Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

QUEK GIN HONG v PUBLIC PROSECUTOR

No description
by

zai osman

on 8 December 2014

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of QUEK GIN HONG v PUBLIC PROSECUTOR

3) Tertuduh didakwa melakukan kesalahan dibawah peraturan 12, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978, dan boleh dikenakan hukuman dibawah seksyen 22 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1996, merupakan suatu kesalahan yang tidak dikenali disisi undang-undang.

4) Seksyen 422(a) KAJ tidak terpakai dalam kes ini kerana ia menjangkakan kesilapan, peninggalan atau luar aturan dalam sanksi atau kebenaran yang diberikan dahulu. Selanjutnya, oleh kerana tiada apa-apa telah dimasukkan ke dalam Akta tersebut yang menghendaki sanksi yang serupa dengan s 129 KAJ, s 422(b) juga tidak terpakai. Tambahan pula, s 422 yang terpinda tidak menyelamatkan kes kerana kegagalan pemberikuasaan untuk mendakwa telah menyebabkan kegagalan keadilan.
KEPUTUSAN
diputuskan

untuk mengetepikan perintah sebelum ini dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan ini.

STATUT YANG DIGUNAPAKAI
a. Kanun Acara Jenayah
Seksyen 129(3) , s. 305, s. 376(1) , s. 377, s. 422

b. perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan

c. S. 44 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)

d. seksyen 22 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1996

e. peraturan 12, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978

FAKTA KES
(i) s 44 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) yang memperuntukkan pendakwaan kesalahan di bawah Akta tersebut oleh Ketua Pengarah adalah ultra vires perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan;
(ii) tiada kebenaran bertulis untuk mendakwa daripada Pendakwa Raya menurut s 377 Kanun Acara Jenayah ('KAJ')
(iii) ia dipertuduhkan untuk kesalahan yang tidak dikenali di sisi undang-undang.
QUEK GIN HONG v PUBLIC PROSECUTOR

1) S. 44 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) adalah bertentangan dengan peruntukan perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 44 tersebut yang memberikan Ketua Pengarah dengan kuasa yang selaras dengan Pendakwa Raya adalah tak sah kerana tak konsisten dengan perkara 145(3).

2) Tiada pemberian kuasa secara bertulis kepada Ketua pengarah untuk mendakwa daripada pendakwa raya seperti yang digariskan didalam s.377 KPJ.
REPCO HOLDINGS BHD v PUBLIC PROSECUTOR
[1997] 3 MLJ 681 HIGH COURT (KUALA LUMPUR)
GOPAL SRI RAM JCA CRIMINAL REVISION NO W-43-7 OF 1997 2 October 1997

