Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

TEORI PEMBINGKAIAN (FRAMING THEORY)

No description
by

Mun Musthpar

on 15 December 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of TEORI PEMBINGKAIAN (FRAMING THEORY)

TEORI PEMBINGKAIAN (FRAMING THEORY)
KAJIAN PERBANDINGAN LIPUTAN MEDIA MENGENAI ISU CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) DI MALAYSIA
PERNYATAAN MASALAH
Menurut Saran Kaur Gill, Yuen Chee Keong, Stef Bolte dan Saravanan Ramiah (2012), media mempunyai akses yang sama (fakta dan maklumat) mengenai sesuatu perkara atau isu, bagaimanapun mereka masih memberi laporan yang berbeza, hal ini kerana mereka juga mentafsir data dengan mengikut cara mereka tersendiri

Apabila hanya beberapa aspek penting ditonjolkan dalam akhbar, pembaca mungkin mempunyai perspektif yang berat sebelah terhadap sesuatu pihak sahaja dan menyebabkan pembaca mempunyai interpretasi serta membuat kesimpulan yang tidak menyeluruh.
OBJEKTIF
1. Untuk menyiasat pembingkaian berita dan
membuat perbandingan di dalam dua akhbar
tempatan ini.
2. Untuk mengkaji sumber berita dan
membuat perbandingan di dalam dua
akhbar tempatan ini
3. Untuk mengkaji hubungan di antara
pembingkaian berita dan sumber berita yang
digunakan Utusan Malaysia dan The Star.
4. Untuk mengkaji kecenderungan berita dalam
kedua-dua akhbar tempatan ini.


SKOP KAJIAN
Dua akhbar tempatan : Utusan dan The Star.

Audit Bereau of Circulation (ABC) 2014, Utusan masih berada di kelompok teratas di antara akhbar tempatan Bahasa melayu dengan edaran sebanyak 171,331 bagi tempoh Januari hingga Jun 2014. Manakala akhbar the Star pula menduduki tempat pertama yang mempunyai edaran akhbar paling tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak hampir 300,000 naskhah dijual di Malaysia.

Durasi: 1 Februari hingga 31 Jun 2015.
(lima bulan iaitu sebelum, semasa dan selepas
pengumuman GST dilaksanakan pada 1 April
2015)
KEWAJARAN KAJIAN
Kajian ini boleh membantu pelajar jurusan komunikasi atau kewartawanan dalam melihat cara teori pembingkaian digunakan di dalam penghasilan sesuatu berita.

Ia diharap akan dapat membantu para penggubal dasar (kerajaan dan pemilik) akhbar untuk menilai semula dasar akhbar terhadap pelaporan isu-isu supaya lebih telus ataupun sebaliknya.

Kajian ini juga boleh digunakan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar ataupun orang ramai mengenai faktor sumber berita sebagai salah satu aspek utama dalam teori pembingkaian, dan melihat kredibiliti sesuatu berita berdasarkan sumber berita.
PENGENALAN
Kajian ini mengkaji perbandingan antara akhbar Melayu dan Bahasa Inggeris dalam menggambarkan isu GST dari segi pembingkaian berita dengan menganalisis liputan dari dua akhbar iaitu UTUSAN dan The Star.

Isu GST merupakan isu kontroversi yang sering dilaporkan oleh pihak media. Pelbagai sudut liputan dilaporkan media mengenai GST dan berbeza mengikut kepentingan dan matlamat organisasi masing-masing.
MUNIRAH BINTI MUSTHPAR

Pembingkaian berita boleh dilihat melalui penggunaan sumber dan cara melaporkan sesuatu isu berkenaan. Teori pembingkaian terjadi apabila media menyediakan fokus dan topik tertentu dalam melaporkan sesuatu berita, yang sekaligus mempengaruhi orang ramai untuk memahami dan menilai berita tersebut.


BAB 2 LITERATUR

2.1 TEORI PEMBINGKAIAN
Entman (1993) mendefinisikan pembingkaian sebagai “suatu usaha memilih beberapa aspek daripada melihat dan menjadikan ianya lebih penting dalam teks komunikasi, dalam satu cara untuk membantu menyelenggara pendefinisian masalah, hubungan sebab-sebab tafsiran, tafsiran moral dan saranan untuk bertindak”. Ini bermaksud media menyediakan maklumat mengikut cara mereka sendiri tentang sesuatu isu dan membiarkan pembaca mentafsir laporan berkenaan berdasarkan maklumat yang diberi.

Bingkai juga ditakrifkan oleh Reese (2001) sebagai "prinsip-prinsip pengaturan yang dikongsi masyarakat secara sosial dan berterusan dari semasa ke semasa, yang bertindak secara simbolik untuk menstruktur dunia sosial dengan penuh makna"

Pandangan ini bermakna pengamal media menggunakan bingkai dengan menyusun maklumat mengikut kategori untuk mendedahkan ia kepada pembaca sekaligus maklumat berkenaan digunakan oleh pembaca untuk satu tempoh masa.

