Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

TOPIK 5: ALIRAN PEMIKIRAN AKIDAH DAN PERBAHASANNYA

No description
by

zahar maz

on 16 October 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of TOPIK 5: ALIRAN PEMIKIRAN AKIDAH DAN PERBAHASANNYA

TOPIK 5: ALIRAN PEMIKIRAN AKIDAH DAN PERBAHASANNYA
PENDAHULUAN
Manusia telah diciptakan secara semulajadinya mempunyai pemikiran akidah iaitu ikatan kepercayaan bahawa wujud kuasa Maha Besar yang mencipta, memelihara dan memiliki alam ini yang wajib disembah. Rasulullah SAW diutuskan bagi membimbing manusia dengan akidah yang benar dan bersesuaian dengan Pencipta Manusia.
Namun ada kalangan manusia yang ego, tidak mahu tunduk kepada fitrah tersebut, lantaran lebih selesa mengikut kehendak hawa nafsudan ajakan syaitan lantas menidakkan ajaran yang dibawa Rasulullah SAW. Oleh itu telah lahir berbagai aliran pemikiran akidah yang menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.

Akidah
2.0 PERKEMBANGAN ALIRAN PEMIKIRAN AKIDAH.
2.2 PERBINCANGAN AKIDAH.
2.1 PERTELINGKAHAN POLITIK
2.3 PENYEWELENGAN OLEH PENGANUT YAHUDI, KRISTIAN DAN MAJUSI.
A) MUKTAZILAH.
Mazhab akidah pertama yang terkeluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mendahului logik akal ke atas al-Qur’an dan al-Sunnah. Muncul apabila berlaku pertelingkahan antara Wasil bin A’ta’ dengan gurunya Hassan al-Basri mengenai kedudukan seorang Islam yang melakukan dosa besar lalu meninggal dunia tanpa bertaubat . Bagi Abu Hassan al-Basri (Ahli Sunnah Wal Jamaah) menyatakan orang tersebut adalah muslim yang durhaka. Dia akan di masukkan ke dalam neraka kerana dosanya dan kemudiannya dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam syurga. Wasil pula berpendapat orang tersebut adalah seorang yang fasiq, tidak termasuk golongan mukmin dan tidak pula golongan kafir. Oleh itu, dia akan ditempatkan di tengah-tengah antara syurga dengan neraka.


C) Jabariyyah.
Dipelopori oleh al-Ja’d Ibn Dirham dan Jahm Ibn Safwan pada kurun ke-2 sebagai tindak balas ke atas kemunculan golongan Qadariyyah. Golongan ini mengatakan bahawa semua perbuatan manusia di bawah kawalan Allah S.W.T. dan manusia tidak mempunyai sebarang kuasa. Di samping itu mereka juga menafikan sifat Allah S.W.T.
B) Qadariyyah.
Diasaskan oleh Ma’bad al-Juhaini. Golongan ini menafikan takdir Allah S.W.T. Segala perbuatan manusia adalah hasil dari kuasa dan kehendak manusia sendiri.
Kemasukkan fahaman Yahudi, Kristian dan Majusi ke dalam Islam telah menyebarkan aliran pemikiran yang menyeleweng dalam akidah ketuhanan dan melahirkan mazhab Mujassimah yang menyatakan Allah S.W.T. mempunyai jisim serta Mushabbihah yang menyamakan Allah S.W.T. dengan mahluk. Kesefahaman tersebut kini berleluasa dalam kalangan Wahabi.
Aliran pemikiran akidah terus berkembang dari zaman para sahabat sehinggalah ke hari ini dan turut berleluasa di Alam Melayu termasuk di Malaysia. Di Malaysia aliran pemikiran yang muncul dan bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dikenali sebagai ajaran sesat

3.0 KONSEP DAN CIRI-CIRI AJARAN SESAT.
Penggunaan istilah ajaran sesat telah digunakan dalam kalangan masyarakat Malaysia secara meluas walaupun terdapat istilah-istilah lain yang membawa maksud yang sama seperti ajaran salah, ajaran menyeleweng dan penyelewengan akidah. Walau apapun istilah yang digunakan, ianya merosakkan kesucian agama Islam malah menggugat kestabilan negara dan mengancam keselamatan akal, nyawa, harta, keturunan serta hak kebebasan umat Islam.
3.2 CIRI-CIRI AJARAN SESAT
3.5 FAKTOR PERKEMBANGAN AJARAN SESAT

