Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

pelbagai kecacatan

No description
by

Nurulwahida Azid

on 7 December 2012

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of pelbagai kecacatan

KANAK-KANAK PELBAGAI KECACATAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS DR. NURULWAHIDA HJ AZID
SENIOR LECTURER
UUM
Kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan merupakan kelompok terbesar dalam kategori kanak-kanak kurang upaya (Diane, Deborah & Brian, 2008).

Di Malaysia, perkhidmatan kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab tiga kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran Malaysia. PENGENALAN kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai adalah mereka yang mempunyai dua atau lebih kecacatan seperti kecacatan mental disertai masalah penglihatan, masalah pendengaran serta keadaan yang melumpuhkan (Nibedita, 2003). DEFINISI KANAK-KANAK PELBAGAI KECACATAN Deafblindness adalah kombinasi antara masalah penglihatan dengan masalah pendengaran. Jarang keadaan berlaku di mana individu deafblindness buta sepenuhnnya dan pekak sepenuhnya. Deafblindness berlaku kepada tiga daripada 100,000 kelahiran.

Kanak- kanak deafblindness termasuklah kanak-kanak yang menghidap retinophaty of prematurity (masalah retina akibat pramatang) dan mengalami kehilangan pendengaran akibat meningitis. MASALAH PENGLIHATAN DAN MASALAH PENDENGARAN (DEAFBLINDNESS)
Deafblindness mempengaruhi kehidupan seseorang individu dalam tiga keadaan iaitu:
1. Jenis dan tahap kebutaan dan
kepekakan.
2. Umur ketika kehilangan penglihatan
dan Pendengaran.
3. Kehadiran kecacatan yang lain. MASALAH PENGLIHATAN DAN MASALAH PENDENGARAN (DEAFBLINDNESS) Byers (2004) berpendapat kanak-kanak kecacatan pelbagai akan mengalami kesukaran untuk mencapai dan mengingat kemahiran atau memindahkan kemahiran tersebut daripada satu situasi kepada situasi yang lain. MASALAH PENDIDIKAN YANG DIHADAPI a) Kebolehan membaca dan menulis (Literacy)

Walaupun kebanyakan murid-murid yang mengalami kecacatan pelbagai tidak dapat memperolehi kemahiran membaca dan menulis, tidak semestinya mereka tidak dapat melibatkan diri dengan aktiviti tersebut. Murid-murid mungkin boleh membaca dengan bantuan guru dan rakan sebaya serta dengan bantuan gambar bagi meningkatkan kefahaman mereka. (Alberto Erickson & Koppenhaver, 1995) MASALAH PENDIDIKAN YANG DIHADAPI b) Bahasa lisan (Oral Language)

Kesukaran komunikasi pertuturan dengan murid-murid kecacatan pelbagai adalah disebabkan oleh kognitif dan kecacatan fizikal. MASALAH PENDIDIKAN YANG DIHADAPI c) Matematik

Murid yang mempunyai kecacatan pelbagai menggambarkan kemahiran matematik itu dalam pelbagai cara. Sesetengah murid ini, belajar dengan cara mengenalpasti atau memadankan nombor. Mereka mungkin belajar melalui aktiviti seperti menggunakan alat bantuan mengajar. MASALAH PENDIDIKAN YANG DIHADAPI a) Kurikulum secara individu dan bermakna

Kurikulum bermakna adalah sangat sesuai dibekalkan kepada setiap murid-murid yang mengalami kecacatan pelbagai kerana bersesuaian dengan minat, matlamat peribadi dan tahap untuk mencapai matlamat tersebut. PENDIDIKAN YANG DISARANKAN UNTUK MURID PELBAGAI KECACATAN b) Membuat kurikulum teras yang bermakna

Murid-murid pelbagai kecacatan memerlukan kepada pengalaman kurikulum yang sama dengan rakan yang tidak cacat yang lain. (Downing, 2002; Fisher & Frey, 2001).

Tanpa pendedahan tentang kurikulum, murid-murid ini tidak dapat belajar dengan baik dan tahap kebolehan mereka tidak dapat dikenalpasti. PENDIDIKAN YANG DISARANKAN UNTUK MURID PELBAGAI KECACATAN c) Pendekatan pendidikan kolaborasi (Kerjasama)

Kolaborasi merupakan satu pendekatan yang penting dalam pendidikan khas. Bagi murid yang mengalami kecacatan pelbagai, kolaborasi bersama keluarga dan ahli professional adalah amat penting dan perlu dilengkapkan dengan perkhidmatan terkini. PENDIDIKAN YANG DISARANKAN UNTUK MURID PELBAGAI KECACATAN d) Penglibatan keluarga yang aktif

Perkara yang paling penting dalam program pendidikan biasanya melibatkan ahli keluarga. Keluarga merupakan orang yang penting dalam pembangunan program individu yang berkesan kerana merekalah yang paling rapat dengan murid-murid tersebut dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap tingkah laku mereka. PENDIDIKAN YANG DISARANKAN UNTUK MURID PELBAGAI KECACATAN Dalam memastikan kejayaan dalam kurikulum, terdapat lima perkara yang berkaitan dengan kejayaan penyertaan iaitu :

Kolaborasi bersama dengan guru dan ibu bapa di dalam bilik darjah.

Mengajar dengan kemahiran yang baru di dalam pendidikan.

Menerapkan nilai-nilai persahabatan di kalangan ali keluarga yang terlibat dan kanak- kanak berkenaan STRATEGI MEMASTIKAN KEMAJUAN MURID PELBAGAI KECACATAN Memberi galakan yang positif kepada murid tanpa mengambil kira kecacatan yang mereka alami.

Mengadaptasikan murid-murid dengan kurikulum yang bermakna. STRATEGI MEMASTIKAN KEMAJUAN MURID PELBAGAI KECACATAN Thank You..
Full transcript