Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

ASAS KOMUNIKASI

No description
by

on 26 July 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of ASAS KOMUNIKASI

ASAS KOMUNIKASI
definisi komunikasi
S.BERNARD ROSENBLATT
dalam bukunya
Communication in Business
(1983)
Mendefinisikan komunikasi sebagai pertukaran idea,pendapat,maklumat,perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi.
JAMES A.F. STONER & CHARLES WANKEL (1989)
Komunikasi ialah satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian / maksud yang dikongsi , dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat,huruf,nombor dan perkataan yang melambangkan / menyerupai idea-idea yang dapat menyampaikan maksud.
GUFFEY & ALMONTE (2010)
Komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna dari satu pihak (pengantar) kepada pihak yang lain (penerima).
EMERY, AULT & AGEE (dlm Sulaiman Masri, 1997)
Komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, idea, dan sikap daripada seseorang kepada seseorang.
elemen-elemen
Penyampai / Sumber
Mesej
Mesej yang disampaikan akan dihantar menggunakan perkataan, simbol, ayat atau bahasa tertentu bagi menggambarkan makna sesuatu mesej.
Saluran
~ Mesej yang dibentuk boleh dihantar melalui saluran tertentu.
~ Saluran ini boleh berbentuk lisan, tidak lisan, tulisan atau lain-lain.
~ Saluran mempengaruhi keberkesanan sesuatu komunikasi itu.
Maklumbalas
~ Tindakbalas terhadap penerimaan mesej.
~ Boleh berbentuk lisan atau tidak lisan.
Enkoding / Dekoding
Enkoding : Mesej yang diterjemah dalam bentuk yang difahami pihak lain menggunakan perkataan, bahasa atau simbol.
Dekoding : Mesej diterima dan diterjemahkan oleh penerima dan difahami.
Persekitaran
~ Kawasan berlakunya proses komunikasi.
~ Berbeza mengikut tujuan sumber.
Untuk memastikan komunikasi berlaku secara berkesan penyampai haruslah mematuhi beberapa perkara :
~ jelas dan teliti dengan baik tentang mesej yang disampaikannya.
~ pasti dengan mesejnya.
~ pasti dengan kepentingan mesejnya.
~ mengurangkan gangguan yang mungkin diterima penerima.
Penerima
Orang yang menjadi sasaran mesej.
Gangguan
~ Perkara-perkara yang mengganggu keberkesanan komunikasi.
~ Akibatnya, maklumat yang dihantar mungkin tidak dapat diterima.
BIDANG-BIDANG KOMUNIKASI
Intrapersonal
berlaku dalam diri seseorang.
seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya.
bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat.
Interpersonal
komunikasi antara individu.
proses komunikasi yang melibatkan dua orang atau lebih.
bersifat terus iaitu bersemuka tanpa menggunakan sebarang perantaraan atau saluran tertentu.
juga berlaku dalam keadaan yang tidak formal dan bersahaja.
Kumpulan Kecil
satu himpunan individu yang berstruktur dan berlakunya perkongsian maklumat.
mempunyai tidak kurang dari tiga atau tidak melebihi dua belas orang.
cara ini membolehkan setiap ahli dapat berkomunikasi dengan baik dan cekap antara satu sama lain.
Awam
berucap di khalayak ramai.
seorang kepada ramai orang.
contoh : pidato, syarahan, kempen pilihan raya, taklimat
Massa
berlaku untuk sebaran umum.
menggunakan alat-alat media massa.
contohnya akhbar, radio, televisyen, buku dan risalah.
berbentuk sehala.
tindak balas yang lambat :
- mengambil masa
- tidak sepantas interpersonal
Jenis-jenis Komunikasi
Komunikasi Lisan
berlaku apabila terdapat dua atau tiga komunikator duduk secara bersemuka atau dalam peristiwa bahasa seperti perbualan dalam telefon atau tele-sidang.
boleh dinyatakan dengan suara dan penggunaan perkataan.
dapat menentukan bila bermula dan berakhir.
contoh : temuduga, mesyuarat, perbualan melalui telefon .
Komunikasi Bukan Lisan
merupakan komunikasi yang tidak menggunakan percakapan ( tiada perkataan).
terbahagi kepada 2 iaitu tingkah laku (pergerakan badan dan intonasi) dan unsur fizikal (reka bentuk bangunan, kelengkapan dan perhiasan pejabat).
contoh : mimik muka, pergerakan anggota badan, posisi badan, pergerakan mata, intonasi suara dan sentuhan serta cara berpakaian.
Definisi Mendengar secara Aktif
seseorang yang berkeupayaan mendengar sambil menterjemah maksud dan mesej yang diterima dengan menimbangkan aspek-aspek lain.
bermaksud bukan hanya mendengar dan menunjukkan yang kita sedang mendengar (bahasa badan/anggota) tetapi juga kata-kata lisan yang mengemukakan apa yang telah kita fahami.
menurut Dr.Fadilah Kamsah, pendengar yang baik mendengar dengan telinga, hati dan kalbu.

