Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

PTL PITO - Prinsip Asas

No description
by

Harlina Ishak

on 7 November 2017

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of PTL PITO - Prinsip Asas

PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Tingkah laku dikatakan sebagai sesuatu yang boleh dipelajari, maka sudah tentu ianya boleh diubah atau diubah suai.
Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut . Ianya berlandaskan kepada prinsip-prinsip yang perlu dihayati dan dipegang oleh guru.
Antara yang perkara yang perlu diberi perhatian adalah prinsip peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku.

PRINSIP-PRINSIP UTAMA PENGUBAHSUAIAN TINGKAH LAKU
Tingkah laku manusia
dikawal oleh faktor dalaman dan luaran seperti adanya
role model
dan ganjaran sosial misalnya pujian atau hadiah
tidak bersesuaian boleh diubah dengan menukar keadaan yang mengekalkan tingkah laku tersebut
dipelajari secara individu atau dengan melihat orang lain belajar atau melalui latihan atau pelaziman
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur & dinilai
Ilmu psikologi telah memberi pelbagai maklumat berkaitan perkara-perkara yang menentukan tingkah laku
Pada peringkat awal, para pengkaji berpendapat tingkah laku disebabkan oleh kuasa dalaman seperti keturunan, kandungan kimia dalaman badan & pengalaman

PPK1033 PENGURUSAN TINGKAH LAKU
PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO)
Pn Harlina binti Ishak
Pensyarah
Jabatan Pendidikan Khas
IPGKDA

disebabkan oleh pembelajaran, justeru ia dipandu oleh peraturan pembelajaran
merupakan hasil pembelajaran dan diandaikan terdedah kepada pembelajaran semula atau pembetulan
terpengaruh oleh konsekuens dan ia diperkukuhkan oleh ganjaran, dan menjadi teruk apabila diikuti dengan konsekuens negatif
Mulai tahun 1920an terdapat perubahan pendapat daripada faktor dalaman kepada peristiwa luaran atau persekitaran
Rumusan –
‘kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari sepanjang masa’
‘tingkah laku yang tidak sesuai boleh diubah kepada tingkah laku baru’

APAKAH PROGRAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU?

Ia adalah dokumen bertulis yang menjelaskan perkara-perkara berikut :
Jenis perlakuan yg dinilai
Kekerapan perlakuan
Keadaan semasa perlakuan dinilai

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Semua tingkah laku dipelajari
Semua tingkah laku adalah
stimulus spesific
Tingkah laku boleh diajar & diubah
Matlamat perlu jelas & spesifik
Program perlu secara individu
Program perlu fokus masa kini
Program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak

Prinsip peneguhan
Peneguhan sangat penting untuk mengekal, meningkat, atau mengurangkan tingkah laku. Dalam membuat peneguhan, peneguh (ganjaran) yang diberi hendaklah sesuai dan berkesan.

Peneguhan merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan / mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang. Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh murid.

Jenis-jenis peneguh
Tangible dibahagi kepada dua iaitu;
a. edible reinforcer
- merupakan makan / minum yang disukai murid seperti makanan (gula-gula, biskut, dll)

b.
non edible
- merupakan barangan seperti kereta mainan, pen, bola dan sebagainya.


Sensory merupakan sensasi yang disukai atau dapat menggembirakan murid. Terdapat lima jenis
sensory reinforcers
iaitu;

a. Sentuhan (
tactile
) – sentuhan dari kulit ke kulit antara guru dan murid yang boleh menyebabkan murid bertindak balas. Contoh: sentuhan, pelukan, menepuk bahu, usap kepala, dsb.

b. Penggetar (
vibratory
) – merupakan alat penggetar (
vibrator
) yang letakkan di bahagian leher, tangan atau kaki (sesuai untuk kanak-kanak spastik atau yang mengalami pelbagai kecacatan)

c. Wangian (
olfactory
) – menggunakan bahan-bahan yang menarik minat murid.

d.
visual
– menggunakan alat-alat yang dapat menarik dan menggembirakan murid seperti
spinning colour wheel

e.
auditory
– bunyi-bunyi yang menarik minat murid atau disukai murid

sosial – merupakan pujian, senyuman, beri perhatian, kontak mata, tepukan, sentuhan, pelukan, dan tanda- tanda / air muka persahabatan atau kasih sayang yang dapat menggembirakan murid.

aktiviti – merupakan lawatan, ambil bahagian, mewarna, menonton televisyen, dll.


Jadual peneguhan
Jenis-jenis pemerhatian:
Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu mengenal pasti masalah tingkah laku yang hendak diubah atau ditingkatkan. Oleh itu guru perlu membuat pemerhatian dan merekodkan pemerhatiannya secara sistematik.

