Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

BIOGRAFI PENULIS

No description
by

Vidhyah Rupini

on 1 July 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of BIOGRAFI PENULIS

BIOGRAFI PENULIS
BAKATNYA DALAM BIDANG PENULISAN
AHMAD SARJU mula terlibat dalam bidang penulisan ketika belajar di sekolah rendah. Bakatnya mula terserlah apabila beliau memenangi peraduan mengarang dan menulis puisi anjuran sekolah dan jabatan pendidikan. Sejak itu beliau meneruskan minatnya dalam bidang penulisan. Beliau memberikan tumpuan dalam penulisan puisi.
LATAR BELAKANG
Ahmad Sarju merupakan anak keenam daripada tujuh orang adik beradik dan berasal daripada keluarga susah. Ibu bapanya penoreh getah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Naga, Kelang, Selangor. Kemudian meneruskan pelajarannya di Sekolah Kebangsaan Kelang, Kelang hingga darjah tujuh. Beliau meneruskan pelajarannya secara persendirian hingga lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP).
.

LAHIR : 10 Disember 1942, di Bukit Naga, Kelang, Selangor.
ALAMAT : Batu 6, Jalan Kebun, 42450 Klang, Selangor Darul Ehsan.

SAMBUNGAN
Pada tahun 1958, Ahmad Sarju mendapat tawaran menjadi guru pelatih di Sekolah Kebangsaan Parit Empat, Sungai Besar sehingga tahun 1971. Kemudian beliau ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Klang pada tahun 1972 hingga ke tahun 1985. Dari tahun 1958 hingga ke tahun 1987, beliau bertugas di Sekolah Kebangsaan Klang. Kemudian beliau bertugas di Sekolah Kebangsaan Batu sehingga bersara. Kini beliau menjadi penulis sepenuh masa
BAKATNYA TERSERLAH
Tahun 1960-an menjadi titik tolak atau tapak pengasahan bakat Ahmad Sarju. Pada ketika itu, beberapa orang penyair telah mengukir nama, antaranya Kemala, Shamsuddin Jaafar, Hadzrami A.R, Najuri, Maimon Rahman, Salmah Mohsin, Rejab F. I, A. Ghafar Ibrahim, Ahmad Razali, Sabar Bohari, Maimunah Haji Omar, Nahmar Jamil, T. Alias Taib, Sutung Umar Rs, Shafie Abu Bakar dan beberapa orang lagi. Ini meningkatkan daya persaingan dan menambahkan semangatnya untuk berkarya.
PENCAPAIAN BELIAU
Jika diteliti tentang tema penting dalam penulisan puisi beliau, ia banyak berkisar mengenai kehidupan petani, buruh dan pelaut, adat budaya bangsa Melayu, keindahan alam tanah air dan semangat patriotik bangsa Melayu. Selain puisi, beliau juga giat menulis drama radio dan drama televisyen. Antara hadiah sastera yang dimenangi oleh beliau ialah Hadiah Karya Sastera 1971, Hadiah sastera Utusan Melayu Public Bank 1987, Utusan Melayu dan Public Bank 1989 dan Hadiah Sastera Shahpadu-GAPENA (Puisi) 1992.

MAKLUMAT RINGKAS
Majalah Gelanggang Filem bertarikh 11 Mac 1961 merupakan wadah pertama yang menyiarkan puisinya yang berjudul “Anak Dagang”. Kemudian banyak puisinya disiarkan di majalah Mutiara, Angkatan Baru, Mastika, Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat, Dian, Penulis, Pelita Bahasa, Perisa, Berita Minggu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan lain-lain. Antaranya ialah “Arus Hidup”, Utusan Zaman, 7 Julai 1963; “Semalam”, Berita Minggu, 10 Mei 1964; “Perginya Seorang Pahlawan”, Mingguan Malaysia, 6 September 1970; “Mimpi Seorang Puteri”, Dewan Sastera, Jun 1985.
Full transcript