Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Tamadun melayu adalah tamadun yang telah lama bertapa

No description
by

aiman zharfan

on 5 May 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Tamadun melayu adalah tamadun yang telah lama bertapa

TAMADUN MELAYU
Masyarakat Melayu telah lama bertapak di Alam Melayu (5000 tahun). Sarjana tempatan Nik Hassan Suhaimi (1993) orang melayu adalah penduduk asal kawasan Asia Tenggara.pendapat ini mengambil kira bahawa satu masa dahulu (10000tahun) asia Tenggara merupakan satu dataran besar merangkumi Pulau sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Jawa dan Pulau Borneo. Jika mengikut pendapat serta tarikh tapak pra sejarah terawal iaitu tapak Paleolitik Kota Tampan, mendapati orang Melayu wujud di situ lebih dari 12000 tahun dahulu, sebelum pencairan ais dan glasier di kutub utara dan selatan menyebabkan paras air naik pada akhir zaman geologi pleistosen.
Proses urbanisasi atau perbandaran adalah satu manifesta tamadun. Banyak pandangan mengenai kewujudan tamadun oleh ahli sarjana. Dalam waktu yang sama, wujud pelbagai jenis tamadun di dunia. Menunjukkan kepelbagaian keperluan dan pengubahsuaian manusia. Setiap tamadun adalah satu manifesta yang unik sehingga sukar untuk disbandingkan secara langsung. Namun begitu, tidak semua kumpualan atau kebudayaan manusia mewujudkan tamadun.
Sebelum wujud makanan berlebihan, semua orang terpaksa berkerja keras untuk mendapatkan makanan. Penghasilan makanan berlebihan mewujudkan senahagian masyarakat bebas mengkhusus pekerjaan tanpa menjadi petani denagan memberi kepakaran kepada orang lain (system barter). Hal ini mewujudkan kemunculan susnan masyarakat kompleks yang menjadi ciri penting sebuah tamadun.
Kemunculan tamadun melayu melayu yang terawal di alam melayu adalah dalam bentuk institusi kerajaan melayu awal. Kerajaan-kerajaan melayu awal ini adalah kerajaan-kerajaan pra islam. Antara contoh-contoh kerajaan melayu pra-islam yang awal adalah OC Eo di Funan (sekarang Vietnam), Langkasuka di Thailand selatan, Kuala Selingsing di perak dan lembah bujang di kedah.

Kerajaan-kerajaan melayu ini memerlukan sokongan daripada system ekonomi yang kuat, khususnya dalam aktiviti penghasilan makanan untuk menampung keperluan penduduk-penduduk di sesebuah Bandar. Apabila kita meninjau manifestasi tamadun-tamadun di luar alam melayu, kita akan dapati bahawa sebahagian besar dari tamadun-tamadun ini sememangnya berasaskan kepada aktiviti pertanian (atau agraria). Akan tetapi, sebahagian besar daripada kerjaan-kerajaan melayu awal di kawasan alam melayu lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti maritim atau perdagangan.

Ditanah melayu, kerjaan-kerajaan melayu telah wujud sekurang-kurangnya 2500 tahun dahulu jika kita melihat kesan-kesan peninggalan arkeologi masyarakat melayu di Lembah Bujang, Kedah ada juga di Kuala Selinsing, Selangor. Kedua-dua kerajaan melayu awal ini meninggalkan bukti arkeologi yang menunjukkan bahawa pelabuhan-pelabuhan yang didirikan oleh mereke terlibat dengan perdagangan. Perdagangan dengan Negara-negara luar menunujukkan rangkaian perhubungan yang besar dan memerlukan petempatan yang agak lama dan tetap untuk memudahkan penggekalan perhubungan tersebut. Biasanya, perdagangan jarak jauh dikuasai oleh pemimpin sesebuah kerajaan (sultan, dan ia merupakan satu lagi petanda wujudnya susunan masyarakt melayu yang kompleks.
Tamadun awal yang terdapat di alam melayu selalunya dibentuk oleh orang melayu melalu teknologi maritim. Selepas kemunculan kerajaan Melayu , perkembangan dalam tamdun melayu adalah dalama bentuk kerajaan melayu islam. Kemunculan institusi kesultanan Melayu Islam adalah penting dalam perkembangan tamadun kerana gabungan antara kebudayaan Melayu dan agama Islam membentuk satu tamadun Melayu yang baru, satu tamadun yang menjadi asas kepada identiti kebudayaan Melayu dan teras pembentukan negara Malaysia.

