Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

JEMAAH MENTERI (KABINET)

No description
by

Hanin Hazwani

on 22 November 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of JEMAAH MENTERI (KABINET)

JEMAAH MENTERI (KABINET)
BADAN EKSEKUTIF (PENTADBIRAN)
Pengenalan
Perlembagaan Malaysia juga dikenali dengan nama Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Konsep ketinggian Perlembagaan adalah seperti berikut :-
• Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi.
• Menjadi punca kepada semua undang-undang.
• Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan.
• Semua undang-undang tidak boleh berlawanan dengan Perlembagaan.
• Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh Parlimen jika bertentangan dengan Perlembagaan.
• Walaupun Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara tetapi Baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan.

Perlembagaan dibentuk dengan tujuan berikut iaitu:-
• Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
• Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
• Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
• Alat untuk menyelesaikan masalah.
• Menjamin riwayat negara bangsa.
• Menjamin keamanan dan kestabilan negara.

Perlembagaan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan. Perlembagaan juga mengandungi 1 Bahagian. Bahagian-bahagian tersebut ialah :-
• Bahagian 1 – Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
• Bahagian 2 – Kebebasan asasi
• Bahagian 3 – Kewarganegaraan
• Bahagian 4 – Persekutuan
• Bahagian 5 – Negeri-negeri
• Bahagian 6 – Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
• Bahagian 7 – Peruntukan-peruntukan kewangan
• Bahagian 8 – Pilihanraya
• Bahagian 9 – Kehakiman
• Bahagian 10 – Perkhidmatan awam
• Bahagian 11 – Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
• Bahagian 12 – Am dan pelbagai
• Bahagian 13 – Peruntukan sementara
• Bahagian 14 – Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
• Bahagian 15 – Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

Doktrin Pengasingan Kuasa
Kerajaan Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran persekutuan dan doktrin pengasingan kuasa.

Doktrin pengasingan kuasa dapat dilihat melalui pembahagian kuasa kerajaan kepada tiga buah badan.

- melaksanakan undang-undang dan pentadbiran
-dibahagikan kepada:
(i) Kerajaan Persekutuan (Kabinet)
(ii) Kerajaan Negeri

Eksekutif
(Pentadbiran)
Legislatif
(Perundangan)
-menggubal, meminda, dan meluluskan undang-undang
-merujuk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

Kehakiman
-mentafsirkan undang-undang
-dibahagikan kepada mahkamah awam dan mahkamah khas

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi dalan ketiga-tiga buah badan itu.
Pengasingan kuasa tersebut bertujuan untuk:
(a) melindungi hak seseorang
(b) mengelakkan penyalahgunaan kuasa
(c) menjamin kecekapan pentadbiran

Organisasi-organisasi kerajaan diwujudkan dengan tujuan:
(a) membahagikan tugas-tugas kerajaan untuk mengelakkan pertindihan kerja
(b) menentukan bidang kuasa unit-unit pentadbiran untuk memudahkan kawalan

Organisasi kerajaan secara umumnya mempunyai peringkat yang banyak, dipenuhi birokrasi, dan pengurusannya tidak lancar seperti sektor swasta.
Badan pemerintah atau eksekutif merupakan badan yang bertanggungjawab melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan dan undang-undang. Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah Persekutuan Malaysia adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama Negara. Apabila berlaku kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong disebabkan tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam Persekutuan Malaysia lebih daripada 15 hari atau kerana sebab-sebab lain maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.
Majlis Raja-Raja mengandungi semua Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Tugas majlis ini seperti yang tercatat dalam Perkara 38, Perlembagaan Persekutuan ialah:-

• Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga.
• Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan.
• Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja
Badan Pemerintahan / Kuasa Eksekutif
1. Kabinet atau Jemaah Menteri dianggotai oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri lain.

2. Anggota-anggota Kabinet oleh Yang di-Pertuan Agong.
(a) Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu melantik Perdana Menteri daripada anggota-anggota Dewan Rakyat menurut budi bicara baginda
(b) Yang di-Pertuan Agong kemudian akan melantik menteri-menteri lain daripada anggota-anggota Dewan Rakyat atan Dewan Negara atas nasihat Perdana Menteri.

3. Kabinet ialah badan penggubal dasar Kerajaan Persekutuan.

4. Kabinet melaksanakan kuasa eksekutif KerajaanPersekutuan atas nama Yang di-Pertuan Agong

5. Kabinet bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen, iaitu semua anggota kabinet sama-sama bertanggungjawab atas segala keputusan yang dibuat oleh Kabinet.

6. Tugas-tugas adalah seperti yang berikut:
(a) mentadbir kerajaan Persekutuan mengikut bidang kuasa yang terdapat dalam Senarai Persekutuan
(b) menggubal dasar kerajaan
(c) memperinci dasas-dasar umum yang dijanjikan kepada rakyat
(d) membentuk dasar koordinasi yang bertujuan untuk membina kerajaan yang cekap dan efektif
(e) menangani sebarang masalah kecemasan yang melibatkan negara dan rakyat

Kabinet (Jemaah Menteri)
1. Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicara baginda dan tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
(a) Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat
(b) Perdana Menteri mestilah mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Rakyat
(c) Kewarganegaraan Perdana Menteri mesti diperoleh melalui kuat kuasa undang-undang

2. Perdana Menteri mempengerusikan Kabinet dan memimpin kerajaan.

3. Perdana Menteri juga ketua eksekutif negara melaksanakan kuasa eksekutif sementara
kuasa eksekutif dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

4. Tugas-tugas Perdana Menteri adalah seperti berikut:
(a)menjadi penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong
(b) menamakan senarat menteri Kabinet untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
(c) menyelaraskan semua dasar negara
(d) menjadi jurucakap dalam hal-ehwal antarabangsa dan dalam negara
(e) bermohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen apabila sampai tempohnya

Perlantikan Perdana Menteri
1. Pemecatan Perdana Menteri boleh dilakukan melalui usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri oleh 2/3 ahli Dewan Rakyat.

