Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

TITAS - BAB 2

No description
by

adhwa farhyn

on 11 October 2016

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of TITAS - BAB 2

Isi Kandungan Bab
1. Pengenalan
2. Pengertian Asas Islam
3. Pandangan Semesta Alam Tamadun Islam
4. Konsep Tamadun Islam
5. Sumber Tamadun Islam
6. Asas-asas Tamadun Islam
7. Kemunculan, Perkembangan dan kemerosotan Tamadun Islam
8. Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun Islam
9. Sumbangan Tamadun Islam Kepada Peradaban Dunia
10. Jihad Dalam Islam
11. Kesimpulan
Pengertian Asas Islam
Islam adalah nama kepada risalah Ilahi yang dibawa oleh semua Nabi dan Rasul sejak Nabi Adam a.s. sehinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Rasul yang terakhir).
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM
Keistimewaan tamadun Islam dapat dilihat daripada ciri-ciri berikut:
1. Rabbani (ketuhanan)
2. Sempurna, Menyeluruh dan sejagat (berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah, sesama manusia dan alam. Peraturan wujud dalam semua keadaan, tempat dan masa).
3. Sesuai dengan fitrah dan akal manusia
4. Tidak membebankan (semua syariat bertepatan dengan kemampuan manusia. Allah memberi rukhsah kepada keadaan tertentu).
5. keseimbangan antara Rohani dan Jasmani (“akal yang sihat berada pada tubuh badan yang sihat”).
6. Terbuka dan Toleransi (Tamadun Islam dapat menerima malah menggalakkan penerusan unsur-unsur yang terdapat pada tamadun-tamadun lain, selama mana tidak bertentangan dengan syariat Islam.
BAB 2:
TAMADUN ISLAM

Pengenalan
Tamadun Islam terbina berasaskan wahyu Ilahi.
Tamadun ini telah melalui satu proses dari padang pasir yang tandus ke sebuah negara yang berkembang maju dan seimbang melalui pembangunan material dan spiritual.
Justeru, mengenali tamadun Islam secara lebih dekat penting bagi memahami proses pembentukan, ciri-ciri istimewa dan sumbangannya terhadap tamadun yang lain.
Perkataan Islam ini tidak dikaitkan dengan nama individu dan tempat tertentu.
agama Buddha yang diambil dari nama pendirinya iaitu Gautama Buddha,
Masehi dikaitkan dengan Isa al-Masih a.s.,
Zarathustra daripada nama pelopornya Zarathustra
Yahudi pula diambil daripada nama suatu kabilah yang terkenal dengan nama Yahuza.
Perkataan Islam dari sudut bahasa ialah tunduk, menyerah, sejahtera dan patuh.
Dari sudut istilah pula membawa makna taat kepada Allah S.W.T. dengan sepenuh hati tanpa sebarang keraguan serta tunduk dan patuh kepada segala perintah-Nya tanpa membantah.
Islam juga merupakan peraturan hidup yang lengkap lagi sempurna bagi membina sistem kehidupan manusia dan isi alam seluruhnya.
Namun kitab-kitab ajaran Islam yang diturunkan kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul terdahulu telah dipesongkan oleh pengikut-pengikut mereka.
Oleh yang demikian, kehidupan manusia selepas lima ratus tahun sesudah Nabi Isa a.s. telah beransur-ansur jauh dan menyimpang daripada ajaran yang benar.
Perhambaan kepada Allah yang Maha Esa telah bertukar kepada perhambaan kepada manusia, berhala, api dan sebagainya.
Sifat kemanusiaan telah berubah menjadi sifat kebinatangan.
Golongan yang kuat lagi berkuasa menindas yang lemah, manakala yang kaya menindas yang miskin.
Ketika manusia berada dalam kesesatan dan zaman jahiliyyah inilah Allah S.W.T. telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. untuk meletakkan semula kemuliaan Islam sebagai agama yang tertinggi daripada agama-agama lain.
Baginda s.a.w. juga diutuskan untuk menegakkan keadilan dan meninggikan sifat-sifat kemanusiaan yang sudah rosak. Baginda berjaya menyedarkan mereka dari terus hanyut dalam arus jahiliyyah.
Dengan usaha dan perjuangan Rasulullah s.a.w. yang berterusan selama dua puluh tiga tahun ini, maka akhirnya Islam itu sempurna untuk memenuhi keperluan manusia pada setiap tempat dan masa sehingga ke hari kiamat. Hal ini jelas disebutkan melalui Firman Allah dalam surah al-Maidah : 3 yang bermaksud:
“Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”
Ketokohan Nabi Muhammad S.A.W turut diakui oleh sarjana Barat:
1.
Thomas Carlyle
: mengaku bahawa Nabi Muhammad
s.a.w. itu bukan orang biasa dan al-Quran itu bukan suatu hasil kesusasteraan belaka.
2.
Denis Saurat
: menulis dalam bukunya 'History of Religion' bahawa agama yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W itu mempunyai kelengkapan yang cukup untuk terus bertahan dalam zaman moden ini.
3.
Richard Fletcher
: dalam karyanya 'The Cross and Crescent' mengatakan Islam yang dibawa oleh baginda berjaya membawa pengaruh yang jauh lebih besar berbandig tamadun Romawi yang telah lama wujud.
UJI MINDA...
1. Tamadun Islam lahir berasaskan wahyu
Betul / Salah

