Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Untitled Prezi

No description
by

Amerul Qayyum

on 14 February 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Untitled Prezi

Takrif: mengikut istilah agama
dan undang-undang Jenis Undang-undang
Zaman perundangan islam Dari segi bahasa, perundangan atau al-syariat membawa maksud jalan yang lurus.

Perundangan Ilahi

al-Quran dan al-Sunnah



Zaman Rasulullah

Zaman Sahabat

Zaman Pembukuan Imam-iman Mujtahid

Zaman Taklid TERIMA
KASIH Dari segi istilah syara’, perundangan bermaksud mengatur dan menyusun undang-undang yang berhubung dengan hukum-hukum perbuatan orang *mukallaf, masalah-masalah dan peristiwa-peristiwa yang terjadi kepada mereka. SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM Ciri-ciri

-tidak dapat dipinda-pinda atau diubah-ubah

-tidak dipegang oleh sesiapa dan sumber perundangannya datang dari Allah Ta’ala

-Orang yang melakukan kesalahan akan diberi balasan yang setimpal dengan kesalahannya.

-Tetap berkuatkuasa walaupun pesalah itu telah meninggal dunia. Perundangan manusiaperundangan ciptaan manusia
Ciri-ciri-ketidak adilan (cth:undang-undang orang kulit hitam di Amerika)-pengaruh hawa nafsu-mengikut peredaran masa-dapat dipinda dan diubah-tertakluk pada pemerintah-hanya berkuatkuasa semasa pesalah itu masih hidup sahaja
MASA: bermula dari zaman Rasulullah dilantik
menjadi Rasul(610M) sehingga wafatnya(632M)TEMPOH

MASA:23 tahun

CARA PERUNDANGAN: secara beransur-ansur
selama 22 tahun

SUMBER RUJUKAN: Rasulullah




PUNCA UNDANG-UNDANG:
-Undang-undang disyariatkan berdasarkan kepada kes-kes yang berlaku pada masa itu.Apabila berlaku suatu perkara atau kes dikalangan para sahabat , mereka akan bertanya kepada Baginda saw untuk mendapatkan jawapan kepada permasalahan tersebut , dan Rasulullah saw akan memberikan jawapan melalui 2 kaedah :

Dalam keadaan ini , apabila terdapat ijtihad Rasulullah saw yang tersalah atau melencong daripada landasan yang ditetapkan , maka pada ketika itu Baginda saw akan ditegur oleh Allah swt agar Baginda saw memperbetulkan kembali ijtihadnya.
Sebagai contoh , peristiwa bagaimana Rasulullah saw telah menyembahyangkan jenazah Abdullah bin Ubay , seorang munafiq yang telah diketahui umum oleh masyarakat Islam ketika itu.Perbuatan Baginda saw itu telah ditegur oleh Allah swt dalam firman-Nya dalam surah at-Taubah ayat 84 :

“Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.”