3.1 PENGERTIAN AJARAN SESAT.

Dari sudut bahasa ajaran merupakan kata terbitan dari perkataan ajar yang membawa maksud segala sesuatu yang diajarkan sebagai nasihat atau petunjuk.
Perkataan sesat pula membawa maksud tidak mengikut jalan yang betul, tersilap jalan atau terkeliru sama ada dari segi perbuatan, kepercayaan dan lain-lain. Ia juga boleh diertikan sebagai menyimpang dari jalan yang benar.
Dari pengertian tersebut maka ajaran sesat boleh diiktirafkan sebagai suatu amalan yang bertentangan dengan akidah dan syariat islam baik secara terang atau secara halus iaitu bersembunyi melalui iktiqad atau amalan pengikutnya.
Menurut pengertian yang dikeluarkan oleh Pusat Islam Malaysia, secara ringkasnya jaran sesar bermaksud, “Sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam mendakwa bahawa ajaran dan amalan yang dibawa berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan pada hakikaktnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan akidah dan syariat Islamiyyah, bertentangan dengan mazhab yang muktabar dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah”.
Kesimpulannya, ajaran sesat adalah suatu kepercayaan dan amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang bertentangan dengan atau terpesong dari akidah dan syariah Islam yang diperkenalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan diamalkan oleh para sahabat serta tabien.
3.6 PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG BERHUBUNG AJARAN SESAT
Dalam Perlembagaan Persekutuan, bidang kuasa mentadbir perkara-perkara yang berhubung dengan hal ehwal agama Islam diletakkan di bawah bidang kuasa negeri. Bagaimanapun perlembagaan masih menjadi undang-undang tertinggi negara. Oleh itu apa jua undang-undang berhubung hal ehwal Islam termasuk hukuman kesalahan jenayah syariah masih tertakluk pada undang-undang tertinggi.
Walaupun tidak ada peruntukkan khas bagi kesalahan ajaran sesat; namun terdapat beberapa peruntukkan yang dapat diaplikasikan berhubung dengan ajaran sesat. Ianya dapat dibahagikan kepada tiga :
i) Undang-undang negeri melalui Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu yang khusus bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam Terengganu.
ii) Enakmen Kesalahan Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M
iii) Undang-undang persekutuan yang terdapat dalam pelbagai Akta Persekutuan yang terpakai kepada semua orang dan agama.
Antara Akta tersebut ialah:
a) Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
b) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
c) Kanun Keseksaan ( Panel Code)
d) Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970)

Secara umumnya peruntukkan undang-undang yang disenaraikan adalah terpakai bagi semua orang yang tinggal di Malaysia tanpa mengira agama, kaum atau keturunan. Sekiranya tindakan yang dilakukan secara individu mahupun berkumpulan didapati menyeleweng daripada ajaran Islam dan boleh menggugat ketenteraman awam maka tindakan undang-undang boleh diambil.
4.0 KESIMPULAN.
Kewujudan ajaran sesat dalam masyarakat Islam di Malaysia bukan sahaja membawa kepada penyelewengan akidah malah menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam kerana akan wujud perbezaan kepercayaan dan amalan. Keadaan ini perlu dibendung demi pembentukan generasi Islam yang berkualiti. Seluruh umat Islam perlu memainkan peranan masing-masing mengikut kepakaran dan bidang kuasa bagi membanteras kelahiran dan perkembangan ajaran sesat ini dengan meletakkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan mutlak umat Islam di Malaysia.
KURANG ASAS PENDIDIKAN AGAMA

Kejahilan pengetahuan dan kurangnya asas pendidikan Islam dalam kalangan pelopor dan pengikut ajaran sesat merupan faktor utama perkembangannya ajaran sesat kerana keadaan ini tidak menimbulkan banyak tentangan dan persoalan di antara pengikut dan pembawa ajaran tersebut. Justeru apabila dirasakan individu tertentu menpunyai sedikit kelebihan berbanding yang lain maka mereka berani menentukan seseorang sebagai Iman Mahdi atau Nabi malah adanya berani mengaku diri atau ketua ajaran sebagai Tuhan