Pendekatan pengurusan tingkah laku dibuat berdasarkan pemerhatian langsung (
direct observation
) terhadap perlakuan kanak-kanak yang berkenaan.

Melalui pemerhatian langsung ini guru akan dapat menentukan jenis perlakuan yang perlu diperbaiki / diubah /dipupuk kepada diri kanak-kanak berkenaan, bila tingkah laku itu terjadi, tempat tingkah laku itu dibuat, dan kekerapan tingkah laku itu diulangi.

PRINSIP-PRINSIP
PEMILIHAN PENEGUH
Tanya kesukaan / minat murid
Temu ramah kanak-kanak-

a. preference scales
b. preference list
Temu ramah ibu bapa / penjaga
Pemerhatian terhadap murid
Pemerhatian terhadap murid lain yang sama minat

Mengenalpasti Peneguh
Tidak semua peneguh boleh diterima oleh semua kanak-kanak
Sediakan pelbagai peneguh untuk mengelakkan rasa bosan dan juga untuk memenuhi pilihan yang sentiasa berubah
Lihat kesan terhadap peneguh sedia ada & gabungkan dengan peneguh yang lain
Elakkan memberi peneguh berbentuk barangan setiap masa ada perubahan tingkah laku.

TEKNIK-TEKNIK PEMBERIAN PENEGUH
1. ‘Contigent’ – mengekalkan tindak balas /
untuk tingkah laku tertentu

2. ‘Continuous’ – diberikan di peringkat awal
program / melatih perlakuan baru

3. ‘Intermitten’ – berlaku tanpa jangkaan

4. ‘Fixed & variable schedules’


PRINSIP-PRINSIP PENEGUHAN
Peneguhan hanya diberikan kepada tingkah laku yang dirancang utk diubah
Peneguhan diberi sebaik sahaja tingkah laku yang diingini ditunjukkan
Pada peringkat awal, peneguhan perlu diberi setiap kali tingkah laku ditunjukkan
Apabila tingkah laku yang dikehendaki mencapai tahap maksimum peneguh diberi secara
intermiten
Peneguh sosial diberi serentak bersama peneguh
tangible & edible

MENGHAPUSKAN PENEGUH
Peneguh berbentuk sosial & barangan diberi secara berselang-seli pada jadual yang ditetapkan (peneguh barangan diperlukan dalam situasi tertentu sahaja)
Peneguh sosial diberi pada jadual yg ditetapkan manakala peneguh barangan diberikan menurut situasi & akhirnya ditiadakan
Peneguh sosial diberi pada jadual yang berbeza & akhirnya dihapuskan apabila program tamat.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN (KEJELAKAN)
Pelbagaikan peneguh atau guna peneguh yng berlainan untuk setiap tingkah laku sasaran
Awas terhadap jumlah peneguh yang diberikan atau beri secukupnya
Elakkan memberi peneguh edible atau beri seminima yg boleh
Bertukar dengan segera daripada teknik
constant
ke teknik
intermitten

Jenis-jenis pemerhatian
i.Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran (
interpretation
) dan tanggapan (
judgement
)

Melapor apa yang dilihat sahaja

Menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi untuk membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan,

ii. Memerhati apa yang telah dirancang dan secara ”open ended” -

Iaitu menilai atau memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan, perlakuan, atau sikap yang telah dikenal pasti, di samping menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka atau di luar perancangan penilai atau pemerhati, tetapi relevan dengan objektif penilaian tersebut.

iii.memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang -

Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam jangka masa yang berperingkat boleh memberi dapatan yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan proses atau peristiwa atau pendekatan terhadap sesuatu tugasan dan masalah / kesukaran.

Pelaksanaan pemerhatian boleh dilakukan mengikut pelbagai strategi dan cara serta kriteria tertentu, antaranya;
i. pelaksanaan secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenal pasti atau dirancang,

ii. dengan menggunakan senarai semak atau alat lain seperti rekod anekdot.

iii. pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif atau tujuan pemerhatian,

iv. jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan,

v. maklum balas diperoleh melalui pemerhatian guru atau tindakbalas murid.

harlina/ipgkda
harlina/ipgkda
harlina/ipgkda
harlina/ipgkda
harlina/ipgkda
harlina/ipgkda
harlina/ipgkda
harlina/ipgkda
harlina/ipgkda
harlina/ipgkda
harlina/ipgkda
harlina/ipgkda
TEKNIK-TEKNIK PENGURANGAN TINGKAH LAKU
PENEGUHAN NEGATIF
Maksud: menghilangkan rangsangan ‘aversive’ (yang tidak disukai oleh kanak-kanak) untuk mendapatkan tingkah laku yang dikehendaki.