2. Berikut adalah benar berkaitan tamadun Islam
KECUALI
A. lahir di Madinah
B. melalui proses 23 tahun
C. berkembang di Madinah
D. Madinah sabagai pusat pentadbiran Islam
KONSEP KETUHANAN
Tawhid Uluhiyah
Pengabdian yang terbina berdasarkan keikhlasan yang merangkumi zahir dan batin kerana Allah Taala.
Mentauhidkan diri hanya kepada Allah dengan penuh ikhlas iaitu menghadirkan perasaan mahabbah (kasih-sayang), khauf (takut), raja' (mengharap), tawakkal (berserah), raqbah (hampir) dan rahbah (takut) hanya kepadaNya.
Tawhid Rubbubiyyah
Mentauhidkan Allah S.W.T. pada penciptaan alam, mengurus, mentadbir, memiliki, memelihara, menghidup, mematikan dan segala perkara.

Tauhid ini turut diperakui oleh orang Musyrikin tetapi mereka tidak menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T. kerana kepercayaan mereka disertai dengan unsur-unsur syirik (menyekutukan) kepada-Nya.
asma' wa al-sifat
Mentauhidkan Allah S.W.T. dengan percaya dan mengakui segala nama dan sifat-Nya secara ijmal (ringkas) dan tafsil (panjang lebar) menurut apa yang termaktub dalam al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w.
Justeru, di dalam al-Quran dengan jelas menerangkan bahawa Allah S.W.T. sahajalah Tuhan yang layak disembah dan Dia adalah Pencipta, Penguasa dan Pemilik mutlak kepada alam ini termasuk diri manusia itu sendiri.
Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), tauhid mengemukakan suatu antologi, kosmologi, dan psikologi tersendiri dalam satu konsep agung yang diistilahkan sebagai

Keesaan Wujud
atau

Wahdat al-Wujud
.
Konsep ini berdiri atas dasar yang terdapat dalam al-Quran merangkumi semua ruang lingkup kehidupan orang Islam.
Justeru, aspek ketuhanan dalam Tamadun Islam tidak sama langsung dengan aspek ketuhanan dalam lain-lain agama.
Konsep kepercayaan, ketundukan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. adalah dalam lingkungan menurut segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan- Nya.
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAM
KONSEP KEMANUSIAAN
Manusia dari perspektif Islam adalah “makhluk mukallaf” iaitu makhluk yang diletakkan tanggungjawab atau kewajipan-kewajipan tertentu.
Manusia diangkat menjadi khalifah tetapi tidak mempunyai kuasa mutlak dalam menguruskan alam ini.
Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah, manusia mestilah mengikut ketetapan hukum-hukum Allah.
Setiap perbuatan manusia dinilai berdasarkan LIMA nilaian iaitu wajib, haram, makruh, sunat dan harus.
Manusia hanya dinilai berdasarkan keimanan dan ketakwaan tanpa mengira warna kulit, bangsa, pangkat keturunan dsbnya.
konsep manusia dan kemanusiaan dalam tamadun Islam dibina atas asas yang kukuh iaitu takwa kepada Allah S.W.T.. Sehubungan itu, Islam menyifatkan mana-mana tamadun yang berlawanan dengan pandangan semesta di atas sebagai tamadun yang sakit dan tergolong dalam lingkungan tamadun jahiliyah yang membawa kepada kerosakan.
KONSEP ALAM
Alam merujuk kepada segala ciptaan Allah samada boleh dilihat atau tidak dan bersifat baharu (dicipta).
Manusia berhadapan dengan beberapa alam sepanjang kehidupan mereka, samada alam rahim, alam dunia, alam roh, alam barzakh dan alam akhirat. Tugas mereka adalah menghidupkan alam dunia mengikut acuan yang dikendaki Allah S.W.T. sebagai khalifah.
Tamadun Islam melihat alam sebagai pentas untuk manusia hidup dan mengkaji serta mendalamkan pemikiran mereka bagi mencapai kemuncak keimanan dan keyakinan kepada penciptanya iaitu Allah S.W.T.
Penciptaan alam ini juga adalah untuk diambil manfaatnya oleh manusia dengan penuh rasa tanggungjawab demi kemaslahatan dan kepentingan hidup mereka.
Hubungan manusia dengan alam ini perlu disandarkan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Manusia hanya perlu melaksanakan sistem dan peraturan tersebut untuk membina dan memperkembangkan tamadun mereka.
KONSEP TAMADUN ISLAM
kelahiran tamadun Islam tidak berlaku melalui proses-proses yang dilazimi berlaku oleh tamadun-tamadun lain.
Tamadun Islam berkisar kepada tiga tuntutan yang mesti dilalui oleh seseorang insan iaitu:
1. Hubungan manusia dengan Allah.
2. Hubungan manusia sesama manusia
3. Hubungan manusia dengan alam.

