Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Mekanisme Sanad Dalam Pengajian Islam -PERGAS

No description
by

sakinah saptu

on 30 September 2016

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Mekanisme Sanad Dalam Pengajian Islam -PERGAS

PERSOALAN
PERBINCANGAN
KESIMPULAN
Ustazah Dr Sakinah Saptu
Isu ini sekaligus menyebabkan kredibiliti agamawan yang tidak mendapat pendidikan agama secara bersanad, seperti graduan pengajian Islam dari universiti dipertikaikan (Fathurrahman Karyadi, 2013; Yuki Shiozaki, 2015; Uci Sanusi, 2013)
ISU
Keterujaan di kalangan penuntut ilmu terhadap pengajian Islam bersanad
Semua ilmu agama perlu dipelajari secara bersanad (Munzir, 2008; Raja Ahmad, 2011a).
Ketiadaan sanad menyebabkan ilmu ditolak - tiada kesinambungan sanad sehingga Rasulullah s.a.w.
Penolakan graduan universiti berlaku, lantaran pelajar dari universiti tidak mewarisi sanad dari guru (Raja Ahmad, 2011b; Yuki Shiozaki, 2015; Zainul Milal, 2015)
Pengajian di universiti dianggap sebagai sistem beracuankan Barat (Raja Ahmad, 2011a).
Benarkah ketiadaan sanad dalam pengajian Islam menyebabkan keterputusan ilmu dari Nabi s.a.w?
Adakah sanad wajar diaplikasi dalam semua ilmu pengajian Islam?
PENDAHULUAN
Mekanisme sanad masih diteruskan pada hari ini di Singapura.
Pengajian al-Quran bersanad
Pengajian bersanad bagi kitab-kitab Hadis seperti Sahih al-Bukhari.
Definisi
Ungkapan mekanisme sanad dalam konteks perbahasan ini dimaksudkan sebagai satu sistem yang menggerakkan pemindahan hadis atau ilmu pengajian Islam dengan adanya kesinambungan dari seorang individu kepada seorang individu yang lain sehingga sampai kepada sumber pertamanya.
[Definisi ini telah dipetik dari: Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib, 1989; Ibn Jama’ah, 1986; Nur al-Din ‘Itr, 1997, dengan pengubahsuaian dari penulis].
Aplikasi Sanad
Relevansi Aplikasi Sanad
Sejarah awal perkembangan sanad, tertumpu dalam bidang hadis.
Sanad belum bertapak secara rasmi sebagai sebuah mekanisme penyampaian hadis.
Apa yang ada pada masa tersebut: penyampaian yang diketahui dari siapa dan dari mana sumber penyampaiannya (al-‘Azami, 1992).
Setelah berlaku fitnah, keprihatinan terhadap sanad semakin dipertingkatkan oleh para sahabat (al-Khatib, Muhammad ‘Ajjaj, 1988; al-Siba’i, 2003; al-Zahrani, 2010).
Sanad dibangunkan oleh generasi selepas mereka sehingga menjadi satu sistem yang tersusun dari sudut teori dan praktikal.
Ini bermakna, aplikasi sanad secara serius pada awalnya menumpukan kepada penyampaian hadis dan bukan selainnya.
Sejarah
Sanad
Sudah bermula sejak zaman Nabi s.a.w (Ali Kulaib 2001; al-A'zami 1992; Qasim 'Ali Sa'ad 2010)
Pada zaman tersebut memperlihatkan kebiasaan para sahabat menyebut apa yang mereka dengar daripada Nabi s.a.w atau apa yang mereka lihat yang dilakukan oleh Nabi s.a.w.
Mereka menisbahkan kata-kata dan perbuatan tersebut kepada baginda s.a.w.
Tindakan para sahabat menyandarkan kata-kata dan perbuatan kepada Nabi s.a.w menunjukkan kepada keberadaan sanad.
Para sahabat tidak menjadikan sanad sebagai topik kajian dan perbahasan yang ketara pada zaman itu.
Nabi s.a.w menjadi tempat rujuk kepada para sahabat bagi memastikan kesahihan sumber dan maklumat (al-Khatib, Muhammad 'Ajjaj 1988; al-Qattan 2002).
Para sahabat tidak memerlukan kepada kajian sanad yang terperinci lantaran majoriti mereka dikenali sebagai orang yang jujur, amanah dan ikhlas (al-Khatib, Muhammad 'Ajjaj 1988).
Jika para sahabat mendengar perbualan dari sahabat yang lain, seolah-olah mereka mendengar perkataan itu daripada Nabi s.a.w dengan telinga mereka sendiri (Ali Kulaib 2001).
Keprihatinan para sahabat terhadap sanad pula mula ketara selepas berlakunya peristiwa fitnah di akhir pemerintahan Khulafa’ al-Rashidun pada tahun 40H (al-Khatib, Muhammad 'Ajjaj 1988; al-Siba'i 2003; al-Zahrani 2010).
Pada masa tersebut, keprihatinan terhadap sanad dititikberatkan dan sumber sanad mula dipersoalkan dan dibahaskan (Ali Kulaib 2001; al-Zahrani 2010).
Faktor keprihatinan sanad mula ketara ialah penyelewengan dan penyandaran pada nama Nabi s.a.w bagi tujuan politik, agama, bangsa dan ekonomi (Al-'Umari 1984; al-Khatib, Muhammad 'Ajjaj 1989; al-Siba'i 2003) .
Mereka tidak menerima sesuatu hadis tanpa sanad dan sehingga mereka mengetahui siapa perawinya dan identiti perawi tersebut (al-Zahrani 2010).

