Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

konsep & falsafah melayu islam beraja

No description
by

Rain Dezelle

on 13 February 2018

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of konsep & falsafah melayu islam beraja


1). Mengekalkan Negara Brunei Darussalam untuk selama-lamanya menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja yang memiliki ciri-ciri berikut :-

Merdeka, berdaulat dan demokratik.
Bersendikan ajaran agama Islam menurut Ahli Sunnah wal –Jamaah.
Berasaskan keadilan, amanah dan kebebasan.

2). Dengan petunjuk dan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, menerusi matlamat negara yang sedemikian akan sentiasa berusaha untuk memperoleh ketenteraman dan keselamatan, kebajikan serta kebahagiaan rakyat.

3). Memelihara perhubungan persahabatan dikalangan antarabangsa atas dasar hormat-menghormati terhadap kemerdekaan, kedaulatan, persamaan dan keutuhan wilayah bagi semua negara yang bebas dari campur tangan asing.


Matlamat MIB

Memberikan satu kesatuan pemahaman mengenai asas pandangan hidup dan cara hidup berbangsa dan bernegara.

Sebagai sumber rujukan dan landasan yang ideal dalam membentuk masyarakat sejahtera melalui sistem pentadbiran, perekonomian dan pembangunan yang kemas.

Sebagai asas semua aktiviti yang menyentuh kepentingan bangsa dan negara, seperti agama, bahasa, budaya dan sosioekonomi, sistem pemerintahan dan pembangunan.

Menjadi norma dan cara hidup kebruneian dalam pembentukkan peribadi, perwatakan serta identiti Melayu dan cara hidup kebruneian.

Tujuan MIB Dijadikan Falsafah
Kandungan titah Baginda bolehlah disenaraikan seperti berikut:

1) Negara Brunei Darussalam kekal sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja, yang merdeka, berdaulat dan demokratik berlandaskan ajaran Agama Islam mengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah (Mazhab Shafi'e).

2) Keadilan dan amanah bagi tujuan mewujudkan
‘good governance
’.

3) Sejarah Negara Brunei Darussalam yang tidak pernah menjadi tanah jajahan, tetapi mempunyai hubungan perjanjian istimewa dengan United Kingdom dan akhirnya Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama 1979 yang membolehkan Brunei mengambil alih semua tanggungjawab antarabangsa yang sepenuhnya.
Pada 1 Januari 1984 tepat jam 12.01 tengahmalam, di Taman Haji Sri Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
Tarikh Pengisytiharan MIB
Sejarah MIB
MIB SEBAGAI FALSAFAH NEGARA
KONSEP & FALSAFAH
MELAYU ISLAM BERAJA

Pada 1 Januari 1984 dengan bersama membawa satu identiti dan calak keislaman melalui seruan suci “ Allahu Akbar”, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengisytiharkan bahawa falsafah Melayu Islam Beraja menjadi falasafah negara Brunei Darussalam dan sebagai penentu calak Brunei.

Period Penegakkan Melayu Islam Beraja (bermula dari 1984 hingga kini)
-Pengertian Falsafah dan Konsep

-Penerangan Falsafah (Pemasyhuran, Tujuan & Matlamat)

-Penerangan Konsep MIB (Takrif)

-Sejarah konsep falsafah MIB

-Kesimpulan
ISI KANDUNGAN
Melayu Islam Beraja telah diisytiharkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984 adalah dihasratkan supaya dilaksanakan maksudnya dan sendirinya titah tersebut menjadi dasar utama kepada Negara Brunei Darussalam.

Falsafah Melayu Islam Beraja tidak diketepikan walaupun menempuhi berbagai-bagai liku-liku dan cabaran sejarah, malah diperkukuhkan dan dipertingkatkan sehingga menjadi falsafah negara pada pengisyhtiharan Kemerdekaan negara Brunei Darussalam.

Melalui pemashyuran tersebut konsep Melayu Islam Beraja menjadi falsafah Negara Brunei Darussalam.

MIB adalah cara hidup masyarakat Brunei yang teguh, berlandaskan Islam yang penuh dengan nilai-nilai murni dan tatasusila, bagi memandu masyarakat Brunei dalam menjana keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan.

Falsafah Melayu Islam Beraja adalah konsep yang menegakkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam yang berlandaskan Al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W.

Melayu Islam Beraja adalah suatu konsep yang utuh dan kekal menjadi pegangan serta ketahanan survival bangsa dan bernegara.

