Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Pemikiran Holistik dan Reflektif

No description
by

kairol amri

on 8 November 2012

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Pemikiran Holistik dan Reflektif

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA REFLEKTIF DEFINISI DEFINISI Menurut Mohd. Khairi bin Zainuddin et. al. (2010: 535) dalam Miftah at Thulab, kata al fikr bermaksud refleksi atas sesuatu sementara jamaknya adalah afkar. Dari perkataan al fikr terbentuklah perkataan Tafakkur yang bermaksud memikirkan dengan semasak-masaknya dan kontemplasi .
Konsep ‘Tafakkur’ banyak disebut dalam Al Quran, antaranya firman Allah dalam surah al A’raf ayat 176: DEFINISI

Clarke dan Biddle (1993) : "Berfikir secara reflektif merupakan proses untuk mengimbas teori daripada beberapa maklumat spesifik dalam sesuatu pengalaman yang telah dilalui seseorang".

Hanipah (2000) : "Satu proses merenung kembali, menganalisis masalah, mencari bukti dan alasan, cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri". DEFINISI Berfikir secara reflektif juga disebut sebagai berfikir secara kontemplatif. Kontemplatif ini bermaksud berfikir dalam-dalam, bertafakkur dan merenung. AYAT AL QURAN YANG MENGANJURKAN
BERFIKIR SECARA REFLEKTIF AYAT AL QURAN YANG MENGANJURKAN
BERFIKIR SECARA REFLEKTIF PENERANGAN AYAT Al Quran memerintahkan kita agar berfikir dan muhasabah diri ketika berada di dunia sebelum tibanya hari kiamat kelak.
Seseorang itu hendaklah sentiasa memperhitungkan amal kebajikan yang dilakukan setiap hari agar dapat menambah amalannya lagi.
Jika melakukan perkara yang buruk maka hendaklah menghentikannya.
Kemudian membuat perancangan akan perkara-perkara kebajikan yang hendak dilakukan di masa hadapan untuk bekalan di akhirat kelak TOKOH YANG MENGAPLIKASI KEMAHIRAN
BERFIKIR SECARA REFLEKTIF Nama penuh beliau ialah Abu Nasr Muhammad bin al Farakh al Farabi.
Di Barat dikenali dengan nama ‘Alpharabius’ dan ‘Abunaser’.
Merupakan salah seorang tokoh falsafah muslim yang terkemuka. Selain itu beliau juga menguasai banyak bahasa dan ahli dalam bidang kosmologi, logik, muzik, psikologi dan sosiologi.
Antara karya beliau yang tersohor adalah al Madinah al Fadilah, mirip karya Plato,
The Republic. TOKOH YANG MENGAPLIKASIKAN KEMAHIRAN
BERFIKIR SECARA REFLEKTIF TOKOH YANG MENGAPLIKASIKAN KEMAHIRAN
BERFIKIR SECARA REFLEKTIF PROSES BERFIKIR SECARA REFLEKTIF HIKMAH BERFIKIR SECARA REFLEKTIF Meningkatkan pemahaman dan kualiti pemikiran kerana dapat mengenal pasti dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan.
Merencana strategi yang lebih baik bagi menangani halangan dan rintangan yang jadi punca kepada kegagalan.
Membuatkan seseorang itu lebih ingat apa yang telah dipelajari kerana mereka perlu melakukan hubungan antara apa yang telah dipelajari dengan apa yang dialami.
Menjadikan seseorang itu lebih peka dengan apa yang berlaku di sekeliling bagi membuatkan dia melakukan refleksi.
Menyelesaikan masalah agar tidak timbul masalah yang lain atau baru. KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA HOLISTIK DEFINISI Holistik diambil dari kata whole (menyeluruh) atau dari pandangan holism (dari bahasa Yunani, holos, yang bererti semua, keseluruhan, total) iaitu suatu pandangan bahawa semuanya di dalam sistem alam semesta ini (sistem fizik, biologi, kimia, sosial, ekonomi, mental, bahasa, dan lain-lain) tidak dapat ditentukan atau dijelaskan secara bahagian-bahagian yang terpisah sahaja, tetapi dijelaskan secara keseluruhan DEFINISI DEFINISI DEFINISI AYAT AL QURAN YANG MENGANJURKAN
