Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

KEPELBAGAIAN AGAMA

No description
by

ChoCo Maine

on 23 September 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of KEPELBAGAIAN AGAMA

KEPELBAGAIAN AGAMA
PERANAN AGAMA
PENGGOLONGAN AGAMA
APAKAH ITU AGAMA?
1Malaysia
Dikenali dalam bahasa Sanskrit sebagai Dharma Sanātana (abadi) atau Dharma Vaidika (Veda).

Dianuti oleh etnik kaum India.

Dalam agama Hindu, Dewa bukanlah Tuhan tersendiri.
Menurut umat Hindu, Tuhan itu Maha Esa tiada duanya.

Percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran
semula (
samsara
) di mana sistem ini bergantung dengan
amalan-amalan (
karma
) seseorang itu yang akan
menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain.

Brahman, menjadi Isvara (Tuhan) melalui tiga sifatnya iaitu

- Brahma : Pencipta
- Vishnu : Pemelihara
- Shiva : Tuhan Pemusnah dan Kelahiran semula

Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara Atman (iaitu, roh diri) dengan Brahman (Roh Agung atau Tuhan).
Pancasradha merupakan keyakinan dasar umat Hindu.
Lima keyakinan dan kepercayaan yang disebut dengan Pancasradha :-

1.
Brahman
- percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan segala aspeknya.

2.
Atman
- percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk.

3.
Karmaphala
- percaya dengan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap perbuatan.

4.
Samsara
- percaya dengan adanya proses kelahiran semula (kelahiran semula).

5.
Moksa
- percaya bahawa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir manusia.
AGAMA ISLAM
Kepercayaan & Pengajaran :-

Dianuti oleh sebanyak 60% penduduk Malaysia, majoritinya kaum Melayu.

Mengakui Allah S.W.T sebagai Pencipta dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai Nabi terakhir dan Pesuruh Tuhan.

Seseorang yang beragama Islam bererti berserah diri dan mengikuti perintah Allah S.W.T. serta mencontohi Nabi Muhammad S.A.W.

Perlu memberi kesaksian bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya.

Perlu dibuktikan melaksanakan tanggungjawab seperti yang diperintah oleh Allah serta menjauhi larangan-Nya.

Mengakui bahawa Nabi Muhammad berfungsi sebagai penyampai ajaran Islam daripada Tuhan dan juga ikon yang perlu dicontohi.


KENAPA MANUSIA BERAGAMA?
Warisan Kebudayaan
Faktor keselamatan
Kesejahteraan di akhirat
Mengukuhkan ikatan persaudaraan
Mencari jawapan kepada persoalan yang sukar dijawab
AGAMA KRISTIAN
Kepercayaan dan Pengajaran :-

Diasaskan oleh Jesus Christ yang berasal dari Jerusalem.

Berpegang kepada konsep Nabi Isa iaitu Anak Tuhan yang dihantar untuk memberi penyelamatan dan perdamaian dengan Tuhan melalui penebusan dosa-dosa kemanusiaan.

Mazhab daripada kepercayaan Yahudi yang menerima Jesus sebagai messiah atau kristus.

Penganut Kristian menganggap Jesus sebagai jelmaan tuhan, iaitu tuhan yang mengambil rupa manusia; mempunyai sifat-sifat manusia.

Terdapat 4 Mazhab/Pecahan iaitu :-
- Mazhab Katolik
- Mazhab Protestan
- Mazhab Angelican
- Penganut Kristian Ortodoks

- Hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dipercayai memberikan perlindungan.

- Sistem keyakinan yang dianuti dan diamalkan.

- Set peraturan yang mengaturkan hubungan manusia dengan kuasa ghaib khususnya dengan Tuhan.
KUMPULAN 6 HUBUNGAN ETNIK
AHLI KUMPULAN :-
- Amyra Hanani - Laivinia
- Charmaine Chu - Sarabjit Kaur
- Khor Yen Huei - Nur Nasuha
- Syarifah Fatin - Thaaranni