KESIMPULAN
Period ini dikenalpasti sebagai period ujian ketahan Melayu Islam dan dibahagikan kepada 5 tahap iaitu:

Pendudukan Sepanyol Semasa Perang Kastila (1578).

Perebutan Kuasa Semasa Perang Saudara (1661-1673).

Penglibatan langsung keluarga Brooke dan North Borneo Company (1839-1888).

Perlaksanaan Perjanjian Naungan 1888 diantara Brunei dan British.

Perlaksanaan Perjanjian Tambahan 1906- 1959.

Period Ujian dan Ketahanan Melayu Islam Beraja (1578 – 1959)
Perjanjian 1888 :-

Perjanjian menjadikan taraf negara Brunei menjadi sebagai negara naungan “protected state” yang mana hal ehwal luar negeri dan pertahanan negeri Brunei adalah menjadi tanggungjawab British sungguhpun perjanjian tersebut mengiktiraf Brunei sebagai berkerajaan sendiri. Sungguhpun perjanjian tersebut termetrai akan tetapi urusan keugamaan dan konsep Melayu Islam Beraja masih kekal dipraktikkan dan tidak tergugat.


Period Pemulihan Melayu Islam Beraja
(1959 – 1983)
SEKIAN
PEMBENTANG
:

NURAINI (16B0829)
&
HUMAIRA (16B0816)

Falsafah
: Pengajian kewujudan alami terhadap kehidupan , ilmu pengetahuan dan kebaikan, kebijaksanaan.

Pengertian
Konsep
: Pemikiran suatu idea yang abstrak atau umum ,tanggapan atau penciptaan mental.
KONSEP MIB : Suatu kesinambungan cara hidup yang menampakkan keteguhan dalam pemikiran dan gerak laku dengan amalan yang berdasarkan nilai-nilai murni dan sifat hidup orang melayu brunei
“untuk ketahanan negara dan pemerintah melayu yang dipandu islam sebagai agama negara dengan system pemerintahan beraja”.
Falsafah Negara
- Idea mengenai cara berbangsa dan bernegara. Falsafah negara digali daripada cara hidup bangsa itu sendiri.

Tiga komponen
Melayu – Islam – Beraja
mengandungi idea yang mempengaruhi cara hidup Brunei.

Dalam konteks Brunei, tidak akan ada sesiapa yang dapat menentang Melayu Islam Beraja selama penghayatan
tidak bercanggah dengan perlembagaan negara.

Kewujudan falsafah
negara itu adalah untuk menjadi pegangan dalam mengekalkan dan meningkatkan identiti dan kebudayaan negara.

Kewujudan falsafah
merupakan penyataan rasmi, penyataan identiti budaya, agama dan pentadbiran mengikut calak negara itu sendiri.

Negara Brunei Darussalam telah melalui lima
period
(tempoh waktu) dalam menegakkan MIB sebagai falsafah negara, iaitu:
Konsep Melayu Islam Beraja bukanlah satu konsep yang baru dan di import atau dicelup dari negara luar. Ianya satu konsep yang tulen yang telah diamalkan dan dipraktikkan sejak berabad-abad lagi iaitu sejak terbinanya kerajaan Melayu Brunei.

Sebagaimana petikan Titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah :


konsep Melayu Islam Beraja ini sebenarnya bukan konsep baru, tetapi sudah lahir sejak berapa abad lagi. Ianya tidak lebih daripada menunjukkan bentuk dan corak sesebuah kerajaan Brunei Darussalam yang tulen : Kerajaan Melayu Islam yang Bersultan atau Beraja. Dan sebagai sifatnya sebuah kerajaan Islam, maka ia adalah yang terbaik dan yang terunggul serta paling adil untuk semua lapisan rakyat dan ...penduduk di negara ini, sama ada mereka itu beragama Islam atau pun tidak.”

Petikan “Kita perlu Punyai Dasar filosofi Sendiri Bukannya Meminjam”, Pelita Brunei, 8 Ogos 1990, h.2

Bangsa Melayu ialah bangsa yang turun-temurun telah bertanahairkan Brunei Darussalam dan menjadi ‘hak ketuanan’ yang mempunyai kerajaan yang menguasai batas wilayahnya.

Negara Brunei Darussalam adalah negara ‘Melayu’ yang mengamalkan nilai-nilai murni dan sifat-sifat kemelayuan yang tulin (peradaban tinggi, berkeperibadian mulia dan jati diri yang kukuh).