BERPEGANG TEGUH DENGAN ADAT DAN KEPERCAYAAN

Kebanyakan ajaran sesat di Malaysia mencampur adukkan ajarannya dengan adat dan kepercayaan nenek moyang kelompok masyarakat tertentu menjadikan ianya mudah untuk diterima dan dikembangkan. Percampuran tersebut menjadikan pengikutnya merasa selesa dan sesuai untuk percaya dan mengamalkan ajarannya apatah lagi apabila ia digandingkan dengan kepercayaan kebatinan yang ada titik persamaanya dengan kepercayaan dan adat orang-orang terdahulu

UMAT ISLAM MENJAUHI AL_QUR’AN DAN AL-SUNNAH

Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah Barat berusaha menjauhkan umat Islam dari al-Qur’an dan al-Sunnah menjadi penyumbang utama kepada perkembangan ajaran sesat di Malaysia. Semua pembuktian kebenaran ilmu dirujuk kepada kaedah saintifik semata-mata dan sumber al-Qur’an dan al-Sunnah ditolak sama sekali. Apabila umat Islam tidak menjadikan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai panduan dan sumber dalam kehidupan maka kesesatan akan mengongkongi kehidupan mereka sebagaimana peringatan terakhir yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah ku sampaikan kepadamu dan sesungguhnya telah ku tinggalkan sesuatu, yang apabila kamu berpegang teguh kepadanya, pastilah kamu tidak akan tersesat selamanya, yakni sesuatu yang terang dan nyata, Kitab ALLAH (al-Qur’an) dan Sunnah Rasul-Nya”.

KEDUDUKAN GEOGRAFI

Kedudukan Malaysia yang mempunyai jiran dari rumpun Melayu yang begitu hamper terutamanya dengan Indonesia dan Filipina secara tidak langsung memudahkan aliran kemasukan kepercayaan serta kebatinan yang terdapat di kedua-dua negara tersebut. Ini terbukti kebanyakan ajaran sesat di Malaysia berasal dari Pulau Jawa yang terkenal dengan pelbagai bentuk ajaran atau kepercayaan kebatinan dan ilmu ghaib.Justeru penghijarahan warga dari negara jiran turut membawa kesan terhadap bentuk kepercayaan dan amalan dalam agama terhadap penduduk Malaysia.

KEGHAIRAHAN MENERIMA DAN MENGAMALKAN SESUATU YANG BARU

Kebanyakan pengikut ajaran sesat merupakan mereka yang sukan menerima dan mempelajari sesuatu yang baru lebih-lebih lagi jika ianya merupakan perkara-perkara aneh atau luar biasa seperti boleh mengubati orang sakit, dapat bejalan di atas air, dapat melakukan perkara-perkara yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain dan sebagainya.

KEGHAIRAHAN MENCARI KETENANGAN JIWA

Mencari ketenangan jiwa melalui unsur kerohanian ditambah dengan kesalahan dan dosa lampau menjadikan seseorang mudah dipengaruhi oelh ajaran sesat. Bagi mencapai matlamat tersebut mereka biasanya dianjurkan melakukan kaedah pembersihan jiwa dengan cara yang mudahdan singkat tanpa mengikut al-Qur’an dan al-Sunnah.

SIKAP LEWA MASYARAKAT

Sikap orang ramai yang tidak bertanggungjawab dan peka untuk menyekat dan membanteras ajaran sesat dengan alasan tidak mahu menjaga urusan orang lain ditambah lagi dengan kesibukan mereka dengan tugasan harian. Justeru kemunculan dan perkembangan ajaran sesat tidak dilaporkan oleh anggota masyarakat kepada pihak berwajib selagi ianya tidak mengganggu aktiviti harian mereka.

SEKS

Guru ajaran sesat memperkenalkan konsep nikah batin yang membenarkan guru melakukan hubungan seks dengan pengikut wanita. Mengakui bahawa pernikahan tersebut disaksikan ALLAH dan Malaikat. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan zuriat yang soleh. Hubungan seks tersebut dikaburi dengan menyatakan zikrullah sebagai salah satu syarat untuk menyempurnakan matlamat tersebut.

Sepanjang perkembangan akidah tauhid yang dibawa dan ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W., kemurnian akidah sentiasa diancam oleh berbagai aliran pemikiran yang membawa kepada pertelingkahan dan perpecahan.

