Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

TAMADUN INDIA

No description
by

Muhd Shafie

on 27 April 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of TAMADUN INDIA

TAMADUN INDIA
TAMADUN LEMBAH INDUS
Tamadun lembah indus(TLI) yg berlangsung antara 3000S.M-1500S.M merupakan permulaan zaman proto. Tempoh ini memperlihatkan pelbagai perubahan berlaku di dalam masyarakat yang bukan sahaja meliputi unsur-unsur pembinaan negara tetapi juga aspek -aspek lain kehidupan manusia seperti agama, budaya, nilai-nilai hidup dan kemajuan-kemajuan kebendaan. Antara pencapaian kebendaan yang utama pada zaman ini perancangan bandar, pembinaan rumah-rumah kediaman, pertanian dan perdagangan. Lembah Sg. Indus atau dikenali sebagai sg. Sindhu adalah merangkumi kawasan-kawasan Mohenjo-Daro di daerah larkana, Sind dan Harrappadi daerah Montgomery, Punjab dan Amri. Pada masa ini sebahagian daripada kawasan sg. Indus termasuk dalam negara Pakistan iaitu di daerah Baluchistan.
Masyarakat Lembah Sg. Indus sudah mencapai satu tamadun yang tinggi, mampu menyaingi pencapain tamadun mesir, Mesopotamia dan China. Antara bahan bukti penting yang ditemui daripada hasil kerja penggalian di kawasan ini ialah penemuan kesan kewujudan bandar Mohenjo-Daro dan perancangan perbandaran yang teratur dan sistematik. Bandar ini juga dilengkapi dengan sistem jalan raya yang lebar, sistem perparitan tertutup bagi menjamin kebersihan dan benteng penghalang banjir. Selain itu,terdapat sebuah kolam mandi yg unik dikenali sebagai The Great Bath yang berukuran 11.8 meter panjang, 7 meter lebar dan 2.4 meter kedalaman di bandar Mohenjo-Daro.
KEDATANGAN ORANG-ORANG ARYAN
Selepas tahun 2000S.M., beberapa kawasan dibahagian utara dan barat india mula dimasuki oleh satu bangsa dari Asia Tengah yang dikenali sebagai oraang Aryan. Kemasukan orang Aryan menyebabkan peradaban Lembah Sg. Indus menjadi semakin lemah. Serangan dan kemasukan orang Aryan berlaku dalam tempoh yang panjang dan dengan itu berlaku proses penerimaan dan pemberian ciri-ciri kebudayaan dengan masyarakat tempatan. Dengan ini muncul satu budaya yang dikenali sebagai indo-Aryan.
Interaksi antara orang-orang Aryan dan penduduk asal Lembah Indus(iaitu orang-orang Dravida, Dasa atau Dashu) sebenarnya tidak berlaku secara meluas kerana terdapat perbezaan fizikal, kelas sosial, agama dan kebudayaan antara mereka. Malahan, lama kelamaan penduduk tempatan iaitu Orang Dasa kebanyakannya dijadikan hamba oleh golongan Aryan. Perbezaan orang Aryan dengan penduduk asal Lembah Indus juga cukup nyata dari sudut bahasa. Masyarakat Indo-Aryan berbahasa sanskrit dan daripadanya lahir pula bahasa Hindi, Bengali, Mahathi, Punjabi dan sebagainya. Sementara sebahagian besar penduduk asal Lembah indus pula berbahasa Tamil dan Telegu.
Tempoh penguasaan Bahasa Aryan di India dikenali sebagai zaman Veda ini boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu zaman Veda awal(1500-1000S.M.) dan zaman Veda akhir(1000-500S.M). Pada zaman Veda ini, perkembangan ketamadunannya lebih tertumpu kepada elemen-elemen spiritual terutamanya dalam konteks kepercayaan dan amalan keagamaan berbanding kebendaan. Golongan agamamencipta mazmur berupa syair dan diucapkan di hadapan patung dewa-dewi sewaktu upacara keagamaan.koleksi mazmur terpenting ialah Rig Veda (1500-1000S.M.)
Menjelang abad ke 7S.M. ,orang Aryan mula menyebarkan pula pengaruh mereka ke bahagian timur India terutama kawasan lembah ganges,yamuna dan Doab. Di utara pula meliput punjab dan beberapa negara berhampiran afghanistan. Gabungan ini berkembang sehingga tertakluk beberapa buah kerajaan dan empayar
UNSUR-UNSUR UTAMA TAMADUN INDIA.
Beberapa unsur tamadun India mula lahir pada zaman Tamadun Lembah Indus & kemudianya berkembang kepada beberapa bidang lain seiring dgn perkembangan dan keperluan hidup masyarakat. Unsur-unsur ini ada yg terbina hasil daripada pencapaian masyarakat tempatan dan ada juga merupakan perkara baru yg dibawa masuk oleh bangsa2 asing yg tiba ke India selepasnya. Gabungan drpd pelbagai unsur dalaman dan elemen2 luaran ini yg menjadikan tamadun India sebagai sebuah tamadun yg besar & cemerlang serta menjadi salah satu kumpulan yg unggul di mata dunia.

