Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Novel Tirani

No description
by

Muhd Syafeeq Zulkiflee

on 28 March 2016

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Novel Tirani

Novel Tirani
Beb Sabariah & Muhd Syafeeq
TEMA
Kegigihan seorang wanita dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan.
GOAL!
Semoga markah 100% utuk soalan novel Tirani SPM 2016.
Thank you!
PERSOALAN
WATAK & PERWATAKAN
MENGENAL WATAK
CARA WATAK DIGAMBARKAN
Baik hati terhadap orang lain
Bazilah membenarkan Waheeda untuk menumpang rumahnya di Yishun Street sepanjang tempoh rekonstruksi di Silicon Medical Centre, Singapura.
Kepentingan menghargai budaya dan warisan bangsa
Waheeda meminta anaknya untuk mengantungkan pua kumbu Sarawak di pintu masuk Restoran Iwana dan Kafe Iwani di Chalet Aya-Sajinah, Cameron Highlands untuk melambangkan budaya dan integrasi nasional.
Kepentingan ilmu
Waheeda Nurlyana, Bazilah, Fatimah, Dr. Zahari, Zahid, dan Dr. Alma Hollis Chen digambarkan sebagai masyarakat yang berjaya dalam karier masing-masing.
Mereka semua telah mendapat ijazah sarjana muda dan merupakan pakar dalam bidang masing-masing.
Kesabaran menghadapi fitnah
Waheeda sabar menangani fitnah daripada suaminya, Zahid yang menuduhnya mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap Waheeda yang ramah dengan pelanggan yang datang ke chaletnya.
Ketabahan menghadapi keruntuhan dalam rumah tangga
Sebagai ibu tunggal, Waheeda tabah membesarkan anak perempuanya, Izzati selepas diceraikan oleh suaminya Zahid dengan talak satu.
Kebijaksanaan berikhtiar dalam menyelesaikan masalah
Waheeda bijak mengatasi masalah kemurunganya dengan menghadiri khidmat kaunseling daripada Dr. Qamariah di Pusrawi.
Ketegasan dalam membuat tindakan
Waheeda tegas dengan keputusanya untuk melakukan rekonstruksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun perbuatan itu bercanggah dari sudut ajaran Islam.
Keberanian mengambil risiko dalam perniagaan
Waheeda berani menanggung risiko dengan membuat pinjaman baharu daripada Bank Pembangunan untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.
Kasih sayang ibu terhadap anaknya
Raidah amat sayangkan Waheeda sehingga sanggup menemani anaknya menjalani rawatan hidung dan mata di Singapura.
Raidah juga sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan khidmat kaunseling atas sebab kemurunganya di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi)
Watak Utama / Protagonis
Watak utama dalam novel ini ialah Waheeda Nurlyana.
Waheeda memain watak yang penting dalam novel ini sehingga dia muncul dalam sebahagian besar peristiwa penting dalam cerita ini.
Watak Statik
Watak statik dalam novel ini ialah Raidah, iaitu ibu kepada Waheeda Nurlyana.
Watak ini tidak mengalami sebarang perubahan tingkah laku mahupun fikiran dari awal cerita hingga akhir.
Watak Dinamik
Watak dinamik dalam novel ini ialah Zahid dan Bazilah.
Zahid amat cinta akan Waheeda dan berniat untuk mengahwininya dengan menyatakan hasratnya kepada ayahnya,Datuk Yaseer Arief. Disebabkan cemburu, Zahid sanggup menceraikan Waheeda kerana dia berasa ragu-ragu terhadap kesetiaan Waheeda.
Watak ini berubah dari segi psikologi/ aksi yang berlaku dalam plot dimana daripada kurang baik menjadi baik dan sebaliknya.
Watak Pipih
Watak pipih dalam novel ini ialah Dr.Rushdi, Dr. Yaseer Arief, dan Dr. Shirrim.
Watak ini hanya dipusatkan pada satu aspek/ sifat/ fikiranya dimana watak ini tiada kompleks dan tidak berkembang.
Watak Bulat / Bundar
Watak bulat dalam novel ini ialah Waheeda.
Sebagai wanita, dia sering bertindak mengikut pertimbangan sendiri dan tidak dapat meramalkan apa-apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Watak ini merupakan watak utama yang mempunyai ciri-ciri sebagai seorang manusia biasa.
Watak Antagonis
Antara watak antagonis yang sering menimbulkan konflik menetang watak protagonis dalam novel ini ialah Zahid.
Zahid telah menceraikan Waheeda dengan talak satu, akibatnya Waheeda mengalami masalah kemurungan dan migrain meroyan kerana terlalu cinta akan suaminya.
