Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Gengsterisme 3P

Tugasan Kumpulan 3P
by

Dharshenny Gopal

on 13 November 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Gengsterisme 3P

GENGSTERISME
RHASHVINDER KAUR A/P AMBAR SINGH D20121058136
SATHYADEVI A/P KRISNAKUMAR D20121058146
DHARSHENNY DEWI A/P GOPAL D20121058130
RAAGHINI A/P BALAKRISHNAN D20121058076
AMIRAH BINTI AB WAHAB D20121058091

Apakah Maksud Gengsterisme?
Gengsterisme merujuk kepada kegiatan – kegiatan samseng iaitu masalah masalah yang dilakukan oleh kumpulan samseng.(Kamus dewan edisi Ke-4)
Menurut Thrasher (1963) yang merupakan pelopor awal tentang kajian gangsterisme mengutarakan bahawa pada awal remaja golongan ini berkemampuan untuk mewujudkan gang ataupun persatuan. Golongan remaja ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapat memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka.
Thrasher (1961) juga mendefinisikan gang sebagai satu persatuan yang mempunyai ciri -ciri seperti mengikut tingkahlaku yang sama, perjumpaan secara bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan.
Thraser (1963) menyatakan bahawa kewujudan gangster adalah hasil daripada perkembangan sesuatu kumpulan rakan sepermainan juvenil yang bertukar kepada perlakuan devian(perkumpulan samseng)


FAKTOR -FAKTOR
YANG MENDORONG GEJALA GENGESTERISME
SIKAP INDIVIDU ITU SENDIRI
INSTITUSI KELUARGA
RAKAN SEBAYA
PIHAK SEKOLAH
PERSEKITARAN
KURANG DIDIKAN AGAMA DAN MORAL
MEDIA MASSA DAN ELEKTRONIK
KESAN-KESAN
GEJALA
GENGSTERISME
Gemar ponteng kelas atau sekolah
Memaksa dan mengugut pelajar lain
supaya membayar wang perlindungan
kepada mereka.
Tidak menghormati guru

Memburukkan nama sekolah
PERBANDINGAN KEBERKESANAN PERATURAN ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH DI MALAYSIA DAN SEKOLAH-SEKOLAH CEMERLANG DI LUAR NEGARA DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR.
Peraturan sekolah yang ketat dan berkesan pada pelajar-pelajar. Contohnya, sebuah sekolah di Mauritius memberi surat amaran satu kali sahaja untuk pelajar yang ponteng sekolah tanpa sebab yang munasabah. Tetapi, pihak pentadbiran sekolah di negara kita memberi surat amaran sebanyak tiga kali sebelum digantung sekolah atau diberhentikan sekolah. Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk ponteng sekurang-kurangnya tiga kali.
Peraturan mengambil kehadiran pelajar sebanyak dua kali sehari, iaitu pada sebelah pagi dan pada sebelah petang. Ini bertujuan untuk mengelakkan pelajar-pelajar ponteng kelas dan sekolah selepas waktu rehat. Terdapat beberapa kes di mana pelajar-pelajar melarikan diri dengan melompat pagar sekolah pada waktu rehat. Pelajar tersebut beranggapan bahawa dia telah hadir ke sekolah dan merasakan bahawa guru-guru tidak akan mengenalpasti ketiadaannya dalam kelas. Beginilah kejadian ponteng kelas yang sedang berlaku di sekolah-sekolah pada masa kini terutamanya di Malaysia. Oleh itu, pihak pentadbiran sekolah perlulah menjadi peraturan sekolah-sekolah cemerlang seperti di Mauritius sebagai panduan untuk menangani masalah salah laku dalam kalangan pelajar.
Mewujudkan suatu peraturan khas mengenai kod etika pakaian untuk pelajar-pelajar sekolah.Pihak sekolah perlu melarang pelajar-pelajar memakai pakaian seragam, barang kemas, logo, kod, simbol-simbol dan tanda-tanda lain yang menjadi bukti keahlian sesuatu geng kongsi gelap. Beberapa pelajar sekolah disyaki terlibat dalam gangsterisme kerana mempunyai persamaan bentuk tatu yang menjadi simbol geng kongsi gelap. Oleh itu, pihak sekolah mestilah kerap kali mengadakan pemeriksaan pada pelajar-pelajar seperti memeriksa barang-barang kepunyaan mereka. Ini untuk mengelakkan mereka daripada melanggar peraturan dan disiplin sekolah dan seterusnya untuk menghalang mereka daripada terlibat dalam kegiatan jenayah.
Pihak sekolah tersebut yang menjadikan balai polis yang berhampiran dengan sekolah sebagai agen pembantu untuk membanteras masalah sosial.Pihak polis akan membantu pihak sekolah untuk mengurangkan gejala sosial terutamanya kegiatan gangsterisme dengan orang luar. Pelajar-pelajar lelaki mudah terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya yang berkemungkinan memaksa mereka untuk menyertai geng kongsi gelap.Pihak sekolah bekerjasama dengan pihak polis untuk memantau kegiatan dan aktiviti pelajar di luar sekolah, sudah tentulah masalah disiplin dapat dikurangkan. Hampir sebilangan sekolah di luar negara telah mula bekerjasama dengan pihak polis dan badan bukan kerajaan(NGO) seperti Kelab Rakan Muda untuk mengelakkan pelajar-pelajar terlibat dalam jenayah.
LANGKAH-LANGKAH

