Loading presentation...
Prezi is an interactive zooming presentation

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

PERSEPSI JIHAD

No description
by

adillah anuar

on 23 June 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of PERSEPSI JIHAD

PERSEPSI JIHAD
CTU 551 - ISLAM & ASIAN CIVILISATION
KEPENTINGAN BERJIHAD
KELEBIHAN BERJIHAD
JIHAD

Perjuangan mempertahankan kesucian & keselamatan agama serta negara Islam
Perjuangan menentang sebarang bentk keungkaran & menegakkan kebenaran
Jihad dengan harta adalah unsur yang membantu , mengukuh dn mepeluaskan jihad
Jihad harta benda dimaksudkan dengan kesanggupan seseorang individu itu untuk mengorbankan segala harta kekayaan yang ada ke jalan Allah S.W.T
Membina sekolah- sekolah berteraskan Islam
Tempat-tempat beribadat
LISAN
Jihad dengan lisan termasuk amar makruf dan nahi mungkar
Cara jihad:
1. Dakwah
2. Ceramah
3. Ta'alim/Bimbingan
- Untuk menghapuskan
kejahilan umat terhadap
Islam
4. Penulisan
5. percetakan buku-buku &
risalah Islam
6. Menyatakan kebenaran di
hadapan pemerintah
yang zalim
TANGAN
HARTA
Jihad dengan tangan beramaan dengan jihad dengan jiwa
Dikenali juga dengan jihad dalam peperangan bersenjata
JENIS JIHAD
JIHAD BESAR
JIHAD KECIL
JIHAD UMUM
---> Jihad akhbar ialah jihad melawan HAWA NAFSU !
---> Tanpa dapat menundukkan hawa nafsu, sudah
tentu seseorang itu tidak dapat melaksanakan
jihad-jihad lain
---> Nafsu malas solat, nafsu ingin membuat maksiat &
nafsu suka membuang masaingi
---> Menentang hawa nafsu tidak bermakna menolak
semua bentuk kensenangan & kenikmatan di
dunia, lebih kepada mengawal & menyalurkan
nafsu ke arah yang betul
---> Untuk sampai ke arah itu jiwa harus dibersihkan
Firman Allah S.W.T dalm Surah Al-Syams ayat 7-10 yang bermaksud:

"Dan demi jiwa serta penyempurnaannya maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasihakan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya"
Jihad asghar adalah berperang ke jalan Allah S.W.T
Mempertahankan kesucian Islam dari dinodai
Mempertahamkam negara Islam daripada dicerobohi
- peperangan menentang orang kafir yang menceroboh agama Islam
Memerangi orang murtad


CONTOH JIHAD KECIL
1. Jihad Menentang Hasutan Iblis & Syaitan
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu maka jadikanlah dia sebagai musuh"
Langkah untuk menghadapi syaitan & iblis:
1. Menanam azam yang kuat untuk perbaiki diri
2. Memahami ilmu dan petunjuk agama
3. Berpegang teguh dengan kebenaran
4. Mengukuhkan hubungan dengan Allah
5. Mendampingi orang-orang soleh
2. Jihad Menentang golongan yang memusuhi Islam
Golongan yang tidak akan sama sekali membiarkan dakwah Islam berkembang
Ada juga yang sanggup mengusir umat Islam daripada tanah air mereka sendiri malah membunuh mereka
Hanya orang yang memerangi Islam & umatnya seperti ini serta golongan yang menghalang daripada perlaksanaan usaha dakwah sahaja yang diperintahkan oleh Islam untuk diperangi
Jenis -jenis keadaan untuk menghadapi:
1. Apabila muslimin tidak mempunyai kuasa
2. Kaum muslim tidak mempunyai kekuatan
& pemerintahan yang kukuh, manakala
kaum musuh mempunyai kuasa ke atas umat
Islam

