Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Segala Yang Tercinta Ada Di Sana

No description
by

omi nazmi

on 17 February 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Segala Yang Tercinta Ada Di Sana

Segala Yang Tercinta Ada Di Sana
Tema
Cerpen ini bertemakan masyarakat, iaitu dua orang tua yang berusaha mendidik golongan kanak-kanak supaya mendekati agama dan memanfaatkan herba untuk kesihatan diri.
Persoalan
1. Kepentingan herba dalam kehidupan seharian.
- Pengarang mengemukakan perihal kepentingan herba yang diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu dalam ilmu perubatan tradisional. Penggunaanya masih diamalkan oleh Haji Salleh Pumpong, Hajah Tom, dan Mak Besah.
Plot
Permulaan
Ahli Kumpulan :
Nur Atikah
Nur Nadiah

2. Agama dapat menjamin kualiti hidup.
- Hajah Tom dan Haji Salleh membimbing anak-anak muda dan kanak-kanak untuk belajar Quran. Tujuannya supaya generasi baru lebih dekat dengan Tuhan.
3. Bersifat baik hati dan suka tolong menolong.
- Hajah Tom sangat baik dengan kanak-kanak. Dia menyayangi kanak-kanak. Dia akan membelai kanak-kanak yang berada dalam keletihan. Malah, dia sanggup menyediakan makanan untuk kanak-kanak yang masih belum makan ketika mereka belajar mengaji.
4. Memberikan motivasi yang berterusan.
- Hajah Tom sering memberikan perangsang atau motivasi kepada kanak-kanak supaya menjadi manusia yang baik. Dia mengajar kanak-kanak supaya berlaku adil.
Haji Salleh, Hajah Tom dan Mak Besah amat komited menggunakan herba sebagai ubat tradisional. Pada suatu masa dahulu, ubat herba berperanan untuk menjaga kesihatan masyarakat. Herba juga dapat mengubat beberapa jenis penyakit kulit. Amalan ubatan tradisional ini diajar oleh Haji Salleh, Tom dan Mak Besah kepada kanak-kanak yang mengaji Quran dan bersolat dengan mereka.
Perkembangan/Konflik
Hajah Tom bersusah payah mencari ramuan untuk mengubati penyakit kudis dan bintik gatal yang dihadapi olej kanak-kanak selepas musim air pasang. Hajah Tom kesian dengan anak-anak kampung yang belum makan semasa pergi mengaji Quran. Dia menyediakan makanan apabila mengetahui murid-muridnya lapar. Haji Salleh bertungkus-lumus bersama dengan kanak-kanak membersihkan surau yang kotor dengan lumpur setelah dinaiki air pasang.
Peleraian
Hajah Tom meninggal dunia selepas solat Zuhur. Haji Salleh bulan kemudian, iaitu awal bulan puasa. Kami tidak dapat lupa semua kenangan bersama Hajah Tom dengan Haji Salleh.
Watak dan Perwatakan
Hajah Tom
Menjadi janda ketika usianya masih muda. Suaminya, Sarjan Omar, seorang anggota polis mati ditembak oleh pengganas di Gubir. Dia sangat kasih akan suaminya.
Dia tidak mempunyai anak.
Sudah tua dan masih bersemangat dan bertenaga untuk menjadi guru Quran.
Seorang yang baik hati. Dia menyediakan makanan untuk Haji Salleh dan kanak-kanak yang menolong membersihkan surau.
Seorang yang menyayangi kanak-kanak.
Suka menyampaikan amanat dan mendekatkan diri dengan Tuhan.
Banyak mengetahui ilmu perubatan tradisional.
Bersikap adil terhadap murid-muridnya.
Meninggal dunia selepas solat Zuhur.