Unsur2 utama tamadun India :-
Sistem pemerintahan
Ilmu sains
Seni Bina
Agama Dan Falsafah
Kemasyarakatan dan Kekeluargaan
Sekian Terima Kasih!!
PENGENALAN TAMADUN INDIA
Secara am nya, India boleh dibahagikan kepada 2 bahagian besar iaitu India Utara&India Selatan. 2 bahagian ini dipisah oleh Pergunungan Vindhya yg dianggap sepadan. Faktor kedudukan muka bumi India dikatakan penyebab utama wujudnya perbezaan kebudayaan antara penduduk. Antara perbezaan utama ialah bentuk fizikal masyarakat, bahasa, kebudayaan dan amalan keagamaan. Masyarakat India Utara dikenali sebagai orang Inda-Aryan manakala orang India Selatan dikenali sebagai orang2 Dravida. Bahasa Sanskrit merupakan bahasa pengantaraan bagi orang Indo-Aryan manakala bahasa pengantaraan bagi orang Dravida ialah bahasa Tamil.
Terdapat masyarakat org asli yg tinggal di kawasan pergunungan dan hutan iaitu kaum Mundas,Bhil&Khol serta masyarakat yg mempunyai ciri2 fizikal orang Monggolia yg menetap di kaki gunung Himalaya dan pergunungan Assam. Mereka terdiri drpd kaum Gurkha,Hbutiya dan Khasi.
Sejarah awal bermulanya tamadun india sgt sukar utk ditentukan dgn tepat. Ini krana kurangnya bukti bahan arkeologi pra sejarah masyarakat lampau terutamanya dari Zaman Batu awal, 100k sebelum Masihi dan Zaman Batu pertengahan 100k-10k sebelum Masihi. Walaupun begitu, pernah dicatatkan bahawa sejak zaman Paleolitik sudah terdapat penempatan manusia di Lembah Sungai Soan di Negeri Punjab yg dikenali sebagai Soan Culture. Terdpt juga 1 penempatan manusia di Selatan India yg dikenali sebagai Benua Lumeria. Teknologi pembuatan masyarakat zaman ini adalah ringkas dan minimum. Alat batu kegunaan dibuat secara kasar.
Pada Zaman Mesolitik pula, penempatan manusia dpt dikesan dibeberapa kawasn d bahagian barat laut hingga kawasan Tengah India & dari Kartanaka di Utara India hingga ke Sri Lanka. Terdapat, beberapa penempatan lain seperti di Daerah Chingleput(Madras) dan Daerah Banda(Agra). Masyarakat pada zaman ini dikenali sebagai org Negrito & kehidupan mereka agak maju sedikit berbanding pada zaman sebelumnya. Peralatan batu buatan mereka pula lebih halus serta tajam dan ini menunjukan mereka sudah memiliki kemahiran pertukangan terutama dalam bidang pembuatan kapak daripada batu.
Zaman Batu Baru(Neolithic New Stone Age) yg berlangsung selepas tahun 10,000 S.M merupakan zaman yg lebih jelas dan nyata dalam pengkajian tamadun umat manusia di dunia ini. Kesan yg penting ialah wujudnya tamadun manusia yg agak maju di lembah sungai Ganges yg dikenali sebagai Tamadun Lembah Ganges(TLG). Zaman ini merupakan permulaan kepada kegiatan pertanian,penternakan ,pembuatan brg tembikar ,benang,kain & sebagainya. Penemuan kilang purba di Daerah Bellary Madras yg menghasilkan peralatan batu menandakan permulaan kepada kemajuan tamadun India.
Antara aktiviti-aktiviti pertanian utama ialah penanaman padi, barli, gandum dan kapas sementara binatang ternakan utama ialah lembu, kambing dan khinzir. Kegiatan perdagangan juga dijalankan dengan negara luar khususnya dengan tamadun Mesopotamia. Dalam aspek keagamaan pula, masyarakat telah mula mengamalkan upacara-upacara keagamaan. Antara aktiviti keagamaan yang paling ketara dijalankan ialah upacara penyembahan Proto Shiva dan Pemandian umum.
Penemuan patung-patung wanita pula disifatkan sebagai menandakan penyembahan kepada Dewi Ibu. Penyembahan Dewi Ibu ini sangat terkenal dikalangan masyarakat india silam khasnya dikalangan orang Tamil dibahagaian Selatan negara ini. Upacara pemandaina kolam diadakan di rumah-rumah ibadat (kuil) di Selatan India.
KERAJAAN-KERAJAAN UTAMA ZAMAN AWAL
Selepas kemasukkan orang2 Aryan di India, negeri2 kecil yg Berjaya ditawan oleh mereka disatukan & menjadi sebuah negeri yg lebih besar di empayar. Terdapat lebih daripada 500 buah kerajaan yg pernah wujud di India sebelum kemasukan British
Kerajaan atau empayar utama yg wujud ialah Empayar Maurya yg berlangsung antara 326 S.M. Pengasas Empayar Mauraya ialah Chandragupta Maurya datang dibantu oleh anaknya, Asoka. Kemunculan empayar ini sekali gus membawa satu perkembangan baru dalam tamadun India, iaitu bermulanya satu sistem pemerintahan bercorak empayar. Kemudiannya empayar ini meluaskan pengaruhnya sehingga meliputi sebahagian besar negara India terutamanya semasa pemerintahan Raja Bindusura.
Pencapaian utama Empayar Maurya ialah dlm bidang keagamaan khasnya agama Buddha dan Janism. Pengaruh kekuasaan & peradaban orang2 Aryan juga tersebar luas, tetapi ianya bukanlah melalui perluasan kuasan bahkan melalui proses pertembungan budaya. Keadaan ini akhirnya memberi peluang kepada penduduk2 nomad India membina penempatan & akhirnya muncullah beberapa buah negeri khasnya di selatan India. Di antaranya ialah Kerajaan Sungha yg diasaskan oleh Pushyamitva Sungha. Kerajaan ini kemudian berjaya pula meluaskan wilayah takluknya sehingga berjaya membentuk sebuah dinasti yg agak besar juga dikenali sebagai Dinasti Sunghas. Banyak kawasan2 yg dahulunya dibawah kekuasaan Empayar Maurya dpt dikuasai oleh dinasti ini termasuk sebahagian besar kawasan Lembah Ganges.