Tanpa disedari apa yang dipaparkan melalui akhbar-akhbar adalah suatu yang dibingkaikan dan segala maklumat yang terdapat dalam akhbar boleh membentuk pendapat yang tersendiri terhadap isu. Keadaan ini dikenali sebagai pembingkaian (Chong dan Druckam 2007).

Beberapa faktor boleh dikaitkan dengan pembinaan bingkai ini. Antaranya ialah wartawan, kajian terdahulu mendapati terdapat lima faktor yang mempengaruhi para wartawan untuk membingkaikan isu yang dipilih iaitu (i) saiz nilai dan norma sesebuah masyarakat (ii) tekanan dalam organisasi (iii) tekanan luaran iaitu kumpulan berkepentingan dan pembuat dasar (iv) rutin-rutin professional dan (v) ideologikal ataupun orientasi politik daripada wartawan (Tewksbury dan Scheufele, 1994).
2.2 CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)
GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh Kerajaan.

Kadar cukai baharu ini menggantikan cukai lama, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) iaitu sebanyak 6% dikenakan kepada setiap individu dan syarikat di Malaysia. (Jabatan Perdana Menteri, 2015)

Pada masa ini sebanyak 146 buah negara telah pun melaksanakan GST. Negara yang paling awal melaksanakan GST ialah France pada tahun 1954. Di ASEAN, negara paling awal ialah Indonesia yang telah melaksanakan GST pada 1984. Kini semua negara ASEAN telah pun melaksanakan GST Brunei dan Myanmar. (Hussin, Aeefi Alghazali dan Normala,2013)
Sebenarnya pengumuman untuk pelaksanaan GST di Malaysia telah dibuat semasa pembentangan Bajet 2005 yang menyebut GST akan mula dilaksanakan di Malaysia 3 pada 1 Januari 2007 bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). (Hussin, Aeefi Alghazali dan Normala,2013)

. Pada 16 Disember, 2009, Rang Undang-Undang GST telah dibentangkan di Parlimen untuk Bacaan Pertama. Rang Undang-Undang ini sepatutnya dibentangkan untuk Bacaan Kedua tetapi ditangguhkan bagi membolehkan pandangan rakyat diambil kira.

Menurut Bhupalan dan Renuka (2011) dalam usaha untuk merealisasikan pelaksanaan GST ini, kerajaan bermati-matian melawan persepsi negatif yang dilemparkan oleh pelbagai pihak. Perkara yang paling penting yang menjadi isu kepada mereka adalah pelaksanaan GST akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan
2.3 KAJIAN MENGENAI PENERIMAAN GST
Hussin Abdullah, Aeefi Alghazali Mohd Idrus, Normala Mehat (2013) dalam kajian mereka iaitu Kefahaman dan Kesediaan Pengguna Terhadap Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST): Satu Tinjauan, mendapati :-

77.2% daripada responden tahu mengenai GST, tetapi majoriti responden tidak merasakan bahawa GST sesuai untuk di laksanakan di Malaysia, 52.5% merasakan bahawa GST tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia, manakala 47.5% merasakan ianya sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia
Kajian yang sama turut mengkaji medium yang digunakan oleh responden dalam mendapatkan maklumat mengenai GST.

43.6% daripada responden memilih laman sesawang untuk mengetahui tentang GST, 45.5% adalah melalui pembacaan surat khabar, 30.7% melalui televisyen, 12.9% adalah daripada corong radio, 34.7% adalah melalui penceritaan kawan, dan seterusnya menerusi lain-lain sumber sebanyak 17.8% seperti pembacaan jurnal, artikal, kaunter-kaunter informasi awam dan sebagainya.
2.4 BERITA DAN SUMBER
Setiap berita yang disiarkan di dalam akhbar mahupun berita di dalam media baru (Internet), memerlukan sumber dalam berita mereka. Kajian tentang pembingkaian isu-isu kontemporari di dalam negara bukanlah sesuatu yang baru. Arfah Yusof (2001) melihat bahawa akhbar dan sumber berita melakukan pembingkaian ketika kempen pilihanraya berlangsung.

Yong and Md Sidin (2012) menyatakan bahawa sumber memainkan peranan penting dalam melaporkan berita dan perjalanan sesebuah berita. Sumber yang terbaik turut memainkan peranan penting dalam penulisan berita di dalam akhbar. Hal ini kerana ia menunjukkan perjalanan berita dan tiada berita akan ditulis jika tiada sumber.

