Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Slides PBS Pengajian Perniagaan

No description
by

Najwa Anuar

on 15 September 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Slides PBS Pengajian Perniagaan

Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi, Proses dan Konsep Pengorganisasian serta Gaya Kepimpinan Pemimpin Tertinggi di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd.
Syarikat Hartalega Sdn. Bhd
Dapatan Kajian dan Perbincangan
Rumusan
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat reka bentuk, proses dan konsep pengorganisasian serta gaya kepimpinan pemimpin tertinggi yang diamalkan di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd.
Penyelidik telah menggunakan kaedah pemerhatian dan borang soal-selidik untuk mengenalpasti proses dan konsep pengorganisasian serta gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin tertinggi di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd selain menemu-bual Pengarah Sumber Manusia.
Dapat dirumuskan, dengan amalan pengurusan dan gaya kepimpinan sedia ada, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd mempunyai peluang yang cerah untuk mencapai kejayaan besar di pasaran antarabangsa seperti yang ditetapkan matlamat organisasi.
Pengenalan
Objektif Kajian

Mengenalpasti reka bentuk di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd
Mengenalpasti proses pengorganisasian di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd
Mengenalpasti konsep pengorganisasian di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd
Mengenalpasti gaya kepimpinan pemimpin tertinggi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd
Proses Pengorganisasian di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd
Konsep Pengorganisasian di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd
Rumusan
Reka Bentuk Organisasi Mengikut Fungsian
Mengelakkan pertindihan tugasan.
Pengagihan tugas dapat dilakukan dengan efisien dan efektif.
Proses Pengorganisasian
Proses dilaksanakan dengan teratur; Penentuan Objektif, Pengenalpastian Aktiviti, Pengelasan Aktiviti, Pengelompokan Aktiviti dan Pengagihan Tugas, Autoriti dan Tanggungjawab.
Konsep Pengorganisasian
Konsep-konsep tersebut dapat dilihat sebagai pengaruh yang mempengaruhi keberhasilan pekerja serta mempengaruhi kualiti produk sarung tangan getah yang dihasilkan.
Gaya Kepimpinan Pemimpin Tertinggi
Berdasarkan borang soal-selidik (sejumlah 10 responden), gaya kepimpinann yang diamalkan oeh pemimpin tertinggi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd adalah gaya kepimpinan demokratik.
Cadangan
Sebagai sebuah syarikat yang bertaraf antarabangsa, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd perlu mengambil inisiatif untuk penambahbaikan proses organisasi;

Pengambilan pekerja berpengalaman dan berkemahiran
Mempelbagaikan jenis sarung tangan
Lebihkan pengambilan pekerja tempatan
Menyediakan latihan dan kursus kemahiran
Menawarkan gaji yang lebih lumayan
Lampiran
Matlamat Utama Syarikat Hartalega Sdn. Bhd; Menjadi pengeluar sarung tangan No. 1 di samping menjaga kebajikan masyarakat sekeliling.
Produk Utama;
Natural Rubber Examination Gloves
Nitrile Examination Gloves
Nitrile Clean Room Gloves
Natural Rubber Surgical Gloves.
Jumlah Pengeluaran Per Tahun; 29 bilion
Anugerah Diterima;
AsiaMoney Overall Best Managed Company '10-'12
Selangor Innovative Excellence Award 2007
Selangor Export Excellence Award 2005
Kaedah Kajian
1. Borang Soal-Selidik
- 10 orang responden
2. Temu-Bual
- Pengarah Sumber Manusia; Encik Vincent Kuan
- Eksekutif Jabatan Sekuriti; Encik Fairus Kusaini
3. Pemerhatian
4. Laman Sesawang
- ww.hartalega.com.my
5. Brosur Syarikat Hartalega Sdn. Bhd
Latar Belakang Syarikat
Matlamat
VISI: “Untuk menjadi pengeluar No. 1 yang menghasilkan sarung tangan TERBAIK dan paling inovatif di dunia; dan diiktiraf sebagai sebuah syarikat PRIHATIN kepada masyarakat dan alam sekitar.”

MISI: “Untuk memberikan perlindungan yang terbaik kepada mereka yang bekerja menggunakan tangan mereka dalam keadaan terdedah dan persekitaran yang mencabar dengan menyediakan konsistensi unggul; sarung tangan yang lebih selamat dan mudah di pasaran terpilih.”