Tanah Mekah
-Selama 12 tahun dan beberapa bulan
-ayat yang diturunkan hanya berkisar tentang akidah, akhlak atau susila dan contoh-contoh teladan dari kelakuan tindakan-tindakan orang-orang dahulukala
-ayat-ayat Makkiah kebanyakkan terpulang kepada tujuan utama dalam agama iaitu tauhid, mengemukakan bukti adanya Allah-Ayat-ayat Makkiah kebiasaannya pendek-pendek supaya menyenangkan Rasulullah dan orang-orang Mukmin menghafalnya
-tiap-tiap surah yang ada ‘Sajdah’ adalah ayat-ayat Makkiah kecuali dalam Surah al-Hajj
Tanah Madinah
-10 tahun mulai dari tarikh perpindahannya sampai tarikh wafatnya
-mengatur perundangan dan seterusnya undang-undang muamalat, sivil dan sebagainya.
-Ayat-ayat Madaniyah menetapkan hukum-hukum yang menerangkan fardhu-fardhu dan hudud
-ayat-ayat Madaniyah kebiasaannya panjang-panjang. Tiap-tiap surah yang disebutkan perkataan “Al-Munafikin” adalah ayat-ayat Madaniyah kecuali dalam Surah al-Ankabut (golongan ini tidak ada di Mekah)
Tujuan
Supaya umat Islam yang ketika itu masih tebal dan sebati dengan amalan jahiliyyah , dapat menerima hukum-hakam Islam secara beransur-ansur.Dalam erti kata lain , hukum yang mula-mula disyari’atkan adalah bersifat sementara , manakala pindaan yang terakhir pula adalah bersifat kekal yang mesti diterima pakai oleh umat Islam yang kemudian.
Terdapat kes-kes dimana wahyu yang diturunkan oleh Allah swt bukan bertujuan untuk menjawab permasalahan atau persoalan yang ditimbulkan oleh para sahabat.Tetapi ianya diturunkan oleh Allah swt , sebagai pensyari’atan terhadap sesuatu hukum dan kewajipan.Dalam erti kata lain , wahyu tersebut diturunkan atas alasan telah tiba masanya sesuatu perintah dan kewajipan itu dilaksanakan dalam masyarakat.Antaranya ialah , kewajipan melakukan Ibadat , peraturan nikah , jenayah dan sebagainya.
Tidak timbul perselisihan pendapat dikalangan sahabat Rasulullah saw yang tidak dapat diselesaikan.Ini kerana , apabila terdapat perselisihan pendapat dikalangan sahabat dan juga yang melibatkan Rasulullah saw sendiri mengenai sesuatu kes, ianya kemudian akan diselesaikan dan ditentukan kebenarannya oleh Allah swt.
Ketika tertubuhnya Negara Islam Madinah , masyarakat sangat-sangat memerlukan kepada suatu undang-undang atau perlembagaan yang boleh menjadi panduan dalam kehidupan seharian, serta dapat mengatur hubungan antara sesama manusia dan juga hubungan antara manusia dengan Allah ‘Azza wajalla.
MASA: bermula dari kewafatan Rasulullah (11H) hingga akhir abad pertama Hijrah

PERINGKAT: zaman penafsiran undang-undang di zaman permulaan terbukanya pintu ijtihad dan istinbat(iaitu mengeluarkan hukum dengan berlandaskan al-Quran dan al-Hadis dalam perkara yang belum ada nas yang jelas)

* Takrif sahabat: Sesiapa yang bertemu dengan Nabi (s.a.w) dalam keadaan beriman dengan Baginda dan meninggal dalam agama Islam
Sumber rujukan: sahabat-sahabat nabi
Menyaksikan sendiri sebab-sebab diturunkan ayat
Ada di kalangan mereka yang menjadi ahli perundangan dan pemesyuaratan Rasulullah
Perjalanan hidup mereka dinamik dan sesuai dicontohi sepanjang masa.Allah mentakdirkan mereka untuk mengalami pelbagai keadaan seperti kemiskinan, kemajuan, krisis ekonomi dan kekacauan. Jadi, amat sesuai untuk diteladani oleh umat.
Mereka adalah umat terbaik (khayr ummah)berdasarkan al-Quran:Kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah”. (Ali `Imran: 110). Dan Hadis:“Manusia terbaik adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya”. (HR. Bukhari dan Muslim).
Sahabat-sahabat Rasulullah yang terkenal sebagai ahli Fatwa:
Madinah:
1)Abu Bakar
2)Umar
3)Usman
4)Ali5)Zaid bin Thabit(penulis dan pengumpul al-Quran untuk di salin semula untuk dibukukan menjadi sebuah mushaf)
6)Abdullah Umar7
)Saiditina Aisyah
Mekah