Hubungan Manusia Dengan Allah S.W.T
Matlamat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T. merupakan matlamat akhir manusia membina tamadun.
Melalui ibadah yang ikhlas dan mengikut syariat, manusia berhubung dengan Allah.
Apabila seseorang itu mengetahui peranannya sebagai hamba Allah, secara tidak langsung dia mengenali Allah.
Jika perlakuannya tidak ada hubungan dengan Allah, maka, mereka akan ditimpa kehinaan dalam kehidupan.
Hubungan Manusia Sesama Manusia
Manusia dijadikan Allah S.W.T dengan latar belakang yang berbeza dari segi bangsa, keturunan, warna kulit dan sebagainya. Walau bagaimanapun, mereka semua adalah daripada satu keturunan iaitu Adam a.s. Atas hakikat inilah pembentukan masyarakat Islam adalah berdasarkan konsep
kesatuan ummah
.

Manusia memerlukan satu sama lain untuk memenuhi keperluan hidup.
Islam turut menekankan kepentingan menjaga jamaah mengatasi kepentingan individu.
Justeru, tamadun Islam berasaskan semangat kerjasama dan hubungan kemanusiaan yang erat.
perhubungan antara manusia ini mestilah mengikut aturan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. untuk mengelak kezaliman, ketidakadilan, penindasan dan perseteruan yang boleh memusnahkan tamadun.
Hubungan Manusia Dengan Alam
Manusia adalah sebahagian dari alam, namun kedudukan manusia adalah lebih istimewa kerana diberikan akal dan nafsu serta diangkat menjadi khalifah oleh Allah.
Firman Allah S.W.T. dalam surah al-A‟raf : 56 yang bermaksud :
“Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang berbuat kebajikan”
Penciptaan alam termasuk manusia bukanlah secara sia-sia tetapi mendorong manusia untuk berfikir mengenai kekuasaan Allah sekaligus menginsafi dirinya yang amat kerdil dan bukan pemilik mutlak alam ini.
Lantas, manusia akan melaksanakan sistem dan peraturan yang telah ditetapkan Allah dalam pembinaan tamadun.
Berdasarkan konsep 3 aspek hubungan tersebut, jelaslah nilai dan pengertian Tamadun Islam tidak dibatasi oleh unsur zahir semata-mata. Kehidupan menetap, pencapaian sains dan teknologi, penciptaan bahasa dan tulisan, kewujudan kota dan lain-lain simbol ketamadunan adalah natijah daripada fitrah kehidupan manusia yang digerakkan oleh wahyu.
SUMBER TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam mempunyai sumber-sumbernya yang tersendiri dan sangat berbeza dengan sumber-sumber dalam tamadun lain.
Sumber tamadun Islam bersifat mutlak iaitu tidak berubah, sesuai sepanjang masa dan keadaan sehinggalah ke hari kiamat.
Tamadun ini berdiri di atas ketetapan dan kehendak IIahi dan bukannya rekaan serta ciptaan manusia yang banyak kelemahannya.
AL-QURAN
Al-Quran dari sudut bahasa bermaksud bacaan atau dalam bahasa Arab disebut Qiraah.
Al-Quran adalah sumber utama tamadun Islam dan merupakan wahyu yang mukjiz yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Rasululluh s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril kemudian ditulis dalam mashaf, diriwayatkan secara mutawatir dan menjadi ibadah kepada sesiapa yang membacanya.
Al-Quran meliputi ilmu kerohanian dan juga kebendaan yang menjadi ramuan kepada kelahiran sesebuah tamadun seperti akidah, syariah, akhlak, bahasa, persejarahan, pemikiran dan intelektual, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.
Edward Gibbon (1794) seorang ahli sejarah Inggeris turut mengakui bahawa:
“Al-Quran itu adalah sebuah kitab agama, kitab kemajuan, kenegaraan, persaudaraan dan perundangan. Al-Quran mengandungi isi yang lengkap, daripada urusan ibadat, akidah, akhlak hingga pekerjaan sehari-hari dan daripada urusan rohani hingga jasmani seterusnya. Ia juga menerangkan segala pembalasan atas amalan manusia. Sebab itu amat besar perbezaan al-Quran dengan Bible. Dalam Bible, tidak ada peraturan yang berhubung keduniaan melainkan cerita untuk penyucian diri. Bible tidak boleh menandingi al-Quran kerana al-Quran bukan saja menerangkan kaitan amalan kegamaan, bahkan mengupas asas politik kenegaraan. Al-Quran menjadi sumber undang-undang dasar memutuskan semua perkara yang berhubung dengan material kejiwaan”
Matlamat penurunan al-Quran:
i. Menyeru manusia kepada aqidah yang sahih dalam pembinaan tamadun manusia.
ii. Menyediakan peraturan dan undang-undang yang pelbagai bagi menyelesaikan permasalahan kehidupan dan ketamadunan manusia.
iii. Membebaskan pemikiran manusia agar bertamadun daripada terbelenggu dengan pemikiran jahiliyyah dan dalam masa yang sama mengajak mereka berfikir dan memerhati tentang kebesaran Ilahi.
iv. Memimpin manusia agar menggunakan segala nikmat yang dijadikan Allah di alam ini dan memanfaatkannya untuk kebaikan dan kemaslahatan mereka
SUNNAH
PENGERTIAN:
Bahasa:
al-jabhah wa al-jabibaiyn (dahi dan dua tepi dahi), al-wajh (muka), al-tariqah atau al-sirah (jalan atau perjalanan), al-tabiah (tabiat), al-'adah (kebiasaan) dan nama sejenis tamar Madinah.
Istilah:
setiap yang dinukilkan daripada Nabi Muhammad s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan, sfat-sifat akhlak dan kejadian, sirah perjalanan hidupnya sama ada sebelum atau sesudah dibangkitkan
Tanpa sunnah atau perjalanan hidup yang ditunjukkan oleh Baginda, maka manusia akan terkapai-kapai mencari kebenaran kerana tidak mampu memahami tuntutan al-Quran.
Firman Allah S.W.T. dalam surah Ali-Imran:164 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keEsaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari i'tiqad yang sesat), serta mengajar mereka kitab Allah (Al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata”
Tamadun Islam tidak boleh sama sekali bertentangan dengan kedua-dua sumber ini iaitu al-Quran dan sunnah.
Pengabaian kepada kedua-duanya akan menjadikan tamadun yang dibina itu hanya bersifat tamadun kebendaan atau tamadun jahiliyyah.
IJTIHAD
PENGERTIAN
:
Bahasa:
mencurahkan kesemua kemampuan yang ada dalam segala perbuatan atau menanggung segala beban kesulitan.

