Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

TRAGEDI BERDARAH : 13 MEI 1969

No description
by

maryam jamilah

on 29 November 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of TRAGEDI BERDARAH : 13 MEI 1969

PENGENALAN KAJIAN
Peristiwa 13 Mei 1969 telah banyak memberi kesan kepada masyarakat Malaysia dan mempengaruhi struktur ekonomi dan etnik dalam negara. Oleh itu, kami pelajar Universiti Sains Islam Malaysia ingin membuat kajian mengenai peristiwa 13 Mei 1969 ini dengan lebih mendalam. Hal ini kerana, majoriti masyarakat Malaysia khususnya remaja hari ini hanya mengetahui akan kewujudan peristiwa ini dalam negara kita tetapi tidak mengetahuinya dengan lebih mendalam seperti mengapa ia berlaku, apa kesan peristiwa ini kepada negara, dan apa langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah ini. Kajian ini dijalankan di bawah subjek Hubungan Etnik dimana ia merupakan subjek yang wajib diambil oleh pelajar itu sendiri.

Objektif
Untuk mencapai tujuan kajian, beberapa objektif disenaraikan sebagai garis panduan untuk kajian ini. Antara objektif kajian ini adalah :
Untuk menghuraikan tentang punca-punca kepada tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.
Untuk merungkap kesan-kesan ke atas peristiwa 13 Mei dari pelbagai aspek.
Mengetahui tentang langkah-langkah yang diambil bagi menangani masalah ini.

Literature Review
Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 banyak memberi kesan kepada perpaduan kaum di Malaysia.Hal ini menyebabkan ramai pengkaji dan penulis yang mengkaji, menulis dan mengulas tentang peristiwa ini. Melalui sebuah buku panduan dan rujukan untuk peperiksaan am kerajaan iaitu ‘Malaysia Kita’ menyelitkan tentang peristiwa ini dalam salah satu babnya.Bab tersebut menerangkan bagaimana kerajaan mengambil langkah untuk memulihkan perpaduan kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969 tersebut.
Selain itu menurut buku ‘Malaysia:Sejarah Kenegaraan Dan Politik’ yang dislenggar oleh Abdul Rahman Haji Ismail telah menceritakan tentang latar belakang peristiwa 13 Mei 1969 di dalam salah satu bab daripada buku tersebut.Mengikut sebuah buku yang telah disunting oleh Aida Idris dan Abu Hassan Hasbullah yang bertajuk ‘Membina Bangsa Malaysia’ telah mengulaskan sedikit tentang peristiwa ini dari sudut ekonomi dalam era globalisasi.
Kajian tentang peristiwa 13 Mei 1969 bukanlah satu perkara yang baru , tetapi kebanyakan kajian yang dilakukan tidak secara menyeluruh.Sebagai contoh , kajian yang dilakukan oleh Mohd.Safar Hasim (Januari 1986) tentang Pengaliran Berita Antarabangsa. Kajiannya yang merupakan satu kajian terhadap laporan kejadian 13 Mei 1969 oleh akhbar barat dapat menunjukkan bahawa mereka banyak menulis tentang perkara negatif daripada peristiwa ini yang mana dapat memburukkan lagi perpaduan kaum rakyat Malaysia.
Melalui kajian Abdul Rahman Abdul Aziz pula iaitu Rukun Negara dalam Memperkukuhkan Ketahanan Negara memfokuskan tentang Rukun Negara.Di dalam kajiannya,Rukun Negara adalah merupakan salah satu kesinambungan daripada peristiwa 13 Mei 1969.Kajiannya juga banyak menerangkan tentang setiap 5 komponen yang ada dalam Rukun Negara.Oleh itu,kami mengambil inisiatif untuk mengkaji tentang Peristiwa ini dengan lebih mendalam.
Metodologi Kajian
Bagi melaksanakan kajian mengenai 13 Mei dengan efektif, kaedah yang digunakan adalah melibatkan:
1) Kajian Perpustakaan :
Teknik kajian perpustakaan yang sesuai dengan kajian ini ialah pengumpulan data melalui kajian dan pembacaan terhadap dokumen-dokumen, buku-buku ilmiah, jurnal, majalah, kertas-kertas seminar, akhbar dan lain-lain yang ada hubungannya dengan peristiwa 13 Mei.
Antara buku yang menjadi rujukan kami ialah Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik, Membina Bangsa Malaysia, Malaysia Kita dan lain-lain.

2) Sumber Internet.
Selain kajian perpustakaan, kami juga menjalankan kajian melalui internet dimana kami mencari rujukan di dalam kajian yang telah dilakukan oleh individu sebelumnya. Antaranya ialah kajian dari Abdul Rahman Abdul Aziz yang bertajuk “ Rukun Negara dalam memperkukuhkan ketahanan negara ”.