Empayar Gupta yg berlangsung antara tahun 320-520 Masihi sedikit sebanyak dpt merancakkan semula perkembangan tamadun India yg agak malap ratusan tahun sebelumnya. Empayar yg meliputi kawasan yg luas di bahagian tengah India ini diasaskan oleh Chanragupta 1. Semasa pemerintahan Samudragupta, beliau dapat meluaskan lagi kawasan takluknya sehingga beliau mendapat gelaran India Napoleon.
Tempoh pemerintahan Empayar Gupta dikenali sebagai zaman klasik dlm tamadun India kerana pencapaiannya yg tinggi dlm bidang kesusteraan Hindu,seni bina kuil,perkembangan ilmu sains dan beberapa bidang kesenian lain. Dalam bidang seni bina pula didapati bahawa Empayar Gupta merupakan pelopor kepada pembinaan kuil-kuil Hindu dgn mempunyai nilai-nilai seni keindahan yg tunggal & kemudianya disebarkan ke seluruh India.
Bahagian selatan India pula pernah terbentuk beberapa buah kerajaan yg berasingan. Antara kerajaan2 yg penting ialah Chera,Chola,Pandya dan Pallava yg bermula drpd tahun 300 S.M sehingga abad ke 12 Masihi. Perkembangan tamadun India di bahagian selatan ini dikenali sebagai Zaman Sangam kerana sumbangan kesusteraan,mengadakan perdagangan dgn Eropah dan Asia Tenggara. Kerajaan-kerajaan Chera, Chola dan Pandya berlangsung antara 300 S.M-300 Masihi, manakala Kerajaan Pallava tahun 600-900 Masihi. Semasa pemerintahan Kerajaan Chola(900-1200M), perluasan pengaruh tamadun India tersebar dgn meluasnya ke Asia Tenggara khasnya dibawah pemerintahan Rajendra Chola yg dpt membentuk Sri Vijaya di Asia Tenggara.