2. Jika Dewan Rakyat meluluskan usul tidak percaya itu, Perdana Menteri mempunyai dua pilihan, iaitu:
(a) meletakkan jawatan; atau
(b) bermohon kepada Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihanraya umum diadakan

Pemecatan Perdana Menteri
1. Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bertindak sebagai Ketua Negara atau Ketua Persekutuan.
2. YDPA bertindak sebagai punca kuasa eksekutif. Segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda. (Perkara 39)
3. Baginda mesti bertindak atas nasihat Jemaah Menteri atau Perdana Menteri dalam menjalankan setiap tugas eksekutif. (Perkara 40 (1))
4. Diperuntukkan budi bicara baginda untuk melantik Perdana Menteri dalam kalangan ahli Dewan Rakyat dan mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan tersebut serta merupakan Ketua Parti yang telah memenangi pilihan raya Parlimen sebelum ini. (Perkara 40 (2))
5. Baginda berkuasa melantik ahli Jemaah Menteri hanya dengan atas nasihat Perdana Menteri selepas Perdana Menteri dilantik. (Perkara 43)
6. Baginda mempunyai kuasa mempersetujui atau tidak mempersetujui untuk membubarkan Parlimen. (Perkara 40 (2) b)
7. Baginda mempunyai kuasa mengishtiharkan darurat dalam keadaan tertentu sahaja.
8. Baginda ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
9. Baginda mempunyai kuasa pengampunan

Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong
Definisi Dasar
Elemen penting dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. Rangka asas atau tapak dalam pelaksanaan rancangan kerajaan. Berbentuk pelan tindakan bagi mencapai objektif untuk kepentingan masyarakat dan negara.
Dasar Pembangunan Ekonomi
Menekankan kepada perancangan negara dalam aspek-aspek dan pembangunan-pembangunan tertentu seperti pembangunan pertanian, ekonomi dan sebagainya. Contohnya:
1. Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1)
2. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2)
3. Dasar Ekonomi Baru
4. Dasar Pembangunan Nasional
5. Pelan Induk Perindustrian
6. Dasar-Dasar Pembangunan Kerajaan

Bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat dan mengurangkan lagi jurang perbezaan antara kaum, wilayah dan negeri agar integrasi nasional dapat dicapai. Menitikberatkan isu-isu seperi perkembangan sahsiah diri untuk kepentingan organisasi, masyarakat dan negara.Contoh beberapa dasar pembangunan negara yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ialah:
1. Wawasan 2020
2. Penerapan nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran negara
3. Dasar Pandang ke Timur
4. Dasar Penswastaan
5. Dasar Pertanian Negara
Dasar-dasar yang telah dilaksanakan:
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956. Disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib.
Strategi Perlaksanaan:
1. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
2. Mengadakan kurikulum yang sama bagi semua jenis sekolah.
3. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama.
4. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
5. Meningkatkan mutu pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
6. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.
7. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dilancarkan pada 1971. Menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan
mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Dasar kebudayaan kebangsaan berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip seperti berikut:
1. Kebudayaan rakyat asal rantau
2. Penerimaan unsur-unsur kebudayaan lain
3. Islam menjadi unsur utama dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan
Rukun Negara
Secara rasminya diisytiharkan sebagai ideologi negara pada 31 Ogos 1971. Rentetan daripada peristiwa 13 Mei 1969. Prinsip-prinsip Rukun Negara:
1. Kepercayaan kepada tuhan.
2. Kesetiaan kepada raja dan Negara.
3. Keluhuran perlembagaan.
4. Kedaulatan undang-undang.
5. Kesopanan dan Kesusilaan.
Dasar Ekonomi Baru
Dilaksanakan bagi tempoh 1971-1990 yang merupakan satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara dalam konteks masyarakat pelbagai kaum. DEB dicetuskan akibat daripada peristiwa 13 Mei 1969. Serampang dua mata DEB:
1. Merapatkan jurang dan membasmi kemiskinan.
2. Menyusun semula masyarakat.
Dasar Pandang Ke Timur
Diperkenalkan oleh kerajaan pada 8 Februari 1982. Dilaksanakan agar dapat menerapkan nilai-nilai dan amalan kerja yang positif dari negara Jepun dan Korea Selatan yang telah diubahsuai sejajar dengan keperluan negara.

Dasar Pembangunan Nasional
Diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia ke-4. Bermula dari 1991 dan berakhir pada 2000. Objektinya adalah untuk mewujudkan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan pengagihan sumber yang saksama dan mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat bersatu padu.
Dasar Wawasan Negara
Diperkenalkan pada 2001 dan berakhir pada 2010 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad juga untuk membina sesebuah Negara yang berdaya tahan dan mampu untuk bersaing di pasaran dunia.
Dasar Pertanian Negara
Digubal berdasarkan rasional bahawa sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negara semakin menurun. Objektifnya ialah memaksimumkan pendapatan sektor pertanian.
Dasar Penswastaan
Konsep penswastaan bermaksud pemindahan kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Ia melibatkan perpindahan kuasa kawalan, kepentingan dan pelaburan kerajaan tertumpu kepada sektor swasta. Tujuan utama dasar ini adalah untuk mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan.
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam
Bermatlamatkan untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain, menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas dan untuk menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

Penggerak Kepada Dasar Dan Pembangunan Negara
Sekian Terima Kasih
Full transcript