Sungguhpun, terdapat kerajaan Melayu awal, sebahagian besar daripada kerajaan tersebut tidak mempunyai ciri-ciri yang menepati takrif tamadun seperti yang dinyatakan dalam topik satu. Namun demikian, kerajaan Melayu awal yang terdapat pengaruh Hindu-Budhha dengan jelas menunjukkan ciri-ciri tamadun yang dinyatakan(Wheatley 1980). Ini adalah kerana bandar-bandar, petempatan ataupun pusat keagamaan kerajaan Melayu awal ini mempunyai pembinaan monumen yang menggunakan batu. Penggunaan batu dalam pembinaan memerlukan pakar yang khusus dalam pekerjaan merekea sepenuh masa. Contoh kerajaan Melayu awal yang menunjukkan pengaruh Hindu-Buddha adalah Angkor Wat di Kampuchea, Borobudur di Pulau Jawa, Indonesia dan Lembah bujang di Kedah, Malaysia.
tarikh kedatangan Islam masih menjadi persoalan. Walau begitu, kerajaan Samudear Pasai di Sumatera Utara telah menrima Islam sejak abad ke & atau 8M. Ada sarjana mengatakan kemasukan Islam di Sumatera pada abad ke 13M dan Tanah Melayu pada abad ke 14M.
Agama Islam dikatakan dibawa oleh parapendakwah dan ahli-ahli sufi melalui tiga laluan iaitu
• Secara langsung melalui laluan pedagang arab
• Melalui laluan perdagangan darat ke benua kecil India
• Melalui laluan perdagangan darat ke negeri Cina (laluan sutera)
Faktor menyumbang kepada perkembangan agama Islam di Alam Melayu
• Peranan ahli-ahli sufi
Merupakan golongan alim ulama yang menjalankan usaha menyebarkan Islam dan telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada kesultanan-kesultanan islam di Melaka, Aceh, Demak, Sulu, Banjar. Ulama wujud dalam kapasiti yang pelbagai, taraf kerohanian yang tinggi dan kebanyakkannya bertaraf Wali Allah
• Perkahwinan
Perkahwinan antara pedagang dan ulama Islamdengan wanita-wanita tempatan di sleuruh kepulauan Melayu. Perkahwinan antara raja yang telah memeluk Islam dengan anak raja yang belum memeluk Islam juga menjadi punca perkembangan Islam
• Perdagangan
Alam Melayu kaya dengan hasil bumi. Dalam menjadi urusan perdagangan terutamanya pedagang dari Arab, penyebaran agama Islam juga dapat dijalankan.
• Politik dan penaklukan
Penguasaan Melaka keatas beberapa kawasan di Semenanjung Tanah Melayu seperti Pahang, Perak dan sebagainya membawa kepada penyebaran agama Islam.
Alam Melayu merangkumi kawasan-kawasan di mana wujudnya ras (rumpun) Melayu merentasi seluruh Asia Tenggara hingga ke sempadan Australia. Secara umumnya, teras wilayah ini adalah kawasan kepulauan Asia Tenggara yang menjadi pusat kepada ras (rumpun), bahasa, kebudayaan, dan tamadun Melayu.
Amalan merantau telah menjadi sebahagian ciri orang Melayu. Di Kepulauan Nusantara, orang orang Melayu bergerak bebas di dalam kawasan perantauan dan apabila berada di luar kerajaan asal, mereka dianggap sebagai orang merantau. Orang yang merantau dianggap sebahagian daripada orang Melayu. Mereka yang merantau ke luar digelar Melayu Diaspora seperti Melayu Cape di Afrika Selatan.
3.1.1 ALAM MELAYU
PENGENALAN
Merujuk kepada kemunculan masyarakat yang mempunyai susunan struktur sosial yang kompleks. Masyarakat yang tinggal di kawasan bandar (pelabuhan seperti Pasai, Melaka, Aceh dan Johor –Riau) memerlukan susunan struktur masyarakat yang kompleks untuk mengetahui perbandara. Di uruskan oleh pemimpin, pentadbir, cendiakawan, penguatkuasa, pedagang, dan petanidi perlukan dalam sebuah organisasi masyarakat yang berfungsi sebagai satu entiti.
Masyakat Melayu kompleks dikaitkan dengan kemunculan institusi kerajaan Melayu awal. Kesultanan-kesultanan Melayu awal mempunyai sistem masyarakat yang komples dimana raja sebagai pemimpin, golongn pembesar, golongan ulama, askar, pedagang, peniaga, nelayan dan petani sebagai rakyat jelata. Kemuculan tamadun Mekayu dikaitkan dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan Melayu di Nusantara.