Fungsi Mendengar
- Belajar (memproses maklumat yang didengar.
- Membezakan perkara yang baik dan buruk.
- Menjalin hubungan.
- Menolong orang lain.
- Melatih diri menjadi pendengar aktif.
- Memahami maklumat dengan lebih jelas dan terperinci.
Jenis-jenis orang yang tidak mendengar
- berpura-pura mendengar.
- berniat menyatakan fikiran diri sendiri sahaja.
- memahami makna tersurat sahaja.
- mempertahankan diri dengan membalas percakapan.
- memilih perkara yang disukai sahaja dan tidak mahu mendengar.
Teknik Mendengar Secara Berkesan
- Bersedia untuk mendengar. Pastikan tidak ada sebarang gangguan yang boleh menjejaskan konsentrasi.
- Tetapkan niat.
- Duduk di bahagian hadapan jika boleh supaya anda dapat mendengar dengan lebih jelas.
- Kenalpasti idea-idea penting yang didengar. Buat bacaan awal sebagai persediaan.
- Catat nota semasa mendengar. Gunakan kaedah peta minda.
- Dengar dengan teliti dan tanamkan minat terhadap apa yang didengar.
Faktor-faktor yang menghalang individu menjadi pendengar yang berkesan
- Sikap individu (sombong, mementingkan diri dan keinginan membantah).
- Fikiran melayang.
- Banyak bercakap.
- Prasangka.
- Perbezaan status (Pegawai dengan pekerja bawahan) .

Perbezaan
PENDENGAR AKTIF
PENDENGAR LEMAH
- mengekalkan
eye contact
& mengelakkan daripada melakukan perbuatan yang mengganggu pengucap.
- memberi sepenuh
perhatian
kepada pengucap.
-
menerima
ucapan yang disampaikan oleh pengucap beserta idea & emosi pengucap.
- menunjukkan kebosanan, menconteng sesuatu pada kertas dan mimik mukanya yang langsung tidak memberi respon kepada pengucap.
- tidak memberi
perhatian
dan membuat hal sendiri.
- tidak
menerima
idea & emosi yang disampaikan oleh pengucap.
EMPATI
Langkah-langkah mempraktikkan empati
Eye contact.
Mempunyai keyakinan diri.
Mendengar secara aktif.
Fokus terhadap situasi yang sedang mereka hadapi.
Berusaha untuk memahami dan menyelami perasaan mereka dengan bersungguh-sungguh .
Melihat isu dan pandangan melalui kaca mata mereka.
Kepentingan empati dalam perhubungan antara insan
Masyarakat hidup aman damai dan bertoleransi.
Dapat memahami isi hati orang lain dengan lebih mendalam.
Dapat menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh individu lain dengan mudah.
Dapat mengawal perasaan daripada bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.
Berkongsi perasaan atau perkhabaran baik atau buruk seseorang dengan cuba memahami perasaan perkhabaran baik/buruk dan meletakkan diri di tempat mereka malah bukan hanya merasa simpati terhadap individu tersebut.

Nur Syafiqah Bt Mohd Nor
Siti Nadhirah Bt Tukiman
A1P7
Full transcript