Agama dijadikan sebagai elemen untuk mengeratkan ikatan persaudaraan sebagai satu komuniti yang bermoral.
Membina masyarakat yang bernilai murni dan bermoral.
Menggalakkan manusia hidup bermasyarakat.
Hukuman dan ganjaran yang dilaksanakan oleh agama terhadap manusia.
Memberikan semangat dan motivasi hidup.
Agama sebagai sumber nilai moral
Penyatuan
Pendorong dan pengesahan program pembangunan
Menumbuhkan semangat kebangsaan
Perpaduan Nasional
Kewujudan Tamadun
Fungsi pemerintahan
Mengembangkan kesenian
Agama Samawi
Samawi (Bahasa Arab) : Langit
Agama diturunkan dari langit.
Agama yang bersumberkan wahyu dari Tuhan.
Diturunkan untuk memenuhi keinginan dan kecintaan jiwa manusia yang semulajadi kepada Tuhan.
Mempercayai Tuhan sebagai pencipta alam, rasul-rasul dan kitab Allah

Contohnya :-
- Islam
- Kristian
- Yahudi
Agama Ciptaan Manusia
Agama duniawi yang datang daripada diri manusia.
Agama alam atau budaya dan ianya dibentuk oleh falsafah masyarakat dan dirumuskan oleh ahli fikir masyarakat.
Percaya penjelmaan Tuhan atau Tuhan dalam tubuh manusia.
Terdapat upacara penyeksaan diri untuk mencapai kesucian diri.
Terdapat penyembahan cakerawala, berhala & gambaran dan upacara pemujaan.

Contohnya :-
- Buddha
- Hindu
- Sikh
AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA
Senarai Agama Utama di Malaysia : -

Islam
Buddha
Kristian
Hindu
Sikh
Mengamalkan RUKUN ISLAM :

- Mengucap dua kalimah syahaadat
- Solat lima waktu
- Berpuasa di bulan Ramadhan
- Membayar zakat fitrah
- Menunai haji

Islam Agama Sejagat

- Setiap manusia tanpa mengira bangsa,keturunan adalah setaraf di sisi Tuhan.
- Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai bangsa, budaya dan cara hidup yang berbeza-beza
- Islam membuka jalan kepada kesatuan seluruh bangsa.

Pengaruh Islam dari Segi Ekonomi :
- Memberi kebebasan kepada umatnya untuk berusaha mencari kekayaan tetapi dengan cara yang mulia dan bersih.
- Menentang sistem ekonomi yang mempunyai berunsur penindasan, monopoli dan penipuan.
- Mewajibkan zakat pada golongan yang berada dan galakkan umatnya menderma dan berkorban untuk kebajikan orang lain

Pengaruh Islam dari Segi Politik :
- Menekankan dasar musyawarah, keadilan dan pemilihan pemimpin secara adil tanpa membezakan kelas, keturunan, bangsa, agama, atau warna kulit.

Pengaruh Islam dari Segi Sosial :
- Memperjuangkan dasar kehormatan diri manusia.

AGAMA BUDDHA
Mengamalkan Ajaran Buddha ;
EMPAT KEBENARAN MULIA

Perumusan pemahaman Gautama Buddha tentang sifat penderitaan, punca asas penderitaan, cara untuk menghindari penderitaan dan usaha yang diperlukan untuk mencapai kebahagiaan.

1.
Dukkha
- Penderitaan atau kesengsaraan, termasuk segala bentuk kesakitan, ketidaksempurnaan, ketidakharmonian dan ketidaksenangan. Antara ‘dukkha’ yang perlu dihadapi ialah:
Kelahiran, penuaan, kesakitan dan kematian.
Pemisahan dengan orang / benda yang digemari.
Penemuan dengan orang / benda yang tidak diingini.

2.
Samudaya
(Punca 'Dukkha')
- ‘Dukkha’ ditimbulkan dari manusia itu sendiri. Keinginan merupakan punca kelahiran semula, diiringi nafsu dan keseronokan yang berdasarkan kejahilan. Terdapat beberapa jenis keinginan/nafsu yang dihadapi manusia:
Keinginan untuk keseronokan deria (pandangan, bunyi, bau, rasa, sentuhan, gambaran mental).
Keinginan untuk kewujudan yang berterusan.
Keinginan untuk ketidakwujudan serta penghapusan diri.

3.
Nirodha
(Penghapusan 'Dukkha')
- Penghapusan penderitaan nafsu disifatkan sebagai kebahagiaan yang mutlak dan unggul – Nirvana/Nibbana.
- Dengan menghapuskan keinginan/nafsu, seseorang itu tidak akan terikat lagi kepada kelahiran semula dan bebas daripada segala ‘dukkha’.