Kedatangan Islam di Tanah Melayu membawa perubahan yang amat ketara dengan mengukuhkan lagi tamadun Melayu. Empayar Kesultanan Melayu tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia seperti Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Aceh Darussalam, Kesultanan Johor-Riau dan lain-lain. Ketamaduan Islam Melayu lebih menjurus kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Perkembangan ini menunjukkan kehebatan pengaruh agama Islam dan al-Quran. Falsafah sesuatu tamadun menunjukkan pencapaian para ulama yang mengkhususkan kepada penghasilan ilmu. Para ulama di pandang tinggi oleh kerajaan Melayu Islam pada waktu itu.
Pusat tamadun Melayu Islam yang penting di Alam Melayu
• Perlak
Terletak di Sumatera Utara dan dikatakan sebagai pusat kerajaan Islam yang paling awal dan menjadi asas penting di dalam perkembangan islam di Tanah Melayu
• Samudera Pasai
Pusat penyebaran dan kebudayaan Islam yang penting. Institusi pendidikan Islam atau Dayah yang dipimpin oleh para ulama yang terkenal telah wujud. Kepentingan Pelabuhan Pasai membolehkan agama Islam mengembang ke sekitar Aceh, Minangkabau, Palembang dan Pulau Jawa. Pasai merupakan negeri pertama memainkan peranan dalam perkembangan bahasa Melayu menerusi tulisan jawi menggantikan tulisan jawa kuno.
• Campa
Melalui penemuan batu nisan yang mempunyai tulisan khat kufi di Phang-Rangbertarikh 1039M. Penemuan batu bersurat bertarikh 1025M dan 1035Mmembuktikan bahawa terdapat pusat bandar di Phang-Rang terdiri dari orang Islam. S.Q. Fatimi menyatakan wujud perwakilan orang Campa yang beragama Islam bernama Pu He San (Abu al-Hassan) di China. Pusat perdagangan gaharu dan cendana. Perkembangan Islam mula lemah pada tahun 1471 apabila menghadapi serangan orang-orang Vietnam.
• Melaka
Kesultanan melayu Melaka telah dibuka sekitar tahun 1400. Sebagai pusat perdagangan, golongan ulamak, ahli sufi dan pedagang-pedagang islam telah menggunjungi Melaka hingga raja Melaka memeluk islam. Melalui perkhawinan dan hubungan diplomatik, islam telah disebarkan keseluruh Alam Melayu, Sumatera dan Jawa dan juga keseluruh jajahan takluk Melaka seperti Siak, Lokan, Inderagiri dan sebagainya. Islam turut dikembangkan kepada pedagang yang mengunjungi Melaka. Dua kanun undang-undang Melaka iaitu hukum kanun Melaka dan undang-undang laut Melaka menjadikan sistem perundangan islam sebagai elemen utama di dalamnya.
• Aceh
Setelah kejatuhan Melaka pada tahun 1511, Aceh mula menjadi tumpuan pedagang-pedagang islam. Kesultanan Aceh Darussalam telah menjadi pemegang kuasa politik serta pusat perkembangan islam dan di Alam Melayu. Sistem pendidikan islam di Aceh seperti dayah dan masjid “Masjid al-Jamie“ Bayt al-Rahim dan Masjid Bayt al-Rahman mencapai tahap cemerlang dan menjadi tumpuan penduduk dari seluruh Alam Melayu.
Kedudukan ulama sangat tinggi sehingga Qadi Malik
All-Adil pernah memangku jawatan sultan. Aceh telah meniupkan semangat jihad bagi menentang kuasa Kristian Portugis malahan serangan-serangan terus dilakukan terhadap Portugis di Melaka misalnya pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah II (1539-1571) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Meskipun gagal, ia berjaya menghalang pengembangan agama kristian di Alam Melayu.
Para sarjana menyatakan bahawa selat Melaka, suatu lokasi antara tanah melayu dan pulau Sumatera suatu masa dahulu sangat penting untuk laluan perdagangan (wheatley 1980) . Perlabuhan di tanah memainkan peranan sebagai tempat berehat yang penting untuk kapal-kapal layar meneruskan perjalanan sama ada ke barat ataupun ke timur mengikut musim yang bersesuaian. Perlabuhan-perlabuhan sedemikian berkembang untuk membentuk tamadun-tamadun (atau perbandaran) melayu yang awal.