3. Jihad Menentang golongan munafik
Golongan munafik terdiri daripada orang yang berpura-pura menganut Islam tetapi di dalam hati amat memusuhi umat Islam
Mereka sentiasa mencari peluang untuk merosakkan umat Islam dengan pelbagai cara
Antaranya melalui penyebaran fitnah dan bekerjasama dengan musuh-musuh Islam untuk meyerang umat Islam
4. Jihad Membasmi Keburukan Dalam Masyarakat
Keburukan ini dimaksudkan sebagai masalah-masalah yang wujud yang membantutkan matlamat melahirkan masyarakat yang maju, berpengetahuan, aman dan tunduk serta beriman kepada Allah S.W.T
Ketiadaan ilmu bukan sahaja akan kerugian dalam urusan keduniaan malah dalam urusan akhirat juga
Masyarakat yang tiada ilmu akan ketinggalan, mundur dan akan dijajah serta ditakluk sama ada secara langsung ataupun tidak langsung oleh negara asing yang lebih tinggi tahap penguasaan ilmu pengetahuan mereka
Ia juga boleh menyebabkan seseorang/sesebuah masyarakat bergantung hidup kepada orang/negara lain dan kesannya kita tidak lagi dapat kebebasan dan kemerdekaan untuk menentukan hala tuju kita
---> Jihad umum adalah jihad yang boleh
dilihat dalam pelbagai konteks semasa
---> Contoh Jihad umum:
Jihad ilmu
Jihad dakwah
Jihad sahsiah
Jihad ekonomi
HUKUM BERJIHAD
Fardhu Kifayah
Jihad dalam keadaan biasa di mana sebahagian umat boleh pergi berperang & sebahagian umat boleh tinggal menguruskan hal-hal yang patut dikerjakan mengikut kewajipan & peranan masing masing
Fardhu Ain
Apabila umat Islam diserang & musuh sudah masuk dalam negeri/perkampungan Islam
WAJIB bagi semua anggota umat Islam berperang lawan musuh
Jihad nafsu kerana itulah penyelamat & pengawal kepada semua amal ibadat
1. Membela & mempertahankan hak semua orang tanpa mengira warna kulit & anutan kepercayaan


Bersesuaian dengan misi Islam sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam
2. Memelihara keselamatan semua rakyat tidak kira Islam ataupun tidak adalah tanggungjawab pemerintah Islam

Menjadi kewajipan pihak pemerintah untuk mengisytiharkan jihad/perang terhadap musuh yang mengancam


3. Menjamin kesejahteraan dan kedaulatan Negara Islam & dapat memelihara maruah ummah


Kekuatan semangat jihad ini akan menggerunkan musuh-musuh yang berniat jahat untuk melaksanakan agenda mereka
Melalui jihad kita menyebarkan agama Islam agar tersebar ke seluruh alam maya
Islam sebagai agama dakwah mengharuskan untuk melaksanakan dakwah agama kepada orang lain
Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali-Imran ayat 104

"Dan hendaklah ada diantara kami satu golongan yang meyeru ke jalan kebaikan dan menyuruh yang makruf, serta menegah yang mungkar dan mereka itu adalah orang orang yang berjaya"
4. Menyebarkan Agama Allah
5. Penyerahan diri kepada
Allah S.W.T
Menyandarkan jihad sebagai penyerahan diri kepada Allah S.W.T dengan bertauhid, mentaati, tunduk & patuh kepada perintahNya, mentaatiNya dengan menjalankan perintah-perintahNya & menjauhi segala laranganNya
6. Membela agama Allah
Melalui jihad juga kita dapat mempertahankan Islam dengan membenteras sebarag pergerakan, usaha & rancangan untuk memutarbelitkan ajaran Islam yang sebenar
Allah S.W.T telah mengumpamakan jihad sebagai satu “perniagaan” kerana adalah satu kelaziman manusia untuk mencari satu perniagaan yang dapat menguntungkan mereka dan memelihara mereka daripada kesusahan
Maka dengan itu Allah S.W.T menerangkan bahawa tiada perniagaan yang lebih menguntung dan menyelamatkan di dunia dan di akhirat melainkan amalan jihad di jalan Allah.
Merujuk kepada Firman Allah S.W.T melalui surah al-Saff yang bermaksud :

“ Wahai orang orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman

PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN
DIAMPUNKAN DOSA-DOSA, DIBERI GANJARAN PAHALA & SYURGA
Merujuk kepada Firman Allah S.W.T dalam surah al-Saff, ayat 10-13 seperti dinyatakan sebelum ini, Allah telah menjanjikan ganjaran yang amat besar kepada orang-orang yang berjihad (mujahid).
Dosa-dosa mujahid akan diampunkan ,dijanjikan pahala dan syurga oleh Allah S.W.T .
MENDAPAT PERTOLONGAN & BANTUAN ALLAH S.W.T
Mereka yang rjihad kepada jalan Allah telah menjanjikan pertolongan dari olehNya
Merujuk kepada Firman Allah S.W.T di dalam surah al Saff ayat 13, Allah menjanjikan pertolongan dan kemenangan yang tidak disangka-sangka kepada mereka yang berjihad




Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud:

“ Dan orang-orang yang bersungguh kerana memenuhi kehendak agama kami. Sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”

Ayat ini menerangkan bahawa mereka yang berjihad kepada jalan Allah akan dipimpin oleh Allah ke jalan yang benar (kejayaan), mendapat rahmat serta pertolongan dan bantuan Allah akan sentiasa disamping mereka yang berjihad

HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH PARA NABI DALAM MELAKSANAKAN JIHAD
Nabi Ibrahim A.S
Berlaku tentangan dan tekanan hebat daripada kaumnya sedangkan Nabi Ibrahim tidak memiliki apa-apa kekuatan senjata dan kekuatan penyokong.

Baginda juga dipulaukan oleh kaum keluarganya termasuk ibu bapanya sendiri.

Baginda dicampakkan ke dalam api yang marak menyala oleh kaumnya supaya mati terbakar hidup-hidup. Pada ketika itu, Allah memerintahkan api supaya menjadi sejuk sepertimana yang digambarkan melalui firmanNya yang maksudnya:

“Kami berfirman: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.” Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya).”
(Al-Anbiya’: 69 – 70)



Tentangan dan halangan yang dialami oleh Nabi Ibrahim berterusan melambangkan keutuhan dan kemantapan perjuangannya yang tidak kenal undur sehingga akhirnya Allah menjadikannya sebagai salah seorang rasulNya yang terpilih (ulu al-‘azmi).

Firman Allah swt yang bermaksud:


“Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak telahpun dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).”
(Al-Baqarah: 130)
Nabi Musa A.S
Semasa bayi lagi, ibunya terpaksa menyelamatkan baginda dari kekejaman Firaun dengan menghanyutkan baginda ke sungai.

Setelah baginda dewasa, baginda bukan sahaja berhadapan dengan rajanya yang zalim tetapi juga pembesar-pembesarnya yang tidak berperikemanusiaan dan suka menindas kaum yang lemah.

Dalam suasana beginilah Nabi Musa a.s. diperintah oleh Allah swt. supaya menyeru Firaun yang berada di puncak kezaliman supaya tunduk dan patuh menyembah Allah. Sikap sombong dan angkuh Firaun telah disebutkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran.

“Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.” (Al-Qasas: 4)


Kekejaman Firaun tidak dapat digambarkan sehingga terkadang Nabi Musa a.s. sendiri merasa gerun dan gementar menghadapi tribulasi perjuangan dalam menentang Firaun. Lebih-lebih lagi apabila perjuangan Firaun itu sendiri disokong oleh tukang-tukang sihir yang terkenal dan zalim. Hal ini telah dirakamkan oleh Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud:


“Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya. Kami berfirman kepadanya: “Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan.” Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir, sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada.” (At-Taha: 67 – 69)
Nabi Isa A.S
Kemuncak kepada tribulasi perjuangan Nabi Isa a.s. adalah usaha untuk membunuhnya. Namun, usaha tersebut gagal kerana datangnya pertolongan Allah menyelamat dan mengangkatnya ke langit. Ini n oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran dengan firmanNya yang bermaksud:

“Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan : “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibn Maryam, Rasul Allah.” Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa).
Dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Nisa’: 157 – 158)
Nabi Muhammad A.S
Dalam perang saraf, kaum jahiliyah menggunakan ejekan dan kejian serta mempersendakan Rasulullah s.a.w. supaya baginda akan patah semangat dan meninggalkan perjuangan.

Bila kerja-kerja itu gagal dan tidak dapat mematahkan semangat Rasulullah s.a.w., mereka menyebarkan fitnah bahawa Rasulullah s.a.w. ini sudah gila, ahli sihir dan sebagainya. Tetapi itu semua menambahkan lagi semangat dan ketabahan Rasulullah s.a.w. terhadap perjuangan di mana akhirnya selepas itu orang-orang Arab jahiliyah berusaha untuk membunuhnya tetapi Allah s.w.t. memberi perlindunganNya dari usaha tersebut.