4.
Magga
(Cara Menghapuskan 'Dukkha')
- Cara untuk menghentikan kesengsaraan adalah dengan menjadikan ‘Jalan Lapan Lapis Mulia’ sebagai jalan kehidupan. Keinginan dan nafsu dapat dihapuskan dengan amalan ‘Jalan Tengah’.

Kepercayaan dan Pengajaran :-

Dianuti oleh etnik kaum Cina.

Pengasasnya Siddharta Gautama yang berasal dari India.

Gautama Buddha cuba mencari keadilan dan kebenaran melalui pertapaan akhirnya mendapat penemuan yang boleh melepaskan diri manusia daripada kesengsaraan.

Disebarkan oleh para pedagang dan para mubaligh.

Terdapat dua Mazhab/Pecahan iaitu :-

> Buddha Hinayana : Ajaran asal yang diamalkan di Sri Lanka, Myanmar, Thailand dan Indonesia.

> Buddha Mahayana : Ajaran yang mengalami perubahan setelah agama Buddha tersebar ke China, terdapat kombinasi pengaruh Fahaman Taoisme dan Fahaman Confusianisme.
Mengamalkan Ajaran Buddha –
JALAN TENGAH / JALAN LAPAN LAPIS MULIA

- ‘
Jalan Tengah
’ menunjukkan cara hidup yang betul untuk menghindarkan diri daripada kedua-dua jalan hidup yang keterlaluan iaitu mencari kebahagiaan melalui kepuasan nafsu atau penyeksaan diri.

- ‘
Jalan Lapan Lapis Mulia
’ merupakan Ariya Magga 8 dan orang yang mengamalkannya dikatakan sedang mencapai kebahagiaan, ketenteraman, ketenangan dan kebebasan yang sejati.

- Ajaran ini mengalakkan penganutnya mencapai
Nirvana
(Kebahagiaan Tertinggi).

- Bagi mencapai matlamat ini, mereka dikehendaki melatih dan memperkembangkan diri dalam 3 aspek iaitu: Sila (moral), Samadhi (disiplin mental) dan Panna (kebijaksanaan).

1. Kebijaksanaan
Samma Dithi (Pandangan yang betul)
Samma Sankapa (Fikiran yang betul)
2. Moraliti
Samma Vaca (Pertuturan yang betul)
Samma Kammanta (Perilaku yang betul)
Samma Ajiva (Sara hidup yang betul)
3. Disiplin Mental
Samma Vayana (Usaha yang betul)
Samma Sati (Kesedaran yang betul)
Samma Samadhi (Tumpuan yang betul)


Upacara dan Perayaan:

HARI WESAK

- Ia disambut sebagai peringatan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gautama Buddha iaitu:-

Keputeraan
Hari mencapai kemenangan
Kemangkatan (Nirvana)
Injil Kristian :-

- Old Testament
- New Testament

Asas-Asas Ajaran Kristian :-

1.
Doktrin Dosa Warisan (The Original Sin)
- Percaya bahawa manusia sejak lahir telah pun menanggung dosa.
- Menurut Old Testament, orang Yahudi mengorbankan lembu dan kambing untuk membersihkan dosa, tetapi untuk membersihkan dosa seluruh umat manusia, satu pengorbanan yang agung perlu dilakukan iaitu dengan kematian Anak Tuhan.

2.
Doktrin Anak Tuhan (The Sonship of God)
- Percaya bahawa Jesus Christ adalah Anak Tuhan yang tunggal kerana beliau lebih hampir dengan Tuhan daripada orang lain.
- Jesus Christ yang telah dilahirkan oleh Mary tanpa melalui proses kelahiran manusia semulajadi juga dijadikan sebagai sebab Jesus unik daripada orang lain.

3.
Doktrin Ketuhanan Yesus (The Divinity of Jesus)
- Asalnya Jesus Christ digelar sebagai anak Tuhan, penganut Kristian menukarkan status Jesus sebagai Tuhan, sebagaimana dakwaan bahawa beliau sebenarnya jelmaan Tuhan.
- Dianggap sebagai Tuhan berdasarkan keajaiban beliau dan kematiannya di tiang salib.