BERFIKIR SECARA HOLISTIK AYAT AL QURAN YANG MENGANJURKAN
BERFIKIR SECARA HOLISTIK Jika kita berfikir secara holistik berdasarkan ayat-ayat di atas nescaya mendorong kepada :
Apresiasi terhadap ciptaan Allah.
Zikir (mengingat Allah).
Mengingatkan pemikir akan ‘tanggungjawab’ dan tuntutan untuk memenuhinya.
Mengamati, memerhatikan, mengeksplorasi alam semesta – tujuannya ialah untuk menemukan hukum alam semesta agar dapat menghidupkan bumi dan membangun peradaban.
Jika difahami sepenuh-penuhnya nescaya iman seseorang itu kepada Allah subhanahu wata’ala akan bertambah dan menemukan kita dengan paradigma Islam yang sebenar. EO-5302-R : KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENDIDIKAN ISLAM Tajuk:
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA REFLEKTIF DAN HOLISTIK Pensyarah :
Dr. Hj Gamal Abdul Nasir bin Hj Zakaria
Pg. Dr. Hjh Nur Ashikin binti Pg. Hj Petra Pembentang :
11M8085 : Hj Kairol Amri bin Hj Talipuddin
11M8089 : Azizah binti Hj Abd. Rahman
11M8090 : Ida Fazura binti Hj Ibrahim Birchall (1992) : "Pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman sedia ada untuk menimbangkan kemungkinan tindakan alternatif yang boleh digunakan untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan yang seterusnya". [Kamus Inggeris Melayu Dewan, 1992] TafsirNya: “Demikianlah bandingan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir” [Jamal Badi & Mustapha Tajdin, 2007:14-15] [Rosnanaini Sulaiman et al. 2011: 132] [Jamal Badi & Mustapha Tajdin , 2007] TafsirNya: “Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya). Hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang dia telah sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Amat Menyeluruh PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan” TafsirNya: “Sesungguhnya orang yang bertaqwa jika mereka ditimpa was-was daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah Ta’ala dan ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan mereka” [Rosnanaini Sulaiman et al. 2011] Beliau mempelajari falsafah Plato dan Aristotle dan kemudian mengintegrasikannya dengan Islam dan budaya Arab yang berasaskan al Quran. Beliau mengIslamkan beberapa pemikiran Yunani yang didapati bercanggah dengan Islam, misalnya konsep “the highest good” Plato yang dikaitkan dengan “isi hati” hasil renungan manusia, tetapi bagi al Farabi, nilai kebaikan itu merupakan limpah kurniaNya. AL FARABI (872-950) [Ghazali Basri, 2011; Abdul Rahim Hamdan, 2011] Ibnu Sina (980-10370) Nama penuhnya ialah Abu ‘Ali al Husayn bin ‘Abdullah bin Sina.
Di Barat beliau dikenali dengan nama ‘Avicenna’.
Penguasaan ilmu-ilmunya merangkumi bidang astronomi, kimia, ilmu logik, matematik, perubatan, syair, psikologi, saintis, ulama, dan seorang hafiz.
Antara karya beliau yang masyhur adalah Al Qanun fit Tibb iaitu buku yang menghimpunkan perbendaharaan ilmu perubatan. Beliau berjaya menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen, pengalaman dari ahli-ahli perubatan India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri. Menurutnya sesuatu penyakit itu boleh diubati melalui pengubatan jiwa apabila cara pengubatan biasa tidak berkesan. [Ghazali Basri, 2011 ; Abdul Rahim Hamdan, 2011] Carl Rogers (1902-1987) Beliau ialah Carl Ransom Rogers.
Merupakan ahli psikologi yang terkenal yang mempelopori teori humanis
