Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Pendahuluan

No description
by

nor fatiha locmanuddin

on 3 April 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Pendahuluan

Penghayatan Tradisi Lisan Melayu Dalam Kalangan Masyarakat Cina
Kelantan
Isi Penceritaan Artikel
Contoh bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Cina Peranakan di Kelantan.
Penghayatan tradisi lisan oleh masyarakat ini sangat unik. Masyarakat Cina di Kelantan terbahagi kepada dua iaitu Cina Bandar dan Cina Kampung atau dikenali juga sebagai Cina Peranakan. Kumpulan pertama ialah Cina yang berhijrah ke Kelantan pada permulaan abad ke 20. Kumpulan ini terdiri dari etnik Kantonis, Hakka dan sebagainya. Kumpulan kedua ialah Cina Kampung. Cina Kampung merupakan keturunan Cina yang berhijrah ke Kelantan pada awal abad ke 15. Mereka berasal dari etnik Hokkien. Mereka menetap di tebing sungai dan menjalani kehidupan sebagai petani. Masyarakat Cina Kampung yang lebih mudah dikatakan sebagai Cina Peranakan telah mengamalkan campuran budaya samada secara lisan mahupun melalui perbuatan mereka.
1) Mak bek un mu gor ni.
Ayat tersebut membawa maksud “emak (mak) hendak memanaskan benda ini”. Perkataan mak bermaksud emak(ibu) dalam loghat Melayu Kelantan, bek bermaksud hendak dalam loghat Hokkien Kelantan, un bermaksud memanaskan dalam bahasa Siam Kampung dan mu gor ni pula membawa maksud benda ini dalam dialek Melayu Kelantan.

Pendahuluan
Artikel ini membincangkan tentang Penghayatan Tradisi Lisan Melayu Dalam Kalangan Masyarakat Cina Kelantan yang ditulis oleh Nor Fatiha Binti Locmanuddin. Secara umumya tradisi lisan ialah Melayu dalam kalangan masyarakat cina kelantan merujuk kepada masyarakat yang mengamalkan percakapan secara dialek dalam seharian mereka. Masyarakat cina kelantan amat berbeza dengan anggota cina yang lain dari pelbagai aspek seperti makanan, budaya pakaian, kraf, kesenian dan kaedah perubatan. Berlakunya perbezaan disebabkan oleh percampuran budaya dengan cara pergaulan atau perkahwinan campur. Sebagai contoh percampuran budaya cara perkahwinan campur ialah si suami orang melayu kelantan dan si isteri kaun cina, satu lagi contoh cara pergaulan mereka tinggal di kawasan tersebut dan mereka terikut dengan cara ditempat itu.



Ketiga budaya berpakaian yang diamalkan oleh masyarakat Cina. Lelaki dewasa mereka tidak memakai baju, hanya berkain bersarung atau berseluar pendek sahaja, manakala perempuan hanya memakai pakaian berkembang di rumah dan memakai baju kurung serta berselendang. Apabila menghadiri acara rasmi, mereka berpakaian berbaju melayu berseluar pendek bagi lelaki manakala yang perempuan berbaju kebaya lengan pendek dan berseluar tiga suku.
Keempat budaya makanan.Makanan Cina Peranakan Kelantan berbeza dengan anggota masyarakat cina lain. Kegemaran masyarakat Cina Peranakan Kelantan mereka memakan ulam ulaman seperti pucuk ubi, jering, petai, pegaga, kacang panjang, kangkung dan timun yang dimakan bersama budu, sambal tempoyak dan sambal belacan menunjukkan citarasa mereka sama seperti masyarakat di sekeliling mereka. Masyarakat Cina Peranakan yang tinggal di kampung mempunyai kemahiran yang hampir sama dengan masyarakat Melayu dalam menghasilkan kuih muih. Mereka menghasilkan kuih seperti tapai, ketupat, pulut kuning dan lepok (dodol durian).
Kelima seni kraf, apa yang dapat dipaparkan dalam tulisan ini cara hidup dan peralatan anyaman yang digunakan oleh masyarakat Cina Peranakan di Kelantan adalah sama dengan peralatan yang digunakan oleh orang Melayu. Kehidupan seharian mereka banyak bergantung kepada sektor pertanian, dengan hasil tersebut mereka mampu menyediakan belbagai bentuk anyaman seperti bakul, pongkes, achok, badang(nyiru) dan lain-lain lagi. Dalam menghasilkan anyaman, bahan asas yang diperlukan seperti buluh, rotan, lidi, mengkuang atau pandan, bemban, daun kelapa dan lain-lain. Peralatan yang perlu ada untuk membuat kraf seperti parang, pisau raut, gergaji atau alat pemotong. Badang ada dua bentuk iaitu badang jarang dan badang rapat. Badang jarang biasanya digunakan untuk menjemur makanan yang hendak dikeringkan seperti kuih, ikan kering lada dan bawang serta lain-lain, badang rapat pula digunakan untuk menampi beras atau padi. Achok dibuat daripada buluh. Achok digunakan untuk membuat jemuran seperti mengeringkan tembakau. Serkap merupakan alat untuk mengurung binatang ternakan atau haiwan peliharaan yang disayangi. Anak ayam yang baru menetas, ayam serama dan ayam laga/jaguh dipelihara dengan cara meletakkan di bawah serkup/perkup.