4.
Doktrin Kesucian Triniti (The Holy Trinity)
- Berdasarkan doktrin ini, Tuhan mempunyai 3 oknum ataupun tiga dalam satu.
- Aliran utama Kristian menyatakan bahawa oknum adalah :-
Tuhan Bapa
Tuhan Anak
Roh Kudus
- Oknum ini mempunyai kesamarataan kuasa dalam konsep Tuhan.

5.
Doktrin Penyaliban Jesus (The Cruxifixion Jesus)
- Lambang utama iaitu misteri Penyaliban Jesus di tiang salib.
- Mempercayai Tuhan telah menghantar anaknya ke dunia untuk menebus segala dosa manusia dan menyelamatkan manusia dari api neraka.


Perayaan-Perayaan :-

1.
Hari Natal/Christmas Day
- Pada 25 Disember yang menyambut tarikh lahir Jesus.

2.

Hari Easter
- Menyambut kebangkitan Jesus dari kematiannya. Pemberian telur berwarna-warni berisikan coklat yang melambangkan kesuburan.

3
.
Good Friday
- Sempena penandaan Jesus disalib.

AGAMA HINDU
AGAMA SIKH
- Dianuti oleh sebahagian besar etnik India berketurunan Punjabi.

- Perkataan Sikh dalam bahasa Punjabi bermakna untuk belajar.

- Diasaskan oleh Guru Nanak Dev Ji dan seterusnya dikembangkan oleh 9 orang Guru yang lain.

- Kaum lelaki Sikh diberi nama 'Singh' (Singa) yang melambangkan keberanian dan ketabahan. Kaum wanita pula diberi nama ‘Kaur’ (Puteri) sebagai tanda memelihara maruah.

- Tiga Kepercayaan Utama :-

Naam Japna

: Meditasi pada Tuhan melalui bacaan, melaungkan, menyanyi dan peringatan yang berterusan diikuti dengan kajian mendalam dan kefahaman Nama dan sifat-sifat Tuhan.

Kirat Karni

: Mencari rezeki secara jujur.

Vand Chakna

: Penganut Sikh diminta untuk berkongsi kekayaan mereka dalam masyarakat.
-
5 KEJAHATAN/PENCURI

Menurut Sikh , lima kelemahan utama keperibadian manusia yang bercanggah dengan intipati spiritual Sikh.

Merupakan halangan dalam usaha manusia ke jalan moral dan rohani.

Lima kejahatan dalam agama Sikh adalah:
Kaam
(Nafsu)
Krodh
(Kemarahan yang tidak terkawal),
Lobh
(Ketamakan),
Moh
('Emotional Attachment')
Ahankar
(Ego)


KESH
(RAMBUT)
Penganut Sikh tidak dibenarkan memotong rambut untuk memelihara pemberian Tuhan. Dengan memakai Dastaar (serban) di atas kepala, seseorang itu diingatkan supaya tidak mempunyai ego.

KANGA
(SIKAT)
Sikat yang diperbuat daripada kayu mempunyai fungsi menjaga rambut panjang. Kanga juga menjadi symbol disiplin dan kekemasan yang juga merupakan amalan penganut agama Sikh.

KARA
(IRON BANGLE)
Kara dijadikan sebagai ingatan kepada penganut Sikh bahawa sebarang perlakuan haruslah dilakukan berdasarkan ajaran agama dan perlakuan yang soleh.

KECHERA
(SELUAR PENDEK)
Mengingatkan seseorang untuk memelihara amalan moral yang tinggi. Ia juga mengingatkan seseorang mengawal nafsu dan setia kepada suami/isteri mereka.

KIRPAAN
(PISAU)
Perkataan ‘Kirpaan’ berasal daripada perkataan ‘Kirpa’ dan ‘ Aan’ . ‘Kirpa’ bermaksud perlakuan kebaikan manakala ‘Aan’ bermaksud penghormatan. Kirpan patut digunakan sebagai alat pertahanan diri dan tidak boleh digunakan semata – mata jika dalam kemarahan.

AMALAN 5K
PERAYAAN VAISAKHI
Perayaan utama agama Sikh yang disambut untuk memperingati kelahiran komuniti Sikh, iaitu, Khalsa dan disambut pada 14 April pada setiap tahun.

