Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Hikayat Marakarma

No description
by

Adha Sahar

on 18 October 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Hikayat Marakarma

"HIKAYAT MARAKARMA"

KOMSAS TINGKATAN
3

Genre sastera: Prosa tradisional
Bahagian petikan: Peperangan, Perkahwinan, dan Pertabalan
Penyelenggara: Wahyunah binti Haji Abd. Ghani
Sumber ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 40 - 44
Teknik penceritaan: Bahasa berirama
Disediakan oleh:
Adha
Addin Harun
Alif Afiq

PENGAJARAN
Sinopsis
Maharaja Indera Dewa berang dengan kejayaan Marakarma membina negeri dengan kuasa hikmat, lalu mengisytiharkan perang. Pertempuran bersemuka berlaku mengikut darjat, misalnya menteri dengan menteri dan hulubalang dengan rakyat. Akhirnya, Maharaja Indera Dewa tinggal seorang, lalu cuba diusir oleh Markarma, tetapi dibalas dengan sindiran tajam. Maharaja Indera melepaskan anak panah tetapi sipi. Kemudian, mereka bertarung kesaktian dan langsung bertikam. Marakarma berjaya membunuh Maharaja Indera yang sempat berpesan menitipkan Tuan Puteri Nila Cahaya yang manja kepada Marakarma. Melihat kedua-dua orang tuanya mati, Puteri Nila cuba membunuh diri, tetapi dapat dihalang.
Isteri Marakarma terkejut melihat adiknya yang sudah lama tidak ditemui, Raja Bujangga Indera menghadap suaminya. Berita pertemuan dua beradik itu disampaikan kepada ayahanda mereka, Maharaja Malai Kisna menerusi seorang hulubalang uang pantas berjalan. Raja Bujangga Indera dijodohkan dengan Tuan Puteri Nilai Cahaya dan dirajakan di negeri Anta Beranta. Pesta perkahwinan dan pertabalan itu memakan masa 40 hari 40 malam.
Maharaja Malai Kisna menerima menghadap hulubalang pantas berjalan dan mendengar bacaan surat anakandanya, Raja Bujangga. Sejurus selepas itu, Marakarma, menantu baginda pun tiba, lalu disambut denagn segala adat kebesaran istana. Pesta memandikan TPC Khairani (sebagai tanda syukur penemuannya) dilangsungkan selama 40 hari 40 malam juga. Pesta menunjukkan kesaktian dan perarakan panca persada tujuh tingkat untuk Marakarma dan TPC Khairani ialah antara upacara pertabalan Maharaja Marakarma menggantikan kedudukan mertuanya itu. Sesudah itu, saban tahun sekalian raja datang membawa bingkisan untuk Marakarma.
Tema:
Mitos pertabalan raja-raja
zaman dahulu
Watak and Perwatakan
Watak Utama:
Maharaja Markarma
Watak Sampingan:
:
Maharaja Indera Dewa
: Raja Mengindera Sari
: Tuan Puteri Nila Cahaya
: Tuan Puteri Cahaya Khairani
: Raja Bujangga Indera
: Maharaja Malai Kisna
: Raja Dikar Agas Peri
Perwatakan
Maharaja Markarma: berani, memegang janji, menghargai jasa, penyayang
Tuan Puteri Nila Cahaya: anak Maharaja Indera Dewa, taruhan perang maharaja
Tuan Puteri Cahaya Khairani: bekas tawanan raksasa, diselamatkan oleh Marakarma, isteri Marakarma
Raja Bujangga Indera: adinda Tuan Puteri Cahaya Khairani
Maharaja Malai Kisna: raja negeri Mercu Indera, ayahanda TPC Khairani dan Bujangga
Raja Dikar Agas Peri: berani, menunjukkan kesaktian
Persoalan
Keberanian dalam menghadapi cabaran & serangan
Kesungguhan untuk menepati janji
Kemurniaan hati membalas budi orang yang berjasa
Kasih-sayang yang erat sesama ahli keluarga
LATAR
Latar Masa
Pagi
Maharaja Indera Dewa menitahkan raja-raja untuk keluar berperang dengan Maharaja Marakarma pada waktu pagi.
Empat puluh hari empat puluh malam
Upacara perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya berlangsung selama empat puluh hari empat puluh malam.
Latar Tempat
Negeri Puspa Sari
Pusat pemerintahan Maharaja Indera Angkasa.
Negeri Anta Beranta
Tempat perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Puteri Nila Cahaya dan pertabalan Raja Bujangga Indera sebagai maharaja di situ.
