatlah diterapkan dalam kalangan pelajar untuk mengubah sesuatu bagi melihat pembaharuan.
PENYELESAIAN MASALAH
Menurut Wikipedia ensiklopedia bebas, Penyelesaian masalah merupakan sebahagian pemikiran dan berfungsi intelektual yang paling rumit.

Penyelesaian masalah merupakan kaedah yang dapat digabungkan dengan permainan untuk menghasilkan keputusan yang baik dan hendak diambil dan diambil oleh pelajar.

Penyelesaian masalah membolehkan pelajar berinteraksi dengan komputer dalam mencari dan menyelesaikan masalah melalui pencarian dan melalui pertanyaan yang dikemukan kepada komputer.




KESIMPULAN
Penggunaan TMK dalam pendidikan sangatlah penting dan selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia.

Pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara kita menjadi lebih kompetitif di mana Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan kualiti pendidikan.

TMK menjadi pemangkin kepada perkembangan pendidikan bertaraf dunia yang menjadi impian Malaysia.

Guru diperlukan untuk mencorakkan perkembangan pelajar kerana tugas ini tidak boleh dilakukan oleh teknologi seperti komputer walau secanggih mana sekalipun teknologi tersebut.
DEFINISI TEKNOLOGI
Ditakrifkan sebagai aplikasi sains dalam reka cipta alat –alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia.
Dapat meningkatkan pengetahuan sains melalui penemuan dan teknik baru yang canggih lagi berkesan.
Menurut Heinich, Molenda & Russell (1984), daripada Maznah Ali et.al (2004)
- Proses
- Bahan
- Proses dan bahan
PROSES
Penggunaan secara sistematik,pengetahuan saintifik dan cabang ilmu lain yang tersusun bagi menghasilkan pembelajaran yang praktis
BAHAN
Peralatan dan perisian yang dihasilkan daripada proses teknologi itu sendiri seperti hard copy
PROSES DAN BAHAN
Gabungan proses dan bahan
Full transcript