Takrif ‘MELAYU’ Dalam Konsep MIB
“Sebagai bangsa Melayu, kewajipan kita memelayukan segala tingkahlaku dan perangai kita dengan sopan santun, hormat- menghormati, kasih sayang terhadap kanak-kanak, belas kasihan kepada orang-orang yang lemah dan orang-orang tua….. Kemudian sifat-sifat kemelayuan Brunei itu, tergambar atau terpapar pula pada pakaiannya, pada cara pergaulannya, cara berfikir dan bertindaknya….. Kita orang-orang Melayu dan orang-orang Islam adalah dikehendaki supaya beradab dan berakhlak dengan akhlak Melayu dan Islam”.

(petikan titah sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alalihi Wa Salam pada 1 Oktober 1990).

Perlembagaan Negara Brunei 1959 bukan sahaja mengiktiraf kedudukan bangsa Melayu sebagai pewaris sah bumi Brunei Darussalam, malah tiga identiti penting dan utama bangsa Melayu telah diangkat pada kedudukan yang tinggi dalam sistem politik dan sosial negara iaitu diantaranya ‘Bahasa Melayu’ menjadi bahasa rasmi negara.


“Bahasa Melayu itu adalah satu-satunya alat perpaduan kita yang paling efektif. Tanpa bahasa ini kita tentunya tidak akan dikenali sebagai satu bangsa yang berdaulat dan lagi mempunyai identiti”.

(Titah sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda Sultan Ke 44 Tahun di daerah Belait, 21 Julai 1990)

Dalam perlembagaan Brunei 1959, Bab 82 dan juga Undang-undang Taraf Kerakyatan 1961, Seksyen 4 (1) (a) menyatakan rakyat jati adalah terdiri daripada orang Melayu keturunan 7 puak iaitu Melayu, Kedayan, Murut, Dusun, Bisaya, Belait dan Tutong.

Ini bermaksud jika seseorang itu tergolong dari 7 bangsa tersebut maka mereka itu dikatakan sebagai Melayu.

Terdapat juga peruntukan mengenai kedudukan rakyat untuk mendapatkan sijil penuangan taraf kebangsaan yang ditentukan syarat-syarat tertentu antaranya tempoh bermasautin selama 15 tahun dan 25 tahun di Brunei dan diuji (lisan dan bertulis) pengetahuan Bahasa Melayu dengan baik dan berkelakuan baik.

Islam adalah agama yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Dalam perlembagaan Negeri Brunei1959, Bab 3 (1) menyatakan Ugama Islam adalah ugama rasmi negara menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan Bab 3 (2) menyatakan bahawa ketua ugama negeri Brunei adalah Sultan.

Islam juga sebagai landasan keperibadian masyarakat Brunei, menjadi lunas undang-undang dan pentadbiran negara dengan berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.

Takrif ‘ISLAM’ Dalam Konsep MIB
“Ianya memanglah benih yang asli yang sudah sedia wujud dan telah ditakdirkan oleh Allah Subanahu Wa Ta’ala untuk Brunei Darussalam. Daripada-Nyalah akan terpancar segala kebajikan yang telah kita perlukan dia adalah panduan dan tata negara kita…. Yang meletakkan kita dibarisan negara-negara bukan sekular yang mempunyai identiti dan imej tersendiri yang teguh”.


(Titah Pertandingan Membaca al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan, 14 Julai 1991).
Pemerintahan Beraja adalah sistem pemerintahan raja yang berdaulat dan memegang amanah Allah. Dalam konteks Melayu Islam Beraja kedudukan raja itu sangat tinggi.

Sistem pemerintahan Beraja telah lama wujud dan dipertahankan sejak terdirinya kerajaan Melayu Brunei.

Sultan di dalam institusi Beraja mempunyai kuasa memerintah dan menjadi ketua negara, agama dan adat istiadat .

Raja juga menjadi ketua pentadbir bagi pengurusan negara dan kerajaan. Sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan. Raja juga adalah Pemerintahan Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Inspektor Agung Pasukan Polis Diraja Brunei.


Takrif ‘BERAJA’ Dalam Konsep MIB
Kuasa Sultan yang telah dinyatakan didalam Perlembagaan 1959 Bab 4 (1), (2).

Kuasa Sultan yang diamanahkan dibawah perlembagaan adalah ditumpukan bagi kebajikan, kesejahteraan serta keamanan rakyat dan negara.

