Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Adat Perpatih

No description
by

Ali Hanifiah

on 26 May 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Adat Perpatih

Apa? ADAT Adat Perpatih dipakai oleh orang Melayu di Negeri Sembilan dan penduduk Naning di negeri Melaka.
Adat ini merupakan satu peraturan, undang-undang atau perlembagaan yang tidak bertulis.
Berasal dari Minangkabau, dibawa oleh orang-orang Minang yang gemar merantau dan menetap di Negeri Sembilan dan Naning di Melaka.
Asal Usul Nama diambil sempena pengasas adat ini iaitu Dato' Perpatih Nan Sebatang. Sistem Suku Ciri-ciri Susunan masyarakat bersendikan tradisi unilateral-matrilineal - bersusur­galurkan keturunan seseorang individu melalui nasab ibu. Susunan keluarga yang begini mengandungi ibu, anak-anak perempuan, anak­anak lelaki, cucu perempuan, cucu lelaki dan seterusnya. Perpatih Di Minangkabau pada waktu dahulu ada dua beradik yang seibu berlainan bapa bernama Dato' Perpatih dan Dato' Ketemenggungan (Temenggung). Daripada kalangan keluarga pemerintah, arif dan bijaksana. Cara pemerintahan mereka berbeza. Dato' Temenggung mementingkan pembahagian harta pusaka diberikan kepada anak lelaki dan sebaliknya pula oleh Dato' Perpatih. Minangkabau terbahagi dua, Dato' Perpatih memerintah di darat, Dato' Temenggung di kawasan baruh. Daripada sinilah terciptanya Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Asal Usul Berfahaman demokrasi; kedaulatan berada di tangan rakyat. Pemerintahan dijalankan melalui musyawarah menerusi perwakilan daripada suku-suku. Masih lagi diamalkan sehingga ke hari ini. Kata-kata 'Biar mati anak jangan mati adat‘ dilaksanakan sepenuhnya. Ketua-ketua adat seperti Buapak, Datuk Lembaga dan Datuk Penghulu Luak memainkan peranan penting untuk memelihara adat agar 'tidak lapuk dik hujan tidak lekang dik panas'. Sistem adat tidak bertulis (undang-undang lisan). Diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi melalui daya ingatan yang kuat. Walau bagaimanapun ada usaha penulisan dilakukan seperti Undang-Undang Adat Sungai Ujung dan Undang-Undang Minangkabau dari Perak. Hak mewarisi harta berlaku melalui keturunan perempuan yang bermula daripada pihak ibu sebagai pengasas keluarga. Seseorang perempuan dikehendaki berkahwin dengan lelaki di luar sukunya (eksogami)
Hak dan pentadbiran keluarga diatur oleh saudara lelaki. Saudara lelaki menjadi saingan kepada suami perempuan. Kedudukan suami atau ayah tidak begitu penting kerana ia adalah orang luar daripada sukunya. Masalah berlaku dalam bidang hak dan kuasa. Selalunya, perlaksanaan kuasa oleh pihak wanita ini dimanipulasikan oleh saudara lelaki dalam keluarga tersebut. Meskipun suami kehilangan kuasa di dalam keluarganya, namun dia mempertahankan haknya ke atas saudara perempuan dan anak-anaknya. Suku ibarat keluarga. Berasal daripada susunan suku-suku di Minangkabau. Dikatakan bahawa penduduk Minangkabau dibahagikan kepada empat suku. Setiap suku mempunyai nama yang tersendiri dan setiap suku adalah keluarga yang besar yang ahli-ahlinya adalah daripada ikatan sedarah dan sedaging. Semua ahli suku dianggap anak saudara. Keturunan suku disusurgalurkan daripada keturunan sebelah ibu. Terdapat 12 suku di Negeri Sembilan dan di Naning. Selain namanya, nama ibu dan bapanya, setiap anggota Adat Perpatih dikenali juga dengan nama sukunya. Melaluinya dapat dikenali saudara mara anggota suku. Setiap suku dipecahkan kepada bahagian kecil iaitu perut. Setiap perut dipecahkan menjadi ruang. Setiap ruang menjadi rumpun. Setiap pecahan dalam setiap suku itu mempunyai tempat tinggal atau kampung yang tersendiri yang dikenali sebagai ‘Tanah Linkungan' atau 'Tanah Telapakan' atau 'Teratak'.
Setiap perut mempunyai ketua masing-masing yang dinamakan buapak. Setiap anggota perut dikenali sebagai anak buah buapak, yang dipilih menurut persetujuan ramai. Buapak yang bertanggung-jawab terhadap segala urusan pentadbiran di dalam perut. Semua perut digabungkan di dalam ikatan yang lebih besar yang disebut suku. Setiap suku dipimpin oleh seorang yang digelar lembaga, yang memimpin semua perut. Lembaga dipilih oleh anak buahnya menerusi buapak masing-masing.
Sistem memilih ketua berdasarkan demokrasi. Jika anak buah hilang kepercayaan terhadap pemimpin, ia boleh dipecat - Yang dilantik boleh dipecat. Sistem Suku Masing-masing ahli keluarga saling membantu antara satu sama lain. Sesuatu kerja yang hendak dibuat hendaklah dilakukan atas nama suku kerana faedah atau kerugian yang diperoleh daripada pekerjaan itu haruslah dikongsi bersama. Adat Perpatih tidak mengizinkan seseorang itu mementingkan diri sendiri. Setiap ahli suku tidak boleh memencilkan diri:
Kalau gedang (besar) jangan melanda (melanggar)
Jika cerdik janganlah menipu

Ahli-ahli suku itu diibaratkan sebagai:
bak telur sesangkar
pecah sebiji pecah semuanya'.
Semua perhubungan kekeluargaan dan jurai keturunan adalah didasarkan kepada pihak ibu. Terdapat empat kategori keturunan keluarga dalam masyarakat Adat Perpatih: Sistem Kekeluargaan Keluarga sedarah nisab ibu
Keluarga kedim
Keluarga sedarah sebelah bapa
Keluarga semenda SISTEM PERWARISAN Terdapat empat jenis harta dalam sistem perwarisan:­

Harta pusaka Persendirian
Harta pembawaan
Harta dapatan
Full transcript