Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Amalan Ruqyah Syar'iyyah di Singapura: Satu Sorotan

Kongres Pengubatan Islam Nusantara 2012 UM
by

sakinah saptu

on 30 March 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Amalan Ruqyah Syar'iyyah di Singapura: Satu Sorotan

PENUTUP PENDAHULUAN FAKTOR KEWUJUDAN RUQYAH SYAR'IYYAH DI SINGAPURA AMALAN RUQYAH SYAR'IYYAH
DI SINGAPURA: SATU SOROTAN AMALAN RUQYAH SYAR'IYYAH DI SINGAPURA PUSAT RAWATAN RUQYAH SYAR'IYYAH DI SINGAPURA PELAKSANAAN RUQYAH SYAR'IYYAH
SECARA UMUM SAKINAH SAPTU
MOHAMMED YAZID ABD SAMAD KONGRES PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA
DEWAN UTAMA, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
1 & 2 DISEMBER 2012 Bagi kebanyakan masyarakat Islam Singapura, istilah dan amalan Ruqyah Syar’iyyah bukan sesuatu yang baru.
Di Singapura - Ruqyah Syar’iyyah tidak diketepikan sebagai salah satu rawatan alternatif.
Terdapat para perawat (individu atau berkumpulan)
Terdapat pusat-pusat rawatan berkonsepkan Ruqyah Syar’iyyah
Para perawat berperanan bukan sahaja sebagai perawat tetapi dalam masa yang sama berusaha memberikan pendedahan dan pengajaran tentang Ruqyah Syar’iyyah kepada masyarakat Islamnya. PERCAYA PADA KEHEBATAN SIHIR MENDAPATKAN KHIDMAT AHLI SIHIR TIADA PENGETAHUAN
TENTANG RUQYAH SYAR'IYYAH Untuk mengekang situasi ini, wujudlah Ruqyah Syar’iyyah yang diusahakan oleh pihak-pihak tertentu bagi membantu masyarakat Islam keluar dari lingkaran kesyirikan dengan melaksanakan rawatan sejajar dengan tuntutan syarak. Untuk membendung permasalahan ini, mempunyai mereka yang mahir dan pakar dalam jampi-menjampi sesuai syarak (Ruqyah Syar’iyyah) dalam sesebuah masyarakat Islam itu adalah satu keperluan. Atas dasar itu, lahirlah beberapa orang perawat yang menggunakan Ruqyah Syar’iyyah. Masyarakat Islam perlu difahamkan bahawa merawat sihir dengan sihir adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam dan Islam pula menyediakan solusi lain untuk menanganinya iaitu merawat dengan Ruqyah Syar’iyyah 1 2 3 PERAWAT PESAKIT BUKAN
PERAWAT
DAN PESAKIT Pengamal Ruqyah Syar'iyyah Amalan Ruqyah Syar’iyyah di Singapura dewasa ini mendapat tempat di kalangan kebanyakan masyarakat Islamnya. Atas usaha pengenalan dan pendedahan yang dilakukan oleh beberapa pusat perubatan Islam di Singapura melalui kuliah, kelas, seminar dan bengkel, Ruqyah Syar’iyyah kini sering menjadi pilihan dalam menangani masalah-masalah berkaitan sihir dan gangguan jin. Terdapat beberapa pusat rawatan berkonsepkan Ruqyah Syar’iyyah
Pusat rawatan ini mempunyai senarai perawat yang membantu menggerakkan pusat tersebut.
Menyediakan khidmat rawatan dan kaunseling untuk para pesakit.
Menyediakan pelbagai bengkel dan seminar untuk para pesakit serta mereka yang ingin mengetahui dan mempelajari dengan lebih lanjut mengenai Ruqyah Syar’iyyah. Mereka menggunakan Ruqyah Syar’iyyah dalam sesi rawatan. Ruqyah Syar’iyyah juga digunakan sebagai medium dakwah untuk membawa masyarakat kepada mentauhidkan Allah s.w.t dan melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w. Mereka mengamalkan Ruqyah Syar’iyyah bagi tujuan
pemulihan, merawat diri sendiri dan mendinding diri. Mereka ialah golongan yang membaca ayat al-Quran dan hadith Nabi s.a.w sebagai zikir harian. Contoh membaca ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi s.a.w yang mempunyai ‘khasiat’ sebagai pendinding pada waktu pagi dan petang serta sebelum tidur dan sebagainya Komuniti Ruqyah Syariyyah Singapura Rawatan Ruqyah Syar'iyyah Terapi al-Quran Singapura Islamic Medicine Akrine Singapura Pusat Rawatan Darul Ilaaj (Changi Road) Darul Ajyal Rawatan Ruqyah Singapura Rawatan Islam
(Hub Rawatan Islam Singapura) Para perawat dan pusat rawatan di Singapura - mempunyai matlamat yang sama:
untuk membasmi kesyirikan
memupuk tabiat melazimkan pengamalan bacaan al-Quran sebagai penyembuh dalam rawatan
menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.