Jumlah Pekerja dan Waktu Operasi
4, 084 pekerja; 800 pekerja tempatan, manakala 3, 284 pekerja asing
Prestasi Untung
Syarikat ini menunjukkan prestasi keuntungan yang sangat cemerlang. Keuntungan syarikat per tahun dapat dianggarkan sebanyak RM 1 Bilion (nilai sebenar tidak dapat diketahui).
Beroperasi selama 25 tahun; 1988-kini
Pengasas; Encik Kuan Kam Hon
Menembusi pasaran antabangsa; lebih kepada 40 buah negara, terutamanya Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman.
Alamat; Syarikat Hartalega Sdn. Bhd beralamat di No. 7, Kawasan Perusahaan Suria, 45600 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Keluasan Premis; 33-ekar
Pasaran dan Pemasaran
Peta Lokasi dan Keluasan Premis
Reka Bentuk Syarikat Hartalega Sdn. Bhd
Pengarah Sumber Manusia
Encik Vincent Kuan
Jabatan Perakaunan
Encik Yong Pat Chau
Jabatan Sumber Manusia
Encik Vincent Kuan
Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan
Encik Eu Jin
Jabatan Jaminan Kualiti
Puan Nurul Aisyah
Jabatan Pembelian dan Pemasaran
Puan Catherine
Jabatan Logistik
Encik Akhbar
Jabatan Kejuruteraan
Encik Tan Kim Wah
Proses Pengorganisasian
Penentuan Objektif
Di Hartalega Sdn. Bhd, visi dan misi utama yang telah ditetapkan oleh syarikat ialah menjadi pengeluar sarung tangan getah No. 1 di samping mementingkan kebajikan masyarakat.
Pengenalpastian Aktiviti
1. Mendapatkan bekalan mentah.
2. Memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan;
Khidmat Nasihat -> Menerima Bayaran (penuh/pendahuluan) -> Tempahan Diterima -> Proses Pengeluaran (tempoh) -> Output (Jabatan Pengangkutan) -> Pelanggan -> Jual-Beli Direkodkan
Pengelasan Aktiviti
Aktiviti akan dikelaskan mengikut kemahiran atau kriteria tertentu. Di dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai aktiviti yang memerlukan pelbagai kemahiran, oleh itu, pekerja perlu mempunyai pelbagai kemahiran untuk melaksanakannya.

Seperti di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd; memberi khidmat nasihat dalam pemilihan kriteria sarung tangan dan menerima tempahan boleh dikelaskan di dalam satu kategori.
Pengelompokan Aktiviti
Proses pengelompokan aktiviti dilakukan selepas semua aktiviti dikenal-pasti dan pengelasan aktiviti mengikut kemahiran pekerja dan kriteria pelanggan dibuat.
Di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, aktiviti seperti memberikan nasihat tentang produk akan diletakkan di bawah bidang tugas Jabatan Jaminan Kualiti Produk. Manakala, aktiviti menerima pembayaran pula akan diuruskan oleh Jabatan Perakaunan dan aktiviti membuat tempahan sarung tangan dan penghantaran kepada pelanggan serta merekod jualan dan belian akan diuruskan oleh Jabatan Pembelian dan Pemasaran.

Pengagihan Tugas, Autoriti dan Tanggungjawab
Apabila setiap unit sudah terbentuk mengikut pengkhususan kerja masing-masing, langkah yang terakhir adalah untuk menentukan bilangan pekerja yang diperlukan di dalam setiap unit, pihak yang akan melakukan tugas, bidang tugas dan tanggungjawab pekerja serta rantaian arahan.
Autoriti
Pengurus diberi kuasa untuk membuat keputusan tanpa merujuk pihak atas; melainkan perkara-perkara tertentu
Tanggungjawab
Setiap pekerja diberi tugasan; oleh itu, pekerja-pekerja tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan cemerlang dan amanah.
Pemusatan dan Pemencaran Autoriti
Pemusatan Autoriti merujuk kepada hanya individu yang berkemahiran khusus sahaja yang berhak membuat keputusan; Jabatan Kewangan.
Pemencaran Autoriti merujuk kepada proses membuat keputusan yang diagihkan mengikut semua peringkat; Bahagian Pengurusan Gaji dan Kebajikan Pekerja/Pengambilan Pekerja Baru.
Penugasan
Di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, keputusan bersama antara Eksekutif dan staf adalah penting bagi memudahkan tugas Eksekutif. Sebarang keputusan berkait dengan kebajikan pekerja akan dikendalikan oleh Eksekutif Jabatan Sumber Manusia. Staf bawahan akan membantu Eksekutif dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh pekerja atau kebajikan pekerja. Namun, sebarang keputusan yang dibuat oleh staf bawahan masih tertakhluk di bawah keputusan yang dibuat oleh Eksekutif.
Akauntabiliti
Seseorang individu itu bertanggungjawab atas tindakannya sendiri. Sekiranya tindakan itu berjaya mengatasi sesuatu masalah, beliau tidak akan menganggap itu adalah kejayaan beliau seorang semata-mata; sekiranya gagal, beliau akan bertanggungjawab dan tidak akan menyalahkan mana-mana pekerja.
Rantaian Arahan
Rantaian arahan yang berlaku di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd adalah apabila pihak atasan jabatan mengeluarkan arahan kepada pihak pengurusan pertengahan bagi melaksanakan sesuatu tugasan.
Di sini, terdapat sejenis komunikasi berlaku, iaitu komunikasi sehala. Komunikasi sehala ini berlaku apabila hanya satu pihak sahaja menghantar maklumat tanpa mengharapkan jawapan atau maklum balas daripada pihak yang menerima maklumat.
Prestasi Keuntungan
Syarikat Hartalega Sdn. Bhd
Proses Pengeluaran Sarung Tangan
Full transcript