Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

BAB 1: MALAYSIA - KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

No description
by

NUR AZZA AFFIEZAH

on 25 October 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of BAB 1: MALAYSIA - KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

BAB 1: MALAYSIA - KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
POTRET HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
- Negara Malaysia dengan kerencaman demografi terus kukuh, maju dan membangun malah disegani oleh jiran tetangga dalam konteks negara berbilang etnik.
- Keadaan yang aman damai telah melahirkan suatu bentuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik.
- Malaysia berjaya mencapai tahap negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahu.
PENGENALAN
Pada tahun 2014, Malaysia telah pun menyambut kemerdekaan selama 57 tahun. Namun masalah yang sering ditonjolkan adalah konflik dalam perkauman. Oleh itu, konsep kesepaduan sosial perlu dinyatakan untuk menjelaskan fenomena yang berlaku kini.
ANTARA PERPADUAN ATAU KESEPADUAN
- Definisi perpaduan : proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara melalui ideologi.
- Membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
- Hanyalah satu gambaran tentang sesuatu masyarakat yang sempurna yang tidak boleh jadi kenyataan.
- Konsep "kesepaduan sosial" adalah fenomena perpaduan dan difahami menerusi konsep 'takrifan harian' dan 'takrifan autoriti'.
- Pembentukan Malaysia 1963 : Kesan positif dan negatif
- Konfrontasi 1963-1966: Menganggap Malaysia sebagai "New Colony" iaitu bakal penjajah yang terbaru untuk menguasai tanah asia
- Konflik etnik terbuka 1964-1969
- Juai dan September 1964, Singapura (dalam Malaysia)
- 40 nyawa terkorban dan ribuan ditangkap
Mei 1969, di Kuala Lumpur dan 3 tempat lain
- Kira-kira 250 nyawa terkorban
- Singapura dan Malaysia berpisah 9 ogos 1965

ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971-2011)
KONSEP PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
Maksud "perpaduan dalam kepelbagaian" dari perspektif:

1) Psikologi sosial - Rasa kesatuan yang merentas pemisahan fizikal dan psikologikal yang meliputi juga konteks metafizikal.

2) Antropologi sosiologi - Suatu rumusan yang menyimpulkan bagaimana manusia mengurus dan menyusun, dari segi abstrak dan nyata, perbezaan sosial yang sedia ada dalam kalangan mereka.

3) Ontologikal - Perlunya mengurus dan menyusun perbezaan ini adalah, pada umumnya atas keinginan untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil.
TAKRIFAN AUTORITI
- Cenderung bersifat tetap
- Contoh: Melayu - menganut agama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam dan bahasa melayu.
- Takrifan masyarakat awam berbeza dalam kehidupan seharian.
- Contoh: Malayu - sebahagian bertutur dalam Bahasa Inggeris.
- Takrifan harian oleh masyarakat lebih pelbagai dan terdapat tolak ansur serta saling memahami bagi memastikan kehidupan mereka diteruskan dengan aman tanpa sebarang konflik.

ERA KONFLIK (1945-1960)
- Pasca Perang Dunia Kedua
- Rusuhan Etnik
- Huru-hara Buruh
- Darurat dan Pengganas
- Perubahan governans : Unitari
ke Fedaralisme

ERA TEGANG TAPI STABIL (1961-1970)
- 40 tahun keamanan dan kestabilan, kecuali pada 2011 peristiwa Kg Medan yang mengingatkan bahawa faktor ekonomi sangat penting untuk kesepaduan sosial.
- Harapan untuk perpaduan tetap ada : 1 Malaysia
- Apakah anak kunci kesepaduan sosial Malaysia: Hubungan stabil sama ada di Peringkat Masyarakat, Negara, Pasaran (M+N+P) meskipun sewaktu krisis global.
- Masyarakat Malaysia yang matang:
*suka bertikam lidah tetapi tidak berperangan
*konflik wujud, namun masih hidup dalam kesepaduan
- Keterbukaan dalam perbincangan. Contoh: Keterbukaan dalam memberi komen membangun menerusi pelbagai cabang media massa.

