Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

tarikan interpersonal dan hubungan rapat

No description
by

Fatihah Baihaki

on 26 April 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of tarikan interpersonal dan hubungan rapat

DEFINISI
Hornby & Ruse 1999
Relationship / Hubungan
Perasaan yang wujud di antara dua individu atau dua kelompok manusia

Interpersonal
Gabungan dua perkataan ‘inter’ + ‘ personal’.
Inter – antara, personal- manusia

Keseluruhannya, hubungan interpersonal ialah perasaan yang wujud di antara manusia daripada aktiviti harian mereka


Pengaruh-Pengaruh Kepada Tarikan
Pengaruh Situasi
Pengaruh Emosi
Pengaruh Proksimiti
Pengaruh Karakteristik
Pengaruh Persamaan
Pengaruh Situasi
Keadaan di mana seseorang sedar akan kesusahan atau mortaliti dan ada kecenderungan untuk membina hubungan dengan orang lain.
Keadaan yang mendorong individu untuk bersatu dalam satu situasi.

Situasi pertama :
Bencana alam

Contoh :
Banjir besar yang menjejaskan penduduk di Kelantan telah membangkitkan kesedaran untuk masyarakat membantu mangsa banjir (need for affiliation)


Pengaruh Emosi
Kesan Terus Emosi :
Seseorang individu akan suka kepada individu yang lain yang selalu mewujudkan emosi yang positif tentang individu tersebut.
Anda suka kepada orang yang buat diri anda rasa hebat dan tidak menyukai orang yang merendahkan anda (Ben-Porath, 2002; Reich, Zautra & Potter, 2001)
Contoh : Awang gemar berkawan dengan Taufiq kerana Taufiq sering memuji penampilannya.

KEPERLUAN UNTUK BERINTERAKSI
Keperluan berinteraksi adalah suatu keadaan di mana seseorang berusaha untuk mengekalkan sesuatu hubungan, bekerjasama dalam kumpulan, mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti bersama keluarga atau teman
- McClelland

Seseorang yang mempunyai keperluan untuk berinteraksi, berusaha mencapai kepuasan terhadap keperluan ini agar disukai dan diterima oleh orang lain

tarikan interpersonal dan hubungan rapat
Situasi 2 :
Seseorang individu berada dalam keadaan mencemaskan, oleh itu individu tersebut akan mencari orang lain untuk mengurangkan rasa takut dan cemas.
Contoh :
Awang yang baru menonton cerita seram berasa takut untuk tidur seorang lalu menumpang di bilik rakannya.



Kajian Schachter (1959)
Penerima kejutan lebih suka bersama orang lain yang berada dalam prospek yang sama.

‘Misery doesn’t just love any kind of company, it loves only miserable company’ (Schachter, 1959).

Kesan Kaitan Emosi
Kita akan lebih cenderung untuk menyukai individu yang berdekatan dengan kita apabila berada dalam mood positif.
Begitu juga sebaliknya, kita akan cenderung untuk menilai seseorang itu buruk apabila berada dalam mood negatif.
Eksperimen : Gambar anak kucing vs ular( Krosnick et al,. 1992)

Contoh :
Taufiq yang berada dalam keadaan gembira setelah mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang cenderung untuk lebih menyukai orang asing yang berada di sekelilingnya.

Emosi boleh menjadi Pengaruh Sosial
Untuk mengubah persepsi/ pemikiran/mood seseorang
Contoh: Promosi hebat dapat meningkatkan mood positif dan tarikan produk tersebut.
Pemaparan ahli politik dengan imej yang baik dan mempunyai penyokong untuk meningkatkan persepsi positif terhadap ahli politik tersebut.

Pengaruh Proksimiti
Membentuk tarikan dan hubungan.
Theodore Mead Newcomb (1903-1984), merupakan orang pertama yang mendokumentasikan kesan proksimiti dalam developsi hubungan orang antara satu sama lain.
Seseorang itu lebih cenderung untuk tertarik dengan mereka yang mempunyai ‘kontak’.
Mereka yang tinggal berdekatan lebih kebarangkalian untuk menjadi kawan atau kekasih (kedekatan geografi).

Kesan Pendedahan Langsung (Mere Exposure Effect), Moreland and Beach (1992)
Topik : ‘Kesan pendedahan di dalam kelas : Pembangunan Pertalian di kalangan pelajar’.
4 orang pembantu kajian berlakon untuk menjadi pelajar di sebuah kelas untuk 1 semester.
A- 0 , B-5 kali, C- 10 kali, D- 15 kali
Di hujung semester pelajar lain diminta untuk menilai tahap kesukaan mereka terhadap 4 orang pelajar tersebut.

