Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

PENGURUSAN MAJLIS / ACARA

No description
by

Cikgu Azam Aziz

on 29 January 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of PENGURUSAN MAJLIS / ACARA

PENGURUSAN MAJLIS / ACARA
JENIS MAJLIS
1. RASMI
Sesebuah majlis yang dianjurkan
oleh Kerajaan Persekutuan
atau Kerajaan Negeri yang mendapat kelulusan peruntukan
Kerajaan.
2. RASMI & FORMAL
Majlis yang sumber peruntukannya dari Kerajaan,
dijalankan pada hari bekerja Isnin hingga Jumaat,
majlis penuh istiadat, majlis jamuan.
Majlis yang melibatkan pembesar
Negara/Negeri dan menepati aspek protokol
secara penuh.
3. RASMI & TIDAK FORMAL
Majlis yang sumber peruntukannya dari Kerajaan seperti program turun padang, lawatan dan majlis perasmian.
Terdapat sedikit kelonggaran dari segi protokol.
TIDAK RASMI
Merupakan majlis yang dianjurkan oleh
Agensi-agensi Kerajaan/swasta
yang tidak melibatkan peruntukan Kerajaan
serta aspek protokol sepenuhnya.
MAJLIS RASMI TETAPI
TIDAK FORMAL
Majlisyang sumber peruntukannya
bukan dari Kerajaan
seperti individu atau pertubuhan/kelab.
Majlis dihadiri oleh orang-orang kenamaan
SEPARA RASMI
Majlis/aktiviti seperti kejohanan
sukan dan riadah di mana
sebahagian sumber peruntukan
dari Kerajaan dan sebahagiannya
daripada sumbangan oleh
wang kelab sukan atau pertubuhan.
JENIS ACARA
DALAMAN
Penyertaan dalam kalangan ahli-ahli organisasi penganjur sendiri
LUARAN
Penyertaan peserta yang tidak terhad kepada pekerja/ahli-ahli dalam sesebuah organisasi.
KEBANGSAAN
Acara peringkat kebangsaan memerlukan penglibatan atau penyertaan dari pelbagai negeri
ANTARABANGSA
Biasanya bercorak sukan, kebudayaan, kempen pelancongan, mesyuarat ketua negara serta agenda lain yang melibatkan penyertaan dari beberapa negara tertentu.
JAWATANKUASA
FASA PENGURUSAN MAJLIS
- Pra Majlis (Sebelum)
- Semasa
- Pasca Majlis (Selepas)
PRA MAJLIS
( SEBELUM )
KERTAS KERJA
- Kertas kerja penting kerana akan menetukan hala tuju majlis/acara.

- Kertas kerja ada format tertentu mengikut organisasi.



Format Kertas Kerja
1. Pengenalan
2. Objektif
3. Tarikh & Tempat Program
4. Tentatif Program
5. Anggaran Perbelanjaan
6. Jawatankuasa Pelaksana
7. Penutup
JEMPUTAN
Mengenalpasti dan menyediakan senarai tetamu yang ingin dijemput.
Menghantar surat/kad jemputan kepada senarai tetamu.
Mendapatkan maklum balas daripada tetamu yang dijemput tentang kehadiran, jumlah dan perkara yang berkaitan.
Menyediakan senarai tetamu yang hadir.
KAD JEMPUTAN
Ciri-ciri kad jemputan;
- Logo organisasi
- Jawatan tuan rumah/penganjur
- Nama majlis/acara
- Tarikh/masa/tempat
- Pakaian
- Atur cara
- No telefon & nama pegawai untuk memaklumkan kehadiran
- Ruang nama tetamu
PAKAIAN
Lelaki
1. Pakaian Kebangsaan (rasmi)
2. Baju batik lengan panjang (rasmi)
3. Lounge Suit
Wanita
1. Baju kebangsaan (rasmi)
2. Pakaian barat berlengan dan labuh melebihi paras lutut

(sopan)
SUSUNAN TEMPAT DUDUK
Hendaklah berdasarkan kepada Susunan Keutamaan Persekutuan dan Negeri serta peranan/kepentingan tetamu/penganjur sesebuah majlis.
PRINSIP ASAS SUSUNAN TEMPAT DUDUK
Dif kehormat(VIP) berada ditengah-tengah susunan.
Keutamaan bermula dari kanan tetamu VIP sama ada bersebelahan, beriringan atau bersetentangan.
Jika VIP melebihi seorang, keutamaan di pentas khas bermula dari kanan tetamu jemputan diikuti dengan kiri hingga selesai.
Bagi jemputan berpasangan, kekananan bermula dari kanan VIP membawa ke tepi (suami/isteri) dan kiri isteri VIP membawa ke tepi.
Had Susunan di Pentas
Jemputan seorang
jumlah mestilah ganjil 5, 7 atau 9