Watak Sampingan
Antara watak sampingan dalam novel ini ialah Zahid, Raidah, Bazilah, Izzati, Fadhil, Fatimah, Dr. Zahari, dan Dr. Qamariah.
Watak ini menyokong tindak-tanduk watak utama untuk melengkapkan cerita dimana kemunculan mereka tidak terlalu kerap.
Secara Tidak Langsung
Dialog
"Tidak semestinya, ayah Ilya ada janggut sejemput di bawah dagu selain pandai berjenaka. Kewarakanya pula mengagumkan".
Berdasarkan dialog tersebut, pembaca dapat mengenal perwatakan ayah Ilya sebagai seorang yang pandai berjenaka dan alim.
Aksi
"Tindakan Waheeda yang sering mengejar rakan-rakanya yang suka mengejeknya hingga menyebabkan kain sarungnya terbelah hingga peha".
Dalam aksi di atas, pengarang menceritakan perbuatan sesuatu watak dimana dapat dilihat yang Waheeda merupakan seorang yang kasar.
Monolog Dalaman
"Begitulah Zahid yang tidak mementingkan duniawi. Waheeda tergelak dalam hati. Kasut, tali pinggang dan jam tangan berjenama Cartier, begitulah Zahid yang zuhud tidak mementingkan duniawi, ulangnya".
Dalam monolog/kata hati tersebut, kita boleh katakan bahawa Zahid ini seorang yang mementingkan keterampilan dan gemar akan barangan berjenama.
Secara Langsung
Gambaran secara langsung terhadap Dr.Averroes.
"Senyuman terukir di sudut mata. Sedikit tersentap naluri kewanitaan Waheeda oleh pandangan mata biru kehijauan itu. Wajah itu mungkin juga dalam lewat 30-an..."
Dari segi penulisan ini, pengarang ingin menyentuh dari aspek perasaan dan fikiran watak.
Waheeda Nurlyana
Berusia 45 tahun.
Seorang ibu tunggal.
Ibu kepada Izzati berusia 20 tahun.
Pengusaha Chalet Tajau Emas dan Chalet Aya-Sajinah.
Berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan & Pelancongan di UTM.
Seorang yang cantik dan berketinggian 5 kaki 5 inci.
Seorang yang tabah dan penyayang.
Raidah
Ibu kepada Ghazi dan Waheeda.
Berbangsa Melayu Sarawak.
Pengurus dapur di Chalet Tajau Emas, Sarawak.
Seorang yang baik hati, penyayang, bersimpati, menghormati tetamu, dan berprasangka baik.
Zahid
Bekas suami Waheeda dan bapa Izzati.
Seorang peguam berkelulusan sarjana Undang-undang dari AS.
Mementingkan keterampilan dengan memakai akseseori berjenama Cartier.
Seorang yang gigih, berani, menepati janji, jujur dan berdikari.
Bazilah
Isteri Dr. Zahari dan kawan baik Waheeda.
Memiliki kelulusan ijazah dari UTM.
Seorang yang bijaksana, setia pada kawan, belas kasihan, rajin membaca, penyayang, jujur, mudah cemburu, dan suka mendendam perasaan.
Izzati
Anak perempuan tunggal Waheeda dan Zahid.
Berumur 20 tahun dan berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang Jurusan Pelancongan.
Seorang yang pintar, penyayang, rajin, jujur, peramah, dan bukan pendendam.
LATAR
Latar Tempat
Latar Masyarakat
Latar Masa
Hospital Kuching
Tempat dimana Waheeda menerima rawatan muka dan hidungnya akibat digigit dan dicakar monyet Belanda.
Chalet Tajau Emas
Tempat Waheeda diserang di bahagian muka dan hidung akibat dicakar monyet Belanda yang meluru ke dalam chalet.
Hotel Flamingo de La Rossa
Tempat pertama kali antara Waheeda dengan Zahid berkenalan.
Restoran Iwana
Tempat Zahid terpandang kelibat bekas isterinya, Waheeda setelah 20 tahun tidak bersemuka.
Silicon Medical Centre (SMC)
Tempat Waheeda menjalani pembedahan plastik pada mata dan hidungnya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim, Dr. Averroes dan Dr. Rushdi.
Rumah Bazilah
Tempat Waheeda menumpang ketika menjalani rawatan rekonstruksi di Singpura.
Waktu Siang
Semasa Waheeda dikerjakan ke hospital kerana kecederaan di muka dan hidung akibat dicakar monyet.
Waktu Pagi
Semasa Fatimah mengeja dan membetulkan sebutan Kamri yang silap menyebut "coconut".
Waktu Malam
Semasa Fadhil teringat akan peristiwa dimana dia menyanggah hasrat anaknya untuk menjalani pembedahan plastik.
Waktu Tengah Hari
Semasa Fatimah dan rombongan MATTA disajikan ketupat pulut periuk kera di Pesta Bung Bratak.
Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan
Masyarakat yang gigih menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
Masyarakat yang rajin dan tekun menimba ilmu.
BINAAN PLOT