Haji Salleh
Pengamal perubatan herba. Dia mengetahui jenis-jenis tumbuhan untuk dijadikan bahan menyembuhkan penyakit.
Bersedia memberikan nasihat dan petua-petua untuk mengamalkan perubatan berasaskan herba.
Menjadi imam di surau.
Seorang yang mementingkan kebersihan. Dia menjaga kebersihan surau walaupun surau tersebut sudah daif.
Meninggal dunia pada awal Ramadhan.
Latar
Latar Tempat
Di surau tua.
- Luasnya separuh gelanggang badminton. Bumbungnya daripada atap nipah yang sudah lusuh dan berlubang-lubang. Lantainya terjungkit di sana sini. Dindingnya sudah uzur.
Di rumah Hajah Tom
- Hajah Tom ke dapur rumahnya untuk menyediakan makanan kepada kanak-kanak yang lapar semasa pergi mengaji di rumahnya.
Di Kampung
- Terdapat tanaman herba di sekeliling kampung. Tanaman tersebut seperti ubi jaga, biji pala, daun melur, daun sekentut, daun mambu, ulam pegaga, asam jawa, buah kundur dan lain lain lagi.
Latar Masa
1. Peristiwa dalam cerpen ini berlaku pada zaman kanak-kanak pengarang. Hal ini disebabkan oleh cerpen ini dipaparkan dengan menggunakan teknik imbas kembali.
2. Suami Hajah Tom meninggal dunia pada zaman komunis mengamuk, iaitu pada tahun selepas pemerintahan Jepun.
3. Hajah Tom menjadi janda ketika dia masih muda. Dalam cerita ini, Hajah Tom sudah tua.
4. Surau tua dinaiki air pada waktu malam. Selepas subuh, Haji Salleh dan kanak-kanak membersihkan surau yang ada kesan lumpur.
5. Tiga bulan selepas memberikan pesan kepada Haji Salleh supaya mengajar solat jenazah kepada murid-muridnya, Hajah Tom meninggal dunia.
6. Haji Salleh meninggal pada awal bulan Ramadhan.
Gaya Bahasa
Pemilihan Kata/Diksi
Contoh :
Al- Ikhlas
Al- Falaq
Al-Nas
Al- Kafirun
Peribahasa
Contoh :
Tergaru garu bagai beruk miang
Bercahaya bagai bulan mengambang
Putih licin seperti langsat matang
Nilai
Nilai Baik Hati
Hajah Tom menunjukkan sikap baik hati untuk membantu murid-murid kelas Al-Qurannya mempelajari ilmu agama secara mendalam.
Nilai Bertanggungjawab
Haji Salleh seorang imam di surau tua. Dia bertanggungjawab membentuk kanak-kanak supaya mempelajari cara-cara beribadat dengan betul.
Nilai Berhemah Tinggi
Hajah Tom amat berhemah tinggi sehingga disayangi oleh murid-muridnya. Hajah Tom sering bertanyakan khabar tentang kesihatan murid-muridnya.
Nilai Rasional
Kanak-kanak secara rasional diajar untuk mengenali dan memahami ramuan dan kepentingan ubat tradisional demi kesihatan tubuh badan.
Nilai Keadilan
Hajah Tom menunjukkan sifat keadilan apabila dia membahagikan sama rata tombong kelapa kepada semua kanak-kanak.
Pengajaran
1. Kita hendaklah mempunyai sifat baik hati untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan.
2. Jika kita mempunyai ilmu yang tinggi, kita bertanggungjawab untuk mengajar orang-orang yang tidak tahu tentang sesuatu.
3. Kita mestilah berhemah tinggi apabila berhadapan dengan orang yang memerlukan pertolongan.
4. Kita mestilah berfikiran rasional terhadap sesuatu tindakan yang kita ambil demi kebahagiaan hidup bersama.
5. Kita hendaklah bersifat adil kerana sifat adil akan memuaskan hati semua orang.
Repitisi
Contoh :
Dia satu-satunya imam di surau, satu-satunya orang di kampung kami yang paling tahu segala benda yang berkaitan dengan amal ibadat.
Full transcript