Dalam peperangan Uhud , bapa saudara Rasulullah s.a.w. turut terbunuh manakala Rasulullah sendiri luka-lika dan nyaris maut. Peperangan ini turut menyaksikan kesetiaan dan pengorbanan para sahabat Rasulullah s.a.w. di saat-saat yang sangat mencemaskan seperti Abu Talhah r.a. dan Ziad bin Sakan r.a. yang menjadikan diri mereka sebagai perisai bagi melindungi Rasulullah s.a.w. dari terkena panah pihak musuh.

HALANGAN PADA MASA KINI DALAM MELAKSANAKAN JIHAD
1. Sistem Ekonomi
Sistem kapitalis, sosialis, dan komunis menimbulkan pelbagai masalah sosial dan memberi kesan kepada politik dalam negara tersebut
Keadaan ini adalah berbeza dengan ekonomi yang dianjurkan dalam Islam yang berteraskan wahyu Allah dan pastinya kepentingan dan hikmah disebalik ekonomi yang dianjurkan oleh Islam menjangkaui kemampuan akal manusia
Sistem ekonomi Islam menjauhkan manusia daripada sebarang kemudaratan yang menimpa umat seterusnya menjamin kebahagian kehidupan di dunia dan akhirat
Islam mengharamkan jualbeli beberapa bentuk harta kekayaan seperti khamar dan khinzir, mengharamkan permanfaatan dan penyewaan beberapa tenaga manusia seperti dansa dan perlacuran
Islam mengharamkan riba sebagai barang ekonomi baik kepada muslim mahupun bukan muslim dan mewujudkan baitulmal bagi memastikan kebajikan umat terjamin melalui pembayaran zakat kepada umat Islam, jizyah dan kharaj kepada bukan Islam
Jihad umat Islam dalam mengembalikan sistem ekonomi Islam dalam mengganti sistem ekonomi barat yang masih diamalkan dalam negara-negara Islam
2. Sistem Pendidikan
Institusi pendidikan sememangnya berjaya melahirkan individu yang dapat memberi produktiviti kepada negara dari segi material namun kebanyakannya tidak mempunyai adab –adab yang tinggi terhadap penciptanya dan makluk lain
Keadaan ini disebabkan pendidikan pada waktu kini telah dipengaruhi oleh sistem pendidikan sekular yang hanya menekan pendidikan duniawi semata- mata manakala pendidikan ukhrawi diabaikan
Ilmu-ilmu lain perlu dimasukkan unsur-unsur Islam dalam setiap bidang ilmu pengetahuan seperti penerapan pendidikan Sains berlandaskan wahyu Allah iaitu Al-Quran dan As-Sunnah
Jihad dalam pendidikan yang dituntut dalam Islam pada waktu ini ialah dengan melakukan perubahan dalam kurikulum di setiap negara yang mengunakan pendidikan sekular-liberal yang menyaksikan kepada kita ketidakberkesanan sistem pendidikan tersebut
Pihak pentadbiran di seluruh istitusi pendidikan dan guru-guru di sekolah memainkan peranan jihad ta’lim iaitu menerangkan tentang ajaran agama yang tidak mengongkong umatnya tetapi memandu umatnya agar mengikuti saluran yang betul dalam setiap pekerjaan yang dilakukan supaya mencapai kebahagian hidup di dunia dan akhirat
3. Sosial Ummah
Budaya hedonisme amat bertentangan dengan akidah umat islam kerana budaya hidonisme mementingkan kebebasan berfikir manakala akidah Islam menjadikan A-Quran danAs-Sunnah sebagai paksi pemikiran
Gejala hedonisme juga telah menyebabkan berlakunya krisis-krisis akidah dan kemaksiatan kepada Allah seperti gejala murtad, meminum arak, berjudi dan kelab tari menari.
jihad yang diperkatakan dalam hal ini adalah untuk membersihkan pemikiran umat Islam pada masa kini daripada budaya hedonisme dan menerangkan konsep hiburan yang digariskan dalam Islam
Sebagai contoh agensi kerajaan berperanan mengadakan program-program keagamaan dengan menjadikan hiburan Islam sebagai alternatif menarik minat mereka mendekati ajaran agama dan memahaminya, dan mengenakan hukuman yang berat kepada golongan yang menjalankan aktiviti hiburan yang melanggar batas syara’