Istilah (Usul Fiqh):
mencurahkan segala kemampuan untuk mendapatkan hukum syarak yang bersifat amali dengan cara
istinbat
(mengeluarkan hukum-hukum dengan cara-cara yang telah ditetapkan) atau mencurah kesemua kemampuan untuk mencari hukum syarak yang bersifat
zhonni
(kesamaran), sehingga merasakan dirinya tidak mampu lagi untuk mencari tambahan kemampuannya itu.
Dalam tamadun manusia banyak perkembangan baru berlaku. Sebahagian daripada pembaharuan itu tidak jelas dari segi hukumnya, kerana tidak terdapat secara nyata dalam al-Quran dan sunnah.
Oleh itu, menjadi peranan ulama atau cendekiawan Muslim untuk mengolah hukum terhadap perkara-perkara baru berdasarkan keilmuan yang mereka miliki dengan merujuk kepada sumber al-Quran dan sunnah.
Justeru, umat Islam digalakkan untuk membuat kajian dan meneroka segala bidang demi kepentingan kemajuan umat Islam khususnya dan dunia amnya dengan menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai garis panduan.
Di dalam hadith yang lain, ketika Nabi s.a.w. mengutuskan Muaaz ke Yaman, Baginda pernah bertanya kepada beliau yang bermaksud:

