Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

KEYAKINAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN

No description
by

ASYRAF MOHAMAD

on 25 September 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of KEYAKINAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN

KEYAKINAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN
SUB TOPIK PERBINCANGAN
PENGENALAN
KAEDAH FIQH DALAM SAINS DAN KEJURUTERAAN
KESIMPULAN BESERTA CONTOH
DALIL KAEDAH
KESIMPULAN KESELURUHAN
PENGENALAN
Kaedah fiqh al-Kubra sebagaimana yang disebutkan oleh para Ulama boleh diaplikasikan dan dipraktikan dalam kesemua bidang kehidupan manusia seperti ibadah,.muamalat, jenayah,politik dan juga sains teknologi.
Sebenarnya apabila kita membuat sedikit penelitian terhadap kaedah fiqh dan perkara yang berada disekeliling kita, maka kita dapat mengaplikasikan kaedah fiqh ini dalam bidang sains dan teknologi.Dalam perbincangan yang ringkas ini beberapa contoh bagaimana kaedah fiqh boleh dan sememangnya dapat diaplikasikan dalam bidang sains dan teknologi.

Al Yakin
 Dari segi bahasa: mengetahui dan menghilangkan keraguan. Al Yakin adalah bertentangan dari Al Syak. Boleh disimpulkan bahawa Al Yakin adalah bentuk penetapan dan penenangan atas sesuatu yang sekiranya tiada lagi keraguan. Keyakinan yang ada tidak boleh dihilangkan oleh keraguan yang baru, dan keyakinan sebegini tidak boleh hilang kecuali dengan keyakinan yang jati.

Al syak
 Al syak dari segi bahasa bermaksud ragu atau ketidakpastian akan sesuatu. Secara terminologi, al syak adalah sama antara dua perkara, iaitu berhenti/tidak bolehditentukan antara dua perkara dan hati yang tidak terpesong pada salah satunya. Manakala Al Razi menjelaskan, keraguan antara dua perkara, jika keduanya seimbang, disebut Al Syak. Jika tidak seimbang, disebut dzan dan yang lemah disebut salah tafsir/al wahn.

KAEDAH FIQH DALAM SAINS DAN KEJURUTERAAN
Apabila kita masuk ke dalam masjid kebiasaanya akan ada jam yang berfungsi untuk menunjukkan masuknya waktu sembahyang. Apakah kita perasaan sebenarnya ia adalah hasil kemajuan sains dan teknologi yang bertujuan untuk memudahkan umat Islam menunaikan ibadah kepada Allah s.w.t.Apabila masuknya waktu sembahyang maka jam tadi akan mengeluarkan bunyi yang menandakan masuknya waktu. Adakah boleh dijadikan sandaran masuknya waktu tanpa dirujuk terlebih dahulu kepada kalendar.Jawapannya Ya apabila jam tersebut telah disahkan oleh pihak berkuasa agama dan tidak perlu diragui lagi ketepatannya .
KESIMPULAN BESERTA CONTOH
 Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan keraguan.
 Sesuatu yang telah diyakini, tidak akan hilang dengan kedatangan keraguan atau syak ke atasnya.
 Hal ini kerana perkara yakin tidak mungkin dihilangkan dengan perkara yaang lemah daripadanya, tetapi boleh dihilangkan dengan perkara yang sama taraf yakin sepertinya atau yang lebih kuat daripadanya.
 Mengikut hukum syarak, apabila berlaku syak hendaklah kita ambil yang yakin
Contoh:
Seorang yang syak didalam sembahyang, adakah dia telah sembahyang tiga rakaat atau empat, maka yang diambil kira tiga kerana tiga adalah yakin, sedangkan empat adalah syak.
Seorang yang syak adakah dia telah berwudhu’ atau tidak, maka yang dikira adalah belum berwudu kerana ini yang yakin.
Seorang yang yakin telah berwudh’u dan syak adakah telah batal wudhu’nya atau tidak maka yang diambil kira, dia masih ada wudhu’, kerana batal wudhu’ ialah syak.

DALIL KAEDAH
1) Al-Hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang dari kamu mendapati ada sesuatu dalam perutnya lalu dia menjadi musykil adakah keluar sesuatu darinya atau tidak maka janganlah dia keluar dari masjid sehingga dia mendengar bunyi atau merasai angin (keluar)- Muslim, no:362.

2) Al-Hadith daripada Abu Said al-Khudri r.a:
Dari Abu Sa’id Al-Khudriy, ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila seseorang diantara kalin syak (ragu-ragu) di dalam solatnya, iaitu ia tidak tahu apakah ia telah solat tiga atau empat raka’at, maka hendaklah ia buang yang syak (ragu-ragu) dan kerjakan mana yang ia yakini, kemudian hendaklah ia sujud dua kali sebelum salam- Muslim,1:400

KESIMPULAN
 Kaedah ini menjelaskan keyakinan pada sesuatu perkara tidak boleh diubahkerana sesuatu keraguan. Perubahan keyakinan boleh berlaku seandainyaterdapat keyakinan lain yang mampu mengubah keyakinan asal. Contohnyajika seseorang berkeyakinan bahawa dia berada pada rakaat kedua dalam solat zohor, maka tiada sebab dia perlu menambah satu rakaat untuk menghabiskan solat zohornya. Meskipun dia merasa syak atau ragu tentangrakaatnya samada dua atau tiga. Maka ketika itu dia hendaklah memegangkeyakinannya yang asal iaitu hanya menambah dua rakaat sahaja.

 Keyakinan adalah sesuatu yang dipegang atau dipercayai benar pada asalsesuatu perkara. Syak atau ragu pula bermaksud ketidakyakinan atauketidakpastian terhadap sesuatu perkara.

 Kaedah fiqh menetapkan keyakinan yang dipegang oleh seseorang tidak boleh berubah dengan sewenang-wenangnya oleh gangguan syak ataukeraguan yang tidak pasti status kebenarannya

SEKIAN TERIMA KASIH
Full transcript