Kata Tanya
&
Ayat Tanya
Hmm...
Apa itu Kata Tanya?
Kata tanya:
Perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu
Objektif:
Dapat menghasilkan
ayat tanya dengan kata
tanya
&
ayat tanya tanpa kata tanya.
Contoh:
apa, bagaimana, bila, siapa, mengapa, berapa
Apa itu
Ayat Tanya pula?
Ayat tanya:
Ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.
Berdasarkan nada suara (tone) dan
penggunaan perkataan tertentu,
dapat digolongkan kepada 2 jenis ayat tanya:
Ayat tanya dengan kata tanya
ayat yang menggunakan kata tanya.
Contoh:
Bagaimanakah komputer awak boleh rosak?
Apabila kata tanya di permulaan ayat
kata tanya + -kah
Berapa
kah
harga telefon bimbit itu?
Apabila kata tanya bukan di permulaan ayat
- kah
Harga telefon bimbit itu berapa?
Ayat tanya tanpa kata tanya
ayat yang selalunya diucapkan dengan nada suara meninggi
Contoh:
Komputer awak rosak?
boleh dijawab dengan jawapan ya, tidak atau bukan
Aktiviti kerja kumpulan
Arahan:
Setiap kumpulan akan diberikan sekeping gambar
Hasilkan sebuah dialog yang boleh berlaku dalam gambar tersebut.
Harus menggunakan sekurang-kurangnya:
- 3 ayat tanya DENGAN kata tanya
- 3 ayat tanya TANPA kata tanya
Tuliskan dialog di kertas mahjong.
Masa: Pada waktu pagi
Latar: Hari Sukan di sekolah
Watak: Alif, Sofia, Hakim, Rizal
Alif: Sofia, perlumbaan lari dalam guni ini baru mula?
Sofia: Ya, nasib awak sempat datang lihat!
Alif: Siapakah yang sedang memegang tempat pertama sekarang?
Sofia: Hakim. Lihat tu, dia sudah hampir garis tamatnya!
Alif: Iya lah! Mahir sungguh kawan kita.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi seseorang jatuh.
Alif: Eh, Rizal jatuh!
Sofia: Bagaimanakah dia boleh jatuh? Kesiannya.
Senarai semak:
1. Mempunyai 3 ayat tanya dengan kata tanya &
3 ayat tanya tanpa kata tanya
2. Dialog dikaitkan dengan gambar dengan tepat
3. Dialog yang menarik dan mempunyai kesinambungan
3 kumpulan (3,3,4)
Peranan ahli kumpulan:
- ketua kumpulan
- penulis
- penjaga masa
Present Remotely
Send the link below via email or IM
Present to your audience
- Invited audience members will follow you as you navigate and present
- People invited to a presentation do not need a Prezi account
- This link expires 10 minutes after you close the presentation
- A maximum of 30 users can follow your presentation
- Learn more about this feature in our knowledge base article
Kata Tanya & Ayat Tanya
Menengah 1 Ekspres
by
Tweet