“Bagaimanakah kamu akan memutuskan sesuatu permasalahan?, beliau menjawab; dengan kitab Allah, lalu Rasulullah S.A.W. bertanya lagi, jika kamu tidak mendapatinya, beliau menjawab; dengan sunnah Rasulullah S.A.W.. Kalaulah kamu tidak mendapatinya di dalam al-Quran dan al- Sunnah, maka dengan apakah kamu akan memutuskannya, beliau menjawab; Aku akan berijtihad dengan pendapatku tanpa menyeleweng, lalu Nabi S.A.W. menyatakan segala puji bagi Allah yang telah memberi pertolongan kepada utusannya dengan apa yang diredhai oleh Allah dan
Rasulnya”
(Riwayat al-Tirmizi)
AL-IJMAK
Ijmak adalah merupakan perkara yang telah disepakati oleh para ulamak mazhab yang muktabar.
TAMADUN DAN BUDAYA LAIN
Tamadun Islam tidak pernah melarang umatnya berhubung dan berinteraksi dengan tamadun lain.
Rasulullah pernah meminta pertolongan dari Raja Najasyi (seorang kristian) ketika para sahabat berhijrah ke Habsyah (Ethopia).
Ini menggambarkan interaksi yang berlaku antara dua tamadun yang berlainan pegangan dan kepercayaan.
Rasululullah juga menggalakkan para sahabat mempelajari tamadun lain melalui sabdanya:
"Pelajarilah bahasa sesuatu kaum itu nescaya kamu terpelihara daripada tipu daya" (Riwayat Abu Daud)
Oleh yang demikian, tamadun Islam bersifat terbuka dalam menerima nilai-nilai dan idea-idea daripada tamadun lain asalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Nilai dan idea yang ada dalam tamadun lain diasimilasikan dengan tamadun Islam melalui proses interaksi yang sihat.
Contohnya: Khalifah Umar al-Khattab mencontohi sistem yang pernah dipraktiskan oleh kerajaan Rom yang disesuaikan dengan roh Islam.
Dalam bidang falsafah dan ilmu, tamadun Islam menerima
sumbangan daripada tamadun Yunani, manakala dari tamadun India pula diambil ilmu matematik dan astronomi.
Kesediaan menerima ilmu-ilmu daripada tamadun asing ini secara tidak langsung telah membantu memperkayakan lagi bidang keilmuan Islam.
Walau bagaimanapun, tamadun Islam pada dasarnya banyak dipengaruhi oleh tamadun Arab yang menekankan kepentingan dalam perkembangan kebudayaannya.
Tamadun Arab dipanggil tamadun Islam apabila Islam berjaya menyatukan orang-orang Arab, Parsi, Turki dan suku-suku bangsa lain.
Agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. telah mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat Tanah Arab.
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA
JIHAD DALAM ISLAM
KESIMPULAN
ASAS-ASAS TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam terbina atas dasar akidah dan diikat dengan syariah dan akhlak.
Pengabaian terhadap aspek-aspek ini akan menjadikan tamadun yang di bina itu jauh menyimpang daripada konsep tamadun Islam yang sebenarnya.
Perkaitan antara ketiga-tiga perkara itu menunjukkan tamadun Islam adalah sebuah tamadun yang diatur dan disusun perjalanannya mengikut ketetapan Tuhan Yang Maha Esa.
Ianya bermula daripada mengenal tuhan (akidah), diikuti pedoman hidup (syariah) dan dihiasi serta dimantapkan dengan kemulian budi pekerti (akhlak).
AKIDAH
BAHASA:
berasal dari kata kerja
'aqada
(simpul @ ikat)
.
ISTILAH:
Ibn Taimiyyah
:
Akidah itu perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati akan menjadi tenang kepadanya, beroleh keyakinan dalam kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan.
Imam al-Ghazali
:
Akidah ialah berpegang dan membenarkan dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak.
Akidah itu mestilah bersumberkan dalil yang pasti dan menyakinkan.
kepercayaan mestilah diikuti dengan keyakinan yang jitu dalam hati dan dipraktikkan dengan anggota.
Contohnya:
Ibadah solat:
- perintah Allah (wajib melakukan)
- gagal dilaksanakan akan mendapat balasan buruk (neraka).

fungsi akidah adalah membimbing individu agar sentiasa berada dalam kerangka ketaatan dan kepatuhan kepada perintah-Nya.
SYARIAH
Bahasa:
- jalan atau tempat laluan air di sungai.
- jalan yang lurus, manhaj, manhaj yang lurus, agama, kebaikan dll.

Istilah :
- agama iaitu apa-apa yang ditetapkan oleh Allah kepada hambanya melalui utusannya (Rasul-rasul) yang disampaikan melalui pandu kitab-kitab.

Umumnya: syariah membawa maksud undang-undang, aturan-aturan dan ketetapan-ketetapan Allah yang diperuntukkan kepada manusia bagi mengatur hubungan manusia dengan Allah, manusia sesama manusia dan hubungan dengan alam untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat.
1. Keistimewaan Undang-undang Syariah
i. Bersifat sempurna bagi memenuhi keperluan manusia dalam semua bidang kehidupan.
ii. Lengkap dalam mengatur kehidupan manusia daripada perkara yang sekecilkecilnya sehinggalah kepada perkara yang paling besar bagi menjaga kesejahteraan manusia.
iii. Bersifat bersepadu kerana ia memiliki prinsip-prinsip perundangan yang mengatur urusan keduniaan dan keagamaan, tanpa batasan di antara satu sama lain.
iv. Bersifat universal kerana tidak tertakluk kepada batasan kaum, iklim mahupun sempadan geografi.
v. Matlamat pelaksanaan undang-undang syariah adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.
vi. Bersifat tetap dan tidak mengalami perubahan sehingga hari kiamat.
2. MAQASID SYARIAH
Maqasid syariah bermaksud Tujuan Pensyariatan undang-undang.
Terdapat Tiga tujuan MAQASID SYARIAH iaitu:
1.
dharuriyyat
(sesuatu yang mesti ditunaikan spt makan minum, berpakaian, tempat tinggal dan lain-lain).
2.
haajiyat

