Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

PENGGUNAAN ALKOHOL DALAM PEMBUATAN MINYAK WANGI

No description
by

MOHD SHAFIQ HAFIZI HAMZAN

on 2 October 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of PENGGUNAAN ALKOHOL DALAM PEMBUATAN MINYAK WANGI

PENGGUNAAN ALKOHOL
DALAM MINYAK WANGI
SEJARAH MINYAK WANGI
DAN JENIS-JENIS MINYAK WANGI
Penggunaan alkohol di dalam minyak wangi merupakan isu yang sering timbul dandibincangkanoleh para ulama'.
Ulama' dahulunya menghukumkannya sebagai haram, keranamereka berpendapat alkohol itu adalah najis.Penghukuman haram ini dijatuhkan kerana pengetahuan pada ketika itu tidak berupaya menyingkap hakikat sebenar alkohol di dalamminyak wangi.
Bagaimana ia terjadi, proses-proses yang dilakukan dan adakah serupa alkohol didalam minyak wangi bersama alkohol di dalam khamar .
Lafaz ‘Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah’menurut pengertian bahasa ialah dasar-dasar yang berkaitan dengan permasalahan hukum.Dari segi istilah pula,ia bermaksud prinsip-prinsip Fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya.
Rumusannya,Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah ialah kaedah Fiqh dalam undang-undang Islam.
Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah
Penerangan dan Perkaitan
PENGGUNAAN ALKOHOL DALAM PEMBUATAN MINYAK WANGI
Pembuatan minyak wangi kali pertamanya dilakukan di Mesir, bukan di Perancis yang kini merupakan pengeluar utama dalam pasaran minyak wangi.Antara kegunaan awal minyak wangi di Mesir ialah dalam upacara kelahiran anak sehinggalah ke upacara kematian.Minyak wangi merupakan alat biasa yang sering digunakan dalam upacara-upacara yang beristiadat.Bahan- bahan awal yang digunakan dalam pembuatan minyak wangi adalah dupa dan kayu manis,sejenis bahan-bahan yang senang didapati pada waktu itu.Minyak wangi diperoleh daripada bahan-bahan tersebut melalui proses giling, parut, dan tumbuk.Kini pembuatan minyak wangi lebih maju dengan penggunaan teknologi yang lebih canggih.Wangian diperoleh dari wap air melalui proses penyulingan.
Wangian tersebut kemudian dicampurkan bersama pelbagai jenis ‘ essence´ lain dan kuantiti alkohol yang berbeza.Campuran inilah yang menghasilkan minyak wangi yang mempunyai aroma yang berbeza dan tersendiri.
Eau de Perfume (EDP )
Jenis ini boleh bertahan lebih lama sehingga 4-6 jam.
Kadar alkohol sangatlah sedikit dancampuran pewanginya adalah di dalam 15 ke 22 %.Aromanya cukup kuat dan tahan lama.Sesuai dipakai ke majlis-majlis rasmi di malam hari.


Eau de Cologne (EDC )
Merupakan jenis wangian yang paling ringan.
Ini kerana kandungan alkohol yang terdapat didalam wangian ini adalah yang tertinggi.Hanya terdapat di dalam 5 % campuran pewangi.Wangian jenis ini cepat hilang, lebih sesuai digunakan selepas mandi.
Eau de Toilette (EDT )
Wangian jenis ini lebih tinggi tahapnya dari EDC.Walaupun kandungan alkoholnya masih ditahap tinggi, tetapi tidak setinggi EDC.Terdapat dalam 12% campuran pewangi.Memberi kesegaran yang lebih lama dan merupakan wangian paling ideal,kerana aromanya lebih ringan dan kurang menusuk serta tahan lebih lama sekitar 3 hingga 4 jam

JENIS JENIS MINYAK WANGI

Perfume

Merupakan wangian yang paling lama bertahan, berupaya tahan sehingga 6-12 jam.Kadar campuran pewanginya paling tinggi iaitu 22 % tanpa campuran alkohol.Aromanya sangat kuat dan boleh dicium walaupun dari jarak jauh.Setiap jenis wangian di atas mempunyai kadar kekuatan aroma yang berbeza bergantung kepada kandungan alkohol dan pewangi di dalamya.Penggunaan minyak wangi yang sesuai perlulah diberi perhatian.
NAMA AHLI KUMPULAN

