Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

No description
by

sophia norez

on 30 June 2016

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
GROUP 12
TAJUK KAJIAN: BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAANSUBJEK: HUBUNGAN ETNIK (MPU 3113)
LECTURER: USTAZ MUHAMAD ASRI AHMAD
DEFINISI BAHASA MELAYU
Bahasa Kebangsaan bagi Malaysia adalah Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu amat penting dalam sistem pendidikan negara kerana ia bukan sahaja menjadi penghubung komunikasi antara pelajar tetapi juga ia bertindak sebagai bahasa ilmu terutamanya bagi pelajar sekolah.
Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa yang diguna pakai oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan mahupun sebagai bahasa perantaraan komunikasi.
Walaupun Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu namun dalam Perlembagaan juga turut menyatakan bahawa mana-mana negeri atau individu ditegah sama sekali untuk menyekat penggunaan bahasa selain daripada bahasa Melayu.
Ini bermakna walaupun bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu namun bahasa ibunda kaum lain masih tetap boleh digunakan tanpa sebarang sekatan diatas prinsip kebebasan hak asasi.
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
FUNGSI BAHASA MELAYU
Alat komunikasi
Sistem kebudayaan dan sejarah.
ASAL USUL
3 tahap ; bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden.
Dipengaruhi kuat oleh agama dan budaya lain
SEBELUM KEMERDEKAAN
Kedaulatan bahasa Melayu tercabar
Penguatkuasaan bahasa Inggeris dalam sistem pentadbiran dan pendidikan Tanah Melayu semasa penjajahan British.
SEMASA MENCAPAI KEMERDEKAAN
Bahasa Melayu berkembang sebagai alat komunikasi, alat penyatuan bangsa dan kaum dan pengukuhan semangat kemerdekaan.
Pertubuhan Dewan Bahasa dan pengubalan Laporan Razak
10 TAHUN SELEPAS KEMERDEKAAN
Berakhir zaman kegemilangan bahasa Melayu
ERA GLOBALISASI
Kepentingan bahasa Inggeris menjadi cabaran kepada bahasa Melayu
ZAMAN SOSIAL MEDIA & LAMAN WEB
Penghakisan ilmu bahasa Melayu dan martabatnya di kalangan golongan muda
FAKTOR-FAKTOR BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA BANGSAAN
CABARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
: Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama
CONT.
Bahasa Kebangsaan dalam hal ini menjadi wacana penghubung kepada toleransi masyarakat di Malaysia.
Walaupun bahasa Inggeris dipelajari namun bahasa Melayu tetap juga perlu dipelajari kerana mempunyai banyak kepentingannya.
Kebanyakan sumber maklumat mengenai sains dan teknologi datangnya daripada bahasa barat seperti bahasa Inggeris, bahasa Jerman, bahasa Rusia dan pelbagai lagi bahasa barat.
Namun begitu, sebagaimana kata Tan Sri Abdul Rahman Arshad, kita tidak boleh sesekali menidakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengetahuan kerana sebagaimana kajian, seseorag itu lebih mudah untuk menerima ilmu dalam bahasa ibundanya.
Kenyataan yang menyatakan bahawa penguasaan bahasa Inggeris sangat penting untuk menyediakan seseorang pelajar untuk menyumbang kepada pembinaan negara peringkat tinggi sebagai seorang birokrat atau teknokrat atau profesyen-profesyen lain (Asmah Hj.Omar, 2003a:73).
Bahasa Inggeris menjadi bahasa komunikasi dalam kalangan kelas atasan dan kelas menengah bagi bukan Melayu dan komunikasi akan dijalankan dalam bahasa Melayu sekiranya ada orang Melayu dalam proses komunikasi tersebut (Asmah Hj.Omar, 2003a:74).
Orang Melayu (golongan elit yang berpendidikan barat) sendiri merasa lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris kerana tidak perlu memikirkan sangat tentang penggunaan sistem sapaan yang dikatakan ketat dalam 69 Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 19, 2008 bahasa Melayu (Asmah Hj.0mar, 2003a:74).
Kurangnya bahan rujukan dan buku teks yang ditulis dalam bahasa tempatan (bahasa Melayu) sama ada karya asli ataupun terjemahan (Hashim Hj.Musa, 2004:164).