(untuk melengkapi keperluan hidup spt memiliki kenderaan, pakaian yang melebihi satu pasang dll)
3.
tahsiniyyat
(menyempurnakan kehidupan seperti barang perhiasan, wangi-wangian dll).
3. Manifestasi Syariah Dalam Tamadun Islam
syariah bertujuan untuk memelihara lima perkara asas kehidupan manusia iaitu agama, nyawa, akal, kehormatan dan keturunan serta harta benda.
Memelihara Agama
Agama Islam adalah teras kepada Tamadun Islam.
Oleh itu, ia perlu dipertahankan oleh penganutnya.
Seseorang yang telah memilih Islam, wajib menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim dan sekiranya mereka keluar dari Islam maka, dikira murtad.
Bagi menjamin supaya agama ini terpelihara, Islam telah memperuntukkan undang-undang dan hukuman yang sepatutnya bagi golongan murtad.
Tuntutan memelihara agama juga terkandung dalam suruhan dan larangan Allah. (perkara fardhu dan haram)
Memelihara Nyawa
Hak untuk hidup telah dikurniakan oleh Allah kepada manusia.
Nyawa tidak boleh dicabut sewenang-wenangnya tanpa hak.
Manusia juga perlu menjaga nyawa dengan meelihara kesihatan diri dan tidak melakukan perkara yang memudharatkan diri sendiri.
Memelihara Akal
Setiap manusia dituntut untuk menuntut ilmu dan menjalani kehidupan dengan berpandukan ilmu yang benar.
Akal berfungsi untuk menilai perkara baik dan buruk dan dengannya manusia maju dan berkembang.
Islam melarang manusia merosakkan fungsi akal seperti minum minuman keras dan dadah.
Memelihara Kehormatan dan Keturunan
Manusia diperintahkan untuk memelihara maruah.
Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah sosial, maka manusia diperintah supaya berkahwin.
Islam mengharamkan zina, seks bebas dan hubungan luar tabii.
Menjaga Harta Benda
Islam menetapkan dan memberi garis panduan mengenai hak untuk memiliki dan kewajipan mempertahankan harta benda.
Perbuatan melucutkan harta tanpa hak seperti mencuri, menyamun dan menipu akan dikenakan hukuman berat.
AKHLAK
Akhlak merupakan konsep yang berbeza dari etika.
Akhlak Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku manusia terhadap Allah, diri sendiri dan makhluk lain sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran.
Idola yang paling sempurna akhlaknya adalah Rasulullah S.A.W :
Firman S.W.T. dalam surah al-Ahzab: 21 yang bermaksud:
“Sesungguhnya bagi diri kamu terhadap Rasulullah S.A.W adalah ikutan
yang baik”
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Allah mengadabkan aku dengan sebaik-baik adab”
(Riwayat Ibn Ashakir)
Imam al-Ghazali
mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.
Akhlak juga merupakan ciri yang membezakan manusia dengan haiwan.
Seseorang yang mempunyai akhlak yang tinggi juga mempunyai darjat keimanan yang tinggi.
AKHLAK
MAHMUDAH
MAZMUMAH
KEMUNCULAN, PERKEMBANGAN DAN KEMEROSOTAN TAMADUN ISLAM
Kemunculan Tamadun Islam
Bermula sebagai sebuah agama dengan penurunan wahyu pertama di Gua Hira' pada 610 M.
Berkembang ke Madinah (peristiwa Hijrah) pada 622 M.
Kelahirannya atas kehendak Ilahi walaupun pada pemikiran manusia tidak mungkin tamadun boleh bermula di negeri yang berbatu dan berbukit.
Tamadun lain bermula di muara, sungai atau teluk.
Tamadun Islam berpusat kepada personaliti unggul yang diterap oleh Rasulullah S.A.W melalui acuan al-Quran.
Perkembangan Tamadun Islam diteruskan oleh para khulafa' ar-rasyidin.
Generasi sahabat yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. telah berjaya menyebarkan pengaruh tamadun Islam ke seluruh
Semenanjung Arab, Mesir, Syria, Iraq dan Teluk Parsi.
PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
Kerajaan Bani Umayyah
Keadaan ini berterusan sehingga lahirnya kerajaan Bami Umayyah pada 661 M.
Di bawah pemerintahan Bani umayyah, tamadun Islam berkembang ke Afghanistan, Transaxonia, Multan dan Armenia.
Di bawah pemerintahan Abdul Rahman al-Dakhil 1, tamadun Islam berkembang ke Andalusia (Sepanyol).
Selama 736 tahun, Andalusia dibawah pemerintahan Islam, pada tahun 1492 M, tentera Kristian menakluki Andalusia dan melucutkan takhta Sultan Muhammad II.
Kerajaan Abbasiyyah
Pada tahun 750 M, Kerajaan Abbasiyyah menguasai politik dan pemerintahan negara Islam.