Pernyataan Masalah

Kajian peristiwa 13 Mei 1969 ini dilakukan kerana untuk mengkaji dan menganalisis kronologi peristiwa 13 Mei 1969 ini. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan hasil daripada pembacaan dan perbincangan selain membuat rujukan daripada kajian yang sebelumnya. Antara tempat yang telah menjadi rujukan sepanjang kajian ini dilakukan ialah perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Limitasi Kajian
Kajian ini hanya mengfokuskan peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Kajian ini dilakukan adalah untuk merungkap dan menghurai faktor-faktor, kesan dan juga langkah kerajaan semasa peristiwa ini. Dapatan kajian pula bergantung kepada sumber bahan rujukan yang diperoleh semasa menjalankan kajian ini.
BAB 1: PENGENALAN
Pada 13 MEI 1969 merupakan peristiwa hitam dalam sejarah Malaysia. Semangat perkauman amat kuat berlaku dalam kalangan orang melayu dan juga rang cina di tanah melayu. Parti potitik menyuburkan perasaan perkauman kernan tujuannya semata-mata menarik populariti seseorang pemimpin. Kebanyakan parti pada masa itu ditubuhkan pada dasar perkauman ataupun keagamaan

DAP dan Parti Buruh merupakan kelompok yang paling menekankan sentiment perkauman. Peristiwa ini berlaku apabila parti Gerakan dan DAP memenangi pilihanraya di Kuala Lumpur(dulu Selangor) . Perarakanyang dkan oleh DAP dan Gerakan ini ebih kepada perarakan perkauman dan bukannya perarakan untuk menyambut kemenangan.

Perarakan yang diadakan oleh parti pembangkang daripada kalangan kaum Cina telah menyebabkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu tambahan pula mereka merasakan mereka hampir hilang kuada di bumi sendiri.
Oleh itu , mereka telah mengambil keputusan untuk turut mengadakan perarakan sebagai tindak balas kepada pihak pembangkang.

Khabar angin yang menyatakan akan berlaku rusuhan kaum tersebar menyebabkan orang Melayu menyertai perarakan tersebut dan bersama mereka seperti parang dan keris. Ramai yang terkorban dalam rusuhan ini sehingga Yang Di Pertuan agong mengisytiharkan darurat di Kuala Lumpur.

Sebuah majlis iaitu Majlis Gerakan Negara telah ditubuhkan oleh Tuamku Abdul Rahman . Parlimen kembali berfungsi pada 23 Februari 1971 dan sistem demokrasi mula dipulihkan.
BAB 2: FAKTOR-FAKTOR
Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian tentang peristiwa 13 Mei 1969 adalah :
Membantu para pelajar khususnya untuk mengetahui lebih mendalam tentang peristiwa ini.
Menanam nilai-nilai murni daripada pemahaman mereka terhadap perpaduan kaum di Malaysia.
Mengaplikasikan semangat perpaduan kaum ini dalam kehidupan harian mereka sebagai rakyat Malaysia.
BAB 3: KESAN-KESAN
Kesimpulan
Pada tanggal 13 Mei 1969 telah berlaku satu rusuhan kaum yang telah memberi kesan kepada negara dan rakyat. Kesannya begitu besar terhadap perpaduan masyarakat dan perkembangan ekonomi Malaysia pada ketika itu. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab setiap masyarakat Malaysia untuk menjaga dan mempertahankan kedua-dua elemen ini bagi menggelakkan daripada peristiwa ini berulang kali kedua seperti peribahasa melayu pisang berbuah dua kali. Setiap rakyat juga perlulah sedar akan kepentingan menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara daripada diancam musuh-musuh luar. Bagi tujuan itu, setiap rakyat Malaysia khususnya remaja hari ini perlulah mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap kerana generasi inilah yang akan mentadbir negara pada masa hadapan. Golongan belia inilah yang akan menentukan corak pemerintahan negara pada masa akan datang seperti peribahasa pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara. Oleh itu, semua rakyat perlulah berganding bahu tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama dalam mempertahankan negara daripada berulangnya peristiwa rusuhan kaum ini seterusnya mengekalkan keharmonian yang dinikmati sekarang.


BAB 4:LANGKAH-LANGKAH
Dasar Pecah dan Perintah
Sitem pendidikan yang berasingan yang dikenali sebagai sistem vernakular
Perbezaan agama dan budaya yang mewujudkan pelbagai etnik
PILIHANRAYA 1969
Menimbulkan pelbagai tanggapan salah dan perasaan resah serta iri hati yang berterusan di kalangan masyarakat
Orang melayu dan orang cina saling bunuh membunuh antara satu sama lain.
Banyak kebakaran yang berlaku melibatkan hampir beratus rumah disertai dengan kejadian tembak-menembak
Diisytiharkan perintah berkurung bermula pukul 8.00 malam pada 13 MEI 1969 sehingga 31 JULAI 1969
1.Mengisytiharkan darurat
2.Membentuk MAJLIS GERAKAN NEGARA(MAGERAN)
3.Menubuhkan Majlis Perundangan Negara
4.Memperkenalkan Rukun NEGARA
5.Pembentukan Majlis Muhibah
6.Penyusunan semula politik(BARISAN NASIONAL)
Tragedi Berdarah: 13 MEI 1969
Beberapa gambar sewaktu tragedi 13 MEI 1969....
sumber: internet
Full transcript