TAKRIFAN HARIAN
- Malaysia mempunyai lebih daripada 70 kumpulan etnik.
28.3 juta penduduk Malaysia pada tahun 2010 (jabatan Perangkaan Malaysia)
- Terdapat perspektif mengatakan bahawa hubungan etnik di Malaysia adalah rapuh dan cenderung ke arah ketegangan
- Jika perkara ini benar, Malaysia kini sebagai negara bangsa tidak akan dapat bertahan dan wujud dalam peta dunia
- Bebas daripada konflik kekerasan etnik

- Rakyat pelbagai etnik hidup bersama dalam suasana aman

- Wujud kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik

- Malaysia berjaya mencapai tahap negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun

- Malaysia terus membangun dengan pesat dalam pertumbuhan ekonomi yang stabil
- Urus negara tadbir adalah penting dalam mengolah perpaduan

- Aspek urus tadbir perpaduan membawa kepada kefahaman terhadap proses kesepaduan sosial dalam masyarakat

- Kestabilan dan keamanan yang dikecapi telah diiktiraf oleh Global Peace Index

- Malaysia berada ditangga ke-19

- Satu-satunya negara heterogeneous dengan komposis masyarakat pelbagai etnik yang berada disenarai paling atas
HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF KONFLIK:
- Sering dikatakan masyarakat pelbagai etnik akan terpisah dan terasing mengikut etnik masing-masing
- Madia massa di Malaysia juga sering membawa laporan mahasiswa tidak memperaktikkan toleransi atau hubungan yang baik dengan mahasiswa yang berlainan etnik
- Kempen pilihan raya juga sering menggunakan sentimen dan kepentingan etnik masing-masing untuk meraih undi
- Kesimpulan: Hubungan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia tidak wajar untuk dipotretkan dalam perspektif sempit dengan menggunakan konflik, sengketa dan ketegangan
- Kita harus melihat dari sudut perspektif dan dimensi kesepaduan sosial
KESEPADUAN SOSIAL: PANDANGAN ALTERNATIF UNTUK MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
- Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di Malaysia menggunakan paradigma konflik untuk menganalisis dan memahami setiap permasalahan yang wujud dalam masyarakat
- Pandangan sedemikian mengandaikan masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam persengketaan, saling bersaing khususnya antara kumpulan berlainan etnik dan agama
MENELUSURI HUBUNGAN ETNIK DARIPADA PERSPEKTIF KONFLIK
- Pembentukan ilmu kolonial yang sarat dengan ideologi orientalisme membezakan kumpulan dalam masyarakat agar wujud sempadan binari yang jelas antara mereka yang menjajah dengan mereka yang terjajah
- Mereka yang terjajah dikategorikan secara pukul rata melalui perbezaan yang berdasarkan ciri-ciri fisiologi, budaya, bahasa, agama dan etnik yang diensialisasi dan diitlakkan secara mudah dan cetek
- Ditambah dengan peristiwa 13 Mei, ada yang meramalkan bahawa projek pembangunan negara bangsa Malaysia akan gagal dan berlaku perpecahan
MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK DARIPADA PERSPEKTIF KESEPADUAN SOSIAL
- Masyarakat di Malaysia lebih stabil dan kukuh selepas peristiwa 13 Mei
- Paradigma alternatif diwujudkan bukan bertujuan u tuk menafikan bahawa tiada konflik tetapi sebagai pandangan yang positif dalam menganalisis dan memahami hubungan etnik
- Pemahaman terhadap situasi ini adalah wajar kerana dalam kalangan masyarakat awam di Malaysia bukan berasaskan konflik tetapi didasari oleh kesepaduan sosial
- Masayarakat Malaysia terhasil daripada perkongsian sejarah : membina struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya.
- Masyarakat Malaysia bersifat dinamik : membina kesepaduan sosial melalui interaksi dan amalan seharian secara langsung dan tidak langsung secara berterusan.
- Kesepaduan sosial juga terbina menerusi proses akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi - mekanisme untuk mengekalkan toleransi.
AKOMODASI
- Satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
- Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai.
- Proses penyesuaian ini berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni (kepelbagaian bahasa, pengamalan agama dan kepercayaan secara bebas bagi kelompok etnik)

AKULTURASI
- Satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.
- Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.
- Akulturasi lebih mudah dicapai melibatkan benda bersifat kebendaan dan yang mendatangkan manfaat.
- Contoh: Tali leher, angpau, makan dan hiburan.
ASIMILASI
- Proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
- Faktor yang menyebabkan asimilasi :
1) Etnik yang berbeza budaya
2) Individu di dalam atau di antara etnik sering
berinteraksi
3) Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama
- Satu proses yang berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.
- Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain.
AMALGAMASI
- Ia menjangka semua kebudayaan boleh dicair dan dijadikan satu keseluruhan bersama.
- Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.
- Syarat kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa bebrbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka.
- Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur antara etnik.
Full transcript