Ibn Sirin: Mereka dahulu tidak pernah bertanya tentang sanad, tetapi tatkala berlakunya fitnah, mereka berkata: “Sebutkan kepada kami siapa perawi (hadis) kamu” Maka bila dilihat kepada ahlu Sunnah, justeru diambil hadis mereka. Dan ketika dilihat kepada ahli bidaah, justeru tidak diambil hadis dari mereka (Muslim 1991).
Pada masa timbulnya keprihatinan memeriksa identiti perawi yang terkandung dalam sanad hadis, sanad belum menjadi sebuah subjek yang tersusun dari sudut teori dan praktikal.

Para sahabat dan tabiin serta generasi selepas mereka telah melaksanakan tiga inisiatif:
Perawi hadis perlu menepati syarat 'adalah dan dhabit.

Ibn Abbas: “Dahulu, jika kami mendengar ada orang yang berkata: “Rasulullah s.a.w telah bersabda” mata kami tertumpu kepadanya dan telinga kami mendengar kepada ucapannya. Tetapi, tatkala manusia sudah menaiki unta jinak dan unta liar (manusia sudah tidak memilih lagi atau sudah tidak berhati-hati lagi), kami tidak mengambil melainkan apa yang kami ketahui”
Aktiviti
rehlah
Proses
pengumpulan dan pembukuan
Pensisteman
biodata
perawi hadith
Sanad menjadi sebuah sebuah disiplin ilmu yang tersendiri.

Membangun sebagai sebuah sistem yang mudawwan (tersusun) dari sudut teori dan praktikal.
Iniasiatif Kajian Sanad Hadis
Aplikasi sanad dalam semua disiplin ilmu pengajian Islam pula, berlaku setelah sanad membangun sebagai sebuah sistem yang mudawwan (tersusun) dari sudut teori dan praktikal. Para ulama telah menjadikan sistem sanad hadis sebagai contoh untuk diaplikasikan dalam disiplin ilmu pengajian Islam yang lain.
Atas dasar itu, Abu Ghuddah (1992) berpendapat bahawa “sanad dijadikan sebagai asas dalam penyampaian ilmu, agar ilmu diperoleh melalui jalan periwayatan yang benar”.

Dengan kata lain, sistem sanad yang terdapat dalam hadis dijadikan sebagai model untuk disiplin ilmu pengajian Islam yang lainnya.
Adakah Sanad Satu Kemestian dalam
Pengajian Islam?
Tidak ada kemestian sanad untuk mempelajari sesuatu ilmu dalam pengajian Islam.
Pada zaman ini, keberadaan sanad berfungsi sebagai bentuk tabarruk (mengambil keberkatan).
Tidak ada yang mensyaratkan sesuatu ilmu tidak boleh diamalkan jika tiada sanad. Seseorang boleh sahaja beramal dengan isi kandungan sesebuah kitab, walaupun beliau tidak mempunyai sanad yang bersambung dari seorang guru kepada seorang guru hingga kepada Nabi s.a.w (Mohd Asri Yusuf, 2012)
Jika sanad diaplikasi dalam penulisan yang tidak melibatkan hadis-hadis Nabi s.a.w.