Sepanjang hayat Rasulullah S.A.W., baginda telah melaksanakan amanah dalam mengembangkan akidah tauhid melalui tindakan berikut:
i. Membina akidah yang benar dalam diri manusia dengan berpandukan wahyu ALLAH S.W.T. bersesuaian dengan akidah fitrah yang sedia ada dalam diri manusia. Menjelaskan hubungan beriman kepada ALLAH S.W.T dengan malaikat, kitab, rasul, hari akhirat dan qada qadar.
ii. Meruntuhkan kesesatan akidah seluruh umat manusia di muka bumi terutamanya kalangan masayarakat Arab jahiliyah yang menerima akidah palsu dari kaum musyrikin dan ahli kitab yang mengamalkan ibadah penyembahan berhala, api, bintang dan sebagainya.

Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W telah muncul aliran atau mazhab yang lahir disebabkan oleh faktor utama iaitu politik. Aliran pemikiran ini muncul atas pertelingkahan politik terutamanya dalam menentukan khalifah yang layak menerajui pemerintahan Islam. Apabila mazhab tersebut mula mendapat ramai sokongan dan ta’asub dengan kumpulan mereka maka muncullah beberapa penyelewengan yang berbentuk akidah. Ianya bermula semasa pemerintahan Saidina Ali R.A. iaitu selepas berlakunya peperangan Siffin pada tahun 37 Hijrah antara penyokong Ali R.A. dengan dengan Muawiyah R.A.
KHAWARIJ
Khawarij didefinisikan sebagai kumpulan yang keluar daripada kepimpinan imam yang disepakati. Khawarij merupakan golongan pertama keluar dari Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pada awalnya golongan ini lahir hasil dari pertelingkahan politik. Mereka tidak bersetuju untuk mengadakan Majlis Tahkim sebagai langkah pendamaian antara penyokong Saidina Ali R.A. dengan Muawiyah R.A. Oleh itu mereka keluar dan memisahkan diri dari kaum muslimin, menuju ke suatu tempat yang dikenali sebagai Harura’ dan melantik Abdullah bin Wahab al-Rasyidi sebagai ketua.
Akhirnya golongan ini bertukar menjdai satu aliran akidah yang terkeluar dari Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah apabila mereka; keterlaluan menetapkan sesiapa yang pendapat dan amalannya menyalahi al-Qur’an adalah kafir; menetapkan Saidina Uthman R.A. dan Saidina Ali R.A. kafir; menyatakan orang mukmin yang melakukan dosa besar menjadi kafir dan sekiranya tidak bertaubat lalu meninggal dunia maka mereka akan kekal dalam neraka.
SYIAH
Perkataan Syiah dari bahasa Arab Sya’a bererti mengikut atau mengangkat iaitu satu kumpulan yang mengikut atau mengangkat Saidina Ali R.A. dan Ahli Bait senagai imam atau ketua negara. Dari sudut istilahnya, Syiah ialah kaum yang beriktikad bahawa Saidina Ali R.A. adalah orang yang berhak menjadi khalifah sebagai pengganti Nabi Muhammad S.A.W kerana dikatakan baginda Nabi S.A.W. telah mewasiatkan pelantikan tersebut kepada Saidina Ali R.A. sebelum kewafatan baginda.

Golongan ini juga pada awalnya beraliran politik yang kemudiannya bertukar menjadi kumpulan beraliran akidah yang terkeluar dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka wujud setelah berlakunya pembunuhan Saidina Uthman R.A. tetapi tetapi tidak menzahirkan diri sehinggalah semasa pemerintahan Saidina Ali R.A. Mereka merupakan penyokong Saidina Ali dalam perebutan jawatan khalifah

Antara penyelewengan mereka ialah:
i. Terlalu mengagung-agungkan Ahli Bait
ii. Terlalu mengagung-agungkan Saidina Ali R.A. sehingga ada yang mengatakan beliau adalah Tuhan
iii. Suka mencaci dan mengkafirkan para sahabat terutamanya Saidina Abu Bakar R.A. dan Saidina Uthman R.A.
iv. Mempercayai kelahiran Imam Mahdi merupakan salah satu dari perkara yang berkaitan dengan rukun iman iaitu tauhid, nubuwwah, hari kiamat, imamah dan keadilan
v. Mempercayai Imam Mahdi termasuk dalam rukun iman ke-4 (imamah). Walau bagaimanapun pertelingkahan mereka dalam menentukan siapa Imam Mahdi telah membawa kepada perpecahan golongan Syiah kepada beberapa kumpulan antara yang terbesar ialah Saba’iyyah, Kaisaniyyah, Zaidiyyah dan Imamiyyah

