Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Buli siber

No description
by

Fauzi Mustapha

on 9 September 2012

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Buli siber

Buli Siber Kementerian Pelajaran mendapati gejala buli siber semakin menular di kalangan pelajar di negeri ini sehingga menimbulkan kebimbangan masalah itu akan menganggu emosi mangsa. Sebagai permulaan, Kementerian Pelajaran akan mengadakan persefahaman dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi mencari kaedah terbaik dan berkongsi maklumat bagi menangani gejala buli siber di kalangan pelajar.
NORTHUMBRIA - Polis Britain menyelamatkan seorang gadis berumur 13 tahun, Beth Ellis (gambar) daripada terus menjadi mangsa buli siber oleh rakan-rakan sekolahnya di sini, lapor akhbar News of the World semalam.


Polis memberi amaran kepada rakan-rakan mangsa bahawa mereka boleh didakwa di bawah Akta Gangguan manakala kumpulan di Facebook yang dikenali sebagai Kami Benci Beth Ellis yang mereka tubuhkan turut digugurkan daripada laman jaringan sosial itu.

Ibu mangsa, Amanda, 40, menyatakan dia pada mulanya berasa janggal semasa membuat laporan polis berhubung kes itu kerana bimbang laporannya akan dianggap remeh oleh pihak berkuasa.

"Namun, saya kemudian berasa lega kerana mereka (polis) menganggap kes buli siber merupakan sesuatu yang serius," katanya.

Menurutnya, Beth yang pernah menjalani pembedahan jantung semasa kecil menjadi sasaran pembuli kerana saiz badannya yang kecil.

Mereka menyiarkan beberapa mesej berbaur penghinaan termasuk menyatakan dia memerlukan pembedahan pembesaran payu dara selain rambutnya yang dipenuhi dengan kutu.

"Kami memandang serius semua kes buli tanpa mengira sama ada ia berlaku di taman permainan kanak-kanak atau di dunia siber," kata seorang jurucakap polis di sini. - Agensi Remaja lelaki pembuli siber

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

LONDON: Lebih ramai remaja lelaki berselindung di sebalik Internet untuk membuli berbanding perempuan.

Kajian terbaru mendapati, separuh daripada budak dan remaja lelaki mengaku melakukan buli siber, manakala hanya satu pertiga reamaja perempuan mengaku melakukannya. Sebelum ini, kecenderungan perempuan tidak memilih kekerasan mendorong sesetengah pihak menyangka golongan itu lebih ramai menggunakan Internet untuk membuli.


Sementara itu, hampir 70 peratus lelaki mengaku menjadi mangsa buli elektronik.

Antara gangguan dialami, penyebaran gambar memalukan tanpa izin dan pendedahan maklumat menghina kepada pemilik akaun Facebook tanpa pengetahuan mangsa.


Kajian sama menunjukkan, 33 peratus responden wanita mengaku pernah melakukan buli siber dan 49 peratus pernah menjadi mangsa.


Empat puluh peratus kedua-dua jantina mengaku mengubah suai akaun Facebook seseorang ketika mangsa berada jauh dari komputer, menyebabkan maklumat mengaibkan dilihat semua kenalan mereka.

Kira-kira 82 peratus lelaki dan wanita muda ditemui penyelidik Universiti Robort Gordon di Aberdeen berkata, mereka melayari laman sesawang lucah - biasanya secara tidak sengaja.


Di kalangan remaja lelaki dan wanita dewasa, kadarnya ialah 39 peratus.

Kebiasaan itu bermula pada usia muda dengan separuh daripada lelaki dan wanita melayarinya seawal usia 10 dan 16 tahun.


Kajian untuk siri Being Victor di saluran MTV itu juga menunjukkan remaja perempuan dan wanita lebih menyedari bahaya Internet berbanding lelaki. - DM
Full transcript