Beliau juga tokoh penting kaunseling pemusatan klien. Mengikut Rogers, pengalaman peribadi setiap individu berbeza dengan individu yang lain. Ia juga banyak dipengaruhi oleh persekitarannya. Setiap individu mempunyai hasrat untuk menjadi manusia yang sempurna. Mereka masing-masing mempunyai motivasi yang mendorongnya kearah mencapai kesempurnaan kendiri. Sehubungan dengan itu, pengalaman yang dialami dan ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada persekitaran akan membolehkan individu membentuk konsep kendiri, sama ada positif atau negatif, bergantung kepada pengaruh persekitaran. [Fred Zimring, 1999] Sumber: Rosnanaini Sulaiman et. al. (2011) DEFINISI [Kamus Dewan, 2007: 543] [Andreas Hermawan, t.th.] Mohd. Khairi bin Zainuddin et. al. (2010:534) dalam Miftah at Thulab, kata Faqiha bermaksud memahami, mengetahui. Sementara kata Faqqaha dalam al Munjid fi al Lughah al ‘Arabiah al Mu’asirah bererti seseorang yang memahami dan mengetahui. Dari perkataan Faqiha terbentuklah perkataan Tafaqquh yang membawa maksud “memahami sepenuhnya, menangkap, sungguh-sungguh mengerti” (Jamal Badi & Mustapha Tajdin, 2007:17). Konsep Tafaqquh ada disebut di dalam al Quran seperti mana firman Allah dalam surah al An’am ayat 65; TafsirNya: “Perhatikanlah, bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan pelbagai cara agar mereka memahaminya” Berfikir secara holistik bermakna berfikir secara menyeluruh. Berfikir secara menyeluruh tidak menyempitkan seseorang dengan hanya melihat satu faktor sebagai sebab terjadi sesuatu. Atau mendapati satu data saja untuk membuat sesuatu kesimpulan. Ahmad Sunawari Long (2006) menyatakan berfikir secara holistik adalah seerti dengan berfikir secara komprehensif. Menurut beliau, untuk mencari jawapan tentang sesuatu hakikat di sebalik sesuatu benda perlu kepada kajian secara komprehensif. Misalnya ahli sejarah , mereka akan menentukan kesahihan fakta sejarah, dan ahli matematik menumpukan penyelesaian masalah matematik. Kamus Dewan (2007:811) mendefinisikan komprehensif sebagai luas liputannya dan lengkap atau banyak butiran yang terkandung di dalamnya. TafsirNya: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal Yang belayar di laut Dengan membawa benda-benda Yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan Yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan Yang tunduk (kepada Kuasa Allah) terapung-apung di antara langit Dengan bumi; Sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum Yang (mahu) menggunakan akal fikiran” [Surah al 'Imran: ayat 190-191] PENERANGAN AYAT TOKOH YANG MENGAPLIKASI
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA HOLISTIK Imam al Syafi'i (767-820) TOKOH YANG MENGAPLIKASI KEMAHIRAN
BERFIKIR SECARA HOLISTIK TOKOH YANG MENGAPLIKASI KEMAHIRAN
BERFIKIR SECARA HOLISTIK PROSES BERFIKIR SECARA HOLISTIK PROSES BERFIKIR SECARA HOLISTIK HIKMAH BERFIKIR SECARA HOLISTIK Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris al Shafi’i.
Merupakan seorang tokoh ilmuan yang terkenal dalam bidang fiqh (perundangan Islam).
Beliau adalah pengasas mazhab Syafi’i yang menjadi rujukan utama bagi seluruh umat Islam hari ini bersama tiga mazhab yang lainnya.
Antara karya beliau yang masyhur ialah Al Risalah dan Al Umm. Dasar-dasar yang beliau gunakan untuk mengeluarkan fatwa berkenaan dengan hukum-hakam adalah pertama; al Quran sebagai sumber dasar asas, kedua; al Sunnah sebagai dasar yang kedua, ketiga; Ijma’ iaitu kesepakatan antara ulama diutamakan dalam mengambil ketetapan hukum, keempat; Qias sekiranya tidak ada dalil lain daripada al Quran, al Sunnah dan Ijma’. Namun beliau tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman secara qias sebelum mengkaji terlebih dahulu hukum tersebut sedalam-dalamnya, dan kelima; Istidlal sekiranya tidak ada lagi dalil-dalil daripada empat yang tadi maka istidlal digunakan iaitu mencari sandaran hukum melalui kajian alasan yang berteraskan kaedah-kaedah agama. [Ghazali Darussalam, 2004; Ghazali Basri, 2011] Ibnu Khaldun (1332-1406) Nama penuhnya ialah Abdul Rahman Abu Zain Waliuddin bin Muhammad bin Khaldun al Maliki al Hadrami.