“….sistem pemerintahan Beraja yang telah kita warisi dan pelihara itu telah berhasil menciptakan kebahagiaan dan keunggulan untuk Negara Brunei Darussalam.
Bagi kita hubungan raja dan rakyat bukanlah semata-mata berasaskan tradisi antara yang memerintah dengan yang diperintah, tetapi jua dijalin oleh tanggungjawab secara timbal-balik, dalam makna sama-sama menunaikan amanah Allah Subanahu Wa Ta’ala menurut batas-batas yang di redhai-Nya”.


(Titah sempena Sambutan Jubli Perak Istana Nurul Iman, 5 Oktober 1992)

SEJARAH EMPAYAR KONSEP MELAYU ISLAM BERAJA
Melayu Islam Beraja jika diimbas kembali telah diasaskan semenjak Sultan Muhammad Shah dan baginda adalah raja Brunei yang pertama memeluk agama Islam.

Baginda Sultan menjalankan undang-undang Islam iaitu Hukum Kanun Brunei. Disamping itu, baginda menerapkan nilai-nilai luhur (jati diri keBruneian) yang murni dan mengubah beberapa adat-adat kuno kepada adat Melayu yang menerapkan nilai-nilai keislaman.

Period Pengasasan Melayu Islam Beraja (1363-1485)
Period Keemasan Melayu Islam Beraja
(1485- 1578)
Period ini merupakan pemerintahan Sultan Bolkiah menaikkan status Brunei dari sebuah negara menjadi sebuah Empayar, yang meliputi keseluruhan Pulau Borneo seperti Pontianak, Banjar, Sambas dan juga menguasai kawasan utara Kepulauan Filipina.

Antonio Pigafetta melaporkan bahawa Kesultanan Melayu Brunei merupakan sebuah kerajaan yang besar, kuat dan kaya-raya sebagai pusat penyebaran agama Islam di Kepulauan Borneo sehingga ke Filipina.

Sultan Bolkiah amat dihormati dan digeruni dengan kepakarannya dalam keagamaan, bidang ketenteraan, mudah bergaul dan berinteraksi dengan rakyat.

Period Ujian dan Ketahanan Melayu Islam Beraja (1578 –1959)
Period ini dikenalpasti sebagai period ujian ketahan Melayu Islam dan dibahagikan kepada 5 tahap iaitu:

1. Pendudukan Sepanyol Semasa Perang Kastila (1578).
2. Perebutan Kuasa Semasa Perang Saudara (1661-1673).
3. Penglibatan langsung keluarga Brooke dan North Borneo Company (1839-1888).
4. Perlaksanaan Perjanjian Naungan 1888 diantara Brunei dan British.
5. Perlaksanaan Perjanjian Tambahan 1906- 1959.

Period Pemulihan Melayu Islam Beraja (1959 – 1983)
Perjanjian 1906:-
Perjanjian tersebut sebagai tambahan bagi perjanjian 1888. Perjanjian itu menekankan bahawa Brunei akan menerima British Residen yang menjadi agen kerajaan British dan sebagai penasihat dalam hal ehwal pentadbiran Brunei kecuali hal ehwal agama Islam.

Ini jelas menunjukkan kerajaan British tidak menggugat dan mencampuri urusan-urusan keugamaan. konsep Melayu Islam Beraja kekal dipraktikkan dan dipertahankan walaupun kerajaan Brunei pada ketika itu menerima sistem Residen British.


Period Pemulihan Melayu Islam Beraja (1959 – 1983)
Perjanjian 1959:-
ditandatangani pada 29 September 1959 diantara Sultan Omar Ali Saifuddien dengan Sir Robert Scott.

Perjanjian tersebut mempersyaratkan mengenai perkara-perkara berikut :-
1. Hal ehwal luar negeri Brunei dan pertahanan terletak sepenuhnya di tangan kerajaan British.
2. Pesuruhjaya British memberikan nasihat dalam semua perkara yang berkaitan dengan pemerintahan negeri, melainkan yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Perlembagaan Brunei mengisytiharkan jawatan “Menteri Besar” yang mana menggantikan British Residen.

Penekanan rasmi oleh kerajaan British bahawa status Brunei sebagai Kerajaan Melayu Islam Beraja adalah kekal dan tidak diusik.

….Kerajaan Baginda Queen ingin menentukan bahawa tiada sebarang cadangan yang terus dibuat yang boleh mengugat status Brunei sebagai Kerajaan Melayu Islam Beraja.

*Dipetik daripada nota mesyuarat antara Setiausaha Negara British dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Omar Ali Saifuddien pada 30 September 1957.

