Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

CTU Presentation

No description
by

Azha Azahari

on 12 December 2012

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of CTU Presentation

CABARAN HUBUNGAN
ETNIK CABARAN NILAI ANTARA ETNIK CABARAN KEPENTINGAN ANTARA ETNIK DARI ASPEK EKONOMI PENDAHULUAN PENUTUP Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Malaysia mempunyai masyarakat majmuk, tentulah tidak boleh lari daripada mengahadapi cabaran hubungan etnik. Cabaran ini boleh dibahagikan berasaskan tiga faktor penting, iaitu:

Cabaran sosial, ekonomi dan politik kepentingan antara etnik
Cabaran nilai antara etnik
Cabaran globalisasi. Hubungan etnik, perpaduan dan integrasi nasional merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. CABARAN KEPENTINGAN ANTARA ETNIK DARI ASPEK SOSIAL 1. Pemisah Fizikal CTU 553 Pemisahan fizikal yang berlaku dalam masyarakat Negara ini wujud akibat daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British. Pemisahan penempatan atau fizikal ini bukan sahaja merenggangkan perhubungan dan interaksi dalam kalangan anggota setiap etnik tetapi memperkuat lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme. 2. Sistem Pendidikan yang Berasingan Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan tersendiri. Pelajar Melayu belajar di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa Melayu. Orang India pula belajar di sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil. Manakala pelajar Cina mereka belajar di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Mandarin. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan untuk memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Namun, dari segi kurikulum adalah sama bagi semua jenis sekolah. 3. Polarisasi dalam Kalangan Pelajar Bidang pendidikan merupakan mekanisme penting dalam pembentukan insan yang beretika, bermoral, berakomodatif, berbudaya ikram, penyayang dan sebagainya. Walaupun integrasi kaum pada peringkat prasekolah khususnya Tadika Perpaduan adalah baik, tetapi keterasingan pada peringkat sekolah rendah dan kerengganan pada peringkat sekolah menengah serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA)/institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. 4. Kontrak Sosial Kontrak sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka perlembagaan. Namun, isu ini sering kali timbul dan ditimbulkan oleh pihak tertentu yang boleh membawa kepada kerengganan hubungan etnik di Malaysia. Antara isu yang kerap kali dibangkitkan ialah kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, dan isu kemasukkan pelajar ke IPTA dan pelbagai lagi (Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005-2010). 1. Penguasaan Ekonomi Dalam sektor ekonomi, terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi. Kebanyakkan orang Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Orang Cina umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan dan berteknologi moden. Perbezaan dan peguasaan ekonomi oleh sesuatu golongan etnik dan wujudnya jurang pendapatan antara etnik merupakan cabaran yang sering membawa kepada ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Hal ini telah dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kedua, iaitu perpaduan Negara tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia. Perpaduan Negara tidak boleh dipupuk andainya sebahagian besar penduduk kekal miskin dan jika peluang pekerjaan produktif yang mencukupi tidak diwujudkan untuk tenaga buruh yang kian meningkat. 2. Perbezaan Pekerjaan Berdasarkan Sektor Ekonomi Penguasaan ekonomi membawa kepada pengenalan pekerjaan mengikut etnik atau mewujudkan perbezaan dari segi pekerjaan. Setiap golongan etnik dikelaskan mengikut sektor ekonomi tertentu seperti pertanian, perniagaan, perindustrian dan penadbiran awam. Perbezaan pekerjaan ini menghalang interaksi antara kaum yang luas. Perkara ini akan memperkukuh lagi semangat perkauman. CABARAN KEPENTINGAN ANTARA ETNIK DARI ASPEK POLITIK Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika peyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi diperalat oleh sesuatu pihak untuk mendapat sokongan rakyat, maka tindakan ini tidak akan menyumbang kearah masyarakat yang bersatu padu. Hal ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya akan mewujudkan polarisasi antara etnik. Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebih besar sekiranya fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat. CABARAN GLOBALISASI Semenjak orang Barat memulakan era penjajahan mereka di Timur pada abad ke-15, mereka tidak berhenti untuk mendominasi masyarakat lain. Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dalam rangka nilai dan kebebasan manusia yang dipegang pada masa kini, maka mereka memperjuangkan pula hak asasi manusia. Malaysia tidak terkeluar daripada pengaruh ini kerana arus pembaratan dan globalisasi terlalu mendesak. Globalisasi ialah faktor perubahan budaya yang amat kuat dan pantas. Ketiga-tiga cabaran tersebut sekiranya tidak dibendung dan dikawal, akan menjurus kepada pembentukan semangat perkauman yang mendalam, menimbulkan prasangka dan mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme. TURUN NAIK HUBUNGAN ETNIK Rentetan sejarah Malaysia membuktikan bentuk hubungan etnik di Malaysia mangalami turun-naik. Tragedi 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam negara yang menunjukkan bahawa pelaksanaan dasar pada masa lampau tidak mencukupi dan kurang berkesan dalam menghadapi tekanan masalah perkauman yang kian meruncing. Peristiwa 13 Mei terjadi kerana perjalanan kempen pilihan raya yang dipenuhi dengan isu-isu perkauman dan sensitif seperti bahasa, agama dan kedudukan istimewa orang Melayu. Keadaan ini juga disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam ekonomi. Orang Melayu semakin bimbang dan tidak selamat disebabkan oleh jurang perbezaan yang wujud antara mereka dengan orang bukan Melayu, terutamanya dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Pada penghujung Julai 1969, majalah Far Eastern Economic Review mencatatkan pandangan Tun Abdul Razak bahawa punca yang menyebabkan rusuhan bulan Mei ialah kemarahan orang Melayu terhadap ketidakadilan ekonomi. Hal ini menunjukkan cita-cita orang Melayu untuk memperbaiki status ekonomi mereka supaya standing dengan ekonomi bukan Melayu tidak menjadi kenyataan seperti yang dijangkakan. Hubungan etnik, perpaduan dan integrasi ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Usaha-usaha ini pula diasaskan kepada penghayatan Islam, perkongsian kuasa, semangat akomodatif yang tinggi, rela berkorban dan persefahaman yang utuh dalam kalangan masyarakat Malaysia. Mohammad Aizzat Bin Mohd Abd. Hafiz - 2012884754 Mohd Shafiq Azha Bin Azahari - 2012274642 Mohd Zharif Bin Mohd Safian - 2012492624 Muhammad Izzuddin Bin Abas - 2012872708 Kamil Redza Bin Aminuddin - 2012220902 Nur Shazana Bt Rosli - 2012654356 Nurul Shazwani Bt Ariffin - 2012607684 Nur Hairunnisa Bt Ghazali - 2012543382
Full transcript