Merupakan tokoh yang terkenal dalam bidang sejarah, sosiologi, pendidikan dan ekonomi.
Karya beliau yang masyhur berjudul Muqaddimah yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa Beliau mengangkat sejarah sebagai satu ilmu yang mempunyai terminologi, metod dan asas perbincangan khusus mengenainya. Beliau menganalisis sesuatu tamadun itu dari segi permulaannya, kegemilangan dan kejatuhannya. Beliau juga memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar dan geografi. Akhirnya pemikiran Ibnu Khaldun dapat meramal senario untuk masa depan bangsa dan peradaban [Jamal Badi & Mustapha Tajdin, 2007; Abdul Rahim Hamdan, 2011] Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827) Beliau ialah Johann Heinrich Pestalozzi.
Dilahirkan di Zurich, Switzerland pada 12 Januari 1746.
Beliau adalah seorang tokoh pendidik yang terkemuka semasa hidupnya. Beliau menekankan bahawa pendidikan itu berbentuk disiplin untuk mengembangkan mental dan jasmani. Pendidikan mestilah merangkumi keseluruhan kanak-kanak tersebut, termasuklah dari segi afektif, kognitif dan psikomotor. Beliau melihat pendidikan itu sebagai satu gerakan untuk mengeluarkan setiap individu yang berkemampuan dari pelbagai aspek. Namun, perkara ini hanya berjaya jika mempunyai sekolah yang lengkap, aras moral yang tinggi dan cara mengajar yang baik. [Abdul Rahim Hamdan, 2011] Sumber: Rosnanaini Sulaiman et. al, (2011) Berfikir secara holistik akan membawa kepada proses meneliti, mengkaji dan membuat kesimpulan terhadap sesuatu perkara atau isu berasaskan maklumat dan fakta yang lebih banyak dan menyeluruh.
Dengan berfikir secara holistik mampu membimbing seseorang berfikir dengan betul, mencari pendekatan yang tepat dan menghasilkan natijah yang lebih sempurna. [Sidek Baba, 2011] Melatih seseorang agar berpandangan jauh.
Melatih agar tidak gopoh dalam membuat penilaian dan keputusan.
Melatih agar tidak berfikir secara serpihan tetapi melihat sesuatu itu secara total atau menyeluruh.
Membantu agar bijaksana dalam menghadapi masalah dan menyelesaikannya. [Sidek Baba, 2011] PERBEZAAN BERFIKIR SECARA REFLEKTIF DAN HOLISTIK CONTOH PERBEZAAN BERFIKIR SECARA REFLEKTIF DAN HOLISTIK APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA REFLEKTIF
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA HOLISTIK
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM PERBEZAAN PEMIKIRAN REFLEKTIF DAN HOLISTIK
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT Perspektif Barat PERBEZAAN PEMIKIRAN REFLEKTIF DAN HOLISTIK
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT KESIMPULAN APA FIKIRAN BISKITA ? [Surah al Hasyr: ayat 18] [Surah al A'raf: ayat 201] [Surah al Baqarah: ayat 164] Sumber: Clement Glenn (2006) [Sidek Baba, 2011] Sesungguhnya berfikir secara reflektif dan holistik mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Untuk berfikir secara reflektif memerlukan seseorang itu memikirnya secara holistik agar dapat memperbaiki kesilapan yang sebelumnya dan tidak berulang lagi. Sementara untuk berfikir secara holistik pula menghendaki seseorang itu melakukan refleksi terlebih dahulu agar tidak timbul masalah di kemudian hari.

