Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Pembedahan Plastik Mengikut Perspektif

No description
by

najihah mas

on 30 January 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Pembedahan Plastik Mengikut Perspektif

PEMBEDAHAN PLASTIK MENGIKUT PERSPEKTIF
Faktor-faktor Melakukan Pembedahan Plastik
Namun begitu, setiap perkara semestinya mempunyai risiko yang harus ditanggung. Antaranya adalah melakukan pembedahan plastik boleh dikira sebagai satu pembaziran kerana bagi satu pembedahan plastik bagi hidung contohnya memakan wang sebanyak RM 2000. Dan bukan satu rawatan pembedahan sahaja harus dijalani. Sekurang-kurangnya 5 rawatan pembedahan yang harus diikuti. Ini merupakan pembaziran yang patut kita elakkan melainkan ia mendatangkan faedah dan kebaikan kepada kita.

Allah berfirman : ‘Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar terhadap Tuhannya’(Surah al-Isra’,27).


Fenomena Pembedahan Plastik
HUKUM
WAJIB

Sekiranya ia mesti dilakukan untuk mengembalikan semula bentuk asal ciptaan Allah S.W.T akibat daripada kemalangan dan kecacatan yang teruk seperti patah tulang yang teruk ataupun kulit yang terbakar hampir seluruh badan. Oleh itu, dalam kes ini dibolehkan seseorang itu melakukan pembedahan plastik .Seseorang yang mempunyai kecacatan daripada lahir dan akan menyekat pergerakan mereka, maka wajib untuk seseorang itu membuat pembedahan plastik supaya keadaan menjadi normal seperti individu yang lain. Sesungguhnya agama Islam bersifat anjal serta tidak menyusahkan.
 

Tidak Bersyukur Dengan Nikmat Kurniaan Allah S.W.T

Sifat tamak dan tidak bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah S.W.T juga merupakan faktor kepada individu itu melakukan pembedahan plastik untuk mendapatkan raut wajah yang diimpikan dengan cara yang singkat dan mudah. Tanpa disedari, tindakan mereka ini akan mendatangkan kemungkaran Allah S.W.T. ‘Siapa yang tidak mensyukuri manusia, maka dia tidak mensyukuri Allah’ (HR. Abu Daud dan At-Turmuzi) Ciptaan Allah S.W.T yang sempurna harus dijaga dengan sebaik-baiknya tanpa mengubahnya. Sesungguhnya Allah akan menambah kenikmatan kepada hambanya yang bersyukur.

Kecacatan Yang Menjejaskan Kehidupan Normal

Hal yang berkaitan dengan kecacatan yang mendatangkan keaiban dan juga dari segi kesihatan membolehkan mereka untuk melakukan pembedahan plastik. Namun begitu, pandangan-pandangan daripada para ulamak dan juga ahli agama perlu diambil kira untuk mengelakkan kekeliruan daripada berlaku serta terjerumus kepada dosa-dosa besar.


REKONSTRUKTIF

membaikpulih anggota badan yang tidak normal
dan tidak dapat berfungsi akibat daripada kecacatan sejak lahir, penyakit ataupun kemalangan teruk yang menyebabkan kerosakan pada anggota badan

KOSMETIK
mengubah bentuk anggota badan mengikut
keinginan dan kepuasan seseorang

MUBAH

Yang mubah adalah pembedahan untuk menutupi luka  yang terbuka ,memperbaiki bekas-bekas luka yang parah ,menampal kulit bekas yang terbakar yang sangat parah, terutama apabila mengenai muka dan bahagian-bahagian yang biasanya nampak oleh orang lain. Semua ini tidak ada masalah ,bahkan boleh jadi sebahagiannya wajib .Sebagai contoh, menghilangkan cacat di tengah-tengah kehamilan yang disebabkan oleh konsumsi ubat dan lain-lain. Demikiannya juga untuk menghilangkan bentuk yang berbeza dari bentuk kejadian asli seperti jari keenam, kelebihan daging dan sebagainya

Nafsu mampu mendorong manusia untuk melanggar perintah Allah dan melakukan perkara yang dilaknat Allah S.W.T. ‘Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sampai hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa’ (HR al-Hakim, al- Khatib, Ibn Abi ‘Ashim dan al-Hasssan bin Sufyan).
Nafsu Dan Bisikan Syaitan
Hadis di atas menerangkan bahawa Allah S.W.T menyifatkan orang-orang musyrik jiwa mereka mengikuti hawa nafsu dan kita perlu menundukkan hawa nafsu. Namun hasutan syaitan mampu membuatkan manusia tertunduk kepada hawa nafsu sehingga ingin mengubah ciptaan Allah S.W.T dengan niat untuk menunjuk-nunjuk dan riak serta membawa unsur kepalsuan.


NAFSU DAN BISIKAN SYAITAN
Faktor-Faktor
Pengharaman Pembedahan Plastik
HARAM

Hukum melakukan pembedahan plastik adalah
haram jika seseorang itu ingin mengubah wajah dan muka demi mendapatkan perhatian dan ingin menunjuk-nunjuk. Selain itu, ia
adalah haram kerana ia mengubah ciptaan Allah S.W.T yang sedia ada sempurna dan tidak memberi kesan yang buruk kepada kesihatan.  Selain itu, terdapat juga sesetengah golongan yang sanggup menukar jantina semata-mata ingin memuaskan kehendak nafsu mereka.

Golongan inilah yang tidak dapat menerima ketentuan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T sehinggakan ada yang menyalahkan Hadis Rasulullah S.A.W bersabda :
‘Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan meminta untuk ditatukan, yang mencukur dan yang meminta dicukur yang mingikir gigi supaya kelihatan cantik dan merubah ciptaan Allah (Riwayat Muslim No: 3966)
 
 
 

Memudaratkan Dan Membawa Kepada Kematian

Memudaratkan Dan Membawa Kepada Kematian

Tidak semua prosedur pembedahan plastik yang dilakukan akan berakhir dengan sempurna. Terdapat sesetengah kes di mana bentuk anggota badan yang diingini tidak seperi yang diharapkan malah menambah beban individu yang menjalani pembedahan plastik itu disebabkan komplikasi yang dialami. Malahan lebih teruk lagi membawa kepada kematian. Rupa paras yang diingini menjadi bertambah hodoh dan menggerunkan. Inilah fenomena yang minoritinya terjadi di Barat akibat terlalu taksub mereka ingin kelihatan lawa. Pembedahan plastik itu juga akan membawa kesakitan yang teramat sangat dan kesakitan ini mungkin mengambil masa tempoh yang lama untuk sembuh. Untuk menahan sakit pula, mereka biasanya diberikan ubat penahan sakit atau ubat bius yang menyebabkan mereka terdedah dengan risiko ketagihan ubat tersebut. Ketagihan seperti ini boleh mengakibatkan penyakit jantung, kerosakan otak dan akhir sekali kematian.

Pembaziran Yang Melampau

Lahirnya Perasaan Riak

Dengan penyalahgunaan teknologi pembedahan plastik ini, manusia akan melakukannya untuk mendapatkan raut wajah yang lebih sempurna dan akan melahirkan perasaan riak dan takbur dengan wajah yang dimilikinya. Sedangkan, perasaan riak dan takbur ini mesti dihindari oleh semua umat Islam.
‘Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.

KEADAAN YG MENGHALALKAN
PEMBEDAHAN PLASTIK
KESAN AKIBAT TERLALU TAKSUB UNTUK MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK
Full transcript