1. Sistem Pemerintahan
Raja2 dlm tamadun India menjalinkan hubungan yg erat dgn golongan ketua2 agama(Brahmin). Pekara ini penting bagi menjamin keteguhan kuasa & kelancaran serta pentadbiran seseorang raja kerana para Brahmin sgt berpengaruh & dihormati masyarakat. Kedudukan istimewa & bantuan tertentu diberikan kepada golongan ini terutamanya utk upecara Raja Suya dan Ashvamedha. Kebiasaannya ketua sami dilantik sebagai penasihat raja & Perdana Menteri. Oleh kerana jawatan raja menjadi warisan turun kemurun, maka seseorang raja biasanya akan melantik seseorang bakal raja menjadi Raja Makhkota. Kebiasaanya Raja ini dipilih dari kalangan org lelaki yg paling tua atau yg paling berkelayakan.
Raja pd zaman Sangam spt juga pd zaman Kerajaan Chola adalah berpendidikan tinggi & banyak melibatkan diri dlm perkembangan bidang keilmuan tertentu terutamanya seni dan sastera.
Angkatan tentera dibahagikan kpd beberapa bahagian seperti infantry,unit gajah dan unit kuda. Raja akan mengetuai peperangan & berada dalam unit gajah. Dari segi pemerintahan negeri pula, didapati kerajaan2 dlm tamadun India telah mempunyai satu sistem pemerintahan yg agak teratur dan sistematik. Empayar besar misalnya dibahagikan kepada beberapa wilayah (negeri) bagi megemaskan pentadbiran. Setiap wilayah akan ditadbir oleh Menteri yg dikenali sebagai Wizuraj
Wilayah pula dibahagikan kpd beberapa unit kawasan yg lebih kecil terdiri drpd gabungan beberapa buah kampong. Bagi kerajaan Chola, unit2 ini dikenali sebagai Kurram Nalanadu & ia dipecahkan menjadi kampong2 besar yg dikenali sebagai Kurram. Walaubagaimanapun, menjelang abad ke8 beberapa perubahan dari segi pemerintahan telah berlaku berikutan tubuhnya beberapa buah kerajaan Islam & keadaan ini ditambah lagi dgn kehadiran kuasa-kuasa Barat.
2. Ilmu sains
Terdapat 2 pandangan tentang sejarah bermulanya ilmu sains dlm tamadun India. Bagi masyarakat tempatan India, mereka mengatakan bahawa idea2 asas sains& teknologi sudah pun terdapat dalam amalan tradisi nenek moyang mereka. Bagi para pengkaji barat mereka mengatakan bahawa kemunculan bidang2 ilmu sains dlm tamadun India bermula selepas pengaruh Yunani.
3. Fizik dan Kimia
Konsep jirim muncul bedasarkan intuisi & logic bukannya eksperimen. Mereka percaya alam semesta diperbuat drpd 5 elemen iaitu tanah,angina,api,air dan angkara. Unsur2 alam kecuali angkasa adalah berasaskan atom. Konsep atom (Parmanu) dan konsep relativity (Sapekshavada) yg dinyatakan oleh org2 Aryan dlm kitab Veda telah digunakan sejak 600 tahun S.M. Antara ahli fizik terkenal ialah Kanada.
Idea utama kanada ialah sesuatu objek akan mempunyai kadar berat yg lebih besar apabila berada dlm air berbanding udara kerana density atom dalam air melebihi dari di udara. Di barat idea ini dikenali sebagai teori Archimedes.
Bidang perubatan ubat-ubatan berkembang maju spt ubat antidote, ubat bagi hidup lama dan pelbagai jenis racun. Beberapa bahan alkali,asid dan garam logam juga dicipta dgn process pembakaran & penyulingan.