Perjanjian 1906:-

Perjanjian tersebut sebagai tambahan bagi perjanjian 1888. Perjanjian itu menekankan bahawa Brunei akan menerima British Residen yang menjadi agen kerajaan British dan sebagai penasihat dalam hal ehwal pentadbiran Brunei kecuali hal ehwal agama Islam.

Ini jelas menunjukkan kerajaan British tidak menggugat dan mencampuri urusan-urusan keugamaan. konsep Melayu Islam Beraja kekal dipraktikkan dan dipertahankan walaupun kerajaan Brunei pada ketika itu menerima sistem Residen British.

Perjanjian 1959:-

Ditandatangani pada 29 September 1959 diantara Sultan Omar Ali Saifuddien dengan Sir Robert Scott.

Perjanjian tersebut mempersyaratkan mengenai perkara-perkara berikut :-

Hal ehwal luar negeri Brunei dan pertahanan terletak sepenuhnya di tangan kerajaan British.

Pesuruhjaya British memberikan nasihat dalam semua perkara yang berkaitan dengan pemerintahan negeri, melainkan yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Perjanjian 1971:-

yang ditandatangani pada 23 November 1971 diantara Sultan Brunei dengan Tuan Anthony Henry Fanshave Royale.

Perjanjian tersebut sebagai pindaan kepada perjanjian 1959. Perjanjian itu mensyaratkan perkara-perkara berikut :-

Kerajaan Brunei hendaklah menikmati sepenuhnya kerajaan sendiri dalam negeri .

Kerajaan British bertanggungjawab mengenai hal ehwal pertahanan, keselamatan dan hal ehwal luar negeri Brunei.

Perjanjian 1979 “Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Antara Brunei dan United Kingdom 1979”.

yang ditandatangani pada 07 Januari 1979 diantara Sultan Brunei dengan Lord Goronwy-Roberts .

Perjanjian tersebut mengiktiraf negeri Brunei sebagai sebuah negara yang Merdeka, Berdaulat dan bertanggungjawab sepenuhnya mengenai hal ehwal dalam negeri dan antarabangsa dengan penubuhan Jabatan Diplomatik bagi mengisi peralihan kuasa dan mengendalikan hal ehwal hubungan luar negeri .

1. Period pengasasan MIB (1363-1485)
2. Period keemasan MIB (1485-1578)
3. Period ujian dan ketahanan (1578-1959)
4. Period pemulihan MIB (1959-1983)
5. Period penegakan MIB (bermula pada tahun 1984 hingga kini)
".....Dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan .... mulai dari 1hb Januari 1984.... Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu wa Ta'ala akan untuk selama-lama kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang Merdeka, Berdaulat dan Demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran Agama Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah dan berasaskan keadilan dan keamanan dan kebebasan dan dengan petunjuk serta keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala akan sentiasa berusaha pada memperolehi ketenteraman dan keselamatan, kebajikan serta kebahagiaan rakyat dan juga pemeliharaan perhubungan persahabatan di kalangan antarabangsa atas dasar saling menghormati terhadap kemerdekaan, kedaulatan, persamaan dan keutuhan (kukuh) wilayah bagi semua negara yang bebas dari campurtangan dari luar negeri."
TITAH

Perlembagaan Brunei mengisytiharkan jawatan “Menteri Besar” yang mana menggantikan British Residen.

Penekanan rasmi oleh kerajaan British bahawa status Brunei sebagai Kerajaan Melayu Islam Beraja adalah kekal dan tidak diusik.

….Kerajaan Baginda Queen ingin menentukan bahawa tiada sebarang cadangan yang terus dibuat yang boleh mengugat status Brunei sebagai Kerajaan Melayu Islam Beraja.

*Dipetik daripada nota mesyuarat antara Setiausaha Negara British dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Omar Ali Saifuddien pada 30 September 1957.

1. Bilakah wujudnya mib ?

2. Nyatakan tarikh Melayu Islam Beraja dirasmikan, tempat lokasinya dan waktunya?

3. Nyatakan 5 nilai-nilai luhur?

4. Nyatakan tahun pada setiap period sejarah empayar konsep melayu islam beraja.

5. Bilakah tahun perlembagaan negara di masyhor & siapakah yang memasyhorkan?
Q & A
Sumber rujukan daripada

Nota-nota Pusat Tingkatan Enam Maktab Duli Pengiran Muda Al Muhtadee Billah.
Buku rujukan Dewan Bahasa (Anugerah Kefahaman Melayu Islam Beraja & Keratan suratkhabar Melayu Islam Beraja RB 78(A) )
Full transcript