Juga memperingati penubuhan Akal Khalsa (Tentera kepada Yang Abadi) di Anandpur Sahib yang menentang pemerintahan Empayar Mughal.
KONFLIK AGAMA
-
Punca Konflik Agama
:-

Pandangan yang berbeza antara penganut.

Perbezaan tingkat kebudayaan tradisional dan moden.

Perbezaan budaya dalam kelompok masyarakat yang menganut agama yang beza di sesuatu tempat atau daerah.

Anggapan para penganut bahawa hanya satu agama atau agama mereka sendiri yang benar.

Setiap agama berpendapat bahawa para pemimpin agama mereka sendiri itu adalah wakil Tuhan di bumi.

Isu kebebasan agama
-
Contoh Isu Konflik Agama di Dunia
.

Konflik antara Bosnia-Herzegovina dengan Serbia.

Konflik Hindu-Islam di India.

Konflik Islam-Kristian di Ambon.

Konflik etnik Rakhine beragama Buddha dan Rohingya beragama Islam di Myanmar.
- Kesan Konflik Agama
:

Mendorong kepada berlakunya perasaan tidak puas hati dan mungkin boleh menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat.

Mewujudkan salah faham dan pandangan buruk terhadap penganut-penganut lain.

Rusuhan agama yang akan membawa keancaman kepada struktur sosial negara.

Segi kesan ekonomi, ekoran daripada keruntuhan struktur sosial mungkin akan menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar atau mungkin berhenti dengan serta-merta.

Mencemarkan nama baik negara.
- Cara Mengatasi Konflik Agama.

Masyarakat dapat menjaminkan keamanan dan kedamaian negara supaya setiap individu boleh hidup dengan selesa tanpa konflik antara agama jika setiap penganut...

saling memahami antara agama.

memahami tentang nilai-nilai murni antara agama, perayaan agama lain, dan kepercayaan agama lain.

saling menghormati kepelbagaian agama.
Titik Pertemuan Agama yang Berlainan
Kefahaman dan tingkah laku beragama boleh memisah atau membina hubungan sesama penganut dalam sesuatu agama.

Potensi harus digarap dengan hati-hati dan berhemah agar individu dan penganut agama membolehkan hubungan mereka dijalin erat.
Asas-asas Nilai Sejagat dan Kemanusiaan dalam beragama :

Berkenal-kenalan
Persefahaman
Bekerjasama
Persaudaraan
Berkasih-sayang
Saling menjamin
Aplikasi Hubungan Etnik dalam kehidupan masyarakat Malaysia:

Kemesraan dalam berkomunikasi
Budaya ziarah- menziarahi
Mengambil berat
Menghormati seseorang
Menghormati jiran
Kepentingan berkongsi Nilai Kesejagatan telah membawa Malaysia untuk memilih tindakan di atas perkiraan sosial yang rasional dan dihajati bersama iaitu :

Keharmonian
Kedamaian
Kekayaan
Kemuliaan
Kebaikan
Islam Hadhari untuk Mempromosi Hubungan Etnik
Islam yang bertamadun" merupakan teori kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran.

Perkataan Hadhari berasal daripada ”hadharah” yang bermaksud kemajuan, dan peradaban.

Visi Islam Hadhari :
- Menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh dan sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.

Misi Islam Hadhari :
- Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.

Konsep Islam Hadhari :
- Negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu berkemahiran dan berketrampilan golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan agama.
Kerajaan telah membuat pelbagai rangka dalam pembangunan negara samada dari aspek ekonomi, undang-undang, pendidikan dan lain-lain lagi.

Pendekatan ini bertujuan :

- untuk mengembalikan umat Islam agar menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai pembina tamadun dan peradaban masyarakat Malaysia.

- mendorong umatnya menjadi maju dan dapat mencapai kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

- mempertingkatkan kualiti kehidupan melalui jalan menguasai ilmu, pembangunan insan dan juga pembangunan fizikal.

- pengabdi diri kepada tuhan dan juga kerja sebagai satu ibadah serta manusia sebagai khalifah dan bertanggungjawab dalam kehidupan.


Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Keimanan dan Ketakwaan
Kerajaan Adil dan Beramanah
Rakyat Berjiwa Merdeka
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Pembangunan Ekonomi yang Komprehensif dan Seimbang
Kehidupan Berkualiti
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Keutuhan Budaya dan Moral
Kekuatan Pertahanan
10 PRINSIP ISLAM HADHARI
Prinsip Islam Hadhari Terhadap Hubungan Etnik
Kepelbagaian agama, kepercayaan, bangsa dan etnik dalam negara Islam wujud sejak zaman awal Islam.