Tidak kiralah sama ada pemikiran reflektif atau holistik, ianya hendaklah dibentuk secara terkawal dalam satu acuan, iaitu berdasarkan paradigma tauhid. Tidak ada gunanya sebaik dan sehebat mana pun pemikiran kita, jika ia menyalahi batas dan hukum yang telah digariskan oleh Allah subhanahu wata’ala. [Jamal Badi & Mustapha Tajdin, 2007] TafsirNya: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal. (Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring dan mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata), “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan kesemua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” PROSES BERFIKIR SECARA HOLISTIK Contoh dalam Amali Ugama :

Tunjuk cara melakukan wudhu. Proses pengajaran dan pembelajaran :
Pelajar-pelajar diarahkan melakukan praktikal wudhu.
Guru memanggil seorang pelajar yang dapat membuat dengan betul untuk menunjuk cara di hadapan.
Pelajar yang lain melihat dan membuat refleksi sekiranya ada kekurangan dan kesalahan dalam praktikal wudhu. Contoh soalan dalam Tafsir :
Terjemahan Surah al Maidah ayat 90-91 berhubung pengharaman arak. Proses pengajaran dan pembelajaran :
Guru memperkaya pelajar dengan ilmu dan informasi berkaitan.
Pelajar membuat aktiviti sumbangsaran untuk mengenal pasti isu berhubung dengan pengharaman arak.
Guru membimbing pelajar meneliti dan mengkaji pendekatan terbaik untuk mengatasi isu tersebut.
Guru membimbing pelajar berfikir secara holistik dengan melihat isu tersebut dari beberapa sudut pandang seperti dari segi ugama, kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Holistik bermaksud yang bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek
tertentu sahaja. Jenis Pemikiran REFLEKTIF HOLISTIK Konsep Tumpuan Menyelesaikan masalah
Memperbaiki kesilapan Memikirkan secara keseluruhan
Mengelakkan dari berlakunya
kesilapan Menyelesaikan satu masalah
dengan melihat pada satu
aspek sahaja Menyelesaikan satu masalah dan tidak tertumpu pada
satu sudut pandang. Perspektif Islam Kedua-dua proses berfikir ini tidak hanya menggunakan pendekatan empirikal yang menjana pemikiran terhadap faktor luaran semata tetapi juga terdapat faktor dalaman yang perlu difahami agar tidak bercanggah dengan kebenaran ajaran Islam. Kedua-duanya berteraskan asas-asas empirikal yang hanya menggunakan kekuatan akal, intelek atau minda untuk menanggapi atau membuat kesimpulan terhadap sesuatu berasaskan uji kaji, pemerhatian, pengalaman, kutipan data dan menghubungkan sebab-akibat secara zahir. Perspektif Islam Perspektif Barat Tokoh-tokoh pemikir muslim tidak pernah meminggirkan al Quran dan al Hadis dalam ‘modes of thinking’ mereka.
Corak pemikiran mereka adalah Fikrah Islami yang berasaskan ‘paradigma tauhid’
Walaupun terdapat tokoh ilmuan Islam mengambil dari pemikiran Barat dan Timur tapi mereka berhasil membuat saringan ke atas pemikiran serta fahaman luar dari Islam Tokoh-tokoh pemikir barat hanya bersandarkan kekuatan akal semata-mata hingga memencilkan apa juga fikiran dan ilmu yang ada hubungannya dengan agama.
Corak pemikiran mereka ini akhirnya melahirkan fahaman seperti Humanisme, Empricisme, Utilitatianisme, Sekularisme dan pelbagai isme lagi yang sifatnya anti-agama dan anti-Tuhan. Sumber: Mohd. Azhar Abd. Hamid, 2001; Ghazali Basri, 2011
Full transcript