MOHD SHAFIQ HAFIZI BIN HAMZAN
16DKM13F2019
MUHAMAD ALIF FARHAN BIN AZIZAN
16DKM13F2999
KHAIRUL EFENDI BIN MAT SALIM
16DKM13F2001
MOHD HAFFIZ BIN BAHARUDDIN
16DKM13F2010
Ulama’ dahulunya menyetujui pengharaman alkohol dalam minyak wangi, manakala ulama’ sekarang mengatakan alkohol dalam minyak wangi itu suci bukan najis.Bagaimana hukum boleh berubah? Beginilah yang dinamakan fikah, ia sentiasa berkembang.Hukum Islam adalah sesuai untuk setiap zaman dan keadaan.

Umar r.a.menegaskan:

"Perbezaan hukum ijtihadi adalah disebabkan perbezaan lingkungan/persekitaran dan daerah."
Kata Mahmasani di dalam Falsafah al-Tasyri' Fil Islam: "Oleh kerana kepentingan mutlak yang menjadi dasar dari segala hukum, sebagaimana telah kami jelaskan sebelumnya, maka hukum mestilah berubah sesuai dengan perubahan zaman dan perubahan lingkungan masyarakat,Benarlah Ibnu al-Qaiyim ketika dia mengatakan bahawa fatwa berubah dan berbeza sesuai dengan perubahan zaman, tempat, situasi, niat dan adat kebiasaan."
ISU ALKOHOL...

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambil kira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.


3. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

4. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak

LIMA KAEDAH YANG DIPERSETUJUI OLEH PARA ULAMA’.

Al-Imam A-Suyuty dalam mukaddimah kitabnya yang terkenal “Al-Asybah wa Al-Naza’ir fi Qawa’id wa Furu’ Fiqh A-Syafi’yyah”menjelaskan bahawa A-Imam Abu Tahir Al-Dabbas telah mengumpul beberapa kaedah mazhab Hanafi dan disimpulkan dalam 17 kaedah. (Al-Nadwi : 1998)

Menurut pendapat Al-Qadi Abu Said Al-Harawi yang bermazhab Al-Syafie pula,dikembalikan masalah Fiqh dalam mazhab A-Syafie kepada empat kaedah dan kata sesetengah ulama’ muta’akhirin syafi’iyyah lima kaedah dan ia menjadi ibu segala kaedah Fiqhiyyah iaitu :


1) Al-’Umur bi Maqasidaha
2)Al-Yaqinu La yuzalu bi shakk
3)Al-masyaqqah tajlibu al-taysirr
4)Al-Doraru Yuzall
5) Al-’Adatu Muhakkamah

KAEDAH KAEDAH
YANG DIKAITKAN
Perkaitan yang kami lakukan disini berdasarkan kelima-lima kaedah diatas ialah mengaitkan
Kaedah Pertama
iaitu dan
Kaedah Kedua
.Kami mengaitkannya dengan tajuk yang diamanahkan kepada kami iaitu”Penggunaan Alkohol dalam Pembuatan Minyak Wangi”.

Kami melakukan perkaitan terhadap Kedua-dua kaedah Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah ini dengan tajuk kami kerana kedua-dua kaedah ini bertepatan dengan penjelasan dan penerangan yang diberikan terhadap kedua-dua kaedah ini.

Kedah Pertama

Bermaksud sesuatu perkara yang dilakukan oleh seseorang mukallaf itu bergantung kepada tujuannya atau niatnya.Setiap amalan dan tindakan seseorang sama ada daripada segi perbuatan atau perkataan,maka natijahnya dan hukum syara’nya juga berbeza bergantung terhadap tujuan amalan seseorang dan tindakannya.

( A-Zarqa’ : 1988 )

Kaedah Kedua

Bermaksud keyakinan itu tidak dapat dihilangkan dengan keraguan.Maksudnya,jika datang sesuatu keraguan atau syak keatasnya,maka keyakinan terhadapnya tidak dapat dihilangkan.Tetapi ia boleh dihilangkan dengan perkara yang sama taraf yakin sepertinya atau yang lebih kuat daripadanya.

(Al-Hariry : 1998).

VIDEO
VIDEO
THANK TO :
Full transcript