Penyingkiran sesuatu ransangan yang tidak disukai
Sebagai akibat daripada meniadakan ransangan yang tidak digemari, tingkah laku sasaran diperkukuhkan

Persamaan peneguhan +ve dan peneguhan –ve ialah meningkatkan kekerapan tingkah laku tidak kira t.laku –ve atau +ve

Contoh 2 :
Sekumpulan murid-murid sedang tekun menyiapkan tugasan yg diberikan apabila diberitahu oleh gurunya bahawa mereka tidak perlu menyiapkan tugasan di rumah sekiranya mereka dapat menyiapkan tugasan pada tempoh yang ditetapkan
Contoh 3 :
Guru M telah memberi tugasan latihan ejaan kepada murid Y. Murid Y pula lemah dalam bacaan. Walaupun telah cuba beberapa kali untuk mengeja murid Y masih gagal utk mengeja dan menjadi bosan. Ia mula mengetuk-ngetuk meja dengan pensil,membuat bising dan menghentak-hentak kaki. Apabila ditegur murid Y menjawab teguran guru. Akibatnya murid Y telah diarahkan berdiri di belakang kelas.

Panduan peneguhan
Pilih satu peneguhan yang paling berkesan iaitu sesuatu yang sangat menyeronokkan
Peneguhan harus diberi dengan serta merta selepas tingkah laku yang sesuai telah berlaku
Pada peringkat permulaan, peneguhan harus dengan kerap, kemudian diberhentikan secara ansur-ansur
Peneguhan harus diberi secara konsisten dan eksplisit

Peneguhan jangan diberi terlalu kerap sehingga murid menjadi jemu
Peneguhan tidak harus bertentangan dengan tingkah laku yang hendak dibentuk
Matlamat jangka panjang hendaklah bergerak dari menggunakan peneguhan berbentuk nyata kepada berbentuk sosial

Contoh 1 :
Murid Y selalu mengadu sakit kepala apabila diminta menyiapkan kerja rumah. Akibatnya : Murid Y dibenarkan berehat. Kesan terhadap tingkah lakunya di masa akan datang : Murid Y akan sentiasa sakit kepala apabila diminta menyiapkan kerja rumah.
Peneguhan boleh diberi kepada murid mengikut jadual berikut:
i. “Contigent” – diberi setiap kali TL yang diingini (TL sasaran) ditunjukkan untuk menggekalkan TL tersebut

ii.“Continuous”- diberikan kepada setiap tindak balas yang murid berikan. Kebiasaannya pada awal program untuk membentuk/ melatih perlakuan baru

iii. “Intermitten”- diberi secara berkala tanpa dijangka, bukan kepada setiap perlakuan berlaku
Penjadualan nisbah (ratio schedules)-
‘fixed ratio’- penjadualan tetap nisbah perlakuan (bilangan)
‘variable ratio’- bilangan perlakuan yang berbeza dalam tempoh tertentu (masa)
‘fixed interval’- penentuan jangka masa yang tetap (setiap 10 minit)
‘variable interval’- penentuan jangka masa yang tidak tetap (4,7,9,15 minit)

Jenis-jenis rekod/pemerhatian
Guru perlu kenal pasti masalah TL yang hendak diubah/ditingkatkan
Guru perlu membuat pemerhatian dan merekod pemerhatian secara sistematik
Pendekatan PTL dilakukan berdasarkan pemerhatian langsung (
direct observation
). Melalui pemerhatian guru perlu memperbaiki/mengubah/memupuk kepada diri kanak-kanak, bila TL itu terjadi, tempat TL dibuat dan kekerapan TL diulang

KEJEMUAN (
Satiation
)
Memberi kepuasan hingga akhir merupakan satu proses mengurangkan/menghapuskan TL yang tidak sesuai sebagai hasil daripada meneguhan TL yang berterusan.

Contoh: murid suka mengasah pensel di mana apabila dia diberi banyak pensel untuk diasah dia akan merasa bosan dan berhenti daripada kerap mengasah.

OVERCORRECTION
(pembetulan lampau)
Prosedur dendaan yang memerlukan individu yang salah laku untuk memperbaiki dan menunjukkan TL sasaran dalam situasi yang sama di mana TL ditunjukkan. Atau memperbaiki kesalahan yang dilakukan melebihi keadaan sebelumnya

Contoh: 1. seorang pelajar menutup pintu dengan kuat. Murid disuruh ulang TL di tempat yang sama tetapi dengan pembetulan daripada kesalahannya di mana murid perlu menutup pintu dengan perlahan.

Contoh 2. Bukan hanya mengelap lantai yang ditumpahi makanan tetapi diminta mengelap keseluruhan lantai

Sekian Terima Kasih
Jumpa lagi....
Full transcript