Contohnya, penulisan yang mengandungi kisah orang-orang salih, hikayat orang zuhud dan ahli ibadah, nasihat-nasihat orang yang fasih serta kata-kata hikmah ahli sastera. Maka menurut al-Khatib al-Baghdadi (1983), “sanad yang diletakkan padanya adalah sebagai satu hiasan kepada kata-kata itu dan ia bukanlah syarat kepada melaksanakannya”.
Aplikasi sanad hanya wajar seandainya penulisan tersebut bersangkut-paut dengan hadis-hadis Nabi s.a.w. (al-Khatib al-Baghdadi, 1983)
Sebagai contoh, menulis hadis-hadis tentang Tafsir al-Quran, hadis-hadis Maghazi, hadis-hadis berkenaan Qiraat dan sebagainya.
Dalam konteks ini, penulisan hadis-hadis tersebut memerlukan kepada sanad kerana jika dibuang sanadnya dan hanya berpada pada lafaz hadis, maka “rosaklah peranannya dan tidak thabit hukum yang terkandung padanya lantaran sanad yang bersambung adalah syarat kepada kesahihan dan beramal dengannya” (al-Khatib al-Baghdadi, 1983).
Relevan
1) mengekalkan silsilah sanad 2) meneruskan pembelajaran ulama Mutaqaddimun, 3) melahirkan tenaga pengajar bersanad.
TIDAK RELEVAN
Tujuan asal aplikasi sanad, iaitu bagi memastikan kesahihan riwayat, sudah tertunai. Jika berlaku kebersambungan riwayat hingga ke hari ini, ia didapati tidak memberikan manfaat untuk tujuan pentashihan.
mewajibkan semua ilmu pengajian Islam dipelajari secara bersanad menjadikan keberadaan sanad sebagai indikator kesahan ilmu dan kefahaman agama
menafikan keilmuan individu yang tidak mempelajari ilmu secara bersanad
menolak sistem pengajian agama yang tidak bersanad
mengumpul sanad serta berbangga dengannya
Mengaplikasi sistem sanad dalam ilmu selain hadis tidak menjadi satu kesalahan. Malah, ia merupakan satu tradisi yang diwarisi daripada para ulama dalam pengajian Islam yang harus dikekalkan. Tetapi, mengekalkannya bukan bermakna mengaplikasikannya kepada semua ilmu pengajian Islam dan menafikan ilmu lain yang diambil secara tidak bersanad.
usakinahsaptu@gmail.com
Sanad
Abu Ghuddah (1992):

"Kita dapati di sisi ulama Mutaqaddimun: Ia (sanad) dikembangkan, diluaskan dan dihubungkan kepada setiap ilmu yang disampaikan kepada mereka. Maka tidak disampaikan tafsir ayat al-Quran, hadis Nabi dan penjelasan untuk hadis melainkan dengan sanad. Tidak disampaikan pula ilmu sastera, syair, prosa, ilmu fiqh, sejarah atau bahasa melainkan dengan sanad juga. Malah lebih dari itu, perkara yang bersangkut paut dengan hiburan dan gurauan seperti cerita orang kurang cerdik dan lalai atau cerita-cerita dari orang cerdik pandai diriwayatkan dengan sanad".
Graham (1993):

"Penulisan dengan gaya hadis dan isnad dimuatkan kepada luar literatur hadis untuk hampir kesemua bentuk penulisan dan disiplin agama. Ini dapat dilihat apabila penggunaan format matan-isnad sebagai pembinaan asas bagi teks diaplikasikan dalam kitab Tafsir, biografi dan sejarah Rasulullah (Sirah dan Maghazi), sejarah (tarikh) dan juga perbincangan undang-undang (Fiqh)".
Ahmad Shakir (1996) :

“Ilmu-ilmu lain terkesan dengan ilmu sanad yang mana sesuatu penyaksian dan periwayatan yang terdiri daripada syair, khutbah, hukum wasiat dan peristiwa tidak diambil melainkan
dengan sanad”
Dengan itu, dapat dirumuskan bahawa bermula dari sanad dibangunkan sebagai sebuah sistem yang mudawwan (tersusun), didapati hampir kesemua bidang ilmu dibukukan dan disampaikan dalam format matan-isnad. Justeru, aplikasi sanad di luar bidang hadis tersebut adalah amalan para ulama Mutaqaddimun sehingga ia menjadi sistem yang
diwarisi hingga ke hari ini.
Aplikasi sanad pada awalnya adalah bersangkut paut dengan hadis, bukan untuk semua disiplin ilmu pengajian Islam. Oleh itu, perbincangan sejarah perkembangan sanad dapat menolak dakwaan bahawa sanad perlu dalam semua disiplin ilmu pengajian Islam dan ketiadaan sanad menyebabkan sesuatu ilmu itu tertolak.
Full transcript