4. Ilmu Perubatan.
Ilmu perubatan merupakan salah satu pencapaian penting tamadun India. Walaupun pada peringkat awal ilmu perubatan ini hamper disamakan dgn ilmu sihir khasnya sejak zaman Veda, tetapi dgn perkembangan ilmu sains, kedudukan ilmu ini semakin berperanan di dalam masyarakat. Antara bidang2 penting ialah fisiologi,pembedahan,pernafasan(melalui amalan Yoga),reproduksi manusia,farmaklogi dan perubatan.
5. Matematik
Tamadun India memberikan sumbangan besar kepada dunia dalam bidang matematik. Ilmu ini mula diterokai sejak 1000 tahun S.M sehingga 1000 Masihi. Pada peringkat awal, masyarakat India mengembangkan ilmu ini untuk menentukan tempat upecara pengorbanan manusia menerusi kiraan astrologi. Oleh itu wujud unsur2 penggunaan geometri,algebra dan trigonometri.
Terdapat 2 elemen berbeza mengenai penggunaan & konsep matematik pd peringkat awal ini iaitu elemen agama Hindu biasanya mementingkan agama Buddha. Matematik India memberikan sumbangan besar kepada tamadun dunia dgn memperkenalkan angka sifar (0) atau dikenali sbg Sunya yg didapati dalam manuskrip Gwalior. Pendapat lain pula menyatakan bahawa angka sifar ini terdapat dalam inskripsi awal India. Inskripsi ini menggunakan symbol awal Yunani-Romani & Hebrew dgn menggunakan 9 notasi bagi 9 angka pertama (1-9) diikuti dgn angka (0). Sistem nombor ini digunakan oleh orang Arab dan berkembang ke Eropah.
Antara pelopor bidang Matematik yg penting ialah Aryabhata,Varamahira,Brahmagupta dan Sridhara. Manuskrip Bakshali merupakan penulisan matematik awal.

6. Astronomi.
Tamadun india merupakan pelopor bidang astronomi dunia terawal. Kitab Rig veda menggunakan istilah ‘Jyosita’utk menerangkan tentang astronomi. Unsur-unsur spt matahari, bulan dan bintang dianggap sebagai Tuhan, dan ini menunjukkan perkembangan ilmu ini sangat berkaitan dengan amalan keagamaan di samping bagi menentukan tarikh dan masa bagi maksud tersebut.Kitab Rig Veda, memberi keterangan mengenai lintasan matahari yang dibahagikan kepada 12 bahagian dan satu bulatan pula di bahagikan kpd 36 bahagian yang membawa makna terdapat 360 hari setahun atau 12 bulan.

Keunggulan dan keunikan astronomi India zaman silam diakui oleh tokoh astronomi Syria – severus Seboktht (abad 7) dan beliau mengatakan bahawa astronomi india lebih sesuai dipraktikan berbanding astronomi Greek-Romawi. Antara pelopor Aryabjata, Varamahira Brahmagupta dan beberapa lagi. Menemui zaman kemalapan 12-18M

7. Seni bina
Bidang seni bina bangunan dalam sejarah awal India bermula secara asasnya sejak Tamadun Lembah Indus dgn menggunakan sumber tanah dan kemahiran kayu dan batu bata. Ia kemudian berkembang dgn lebih bermutu dan mempunyai nilai2 artistik yg tinggi pada zaman Maurya.
Perkara ini dpt dibuktikan bahawa sehingga zaman Maurya, hanya terdapat 1 kauri shj iaitu di Chunnar. Contoh seni bina India yg maju pd zaman ini boleh diperhatikan pd pembinaan & susun atur Bandar Mohenjodaro dan Happa.
8. Seni Bina Hindu
Muncul pada zaman kerajaan Gupta. Seni bina kuil mula berkembang dan terbahagi kepada tiga jenis mengikut kawasan iaitu bahagian utara, tengah dan selatan india.
Contoh kuil pada zaman Gupta ialah kuil Vishnu di Beograrh yang berbentuk 9 segi empat. Yang lain kuil shiva di Bhumara, Kuil Ladh Khan di Aihole dan Malegitti di Badami. Pada zaman pertengahan dinasti hindu (750-1250M),pembinaan kuil meliputi kawasan tengah dan selatan india. Selepas itu terus berkembang dan tertumpu di selatan india. Struktur utama sesebuah kuil ialah shikhara,diilham dari kereta kuda Aryan. Keduanya Virama (menara piramid). Ketiga ratha seakan bentuk binatang,dan terakhir gopurram (pintu utama/pintu lembu).

Full transcript