Tamadun melayu awal yang wujud di Kuala Selinsing berbeza daripada yang terdapat di Lembah Bujang kerana ia tidak berfungsi sebagai pusat keagaaman. Pada waktu yang sama, maklumat daripada peninggalan arkeologi yang ditemui di Kuala Selinsing mencadangkan bahawa tamadun ini tidak di pengaruhi oleh kebudayaan hindu-buddha. Beberapa artifak yang ditemui di tapak arkeologi ini menunjukkan bahawa penghuninya menggunakan system tulisan Pahlavi( atau Sanskrit) dan menulis dalam bahasa melayu (Nik Hasan Suhaimi 1921).

Ahli Kumpulan
1) Aiman Zharfan bin Che Mahmud AI130188
2) Muhammad Haziq bin Mahamud Khalil AI130009
3) Muhammad Shafiq bin Abu Bakar AI130071
4) Muhd Akmalul Hakim bin Samsuri AI130159
5) Dzul Fahmi bin Ahmad Fadzil AI130261
3.2 ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU
3.2.1 LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU
3.1 KONSEP MELAYU
Istilah melayu sebenarnya boleh merujuk kepada tiga perkara yang penting, iaitu Ras (genetik atau biologi), kebudayaan dan bahasa. Ras melayu merujuk kepada sekumpulan orang melayu yang memiliki ciri-ciri genetik yang sama dan mereka berasal dari alam melayu. Dalam perkara 160, perlembagaan Malaysia "orang Melayu" adalah :

i) Secara lazimnya berbahasa melayu
ii) Secara lazimnya mengamalkan adat istiadat melayu, dan
iii) Beragama islam

Kebudayaan pula merujuk kepada pegangan dan amalan masyarakat melayu yang diwarisi dan diturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Pegangan dan amalan tersebut adalah berdasarkan kepada agama islam dan adat resam masyarakat melayu tradisional.
Bahasa adalah suatu sistem percakapan yang digunakan untuk berhubung dengan penutur-penutur bahasa yang sama. Bahasa melayu adalah bahasa yang dituturkan diseluruh kepulauan melayu. Ia merangkumi bahasa melayu - indonesia termasuklah sub- keluarga bahasa-bahasa melayu seperti Jawa, Sundra, Madura, Aceh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Banjar, Bugis dan Sulu.
3.2.2 KEMUNCULAN TAMADUN MELAYU DAN PENGUASAAN LALUAN PERDAGANGAN
Kebanyakan kerajaan Melayu yang terawal tidak begitu besar dan tidak mampu untuk berkembang luas. Ini mungkin kerana kerajaan-kerajaan ini tidak mempunyai asas perbandaran yang cukup untuk menampung keperluan sesebuah perbandaran dan tamadun. Terdapat dua empayar melayu yang terbesar iaitu Empayar Funan dan Empayar Sri Vijaya yang mempunyai persamaan dimana kedua-duanya mampu menguasai laluan perdagangan di kawasan mereka. Penguasaan ini mungkin dilakukan mengikut cara yang agak berbeza daripada apa yang berlaku di Eropah dan kawasan-kawasan lain di dunia.