Namun dari sudut pelaksanaan Ruqyah Syar’iyyah mungkin berbeza-beza antara seorang perawat dengan seorang perawat yang lain. Membaca ayat-ayat al-Quran dan doa-doa daripada hadith Nabi s.a.w yang sahih pada diri orang yang sakit atau pada anggota badannya yang sakit akibat disihir dan disertai dengan tiupan serta sentuhan pada tempat yang sakit dengan tangan kanan. Membaca ayat-ayat al-Quran dan beberapa surah yang bersesuaian (dalam merawati sesuatu kes) dibacakan ke dalam air botol atau baldi untuk dibuat minum dan mandi secara berterusan dan konsisten berhari-hari, minggu, dan bulan sehingga pulih. Bagi sebahagian pesakit dalam kes-kes yang rumit dinasihati juga menggunakan daun bidara yang telah ditumbuk hingga halus dan diletakkan di dalam air untuk dibuat mandi. Setelah dibacakan pada air dan juga pada serbuk daun bidara tersebut, hendaklah si pesakit meminumnya sebanyak tiga kali (atau banyak kali), dan kemudiannya mandi dengan menggunakan air yang telah dibaca itu. Mengamalkan bacaan surah al-Baqarah di sesebuah rumah. Dibuat secara berterusan sehingga hilangnya kuasa sihir dan gangguan jin di rumah tersebut. Ini sesuai dengan sabda Nabi s.a.w. yang mengatakan syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah. Menghapuskan segala tangkal, wafak dan bahan-bahan yang membawa kepada kesyirikan dalam rumah pesakit. Perkara ini adalah sebagaimana yang diarahkan oleh baginda Nabi s.a.w agar menanggalkan kalung pendinding yang terdapat pada leher seekor unta KESIMPULANNYA:

Amalan Ruqyah Syar’iyyah di Singapura menunjukkan satu fenomena yang agak memberangsangkan lantaran ia bukan sahaja diamalkan pada sesi rawatan malah dijadikan sebagai topik perbahasan dan pengajaran dalam kelas, kuliah, bengkel dan seminar yang diadakan oleh pusat-pusat rawatan Islam di Singapura.

Semoga kertas kerja ini dapat membantu dalam memberikan maklumat dan gambaran awal berkenaan amalan Ruqyah Syar’iyyah di Singapura. 4. Pusat-pusat rawatan di Singapura tidak menjadikan Ruqyah Syar’iyyah sebagai ruang untuk mengaut keuntungan sehingga meletakkan harga yang begitu tinggi kepada pesakit yang memerlukan kepada khidmat rawatan. 1. Memandangkan amalan Ruqyah Syar’iyyah adalah satu medium yang boleh digunakan untuk membasmi kesyirikan, para perawat perlu mengambil peluang ini untuk menekankan tentang tauhid kepada para pesakit yang mendapatkan khidmat rawatan. 2. Para perawat perlu sentiasa memperhalusi bacaan al-Quran dari sudut fasahah dan tajwidnya. 3. Setiap perawat di Singapura mempunyai latarbelakang pengajian yang berbeza-beza. Justeru, perlu untuk setiap perawat melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu pengajian Islam seterusnya berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah bagi mengelakkan berlakunya percampuran (antara yang benar dan salah) dalam pengambilan sumber (dalil) khususnya berkenaan permasalahan dan persoalan yang berlaku di sekitar Ruqyah Syar’iyyah. PANDANGAN
untuk penambahbaikan Ruqyah Syar'iyyah di Singapura
Full transcript