Pemohon telah dipertuduhkan oleh Suruhanjaya Sekuriti kerana melanggar S.86 Akta Perindustrian Sekuriti 1983 ('APS'). Dalam perbicaraan, peguam Repco membuat bantahan permulaan atas locus standi dua orang pegawai suruhanjaya tersebut yang hadir untuk mendakwa kes. Pihak pendakwa dikendalikan oleh dua orang pegawai tersebut menurut operasi bersama S.126(2) ASS dan S.39(2) APS yang membenarkan pendakwaan mana-mana kesalahan di bawah Akta-Akta tersebut untuk dijalankan oleh Pendaftar Syarikat atau oleh mana-mana pegawai yang diberikuasa oleh Pendaftar Syarikat atau Pengerusi suruhanjaya tersebut. Adalah dihujahkan bahawa dua seksyen itu adalah ultra vires perkara 145(3) PP dan adalah terbatal setakat itu.
Diputuskan, mengisytiharkan s.129(2) APS dan s.39(2) ASS tidak menurut perlembagaan, tak sah dan terbatal:
(1) Satu-satunya autoriti yang berhak di sisi perlembagaan untuk mengendalikan pendakwaan adalah Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya. Susunan prosedur yang termaktub dalam s.376 dan seksyen-seksyen yang berikutnya dalam Kanun Acara Jenayah meletakkan perkara ini di luar batas keraguan .
(2) ungkapan 'menjalankan' yang dinyatakan dalam perkara 145(3) dan dalam dua subseksyen yang dipersoalkan membawa maksud yang sama. Oleh kerana Perlembagaan memberikuasa kepada Peguam Negara secara eksklusif untuk menjalankan pendakwaan, ini bermakna bahawa tiada pihak berkuasa yang lain boleh mempunyai kuasa di sisi undang-undang untuk melaksanakan fungsi itu. Maka, s 126(2) APS yang membenarkan pendakwaan dijalankan oleh Pendaftar Syarikat atau mana-mana pegawai lain yang diberikuasa oleh Pendaftar atau Pengerusi suruhanjaya tersebut adalah ultra vires perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, jika Pendaftar Syarikat adalah timbalan pendakwa raya yang diwartakan dan dalam keupayaan demikian menjalankan pendakwaan ke atas kesalahan di bawah APS, ini tidak terperangkap oleh perkara 145(3) Perlembagaan. Sebaliknya, Pengerusi suruhanjaya tersebut tidak berada dalam kedudukan yang sama dan dengan itu tidak diberikuasa menurut perlembagaan untuk memberi kuasa atau untuk menjalankan pendakwaan di bawah APS. Selanjutnya, walaupun untuk tujuan menjalankan tugas, ahli-ahli dan pekerja-pekerja suruhanjaya tersebut dianggap sebagai pegawai awam, mereka tidak dirangkumi oleh skop s 380(i) KAJ bagi membenarkan mereka menjalankan pendakwaan.
(3) Dalam cara yang sama, s 39(2) ASS pada keseluruhannya menyalahi perkara 145(3). Disebabkan perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan, ia merupakan undang-undang yang tidak konsisten dengan Perlembagaan, subseksyen itu memberi laluan dan dengan itu adalah tak sah dan melanggar perlembagaan.
(4) Adalah sungguh tidak adil untuk membuat keputusan secara kebelakangan atas ketaksahan dua subseksyen yang dipersoalkan.
Dengan itu, perisytiharan atas ketaksahan haruslah menjadi prospektif (Doktrin yang menyatakan bahawa mahkamah tidak akan mengakaskan keputusannya yang terdahulu) sahaja dan harus termasuk hanya kes ini dan kes-kes yang didaftarkan dari tarikh keputusan.
PUBLIC PROSECUTOR
v
LEE MING & ANOR
Kedua-dua tertuduh telah dipertuduhkan di bawah Ordinan Hutan dan Ordinan Perlindungan Hidupan Liar. Mereka telah didakwa oleh seorang pegawai undang-undang dari Kamar Negeri Peguam Negara ('pegawai pendakwaan'). Mahkamah sesyen (mengikut Repco Holdings Bhd v PP [1997] 3 MLJ 681 (' Repco') memutuskan bahawa pegawai pendakwaan tidak mempunyai kuasa bertulis untuk mendakwa dan justeru itu perbicaraan diisytiharkan sebagai suatu pembatalan. Pegawai pendakwa telah bergantung pada kuasa bertulis untuk mendakwa yang ditandatangani bagi pihak Pengarah Hutan dan Pengarah Perlindungan Hidupan Liar di bawah s 92A Ordinan Hutan dan s 39 Ordinan Perlindungan Hidupan Liar masing-masing. Peguam meminta mahkamah agar menghadkan kesan Repco kepada kes-kes yang didaftarkan dari hari keputusan (iaitu 2 Oktober 1997).
(1) Seksyen 92A Ordinan Hutan dan s 39 Ordinan Perlindungan Hidupan Liar adalah tidak berperlembagaan, batal dan tak sah kerana mereka membenarkan orang selain daripada Peguam Negara Persekutuan untuk membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding mengenai sesuatu kesalahan