i. Guru atau mahaguru ajaran itu biasanya berkata ajaran hendaklah dirahsiakan
ii. Guru atau mahaguru sering menunjukkan perkara-perkara misteri, kesaktian, menyembuhkan penyakit dan sebagainya
iii. Pengajarannya dilakukan ditempat-tempat (rumah) yang gelap atau samar dan dengan cara yang perlahan
iv. Tafsiran ayat-ayat al-Qur’an yang diputar belitkan atau falsafah-falsafah kebatinan yang sukar difahami. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai nabi dan mendakwa menerima wahyu.
v. Mempercayai adanya nabi-nabi lain selepas Nabi Muhammad S.A.W
vi. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Imam al-Mahdi atau mempercayai orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia istimewa seperti Imam al-Mahdi dan sebagainya
vii. Mempercayai wahyu masih lagi diturunkan selepas kewafatan baginda Rasululluh S.A.W
viii. Mengaku dirinya sebagai wali dan mempunyai keramat tertentu
ix. Mengakui mendapat kasyaf atau ilmu laduni
x. Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad orang yang masih hidup
xi. Mendakwa amalan yang diajarkan kepada muridnya seperti zikir boleh menggagalkan kiamat
xii. Mendakwa pengikut-pengikut ajaran atau tarikatnya sahaja yang dijamin masuk syurga
xiii. Mempercayai gurunya boleh menebus dosa dengan wang
xiv. Mendakwa semua agama adalah sama

xv. Mempercayai orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya
xvi. Memohon kepada benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan sebagainya untuk sampai kepada tuhan
xvii. Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan harapan untuk mendapatkan anak yang soleh
xviii. Mengaku ALLAH menjelma di dalam dirinya
xix. Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil nabi yang boleh memberi syafaat kepada muridnya
xx. Mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamalkan sekarang diambil terus dari Rasulullah S.A.W. secara jaga
xxi. Mengaku atau mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan ALLAH melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan dengan demikian didakwa pasti masuk syurga
xxii. Memansuhkan syariat Islam seperti solat, puasa, haji di samping membuat syariat baru
xxiii. Meninggalkan solat Jumaat kerana mengamalkan suluk
xxiv. Mengubah dengan sengaja ayat-ayat suci al-Qur’an
xxv. Mengaku dan mempercayai bahawa azimat (tangkal) boleh memberi kesan
xxvi. Mendakwa setiap yang zahir ada batinnya. Oleh itu setiap ayat yang diturunkan ada takwilnya seperti puasa, zakat, haji, nikah dan sebagainya. Mereka menuduh orang yang mengamalkan syariat hanya mengamalkan kulitnya sahaja dan tidak sampai kepada isi
xxvii. Mengagung-agungkan keturunan Yahudi sebagai bangsa yang paling baik yang patut dicontohi

Ciri-ciri ajaran sesat yang dikemukakan jelas menunjukkan akidah yang dipegang dan syariah yang diamalkan bertentangan dengan ajaran yang terkandung dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Penyelewengan tersebut menyebabkan ajaran tersebut difatwakan sesat kerana terkeluar dari mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah
BENTUK-BENTUK AJARAN SESAT
BENTUK AJARAN BARU

Bentuk ini biasanya diasaskan atau direka oleh orang tertentu yang dikenali sebagai guru atau penganjur yang menggunakan berbagai-bagai nama atau pengalaman tertentu. Ada antaranya yang menamakan ajaran baru mengikut nama gurunya

BENTUK TARIQAT

Kebanyakan ajaran sesat berbentuk tariqat. Nama-nama ajaran ini seringkali disandarkan kepada tariqat-tariqat yang masyhur dalam kalangan umat Islam sebagaimana yang telah diamalkan oleh ulama iaitu tariqat berpandukan al-Qur’an dan al-Sunnah. Antaranya menggunakan nama tariqat seperti Ahmadiah, Qadariah, Muffaridiyyah dan lain-lain lagi.