Mengapa Barat Menentang Jihad
Umat Islam berupaya menguasai dunia
Suatu ketika dahulu umat Islam pernah mencapai zaman emas Islam di bawah pemerintahan khalifah manakala orang barat dalam kemunduran.
Hal ini berlaku kerana umat Islam mempunyai semangat jihad yang tinggi
Ini terbukti dengan kecemerlangan umat Islam dalam pelbagai cabang ilmu dan keberanian menentang musuh Islam
Bimbang Barat Dihukum
Sejak zaman penjajahan lagi pihak barat telah menindas pelbagai negara terutama negara Islam untuk kepentingan mereka
Di Iraq misalnya, Amerika Syarikat dan sekutunya telah menceroboh atas alasan mencari senjata berbahaya
Maka, rakyat Iraq berjihad dengan berperang untuk mempertahankan negara mereka demi agama Islam dan negara mereka
Penipuan & Helah Barat
Media Barat memutarbelitkan pengertian jihad dengan keganasan dan pembunuhan
Keadaan ini semakin jelas dengan tragedi 11 September 2001 di New York. Media komunikasi dunia yang dikuasai barat menuduh ketua pengganas Islam al-Qaeda, Osama ben Laden melakukan jenayah ini
Semua ini dilakukan untuk mengaburi penindasan dan keburukan yang dilakukan barat di peringkat dunia
Pemikiran Yang Sekular
Sebenarnya masyarakat Barat tidak menerima pemikiran agama Islam yang terlalu percaya kepada sesuatu dan mengikuti kepercayaan itu tanpa menyoalkan kebenarannya
Kesanggupan berjihad merupakan satu kesanggupan yang berdasarkan kepercayaan tanpa bukti nyata
Oleh itu, masyarakat Barat menganggap jihad sebagai perbuatan orang fanatik
Bimbang Pegaruh Islam Berkembang
Umat Islam di barat semakin meningkat pada masa ini terutamanya di Eropah
Agama Islam mengharamkan budaya buruk seperti riba, rasuah, penindasan dan zina yang menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat barat
Ini menyebabkan barat menentang jihad yang menjadi kewajipan umat Islam untuk melemahkan mereka dan seterusnya menghapuskan pengaruh Islam
TANGGAPAN SALAH TERHADAP JIHAD
Secara umumnya, banyak orang melihat jihad dengan menggunakan senjata atau fizikal semata-mata. Golongan yang berjihad pula lebih sinonim dengan kekerasan dan pertumpahan darah untuk mencapai syahid
Antara Salah Anggap Mengenai Jihad
Makna Jihad
Makna jihad sering tafsirkan sebagai peperangan bersenjata yang membawa kepada pembunuhan
Sebenarnya jihad dalam Islam merangkumi ruang yang luas dan tidak terhad dengan mengangkat senjata sahaja
Jihad dalam Islam boleh dilakukan dalam bentuk nyawa, tenaga, harta, wang ringgit, akal fikiran, ilmu dan sebagainya
Golongan Yang Diperangi
Ada yang berpendapat semua golongan kafir atau musuh boleh diperangi tanpa mengira sasaran.
Sebenarnya Islam ada menetapkan syarat dalam berjihad secara perang bagi golongan-golongan yang tidak boleh diperangi.
Antara golongan yang tidak boleh diperangi dalam Islam:
1. Wanita
2. Kanak-kanak
3. Orang tua
4. Ahli kitab
5. Pekerja
6. Selain daripada kafir harbi (mu'ahad, dzimmah dan musta'man)

Propaganda Barat
Pihak barat sengaja mencemarkan nama Islam dengan menghadkan maksud jihad dengan peperangan yang menggunakan senjata sehingga melibatkan pembunuhan dan kekerasan
Namun, penyataan ini adalah salah kerana jihad dengan cara perjuangan sebegitu sudah terpesong dari makna jihad yang sebenar
Jihad yang perlu kita laksanakan dalam masyarakat hari ini haruslah mempunyai strategi bagi memperkuat ilmu pengetahuan, aspek ekonomi, dan fizikal umat, serta daya tahan yang kukuh untuk menghadapi segala cabaran dan permusuhan yang dihadapi
Full transcript