Hubungan antara orang Islam dan bukan Islam dinyatakan dengan jelas dalam Sahifah Madinah.

Sahifah Madinah peraturan dan undang-undang dan wajib dihormati dan dipatuhi oleh semua rakyat yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Islam Madinah.

Amalan yang mengeratkan hubungan antara orang Islam dan bukan Islam :
- Berkenal-kenalan (al-Ta’ruf)
- Saling Memahami (al-Tafahum)
- Bekerjasama (ta’awwun).
- Persaudaraan (Ukhuwah)
- Berkasih Sayang (Mahabbah)

PENDEKATAN ISLAM HADHARI
Sumber Ajaran Islam :

Sumber pertama ajaran Islam ialah al-Quran.

Sumber kedua ialah al-Sunnah yang merangkumi ucapan, tindakan serta sifat-sifat Rasulullah SAW dalam bentuk ajaran Islam yang dikenali sebagi hadis.

Dalam hadis juga terkandung Sirah yang mengandungi sejarah hidup Baginda.

Sumber ketiga ialah ijtihad, ijmak, qiyas, syura.

Syariah ialah prinsip Islam tertinggi, mengatur kehidupan harian Muslimin yang meliputi segala aspek kehidupan manusia (merangkumi ibadat, ekonomi, pemerintahan dan kemasyarakatan).

1.
Hari Raya Aidilfitri
- Diraikan setahun sekali dalam bulan Syawal sempena meraikan kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan.

2.
Aidil Adha
- Masyarakat Islam akan berkorban binatang ternakan mereka sebagai mengenang kesanggupan Nabi Ismail mengorbankan dirinya demi ketaatan kepada Allah SWT.

3.
Nuzul Qur’an
– Merupakan hari ke-17 dalam bulan Ramadhan sempena hari penurunan Al-Quran.

4.
Maulud Nabi
– Merupakan sambutan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah.

5.
Awal Muharam
– Hari pertama dalam tahun Islam (tahun Hijrah) iaitu hari pertama dalam bulan Muharam.


Perayaan-Perayaan
Penganut Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama :

1.
Shaivisme
:
Pemujaan Dewa Shiva yang juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa.
Kuasa ciptaannya dirayakan dengan penyembahan lingam, satu arca yang terdapat di kuil-kuil dan juga rumah-rumah penganut Hindu.

2.
Vaishnavisme
:
Pemujaan Dewa Vishnu adalah popular dalam kalangan umat Hindu kerana Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia.
Dewa ini telah melalui sembilan kehidupan semula (avataras) dan ia diramalkan akan kembali hidup semula dalam bentuk lain.
Daripada sembilan kelahiran ini, dua kelahiran yang paling utama adalah ketika Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Rama dan Krishna.

3.
Shaktisme
:
Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Dewa Kali dan yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati dan Dewa Uma.
Kepercayaan asas Agama Hindu :

Asas ( Nyawa) yang ada dalam semua kehidupan termasuk binatang adalah sama.

Tuhan yang menentukan semua yang berlaku di sekitar kita.

Tuhan memerintah dan mengoperasi alam ini melalui dewa-dewi yang ditugaskan.

Manusia yang buat kebaikan akan masuk syurga, manusia yang buat kejahatan akan masuk neraka.

Manusia akan hidup berulang kali sehingga semua karmanya selesai.

Kehidupan yang hidup di dunia ini bermula dari satu akal sehingga enam akal.

Setiap kehidupan sama ada manusia atau binatang, mempunyai hak untuk hidup di dunia ini.
Deepavali
- Disambut setelah Narakasura, yang kejam, dibunuh oleh Dewa Krishna. Upacara ini adalah peringatan kepada umat Hindu agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Ponggal
- Dirayakan ketika masa menuai, secara tradisi bertujuan berterima kasih kepada Dewa Matahari dan ternakan ladang yang membantu menghasilkan kekayaan harta benda.

Thaipusam
- Disambut bagi menghormati Dewa Murugan pada bulan 'Thai' iaitu bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam.
PERAYAAN-PERAYAAN
Full transcript