Negeri Mercu Indera
Tempat pertabalan Maharaja Marakarma menjadi maharaja.
Latar Masyarakat
Masyarakat Feudal
Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
Masyarakat Yang Penyayang
Tuan Puteri Nila Cahaya amat menyayangi ayahanda dan bondanya.
Masyarakat Yang Taat Setia
Maharaja Marakarma patuh akan arahan ayahanda baginda supaya pergi berperang.
Masyarakat Yang Bertanggungjawab
Maharaja Marakarma menjalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada Puteri Nila Cahaya dengan sempurna.
Masyarakat Yang Berani
Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.
Masyarakat yang bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.
Seluruh rakyat Puspa Sari bersama-sama keluar untuk berperang menentang maharaja Indera Dewa.
Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut.
Maharaja Marakarma berpendapat bahawa tiada gunanya baginda hidup kerana dianggap sebagai anak yang membawa malang.
GAYA BAHASA
Bahasa Istana
Contoh: ayahanda, bonda, baginda, titah, bersemayam, singgahsana
Bahasa Sanskrit
Contoh: ratna mutu manikam
Bahasa Arab
Contoh: maghrib, masyrik
Bahasa Melayu Klasik
Contoh: rata, lebu duli, anak keti
Contoh: maka, adapun
Kata Pangkal Ayat
NILAI
Menepati Janji
Contoh: Maharaja Marakarma menepati janji untuk menjaga Tuan Puteri Nila Cahaya dan memberi layanan yang baik kepada baginda.
Keberanian
Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.
Kasih Sayang
Contoh: Puteri Nila Cahaya sanggup untuk menikam dirinya apabila melihat mayat ayahanda dan bondanya kerana terlalu sayang akan baginda berdua.
Amanah
Contoh: Hulubalang yang disuruh untuk menyampaikan berita tentang Puteri Cahaya Khairani telah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma berjaya melaksanakan amanah yang diberi.
Kerjasama
Contoh: Seluruh rakyat turut bekerjasama dengan Maharaja Indera Dewa untuk keluar berperang.
Ketaatan
Contoh: Rakyat yang taat dengan perintah Maharaja Indera Dewa supaya keluar berperang dengan Maharaja Marakarma.
Bertanggungjawab
Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjaga Puteri Nila Cahaya dengan baik.
Kebijaksanaan
Contoh: Maharaja Marakarma segera mengarahkan Raja Rum Syah untuk
Kita hendaklah sentiasa berpegang kepada janji.
Contoh: Maharaja Marakarma telah menunaikan janjinya dengan Maharaja Indera Dewa untuk menjaga Puteri Nila Cahaya.
Kita hendaklah berani untuk menentang musuh.
Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk berdepan dengan Maharaja Indera Dewa dan menentang baginda.
Kita hendaklah amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan.
Contoh: Hulubalang sanggup berjalan dari negeri Puspasari ke negeri Mercu Indera untuk menyampaikan surat yang diamanahkan kepada Maharaja Malai Kisna.
Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga.
Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjaga Puteri Nila Cahaya dengan baik.
Kita hendaklah taat akan perintah ibu bapa.
Contoh: Maharaja Marakarma taat kepada ayahanda dan bonda baginda kerana memohon keizinan ayahanda baginda terlebih dahulu sebelum keluar berperang.
Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas.
Contoh: Rakyat negeri Anta Beranta bersama-sama dengan Maharaja Indera keluar untuk berperang.
Kita hendaklah mengekalkan hubungan yang erat sesama anggota keluarga.
Contoh: Walaupun telah terpisah dengan anggota keluarganya, Puteri Cahaya Khairani masih lagi mengingati dan mengekalkan hubungan yang erat dengan keluarganya.
Janganlah kita mengamalkan kepercayaan karut.
Contoh: Maharaja Marakarma dianggap sebagai anak yang membawa malang melalui kepercayaan karut.
SEKIAN, TERIMA KASIH
LOADED!!
Full transcript