Rupa paras menjadi pengaruh kepada tarikan.
Seseorang itu lebih tertarik kepada mereka yang berupa paras menarik.
Mereka yang menarik dipandang sebagai lebih berjaya, pandai bergaul, lebih meyakinkan, menyeronokkan.
Sesetengah individu memandang rupa paras seseorang sebelum mengenalinya.
Contoh : Individu yang mempunyai wajah kacukan sering dilihat lebih menarik.


Pengaruh Karakteristik
Contoh : The “What is Beautiful is Good” Effect ( Lemay et al., 2010)

Target’s Physical Attractiveness --->

Desire to Form Relationship with the Target Person --->

Perceived Interpersonal Characteristics of the Target


Persamaan sikap akan menimbulkan tarikan.
Kajian Newcomb (1956), persamaan membawa kepada tarikan manakala perbezaan menyebabkan tidak suka.
Pelajar yang bersikap sama sebelum berjumpa lebih suka antara satu sama lain apabila berjumpa.
Kajian Byrne (1961)
Pertama, sikap ahli kajian dinilai
Kedua, mereka didedahkan kepada orang asing dan diminta untuk menilai orang tersebut.
Keputusan didapati bahawa mereka lebih menyukai orang asing yang mempunyai persamaan dengan mereka berbanding dengan yang tidak mempunyai persamaan.

Pengaruh Persamaan
Hipotesis Tolakan (Rosenbaum) :
Perbezaan sikap membawa kesan negatif
Hipotesis ‘Matching’ :
Kita lebih suka mendapat pasangan yang menarik, namun kita lebih fokus dalam mendapatkan mereka yang mempunyai rupa paras sama dengan kita.

Teori Keseimbangan (Newcomb,1961 dan Heider, 1958)
Seimbang: Suka dan terdapat persamaan
Tidakseimbang: Suka tetapi kurang serupa atau tiada persamaan.
Tiadaseimbang: Tiada tarikan dan tiada serupa.

Bagaimana ini mempengaruhi tarikan dan hubungan anda dengan sahabat karib?

Situasi
Memilih untuk bersama kawan yang memahami situasi yang dialami.

Contoh : Apabila kita berada dalam keadaan ketakutan, perasaan itu dapat dikurangkan dengan cara meluahkan kepada sahabat

Emosi
Memilih kawan yang mampu untuk kawal serta menjaga emosi ketika mood gembira, suka, marah, sedih dan sebagainya.

Contoh: Sahabat akan cuba sedaya upaya untuk memberi ketenteraman dengan cara nasihat dab semangat untuk pulihkan semula emosi ketika kita hadapi masalah.


Proksimiti
Kedekatan.
Menandakan keprihatinan
Contoh:
Kebiasaannya kita akan mudah dan selesa untuk berkongsi apa sahaja dengan rakan yang sentiasa bersama kita ketika kita dalam situasi bermasalah atau sebagainya.

Karakteristik
Akan mempengaruhi tarikan
Kita akan membina andaian pertama semasa perjumpaan pertama, sama ada positif atau negatif.

Contoh: Mudah untuk memilih kawan yang ada persamaan karateristik.


Persamaan
Persamaan sikap menyebabkan seseorang lebih tertarik antara satu sama lain.
Lebih senang berinteraksi
Persamaan kepercayaan, nilai dan minat juga mengeratkan hubungan antara sahabat karib
Dapat berkongsi minat
Dapat berkongsi pandangan
Lebih memahami antara satu sama lain.
Contoh: Anda dan sahabat mempunyai persamaan hobi dan pelbagai jenis persamaan dari sudut yang lain.

Kesimpulan
Manusia mempunyai perasaan yang kuat untuk afliasi, motivasi untuk berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang berbeza.
Manusia mempunyai kecenderungan untuk tertarik pada orang yang mereka tertarik sama ada dari segi karakteristik, emosi, proksimiti (kerapatan), situasi dan juga persamaan.
Begitu juga sebaliknya, sekiranya seseorang itu tidak mempunyai tarikan dalam mana-mana pengaruh, maka seseorang itu berkemungkinan akan tidak disukai.

RUZIATUN AMIRAH ISMAIL
NOOR FATIHAH ABD RASHID
MUHD TAUFIQ IRWAN
FATIHAH BAIHAKI
AWANG IZZAM
KUMPULAN 7
Full transcript