Walaupun ada persamaan dari segi nama, tetapi dari sudut isi ajaran dan konsep yang terdapat di dalamnya berbeza. Perbezaan ini mengandungi unsur-unsur yang boleh membawa penyelewengan dari segi akidah Islamiyyah dan syariatnya seterusnya akan memesongkan pengikut dan pengamalnya dari landasan Islam yang sebenar

KELAHIRAN KEPERCAYAAN DAN AMALAN TRADISI YANG BERHUBUNG DENGAN AMALAN MISTIK DAN KULTUS

Bentuk kepercayaan ini bukanlah satu perkara yang luar biasa dalam kalangan orang-orang Melayu Islam di negara ini kerana ianya telah menjadi amalan kebiasaan dalam kehidupan seharian mereka. Antara sifat-sifatnya ialah:
a. Pemujaan terhadap tempat-tempat yang dianggap keramat
b. Pemujaan terhadap orang-orang yang dianggap wali dan mempunyai kelebihan
c. Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan seni mempertahankan diri dan sebagainya
d. Kepercayaan terhadap dukun ataupun bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan daripada mimpi atau orang-orang halus (bunian ataupun orang sampingan) melalui amalan cara jampi, menurun dan sebagainya.

Ramai umat Islam di Malaysia terutamanya bangsa Melayu atau masyarakat pribumi masih lagi mencampur adukkan di antara amalan-amalan tradisi yang diterima dari nenek moyang mereka dengan ajaran-ajaran Islam. Ini lebih memudahkan pembawa-pembawa ajaran sesat mengembangkan unsur-unsur yang membawa kepada penyelewengan terhadap ajaran Islam

SELAMAT BERCUTI DAN BERHATI HATI SEMASA PULANG KE KAMPUNG HALAMAN
CONTOH AJARAN SESAT
DARUL ARQAM

Diasaskan oleh Haji Asaari Mohamad dan telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan secara rasminya pada 5.8.1994. Ini diputuskan berlandaskan perkara-perkara yang diajarkan oleh Asaari Mohamad kepada pengikut-pengikutnya iaitu:
a. Darul Arqam mempercayai bahawa Syeikh Muhammad Suhaimi, Pengasas Aurad Muhammadiah tidak mati dan akan lahir sebagai Imam Mahdi
b. Mempercayai bahawa Syeikh Muhammad Suhaimi telah berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. dalam Kaabah dengan keadaan jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada baginda
c. Mengadakan tambahan-tambahan kepada lafaz-lafaz syahadah dengan fakta palsu yang menyebut Syeikh Muhammad Suhaimi sebagai Imam Mahdi dan menyamakan tarafnya dengan Khulafa al-Rasyidin
d. Mentafsir secara salah terhadap maksud ayat 3 surah al-Nisa’ dengan mendakwa bahawa asal penikahan hendaklah bermula dengan dua isteri dan seterusnya tiga dan empat. Ini bertentangan dengan tafsir muktabar dan sekaligus menolak jimak ulamak tentang hukum nikah
e. Asaari Mohamad mendakwa telah bertemu secara sedar dan berdailog dengan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat baginda. Beliau juga mendakwa Rasulullah S.A.W. mengakui kesahihan ajaran Darul Arqam
f. Asaari Mohamad didakwa oleh isterinya Hatijah dan pengikut-pengikutnya, diberi kuasa oleh ALLAH

Diasaskan oelh Ariffin Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Pin. Ajaran ini telah diwartakan sesat pada Disember 1997 oelh Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu. Kandungan ajarannya:
a. Membuat dakwaan bahawa “Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad S.A.W. yang berguru dengan Jibril”
b. Mesti berjumpa ALLAh dan Rasul dahulu baru boleh percaya
c. Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur, Taurat dan Injil dan menjadikan al-Qur’an
d. Bongkar al-Qur’an dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh
e. Setiap kali sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan
f. Al-Qur’an perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin
g. Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah menjadi Islam dan menerima syahadah secara lansung dengan Tuhan

h. Beliau mendakwa, di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang
i. Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk di tangannya kerana dia memegang segala kunci akhirat
j. Bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada berzikir yang bersembang
k. Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin
l. Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahulu untuk menentukan bagi simati syurga atau neraka
m. Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan, sebuah al-Qur’an akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin
n. Rukun Imam iaitu percaya kepada ALLAH ialah dengan mengenalinya,beriman kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan rasul-rasul, Kitab al-Qur’an adalah cntuman daripada empat kitab, malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad, tidak percaya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada hari Kiamat sebab belum berjumpa lagi, pegangan Ayah Pin ialah dibuat semua, dapatlah Qada’ dan Qadar masing-masing bahagian