Tamadun Islam berkembang ke seluruh Afrika Utara, Andalusia, seluruh India Utara dan Anatolia (Turki).
Era ini menunjukkan perkembangan ilmu pengetahuan, seni, sains dan teknologi serta pembangunan negara.
Lahirnya Ibn Sina (980-1037 M) (tokoh falsafah, sains dan perubatan), Ibn al-Haitham (965-1039M) (tokoh fizik dan Matematik) dan juga al-Ghazali (1058-1111 M) (tokoh falsafah, Tasawuf).
Bidang-bidang yang dipelopori umat Islam menjadi perintis kepada pembangunan tamadun di Barat. Contohnya: Cristopher Colombus yang menemui benua Amerika ketika belayar ke sana telah menggunakan peta ciptaan al-Sharif al-Idrisi yang merupakan seorang ahli geografi Islam.
Pada tahun 1258 Masehi, tentera-tentera Monggol di bawah kepimpinan Hulagu Khan telah menakluki pusat pemerintahan kerajaan Abbasiyyah di Kota Baghdad.
Kesan daripada pencerobohan ini, banyak khazanah-khazanah keilmuan tamadun Islam yang tersimpan telah dimusnahkan.
Baitul Hikmah
yang menjadi pusat kegiatan intelektual pada zaman itu tidak lagi dapat beroperasi dan berperanan seperti sebelumnya.
Daulah Uthmaniah Turki
diasaskan pada 1300 M.
Mencapai kemuncak apabila Sultan Muhammad II 'al-Fatih' berjaya menguasai Constantinople pada tahun 1453.
Berjaya melebarkan empayar dan juga pengaruh tamadun Islam sehingga ke Eropah Timur iaitu Bosnia, Serbia, Croatia, Bulgaria, Austria, Hungry dan juga Macedonia.
Empayar ini juga berkembang sehingga ke Timur Laut Meditterranean, pesisir Laut Merah, pesisir Laut Hitam dan seluruh wilayah Afrika utara serta Teluk parsi.
India
Zahiruddin Babar telah mengalahkan Sultan Delhi Panipat dan menubuhkan kerajaan Mughal (Moghul) pada tahun 1526.
Kerajaan ini bertahan selama 332 tahun.
mencapai zaman kemuncak pada kurun ke-17 M apabila telah menguasai seluruh benua kecil India.
KEMEROSOTAN TAMADUN ISLAM
KERAJAAN ABBASIYYAH
KERAJAAN UTHMANIAH TURKI
Pada akhir kurun ke-18, mula menjadi lemah apabila sedikit demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan Utara Afrika terlepas kepada kuasa Eropah ataupun kepada serpihan kerajaan Islam yang lain.
Runtuh sepenuhnya selepas 637 tahun berdiri teguh apabila sultan terakhirnya Sultan Abdul hamid telah digulungkan oleh 'Kumpulan Belia Turki' pimpinan Jenaral Kamal Mustafa Kamal yang kemudiannya dilantik menjadi presiden Turki seumur hidup.
INDIA
Kerajaan Moghul mengalami kemusnahan apabila Sultan Bahadur Shah Zafar (pemerintah terakhir) telah digulingkan oleh British pada tahun 1858.
Kejatuhan kerajaan ini mengakhiri 1000 tahun pemerintahan Islam di India.
Dengan ini, berakhirlah sistem khilafah dalam Islam serta tamadun Islam mula memasuki zaman kemerosotan dan kemalapan. Keadaan ini berterusan sehingga kini apabila negara-negara Islam yang pernah dijajah oleh kuasa Barat masih lagi terbelenggu dengan pengaruhnya walaupun sudah mencapai kemerdekaan.
KEPERCAYAAN BERASASKAN AKIDAH
Islam telah mengubah sistem kepercayaan dan asas kebudayaan yang bersandarkan kepada agama politiesme kepada agama tauhid atau monotiesme.
Kepercayaan kepada Allah adalah bersifat mutlak dan membebaskan manusia daripada penyembahan berhala, animisme, tahyul dsbnya.
SOSIO BUDAYA
Kebudayaan primitif yang bersifat bersahaja dan sekadar cukup hidup telah bertukar kepada kehidupan yang lebih maju dan moden.
Ini berlaku apabila kehidupan nomad telah bertukar kepada kehidupan menetap yang akhirnya membawa kepada kewujudan bandar-bandar, kota metropolitan, sistem pentadbiran dan pengurusan yang tersusun rapi serta keperluan asas yang lain.
Manakala bani-bani, bangsa-bangsa, kaum-kaum yang bertelagah dan berperang sesama sendiri telah disatukan dengan ikatan kesatuan akidah dan ummah Islam yang satu.
EKONOMI
Islam telah memperkenalkan sistem ekonomi yang dilaksanakan mengikut hukum dan peraturan khusus yang berkaitan dengan aktiviti atau kegiatan manusia dari aspek penggunaan sumber, pengagihan, pengeluaran, pertukaran dan sebagainya.
Satu perkara yang penting dalam kegiatan ekonomi ini ialah pengharaman riba dalam segala urusan jual beli dan pertukaran barangan.