Kufah1)Abdullah bin Mas’oud


Basrah

FATWA



Dari Segi Bahasa
Keputusan/ penjelasan/ jawapan terhadap sesuatu perkara yang dimusykilkan. Dari Segi Istilah
Memberikan penjelasan Hukum Syarak bagi sesuatu masalah sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara individu mahupun secara berjemaah.
Saidina AbuBakar r.h ketika ditemui untuk menyelesaikan dua pihak yang bertelagah rujuk dalam al-Quran terlebih dahulu. Jika tiada, rujuk kepada al-Sunnah. Jika tidak jumpa, beliau mencari sesiapa yang mungkin tahu terdapat hadis yang berkaitan. Kalau tiada, beliau himpunkan tokoh-tokoh dan pemimpin-pemimpin masyarakat lalu dibuat mesyuarat dan keputusan diambil secara bersama (riwayat Maimun ibn Mahran)
CARA PERUNDANGAN: IJTIHAD
BAHASA-Mencurah segala kemampuan dalam segala perbuatan. Kata-kata ijtihad tidak dipergunakan kecuali kepada hal-hal yang mengandungi kesulitan dan memerlukan banyak tenaga.
ISTILAH-Mencurah segala kemampuan bagi mendapatkan hukum syara’ yang bersifat praktikal dengan cara istimbat – mengambil kesimpulan hukum.
PUNCA PERUNDANGAN
1) Al-Quran2) Al-Hadis3)Ijmak4) Ijtihad
MASA: bermula dari tahun 100H hingga 350H

PERINGKAT: pada masa ini imam-iman mujtahid aktif mengarang dan menulis buku-buku hadis,fatwa-fatwa sahabat,tabiien dan pengikut tabiien, Tafsir al-Quran, Feqh-feqh Imam Mujtahid, risalah-risalah ilmu dan feqh dibukukan.
Imam Mujtahid
pengganti Rasulullah dalam membentuk hukum agama= golongan tabiien
orang-orang yang bertugas mengeluarkan hukum dari dalam Al-Qur’an dan Hadits
Penguatkuasaan berdasarkan kepercayaan orang ramai
Syarat
mengetahui bahasa Arab sedalam-dalamnya
mahir dalam hukum-hukum Al-Qur’an,mengerti Ilmu Usul Fiqih(sifat-sifat ayat al-Quran)
mengerti akan isi dan maksud
Al-Qur’an keseluruhannya
mengetahui “Asbabun-nuzul” bagi setiap ayat itu, yakni mengetahui sebab maka ayat-ayat itu diturunkan
mengetahui hadits-hadits Nabi, sekurangnya apa yang telah termaktub dalam Kitab-kitab Hadits yang 6, yaitu : 1. Sahih Bukhari, 2. Sahih Muslim, 3. Sahih Tirmidzi, 4. Sunan Nisai, 5. Sunan Abi Daud dan ke 6. Sunan Ibnu Majah.
berkesanggupan menyisihkan mana hadits-hadits yang sahih, mana yang maudhu’ (yang dibuat-buat oleh musuh-musuh Islam), mana hadits yang kuat, mana hadits yang lemah.
mengerti dan tahu pula fatwa-fatwa Imam Mujtahid yang terdahulu dalam masalah-masalah yang dihadapi.
Mengapa zaman keemasan?
Ahli-ahli perundangan dan fatwa di zaman itu mempunyai kemudahan-kemudahan yang luas di dalam kegiatan perundangan mereka kerana al-Quran dan hadith telah pun dibukukan dan banyak permasalahan telahpun diselesaikan oleh ahli-ahli perundangan yang terdahulu.
Kawasan kerajaan Islam pada masa itu meliputi berbagai-bagai bangsa yang mempunyai berbagai-bagai adat resam, muamalat dan kepentingan-kepentingan. Oleh itu, ulama-ulama berusaha dengan sepenuh tenaga untuk berpegang teguh dengan punca perundangan itu.
Ketelitian para ulama dalam mengistinbatkan hukum-hukum dalam muamalat dan fiqh Islam. Mereka tidak putus-putus mengistinbatkan hukum kerana sering didatangi oleh orang ramai yang sentiasa meminta fatwa dan hukum supaya segala pekerjaan mereka sesuai dengan hukum Islam. Lahir tokoh-tokoh ahli ijtihad dan pengasas imam mazhab yang empat: Syafi’e, Hanafi, Maliki dan hanbali. Dengan kemahiran dan kepintaran inilah mereka dapat mengembangkan perundangan Islam dan dapat memenuhi keperluan bagi sebuah negara.
TAMAT
Full transcript