DIRI PELAJAR
IBU BAPA
PEMILIHAN RAKAN SEBAYA
PERANAN PIHAK SEKOLAH

PERANAN SISTEM PENDIDIKAN

PERANAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
PIHAK KERAJAAN
KESIMPULAN
Kebanyakan remaja memahami bahawa gejala gengsterism merupakan satu elemen kemusnahan masyarakat tetapi masih ada lagi remaja yang mempunyai keinginan untuk menyertai gengsterism.Oleh itu kita perlu memastikan bahawa generasi pelapis ini benar –benar boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga,mengawal dan membangunkan negara kita,semua pihak kena ambil tindakan.
SEKIAN TERIMA KASIH
Statistik
Menurut hasil satu kajian yang dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan pada tahun 1999 yang menjelaskan tentang penularan gengsterisme yang semakin berleluasa di sekolah -sekolah menengah seluruh negara sekarang menunjukkan satu pertiga dari 1560 buah sekolah menengah di Malaysia adalah berisiko tinggi dan terdedah kepada berbagai -bagai pertubuhan kongsi gelap.
Senario Kes Gengsterisme
Seramai 20 orang pelajar dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR) telah dibuang sekolah kerana terlibat dengan kegiatan gengsterisme melalui kumpulan yang dikenali sebagai “The High Council” dimana ahli bertemu secara rahsia dalam waktu yang singkat di sebelah pagi untuk melakukan kegiatan membuli pelajar junior dan penderaan psikologikal..
Di Sekolah Menengah St. David, Bukit Baru, Melaka lebih kurang 20 orang pelajar bergaduh di kantin sekolah dan memukul sesama sendiri menggunakan kerusi. Salah seorang daripada mereka telah mengalami kecederaan di dahi dan menerima rawatan di hospital.Sementara polis telah menahan 9 orang pelajar berusia 16 dan 17 tahun selama 2 hari untuk membantu siasatan pihak polis.
Pelajar masih tidak mempunyai hala tuju dalam kehidupan mereka dan mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang kebaikan dan keburukkan bagi setiap tindakan mereka.
Pelajar memiliki sifat untuk suka memberontak secara semula jadi
Kegagalan pelajar dalam akademik
Kurang perhatian daripada ibu bapa
Institusi keluarga yang tidak stabil
Aksi yang ditunjukkan dalam filem.
Rakan sebaya ini tidak semestinya seorang pelajar dan mereka mungkin boleh menjadi orang luar yang terlibat dalam masalah sosial.
Peraturan sekolah yang longgar
Tindakan sesetengah guru menghukum pelajar tanpa mengetahui masalah sebenar
Didikan agama yang kukuh dalam seseorang akan membantu mereka untuk tidak mudah terjerumus dalam aktiviti – aktiviti yang tidak sihat dan membolehkan mereka untuk mengikuti jalan yang betul dalam hidup mereka
Kegiatan aktif oleh sesetengah kumpulan gengsterisme di sesuatu kawasan perumahan akan menyebabkan kebanyakan remaja untuk melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan tersebut
Gemar melepak bersama rakan-rakan sekumpulan daripada belajar menyebabkan pelajar-pelajar ini ketinggalan dalam pelajaran.
Jika enggan, gengster sekolah ini akan berterusan membuli pelajar tadi. Ini mengakibatkan pelajar yang diperas ugut dan dibuli tadi berhadapan dengan tekanan dan seterusnya menyebabkan mereka enggan ke sekolah.
Mereka berbuat sesuka hati mereka sehingga mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran.
Dan apabila mendapat hukuman daripada guru, pelajar ini mengamuk dan bertindak membalas dendam kepada guru tersebut.
pelajar-pelajar yang terlibat dengan gejala ini juga memburukkan nama sekolah apabila sekolah mereka sering kali berada dalam perhatian polis.
Masyarakat melabelkan sekolah itu tidak baik
Pelajar tersebut perlu mempunyai nilai empati dalam nuraninya.
Pelajar tersebut juga perlu sedar akan baik buruk perlakuannya.
Ibu bapa wajib mengetahui aktiviti anak mereka dan pada waktu yang sama mengenali individu yang menjadi rakan kepada anak remaja mereka.
Ibu bapa harus bijak mendidik anak-anak mereka agar mereka tidak terjerumus dalam kebejatan sosial seperti jenayah gangsterisme ini.
Gejala gangsterisme juga dapat dikurangkan melalui pemilihan rakan yang memberi manfaat yang positif.
Seseorang individu itu haruslah pandai memilih rakan yang sesuai untuk dijadikan teman
Peraturan pihak sekolah perlu diketatkan dan dijalankan mengikut tatacara yang betul seperti yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran
Penambahan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah.
Pengenalan semula matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) wajar kepada pelajar sekolah rendah dan menengah merupakan langkah efetif dalam menangani kemelut ini
Remaja akan berupaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa menyelitkan unsur-unsur keganasan, mamatuhi ajaran agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara
PIBG perlu mengadakan pertemuan sekerap mungkin untuk mengenalpasti dan mengetahui setiap perubahan yang berlaku kepada pelajar dan sikap pelajar di dalam dan luar sekolah.
PIBG juga perlu mempunyai hubungan yang intim dengan guru-guru untuk lebih mengenali kemelut yang melanda pelajar di sekolah itu.
Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan dengan secara perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem berunsur ganas dan jenayah
Pihak kerajaan juga boleh melancarkan pelbagai kempen, kem motivasi dan program pembangunan nilai insaniah.
Gambar & Video
Full transcript