Sistem yang boleh merosakkan perpaduan masyarakat disekat manakala perkembangan teknologi menggantikan teknik-teknik tradisional diharuskan dan digalakkan.
POLITIK
Fahaman politik sempit yang diasaskan kepada bangsa, puak, suku, warna kulit, keturunan dan negara tidak diterima pakai oleh Islam.
Ketegasan Nabi Muhammad s.a.w. jelas sekali menolak segala unsur dan faham kepuakan dan assabiyyah.
tamadun Islam telah menyatupadukan bangsa dan wilayah yang terpisah ini di bawah satu pemerintahan yang berbentuk khalifah.
Al-Quran merupakan perlembagaan bagi sistem politik Islam.
Pelaksanaan konsep syura dalam membuat keputusan pemerintahan dan pentadbiran adalah diutamakan.
ILMU PENGETAHUAN
Tamadun Islam sangat menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
Kedatangan Islam telah membawa satu revolusi pemikiran dan ilmu baru yang bersandarkan kepada wahyu.
Corak fikiran animis, jumud dan tahyul telah digantikan dengan pemikiran falsafah yang sistematik, rasional dan universal.
Perkataan jihad dalam bahasa Arab diambil daripada perkataan
jahada
yang bermaksud mencurahkan kemampuan atau seruan kepada agama yang hak.
Secara umumnya, jihad bermaksud setiap usaha yang memerlukan curahan tenaga dan kekuatan demi untuk mencapai matlamat yang mulia menegakkan kebenaran demi memartabatkan Islam serta mengharapkan ganjaran dan keampunan dari-Nya.
Jihad merangkumi segala aspek perjuangan menegakkan agama Islam bermula dari menguasai diri sendiri sebagai muslim yang setia, membina keluarga Islam yang utuh seterusnya menjadi asas kepada pembinaan masyarakat Islam yang kukuh.
JIHAD TERBAHAGI KEPADA TIGA JENIS IAITU JIHAD NAFSU, JIHAD ILMU DAN JIHAD MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM
JIHAD NAFSU
Jihad nafsu ialah segala usaha untuk membersihkan jiwa daripada sifat keji kepada sifat yang mulia serta membina keikhlasan hati beribadah kepada Allah.
Dikatakan sebagai
al-jihad al-akbar
iaitu
j
ihad yang paling agung.
JIHAD ILMU DAN PENDIDIKAN
Tuntutan jihad ilmu dan pendidikan adalah diletakkan selari dengan jihad mempertahankan agama.
Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Taubah: 122 yang bermaksud:
“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)”
Globalisasi yang muncul era ini amat mencabar, justeru, umat Islam memerlukan strategi kebijaksanaan yang tinggi agar tidak terbelenggu dengan penjajahan bentuk baru.
Maksud jihad perlu diarahkan kepada penyelidikan bidang baru dalam dunia intelektual.
JIHAD MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM
Jihad bentuk sebegini perlu untuk mempertahankan Islam dan ummah daripada pencerobohan musuh-musuh Islam seperti yang berlaku kepada umat Islam di Palestin.
Rakyat Palestin telah mencuba berbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan untuk mendapatkan semula hak mereka yang telah dirampas oleh tentera zionis Yahudi.
Antaranya, melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan serta mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Begitu juga Amerika Syarikat yang menjadi sekutu Israel telah menabur janji untuk memberikan kekuasaan dan sebuah negara Palestin yang merdeka juga melalui jalan buntu.
Rakyat Palestin yang telah muak dengan janji-janji kosong ini telah bangkit memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka dengan bangkit menentang dan berjuang menerusi jihad.
Dalam situasi ini, memerangi musuh Islam adalah amat wajar dan tidak boleh dipinggirkan dengan begitu sahaja terutama dalam konsep membina kekuatan persenjataan dan ketenteraan yang maju dan canggih.
Tamadun Islam merupakan tamadun yang unik sama ada dari segi lokasi kelahirannya atau perkembangannya.
Kesempurnaan Islam dan tamadunnya adalah kerana al-Quran dan Sunnah dijadikan sebagai landasan hidup serta berpijak pada asas-asas yang kukuh dan nyata.
Kandungan tamadun itu sendiri terdiri daripada akidah, syariah dan akhlak sebagai pemacu kepada kehidupan rohaniah dan jasmaniah.
Selain itu, Islam juga menerima ijtihad dan pembaharuan yang selari dengan perkembangan manusia dan tamadun dunia berdasarkan keimanan kapada Allah S.W.T.
Full transcript