Salah satu cara pemikiran masyarakat Melayu adalah pembentukan kerajaan dan empayar berdasarkan pengaruh. Konsep ini berbeza daripada pemikiran masyarakat barat yang mengembangkan wilayah secara fizikal. Oleh kerana masyarakat Melayu pada dasarnya adalah kumpulan manusia yang tinggal di kawasan kepulauan, mereka kurang memberi perhatian kepada penguasaan fizikal wilayah mereka. ini adalah kerana orang-orang yang tidak bersetuju sentiasa boleh belayar keluar ke tempat yang ditujui. Penguasaan kawasan bukannya berdasarkan tanah tetapi berteraskan penguasaan laluan air serta kebolehan menarik orang datang. Konsep penguasaan ini mungkin menyebabkan tamadun melayu tidak mempunyai peninggalan ciri-ciri fizikal sama seperti yang terdapat di kawasan lain. Dan kini masih terdapat kerajaan melayu awal seperti Langkasuka dan Beruas di Malaysia, dan juga termasuk Sri Vijaya yang masih belum dikenalpasti kedudukannya sehingga hari ini.
Tamadun melayu adalah tamadun yang telah lama bertapak di rantau asia tenggara. Ia telah mengalami proses perkembangan yang lama dan merentasi beberapa fasa atau zaman yang berbeza. Fasa-fasa ini memberi impak yang besar dalam pembentukan tamadun melayu. Sebagai contoh,penerimaan agama islam dalam asas tamadun melayu merupakan perkembangan yang paling penting dalam membentuk tamadun islam yang gemilang khususnya dalam konteks Malaysia.
Tamadun melayu sebenarnya merujuk kepada sebuah tamadun yang di bentuk oleh sekelompok manusia yang secara am nya digolongkan sebagai kumpulan masyarakat melayu yang menduduki sesuatu wilayah di asia tenggara yang dikenali dengan perbagai nama seperti gugusan kepulauan melayu (malay archipelago), gugusan kepulauan melayu - Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa melayu, yang menjadi bahasa perhubungan luas (lingua franca) masyarakat melayu diseluruh kawasan ini, dan agama islam yang menjadi asa kepada pembentukan tamadun melayu.
3.2.3 PEMBENTUKAN EMPAYAR MELAYU SEBELUM ISLAM
3.2.4 TAMADUN MELAYU SELEPAS KEDATANGAN ISLAM
3.2.5 PUSAT TAMADUN MELAYU ISLAM
• Patani
Ada beberapa sumber tentang kedatangan islam ke Patani. Pertama pada abad ke 14M sejajar dengan penemuan batu bersurat di Terengganu. Kedua dari Melaka pada abad ke 15M dan ketiga dari Pasai. Pada abad-abad ke 18M dan 19M, sistem pendidikan sistem pendidikan pondok dan madrasah di Patani sangat terkenal dan Berjaya melahirkan ulama-ulama tersohor di seluruh Alam Melayu seperti Shaykh Daud al-Fatani, Shaykh Ahmad bin Muhammad Zayn al-Fatani dan lain-lain.
• Pulau Jawa
Antara pusat pertapakan Islam yang paling awal di Tanah Jawa ialah Gresik, Giri Demak dan Pajang. Di Gresik, tokoh yang terpenting adalah Sunan Gresik (Maulana Malik Ibrahim). Beliau mengilhamkan pesantren yang menjadi pusat pengajian agama Islam dan pusat melatih golongan pendakwah. Giri juga merupakan pusat pengajian dan penyebaran Islam yang penting di Pulau Jawa dan ia menjadi asas kepada kelahiran kerajaan-kerajaan Islam yang lain seperti Demak. Pada abad ke 15M, Demak yang diasaskan oleh Raden Fateh menjadi pusat Islam dan benteng daripada serangan kerajaan Hindu, Belanda dan Portugis di Pulau Jawa.
Full transcript