Pengenalan
Pada awal cerita, pengarang memperkenalkan watak Waheeda yang sedang melayari laman sesawang berkaitan pembedahan plastik bagi tujuan membaiki kekemasan dirinya.
Perkembangan
Pada peringkat ini Waheeda dikejutkan dengan serangan monyet Belanda dimana membuat dia lebih bertekad untuk menjalani pembedahan plastik pada bahagian mata dan hidungnya di Singapura.
Bahagian ini juga mengisahkan tentang pertemuan pertama antara Waheeda dan Zahid di Hotel Flamingo de La Rossa.
Perumitan
Pada saat ini, pengarang menceritakan Waheeda terpaksa menangguhkan majlis pertunanganya dengan Zahid atas sebab Waheeda terpaksa menjalani pembedahan plastiknya.
Di sini juga, apabila Zahid ragu-ragu dengan kesetiaan Waheeda apabila terjumpa Waheeda di salah sebuah bilik penginapan di chaletnya hingga tidak mengaku Izzati anak kandungnya.
Klimaks
Zahid bertindak nekad dengan menceraikan Waheeda dengan talak satu akibat daripada perasaan cemburu dan ragu-ragu yang melampau hingga menyebabkan Waheeda mengalami masalah kemurungan dan migrain meroyan kerana terlalu cinta akan suaminya.
Peleraian
Pada peringkat ini, Waheeda menghadiri temu janjinya di Pusrawi bagi menyelesaikan masalah kemurunganya.
Juga Zahid insaf akan perbuatanya terhadap Waheeda dan mengaku Izzati sebagai anaknya.
Lais cuba mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda.
GAYA BAHASA
Personafikasi
Rasa kesal mulai mengasak benak.
Ciuman ibu berdecit singgah di pipi.
Udara sejuk dan nyaman meramas kulit yang dibaluti blaus nipis.
Pokok itu nampak sayu dan melankolik sekali.
Awan kumulus melambai mesra diusik angin, seakan-akan menari-nari manja menaut pandanganya.
Hiperbola
Hujan gerimis hilang lautan senyap.
Terasa hangat dadanya oleh dengupan jantung yang menendang-nendang rongganya.
Kesan ubat penahan sakit yang meloyakan merobek-robek dadanya.
Dura berpuing-puing di cepu kepala setelah menyelami hati nurani sepupunya.
Paradoks
Waheeda cuba mengekel walaupun hati dijentik kesedihan oleh kejauhan yang memaksa.
Seseorang akan hanya tahu nikmat sihat apabila berada dalam keadaan sakit.
Natijahnya, sama seperti tidur sebantal tapi mimpi lain-lain.
Walaupun miskin harta tetapi orang Melayu memang kaya ketawa.
Sinkope
Tak dapatlah nak bercinta lagi.
Terima kasih Ila, datang, jangan tak datang tau.
Falsafahnya ketawa ini senang saja mak, kenapa tak ketawa saja, menangis pun tidak akan menyelesaikan masalah, kan?
Inversi
Ini rezeki datang bergolek tau.
:-Rezeki ini datang bergolek tau.
Begitu Zahid terpegun.
:-Zahid begitu terpegun.
Berderet-deret falsafah Dr.Zahari tentang buku.
:-Falsafah Dr.Zahari tentang buku berderet-deret.
Repitisi
Orang Belanda, orang Belanda! Roh orang Belanda datang!
Mungkinkah engkau terlalu cemburu? Engku berdendam?
Bentuk badan dia, rupa dia, ketinggian dia, hmm...
Katanya Eda ratu hatinya, Eda laksemi, Eda jambu dan Eda lima bintang.
Diksi / Frasa
Diksi bahasa Inggeris:
Shopping Mall
Weeping willow
Gentleman
Coffee house
Diksi bahasa Arab:
Assalamualaikum
Bismillah
Mawaddah wa rahmah
Dialek Melayu Sarawak
Kerisit kerumun
Mereya
Jembuk
Nasi temuan

Peribahasa
Simpulan bahasa:
Waheeda senyum kambing mengingatkan kain sarung.
Metah dia sudah jatuh cinta pula dengan keindahan.
Kaum yang degil dan keras kepala ialah kaum Aragon.
Perumpamaan/ Bidalan/ Pepatah
Waheeda dan Bazilah tidak kering gusi dibuatnya.
Jauh di mata, namun dekat di hati, gesit Waheeda.
Simile
Kemudian berlari ke rumah macam pelesit.
Kecantikan ibarat barangan yang mudah remuk.
Fatimah terus menghampiri meja pengurus Tajau Emas yang kelihatan ceria bagaikan bunga cina kembang pagi.
Serta-merta timbullah gambaran dirinya seperti mumia Mesir kuno yang sedang berada di perbaringan untuk pameran.
NILAI
Kasih sayang
Belas kasihan / Simpati
Kesabaran
Keberanian
Baik hati
PENGAJARAN
Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang untuk mempererat hubungan antara ahli keluarga.
Kita mestilah sabar menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
Kita mestilah gigih dalam mengusahakan satu-satu perniagaan.
Full transcript