Siti Suriani Othman (2012) berkata pemilikan akhbar memberi kesan kepada pemilihan berita. Hal ini sekaligus memberi impak kepada pemilihan sumber dalam memastikan berita cenderung untuk memaparkan berita yang menyokong sesuatu isu mengikut kepentingan organisasi media masing-masing.
KERANGKA KONSEPTUAL
Perbandingan perbezaan:
H1 : Terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan bingkai berita di antara akhbar Utusan Malaysia dan The Star
H2 : Terdapat perbezaan yang signifikan antara sumber berita di antara akhbar
Utusan Malaysia dan The Star

Perbandingan hubungan:
H3 : Terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaaan bingkai berita dan sumber berita di dalam akhbar Utusan Malaysia dan The Star?
H4 : Terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaaan bingkai berita dan sumber berita dengan kecenderungan berita di dalam akhbar Utusan Malaysia dan The Star?




2.3 HIPOTESIS
BAB 3 METODOLOGI
Analisis isi kandungan (content analysis)

Sampel : Kesemua berita yang diterbitkan dalam akhbar Utusan dan The Star yang melaporkan mengenai isu GST akan dikenalpasti melalui perkataan pada tajuk berita atau pada bahagian perenggan pertama yang merujuk secara langsung atau tidak langsung mengenai GST.

Unit analisis : Isu GST.
3.3 Analisis Data

Data mentah yang dikumpulkan dianalisis menggunakan Program SPSS (Statistical Package For Social Science)

Kesemua unit berkenaan akan menjalani ujian ujian-T bagi meneliti perbezaan signifikan antara bingkai yang wujud dalam kedua-dua akhbar yang dikaji. Hal ini dipraktikkan daripada kajian yang dibuat oleh Nurul Ain A Hamid dan Faridah Ibrahim (2012) bertajuk Pembingkaian Berita Etknik Dalam Akhbar-Akhbar Aliran Perdana di Malaysia

Hal ini bagi mengkaji hubungan antara pembingkaian berita dan sumber yang digunakan dalam kesemua berita tentang isu GST.
Kesemua artikel berkenaan akan dikumpul bagi mendapatkan data selari dengan objektif kajian.
Kajian ini menggunakan pemboleh ubah bebas iaitu (1) sumber berita (2) bingkai berita (3) kecenderungan berita.
Pembolehubah bersandar pula adalah mengenai berita pelaksanaan GST.
Kategori bagi sumber berita pula dibahagikan kepada (1) pemimpin dari kerajaan memerintah, (2) pemimpin dari parti pembangkang (3) wakil dari organisasi professional (4) wakil dari organisasi agama dan (4) orang awam.
Corak berita pula merujuk kepada sokongan atau tidak sokong terhadap penguatkuasaan GST melalui cara penulisan.
Kajian ini juga mengaplikasi lima bingkaian berita yang diperkenalkan oleh Semetko dan Valkenburg (2000):

1.Konflik - Konflik yang berlaku diantara individu, kumpulan, parti dan institusi untuk menjadi tarikan kepada pembaca. Menerusi kajian mengenai berita GST ini, bingkai konflik selalunya berlaku di antara kenyataan yang dikeluarkan pihak kerajaan persekutuan dan negeri dengan pemimpin dan ahli dari parti pembangkang.

2. Tanggungjawab – Bingkai ini menerangkan
tanggungjawab kerajaan (atau individu mahupun kumpulan dan keupayaan menyelesaikan sesuatu isu. Berdasarkan kajian ini, bingkai tanggungjawab terjadi apabila laporan mengenai kebaikan dan kesan positif mengenai pelaksanaan GST.



3. Moral – Dalam bingkai ini, isu dinilai melalui lensa moral dengan hubungan nilai moral dan pengajaran agama. Bagi kajian ini, terdapat beberapa berita yang mengambil pandangan dari sudut agama mengenai pelaksanaan GST.

4. Kesan ekonomi – Bingkai ini melaporkan keadaan, masalah atau isu dengan melihat kesan ekonomi terhadap individu, kumpulan, institusi, agama dan negara. Dalam kajian ini, bingkai ekonomi sememangnya menjadi salah satu tumpuan kerana pelaksanaan GST yang dianggap antara faktor peningkatan taraf hidup rakyat Malaysia.

5. Kepentingan manusia – Bingkai ini memberi fokus terhadap elemen yang memberi impak terhadap emosi pembaca. Dalam kajian mengenai laporan GST dalam kedua-dua akhbar tempatan ini, berita mengenai kesan GST terhadap masyarakat merupakan salah satu teras
kepada bingkai kepentingan manusia.


Berdasarkan pandangan ini, kesemua unit analisis akan dikenal pasti mengikut konsep dari teori pembingkaian iaitu bingkai konflik, tanggungjawab, kesan ekonomi, kepentingan masyarakat dan moral. Kesemua berita mengenai GST akan diambil dan diteliti kandunganya yang disiarkan dalam tempoh 1 Februari sehingga Jun 2015 iaitu bulan sebelum GST dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia.