Jemputan berpasangan
jumlah mestilah genap 6, 8, 10 atau 12
Kedudukan Tuan Rumah
Tuan Rumah biasanya dikenali sebagai yang menjemput atau bertangungjawab menganjurkan sesuatu majlis atau acara.
Kedudukan Isteri di Sisi Suami
Kedudukan isteri sama ada majlis siang atau malam ialah isteri di sebelah kiri suami kecuali dalam keadaan tertentu.
SUSUNAN KEDUDUKAN VIP
MENGADAP PENTAS
(JEMPUTAN SEORANG)
SUSUNAN KEDUDUKAN VIP MENGADAP PENTAS
(JEMPUTAN BERPASANGAN)
SUSUNAN KEDUDUKAN VIP
ATAS PENTAS
(JEMPUTAN SEORANG)
SUSUNAN KEDUDUKAN VIP
ATAS PENTAS
(JEMPUTAN BERPASANGAN)
SUSUNAN KEDUDUKAN BERBENTUK LADAM
SUSUNAN KEDUDUKAN BERBENTUK 'I' & BULAT
PENGISIAN MAJLIS
Perkara yang biasa dimasukan ke dalam pengisian majlis;
1. Atur cara
2. Bacaan doa
3. Ucapan
4. Pelancaran
5. Persembahan Multimedia
6. Persembahan
7. Penyampaian cenderamata/hadiah/sijil
8. Lawatan pameran
9. Jamuan
CENDERAMATA
Menyediakan cenderamata/hadiah mengikut kesesuaian majlis dan tetamu kehormat.

Pembawa dulang/hadiah dan keperluan penyerahan perlu teliti dan dimuktamadkan.

Melantik petugas untuk melaksanakan acara penyerahan hadiah/cenderamata

Menyediakan dulang dan pembawa dulang serta penyambut hadiah yang bersesuaian dan secukupnya.
PENGACARA MAJLIS
Bertanggungjawab mengendalikan sesuatu majlis/acara dari permulaan hingga selesai.

Kelancaran majlis bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seseorang pengacara majlis.
PEMBACA DOA
Kebiasaannya Ustaz atau sesiapa yang layak.

Pembacaan doa dikecualikan sekiranya sesuatu majlis ada unsur hiburan yang melalaikan dan menyalahi syura
UCAPAN
Perlu dihadkan kepada 3 orang sahaja (mengikut kesesuaian majlis)

Dimulakan dengan ucapan Tuan rumah/penganjur dan diakhiri dengan ucapan tetamu kehormat yang tertinggi/VVIP Utama


Jenis Ucapan;
- Ucapan alu-aluan
- Ucapan Perasmian
Perkara yang perlu diberi perhatian;
- Senarai panggilan hormat (salutation) perlu disediakan oleh ajk protokol berdasarkan susunan terkini.
- Mengambil kira masa yang diperuntukan.
RAPTAI
Walaupun sekecil mana majlis, raptai mesti diadakan supaya dapat memastikan tiada masalah berlaku semasa acara terutamanya dalam aspek teknikal dan kesesuaian.
Tujuan Raptai
1. Menjelaskan petugas dengan tanggungjawab masing-masing
2. Menentukan susunan pengisian majlis
3. Menjangka masa dengan lebih tepat
4. Sebagai medium untuk perbaiki kelemahan/masalah yang ada
5. Menyelaras majlis yang dirancang & membiasakan petugas dengan lokasi dan keadaaan sebenar.
Jenis Raptai
Kelompok
diadakan secara segmen/berdasarkan satu aktiviti pengisian majlis sahaja
Biasa
Merangkumi semua aktiviti pengisian dalam sebuah majlis
Penuh
raptai diadakan seolah-olah hari kejadian.
BUKU ATUR CARA MAJLIS
Maklumat yang terkandung dalam buku atur cara majlis;

Kata alu-aluan dari pengurusan majlis
( had kepada 2 orang sahaja)

Latar belakang majlis / Objektif

Atur cara majlis

Penghargaan kepada pihak yang terlibat



SEMASA MAJLIS
1. Jawatankuasa memastikan perkara dalam senarai semak dilaksanakan.

2. Atur cara & skrip pengacara majlis hendaklah sentiasa dipantau bagi memastikan pergerakan majlis seperti dirancang.

3. Sambutan ketibaan tetamu perlu diambil perhatian, petugas sebagai pengiring mesti cakna dengan tetamu yang hadir.

4. Pengurus pentas dan pengurus acara akan bertanggungjawab.
Penyambut Tetamu
1. Menyambut ketibaan tetamu.

2. Mengedarkan buku program.

3. Mengiringi tetamu.

4. Menunjukkan tempat duduk.

5. Membantu tetamu dalam perlbagai perkara semasa majlis.

6. Perlu tahu keadaan majlis.

7. Pegawai perhubungan dilantik mengiringi tetamu kenamaan bagi majlis berskala besar.
PASCA MAJLIS (SELEPAS)
1. Mengadakan mesyuarat bagi penilaian semula dan tambah baik (post mortem)

2. Merekodkan semua perkara berkaitan untuk penambahbaikan dan rujukan masa hadapan.

3. Mengadakan majlis penghargaan buat yang terlibat.


Lagu
Lagu Kebangsaan
Lagu rasmi
Lagu Iringan
Full transcript