Keenam kaedah perubatan secara menurun yang dilakukan oleh tok bomoh masyarakat Cina Peranakan. Amalan ini sangat unik sukar untuk dijelaskan secara saintifik. Keadah ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah seperti keluarga dan perniagaan. Amalan ini berlaku secara berterusan kerana ramai lagi masyarakat lain yang mempercayainya. Antara punca penyakit ialah oleh gangguan makhluk halus dan turun temurun. Dengan membaca jampi. Tanpa bacaan jampi, semua urusan akan gagal.
Ketujuh kesenian Kelantan merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan seni budaya tradisi seperti wayang kulit, mak yong, menora, main puteri, bageh, kertuk, gasing, wau dan sebagainya. Kesenian terbahagi dua, dalam bentuk permainan dan persembahan, aktiviti ini dilakukan pada waktu lapang seperti selepas musim menuai padi. Kesenian ini hampir pupus di negeri Kelantan setelah Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS `mengharamkan’ kesenian ini kerana dikatakan wujudnya unsur syirik. Wayang kulit di Kelantan dapat diteruskan kesinambungannya dengan adanya Pak Chu Eyo Leng Seng, kerana dia berbangsa Cina dan beragama Buddha. Pak Chu mengatakan bahawa jika tok dalang Melayu tidak benarkan bermain wayang kulit, biarlah orang lain meneruskannya. Beliau sanggup meneruskan dan memperjuangkan kesenian ini supaya terus hidup dan dapat dinikmati oleh generasi baru akan datang.






Keduanya, Masyarakat Cina Peranakan menggunakan bahasa Melayu dialek Kelantan dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contohnya, `mu make gapo tu?’ yang membawa maksud ‘kamu makan apa?’. Golongan tua menggunakan dialek Siam dan golongan muda menggunakan dialek Hokkien dalam perhubungan sesama mereka.

Kesimpulan
Masyarakat ini mengamalkan cara hidup secara harmoni. Mereka akan menjaga hati `saudara’ sekampung mereka seperti orang Melayu. Apabila ada kenduri kahwin, mereka sanggup mengupah tukang masak orang Melayu untuk memasak. Hal ini supaya `saudara sekampung’ mereka tidak ragu-ragu untuk memakan makanan yang dihidangkan. Mereka memahami perasaan orang Melayu, apabila dijemput datang kenduri, mereka tidak akan menolaknya. Masyarakat Cina Peranakan sangat sensitif dengan haiwan bernama babi bagi orang Melayu Kelantan. Bagi anggota masyarakat Cina lain mereka makan babi, walaupun mereka makan babi orang melayu tetap berkawan tetapi mereka tidak memakan.




NOR FATIHA BINTI LOCMANUDIN
333510128217
Full transcript