(2) Suatu keputusan prospektif tidak patut menjejaskan perbicaraan yang telah tamat. Ia tidak terpakai kepada perbicaraan kes-kes, sama ada yang didaftar sebelum atau selepas keputusan Repco, yang belum lagi diselesaikan, iaitu di mana keputusan ke atas suatu sabitan atau pembebasan belum lagi disampaikan (Repco Holdings Bhd v PP [1997] 3 MLJ 681 tidak diikut.)
(1) Susunan kata s 380(ii)(b) Acara Jenayah (NMB Bab 6) yang membenarkan pengendalian pendakwaan tanpa keperluan untuk memperolehi sanksi untuk mendakwa daripada Peguam Negara Persekutuan juga tidak mengikut perlembagaan dan merupakan suatu pembatalan. Sebenarnya, setiap perundangan, Negeri mahupun Persekutuan, yang cuba melitupi sesiapa selain daripada Peguam Negara Persekutuan dengan kuasa untuk membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa pendakwaan mengenai sesuatu kesalahan adalah tidak berperlembagaan dan merupakan suatu pembatalan.
(2) Peninggalan perkataan 'sahaja' atau 'tunggal' dari perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan menunjukkan hasrat jelas penggubal Perlembagaan bahawa Peguam Negara Persekutuan tidak haruslah menjadi satu-satunya orang atau orang tunggal untuk membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding mengenai sesuatu kesalahan. Mestilah terdapat pihak-pihak berkuasa selain daripada Peguam Negara Persekutuan yang boleh mengambil keputusan untuk memulakan prosiding mengenai sesuatu kesalahan, terutamanya kesalahan-kesalahan kecil. Keputusan sama ada untuk memulakan prosiding berkenaan dengan kesalahan begitu telah dengan betul dan bijaknya selama ini dibiarkan kepada pelbagai pihak berkuasa tempatan dan pegawai-pegawai Kamar Negeri Peguam Negara (Repco Holdings Bhd v PP [1997] 3 MLJ 681 tidak diikut.)
RUMUSAN KESELURUHAN KETIGA-TIGA KES
Peruntukan undang-undang bertulis lain yang memberi kuasa kepada orang selain daripada Pendakwa Raya untuk menjalankan pendakwaan adalah tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan serta pendakwaan yang dijalankan dibawah peruntukan itu adalah tidak sah dan terbatal.
Jelas bahawa peruntukan itu adalah bertentangan dengan kehendak undang-undang mengenai kuasa pendakwaan yang telah diberikan kepada Pendakwa Raya oleh Perkara 145 (3).

Bagi mengatasi masalah yang berbangkit daripada persoalan pembahagian kuasa mendakwa ini dan juga melaksanakan keputusan mahkamah dalam kes Repco mengenai kuasa Pendakwa Raya tentang pendakwaan, maka seksyen 377 dan 380 KAJ telah dipinda yang berkuatkuasa mulai 1 April 1998.

Apabila pindaaan ini diwujudkan semua pendakwaan tanpa mengira kategori kes atau peringkat mahkamah mana sekalipun, pendakwaan hendaklah dijalankan oleh Pendakwa Raya, Timbalan Pendakwa Raya atau Penolong Pendakwa Raya. Orang-orang yang disebutkan sebelum ini bawah seksyen 377 dan 380 KAJ sebelum pindaan boleh menjalankan pendakwaan hanya jika dibenarkan secara bertulis oleh Pendakwa Raya dan mereka menjalankan pendakwaan itu tertakluk kepada arahan dan kawalan Pendakwa Raya.
KES-KES LAIN
YANG MENYOKONG
[1998] 4 MLJ 161
HIGH COURT (MELAKA)
SURIYADI J
CRIMINAL REVISION NO 42-17 OF 1997
17 August 1998

[1998] 4 MLJ 113
HIGH COURT (KUCHING)
IAN CHIN J
CRIMINAL REVISION NO 43-03 OF 1996(III)
29 June 1998
Full transcript