TARIQAT NAQSYABANDIAH KADIRUN YAHYA

Tariqat ini diperkenalkan oleh Kadirun Yahya. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal Islam Malaysia pada 15 hingga 16.11.1981 di bilik Gerakan Negeri Terengganu telah memutuskan bahawa Tariqat ini telah menyeleweng dari ajaran Islam sebenar dan di fatwakan haram. Antara kandungan ajarannya:
a. Tariqat ini didakwa kononnya di wahyukan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda menjadi rasul. Melalui tariqat ini Allah menurunkan nur (cahaya) ke dalam badan Nabi Muhammad. Nur Muhammad ini diturunkan melalui salahsilah sehingga sampai kepada Kadirun Yahya.
b. Pengikut ajaran dikehendaki menggambarkan wajah guru semasa beribadat supaya segera dikabulkan Allah.
c. Sebelum pengikut- pengikut ajaran ini menunaikan haji ke Mekah terlebih dahulu mereka hendaklah bersuluk di Pancabudi di Medan. Sekiranya tidak mampu ke Mekah memadai datang Medan sahaja.
d. Ahli tariqat ini tidak boleh merokok kerana merokok tidak masuk syurga.


Black Metal bermaksud logam hitam yang diilhamkan daripada tajuk album kumpulan Venom satu kumpulan muzik berirama rock berat yang muncul di barat pada awal 1980- an. Di Malaysia ia berkembang berikutan penubuhan kumpulan Termentor, Brain Dead, Skull Head, Silkhannaz dan Suffercation. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke- 72 pada 23 Januari 2006 telah memutuskan ajaran Black Metal adalah sesat dan haram dalam Islam. Penetapan tersebut dibuat berdasarkan beberapa pekara iaitu:
a. Mengalakkan pengikutnya memijak Al- Quran, memuja syaitan, antiTuhan mengamalakan seks bebas serta meminum darah dan arak.
b. Susunan muzik dan liriknya banyak diilhamkan daripada ideology anti pembangunan, anti agama, perlakuan kejam dan pemujaan syaitan.
c. Mempunyai kitab sendiri yang mencampur adukkan beberapa ayat suci tulisan rumi, hadith, dan injil.

Ciri – ciri Black Metal
a. Petikan gitar menggunakan irama muzik yang keras.
b. Lirik gitar yang nyaring dan menggunakan bunyi gitar yang tebal.
c. Pengeluaran album yang terhad kerana permintaan yang kurang.
d. Muzik laju, ketukan dram agresif serta bingit dan kadangkala ketukan dikurangkan .
e. Kebiasaanya menggunakan keyboard elektronik, memasukkan bunyian biola, suara manusia dan iringan koir bagi memasukkan elemen orkestra.
f. Nada bunyi yang tinggi dengan suara yang menjerit.
Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai jumlah sebenar pengikut Black Metal namun yang pasti pada sambutan tahun baru 2006, 105 orang pengikut telah di kesan di Negeri Sembilan dan berapa orang lagi di Sungai Petani dan Kuala Lumpur.

BLACK METAL
Aliran Pemikiran Liberal

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Sarawak kali ke 74 telah sepakat memutuskan bahawa gerakan pemikiran liberal mengandungi fahaman- fahaman yang menyeleweng dari aspek akidah dan syariah antaranya:
a. Konsep asas yang menjadi pegangan iaitu menyatakan semua agama adalah sama taraf
b. Akal manusia adalah wahyu dengan menyatakan wahyu terbahagi kepada dua iaitu wahyu bertulis iaitu Al-Quran yang berbentuk teks semata-mata dan wahyu tidak bertulis adalah akal manusia yang menghidupkan teks Al –Quran berdasarkan tujuan , konteks suasana dan zaman.
c. Meragui ketulenan Al- Quran dengan mendakwa Al- Quran dipengaruhi dengan budaya Arab kerana bahasanya milik orang Arab dan Nabi Muhammad dari kalangan orang Arab. Oleh itu, Al –Quran merupakan kitab yang menggambarkan imej budaya masyarakat Arab.

AJARAN AYAH PIN
SEKIAN DARI KAMI
Full transcript