Proses pengekodan bingkai pula mengambil kira proses yang dicadangkan oleh Nurul Ain A Hamid dan Faridah Ibrahim (2012) :

Skema dalam pengekodan bingkai mengambil kira dengan menandakan sama ada ya atau tidak jika artikel berita yang digambarkan dalam keempat-empat akhbar yang terpilih sesuai dengan unit analisis. Untuk jawapan ‘Ya’ disesuaikan dengan kenyataan tersebut, jurukod menandakan dengan `1’ manakala bagi `0’ untuk menjawab `tidak’. Skala dibina untuk setiap lima bingkai menggunakan nilai purata penyataan bingkai tersebut. Untuk memastikan nilai kebolehpercayaan antara koder dilakukan. Keputusan-keputusan jurukod telah diperiksa dan indeks peratus kesepakatan Holsti’s (1969) diaplikasikan dalam statistik ini.

Sumber berkenan pula akan dikategorikan mengikut (i) sumber dari kerajaan (ii) parti pembangkang (3) pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan (4) orang awam.
3.4 KESAHIHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

a. Kesahihan
Menurut Nurul Ain dan Faridah (2012), kajian mereka mengenai berita etnik dalam empat akhbar tempatan menunjukkan perbezaan peratusan tentang kekerapan berita berkenaan di dalam setiap akhbar. Mereka mencari nilai Min dan sisihan piawai bagi mencari perbezaan dalam setiap artikel di akhbar berkenaan. Mereka melakukan proses penilaian melalui sistem Ujian T bagi setiap bingkai yang terdapat dalam teori pembingkaian.


Utusan dan TheStar adalah akhbar tempatan yang terulung di Malaysia dan terbaik dalam membuat kajian ini. Utusan Malaysia yang bermula seawal 29 May 1939 di Singapura merupakan akhbar tempatan yang mencatakan jumlah jualan paling tertinggi di Malaysia pada tahun 2013 iaitu sebanyak130,000 naskhah berjaya dijual.

Manakala akhbar The Star pula mula beroperasi pada 9 September 1971 dan turut menjadi antara akhbar yang terbaik Malaysia.

Hal ini menjadikan kedua-dua akhbar berkenaan menjadi pilihan pembaca sekaligus menjadi sampel terbaik untuk kajian ini.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Abdul Rahman Shaik (2013), yang mengkaji pembingkaian semasa pilihanraya umum 2014, skala dibina untuk setiap lima bingkai menggunakan nilai purata pernyataan bingkai tersebut. Untuk memastikan nilai kebolehpercayaan yang tinggi dalam kajian ini, ujian kebolehpercayaan antara koder dilakukan. Keputusan-keputusan jurukod telah diperiksa dan indeks peratus kesepakatan Holsti’s (1969) diaplikasikan dalam statistik ini. Keputusan telah menghasilkan kesepakatan lebih dari 0.7, iaitu tahap yang boleh diterima.

TAMAT

TERIMA KASIH
KEBOLEHPECAYAAN
Analisis isi kandungan (content analysis)

Sampel : Kaedah persampelan bertujuan iaitu hanya berita yang melaporkan mengenai isu GST akan dianalisa dalam tempoh yang ditetapkan iaitu pada 1 Feb - 31 Jun. Dalam kajian ini, setiap ayat yang terkandung dalam artikel yang relevan diambil sebagai unit analisis untuk pengukuran lebih lanjut. Bagaimanapun, hanya berita sahaja yang akan dianalisa, tidak termasuk rencana, kolum penulis mengenai pendapat dan wacana, surat pembaca, lakaran kurikator, ilustrasi dan iklan.

Unit analisis : isu GST
Bagi memastikan kajian ini memperolehi nilai kepercayaan yang tinggi, pengkaji akan melantik dua jurukod untuk terlibat melakukan pengekodan data dari akhbar yang dipilih. Mereka akan terlebih dahulu membiasakan diri dengan konsep yang diteliti. Tiada jurukod yang mempunyai sebarang kaitan dengan organisasi sumber-sumber yang diliputi oleh berita.

Hanya 10-25 % teks akan diuji oleh mereka bagi memastikan nilai kepercayaan terhadap kajian terjamin, selainnya akan dilakukan oleh pengkaji sendiri
Kerangka konsep bagi kajian ini adalah berpandukan model pembingkaian yang digunakan oleh pengkaji Lai dan Md Sidin (2012) menerusi kajian mereka yang bertajuk Pembingkaian Konflik Interetnik : Analisis Perbandingan Laporan Hindu Right Action Force (HINDRAF).
KERANGKA KONSEPTUAL
Full transcript