Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

ctu 241

rasuah
by

farah shazmira

on 4 September 2012

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of ctu 241

Rasuah ancaman kepada perkembangan ekonomi Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.
Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendah persepsi masyarakat luar terhadap kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi.

Perkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi “al-risywah”. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu

Dalam pengertian sosiologi pula, rasuah dianggap sebagai suatu perlakuan yang bertentangan atau menyeleweng daripada corak atau standard perlakuan kehidupan yang menjadi kebiasaan, yang tidak syak lagi bertentangan dengan nilai-nilai moral dan akhlak serta kod etika yang baik.
Rasuah adalah penghalang kepada pembangunan negara dan ia sering dikaitkan dengan amalan tadbir urus yang tidak cekap
. Rasuah yang berleluasa merupakan cerminan terhadap mutu pentadbiran negara.
Dalam Islam rasuah juga bermaksud harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan (imbuhan). punca-punca rasuah Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita
. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kaki tangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini.
Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat kita yang tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci
penguatkuasaan undang-undang yang dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita tentang isu rasuah ini Masalah jenayah rasuah juga disebabkan gaji rendah sama ada kakitangan kerajaan atau swasta.Mereka mempunyai pendapatan yang rendah menyebabkan mereka terpaksa menerima rasuah untuk menikmati kemewahan hidup yang tinggi
Selain daripada kelemahan dalam sistem undang-undang, punca yang seterusnya adalah mereka kurang didikan agama
Selain daripada itu, rasuah berlaku akibat daripada arus modenisasi.

Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah Selain itu, rasuah turut akan mewujudkan pemerintahan yang lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya
Rasuah juga mempersulit kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain mengubahsuaikan sistem yang selama ini diterima pakai dan efektif.
. Rasuah juga menjejaskan persaingan dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya apabila syarikat tertentu yang mempunyai "hubungan" dilindungi daripada persaingan, lantas melahirkan syarikat atau industri yang tidak berdaya maju. HUKUM MEMBERI
DAN MENERIMA RASUAH Hukum memberi dan menerima rasuah adalah haram dan berdosa besar. Pelakunya wajib bertaubat nasuha dengan segera samada pemberi, penerima atau yang berkaitan dengannnya. Jika sampai melibatkan individu tertentu yang teraniaya taubat nasuha tidak memadai tanpa memohon kemaafan atau membayar ganti rugi kepada mereka. Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur’an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“ Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil (tidak halal) dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” ( Al-Baqarah : 188 ) Disebutkan dalam hadits :-
“Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain)”.
( HR. At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

Mereka yang melakukan rasuah juga akan dilaknat oleh Allah S.W.T dan RasulNya. Daging yang tumbuh dari sumber yang haram (seperti rasuah), Neraka lebih utama untuknya. Dengan rasuah akan hilang keberkatan dalam kehidupan. Hidup tidak terdorong ke arah kebajikan dan kebaikan tetapi terdorong ke arah kemaksiatan dan kejahatan.

Akibatnya, kuasa, jawatan, pangkat, kedudukan yang hasil daripada rasuah ia tidak akan mendapat keberkatan dan tidak akan berkekalan lama. Di akhirat pula akan dimasukkan ke dalam neraka sekiranya ia tidak bertaubat, atau bertaubat tetapi tidak diterima oleh Allah S.W.T. KESALAHAN RASUAH Kesalahan pertama ialah meminta atau menerima rasuah. Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta, menerima atau bersetuju menerima suapan rasuah (wang, benda, perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, principal atau majikan berkenaan.

Kesalahan kedua pula ialah membuat tuntutan palsu. Mana-mana orang memberi kepada ejen , atau ejen memberi kepada principal atau majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir palsu, yang mana principal, majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru dan memperdayakan majikannya.

Manakala kesalahan ketiga ialah menyalahguna jawatan atau kedudukan. Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutunya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung. kesan rasuah
kepada
ekonomi negara Rasuah boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk ekonomi negara. Antaranya adalah:
Penganiayaan kepada orang yang sepatutnya berhak mendapat sesuatu seperti, projek pembinaan dan seumpamanya. Ini akan menimbulkan pula kesan jangka panjang dimana orang yang dianianya akan turut melakukan rasuah pada lain waktu, agar pekerjaan yang lain jatuh pula ketangannya.

Projek pembinaan akan terbengkalai atau mudah rosak. Jika suatu projek pembinaan yang sepatutnya diluluskan oleh Engineer atau Arkitek mengikut kesesuaian spesifikasi ilmu yang mereka pelajari tidak diguna pakai ketika itu kerana dirasuah dan menerima rasuah dari seseorang kontraktor maka projek pembinaan itu akan mudah terbengkalai atau mudah rosak. Kerana kontraktor yang membina projek berkenaan mahu cepat kaya dan inginkan marjin keuntungan yang tinggi.

Menyemarakkan perasaan dendam dan api kemarahan, sehingga boleh mencetuskan permusuhan. Hal ini biasanya akan terbit dari pihak yang merasa dianiaya yang mengetahui haknya jatuh ke tangan orang yang memberi rasuah. akan ada keadilan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim di mahkamah. Akibat rasuah orang yang sepatutnya bersalah lepas bebas dan orang yang tidak bersalah pula masuk penjara.

Jika pihak menegakkan undang-undang seperti Polis, SPRM, Kastam menerima rasuah, maka kes-kes kejahatan dan perbuatan buruk seperti membunuh, mengedar dadah, penyeludupan, aduan kes rasuah, merogol dan seumpamanya tidak dapat diselesaikan. Bahkan rakyat akan hilang kepercayaan kepada jabatan-jabatan berkenaan

kehilangan pekerjaan.

kejatuhan moral atau maruah.

menghancurkan keharmonian rumahtangga dan keluarga akan terabai.

akan mengakibatkan ketidakadilan kerana disebabkan rasuah, hak-hak orang tertentu diketepikan.

menggalakkan jenayah dan penjenayah akan dilindungi.

orang-orang susah akan terbeban dan akan memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin telah diselewengkan.

rasuah akan menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran, menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.

tumpuan pembangunan yang tidak seimbang, kenaikan kos barang dan perkhidmatan, mengurangkan pendapatan negara dan menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan. langkah -langkah mencegah rasuah dalam ekonomi negara Langkah-langkah untuk mencegah rasuah telah difikirkan supaya kegiatan ini tidak akan terus menular dalam negara kita. Antaranya adalah:
Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur, menyuruh kepada melakukan kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan.

Pendidikan Islam sejak dari usia kecil agar membentuk peribadi muslim yang beriman dan bertakwa, kerana dengan adanya iman dan takwa boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan kejahatan.

Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur, menyuruh kepada melakukan kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan.

Memperbanyakkan dan mengutamakan aktiviti-aktiviti keagamaan, seperti membaca, menghafal dan merenung isi kandungan al-Qur’an, mengkaji hadis-hadis dan kitab-kitab agama.

Menjalankan hukuman ta‘zir bagi memberi pengajaran kepada pelaku rasuah dan juga untuk orang ramai mengambil iktibar dengan hukuman tersebut.

Menyediakan peruntukan akta atau undang-undang bagi membentras gejala rasuah daripada berleluasa. Sebagai contoh, di Negara Brunei Darussalam peruntukan akta berkenaan disebut sebagai Akta Pencegahan Rasuah Bab (2) Penggal 131. TAMAT
SEKIAN TERIMA KASIH
Full transcript