Penggunaan yang meluas bahasa Inggeris dalam sektor swasta dan bidang perindustrian dan perdagangan serta penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar pendidikan tinggi di IPTA dan IPTS (Hashim Hj. Musa, 2004:164).
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau MBMMBI?
Sifat daya saing untuk penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan seperti menggantikan bahasa Malaysia kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik(PPSMI).
Memperkasa Bahasa Malaysia-Memperkukuhkan Bahasa Inggeris perlu dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.
Istilah baru dan ayat singkatan
Cabaran menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan yang seterusnya ialah munculnya perkataan baru yang digunakan secara besar-besaran. Seperti menyebut “lah” atau menyebut “juga” sebagai “gak”.
Apabila perbendaharaan kata semakin bertambah, ini akan memberikan kesusahan bagi pihak Dewan Bahasa untuk dikemaskini.
Penggunaan bahasa rojak semasa berinteraksi dalam alam realiti mahupun maya. Sebagai contoh, penggunaan lebih daripada satu bahasa di dalam satu ayat.
Loghat yang berbeza-beza juga boleh dikira sebagai cabaran yang dapat mengurangkan kesempurnaan apabila berinteraksi dalam Bahasa Malaysia.
Bahasa singkat dalam sistem pesanan ringkas(SMS) dan bahasa sembang di internet boleh memberi impak yang negatif terhadap pendidikan remaja dan yang terjebak dengan trend berikut
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sistem pendidikan perlu mencari solusi yang seimbang supaya bahasa Malaysia dapat menjadi bahasa kebangsaan dengan sepenuhnya tanpa menoleh pandangan dari penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan. Cabaran-cabaran yang telah dikemukakan sebelum ini dapat dielakkan.
Fungsi & Peranan Bahasa Melayu
Bahasa Kebangsaan
Bahasa Rasmi
Bahasa perpaduan
Bahasa Ilmu
BAHASA KEBANGSAAN
Bahasa yang melambang identiti kebangsaan sesebuah Negara.
Dipilih daripada bahasa tempatan yang telah lama digunakan sebagai alat perhubungan dikalangan penduduk dan menunjukkan ciri ciri kebangsaan Negara.
Bahasa lain tidak diiktirafkan sebagai bahasa kebangsaan kerana tidak memperlihatkan identiti kebangsaan dan merupakan bahasa pendatang
Bahasa Tamil
Bahasa Cina
BAHASA RASMI
Bahasa yang digunakan dalam pentadbiran sesebuah Negara.
Selain urusan kerajaan, digunakan juga dalam sebaran am dan Media massa.
Bahasa Rasmi tidak semestinya diambil dari Bahasa Kebangsaan
Pada zaman jajahan British, Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi sebelum diambil alih Bahasa Melayu pada tahun 1967.
BAHASA PERPADUAN
Bahasa Melayu digunakan sebagai Bahasa Perpaduan kerana ia dapat menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum.
Bahasa Melayu melambangkan kedaulatan dan perpaduan negara.
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama, kepercayaan dan budaya, dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ia dapat mengelakkan syak wasangka antara satu sama lain.
Bahasa Melayu difahami oleh majoriti kaum di Malaysia hal ini dapat mengurangkan perselisihan faham dalam komunikasi.
BAHASA ILMU
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara.
Dengan penggunaan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan Negara, kita dapat memartabatkan Bahasa Melayu sehingga Negara seperti Russia dan Thailand menawarkan kursus major dan minor bahasa Melayu kepada mahasiswa di university tempatan mereka.
BAHASA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perkara 152: Bahasa Kebangsaan
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa;
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.
(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih—
(a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan
(b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkanoleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.
CONT.
4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:
Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.
(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.
(6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (dikenali juga sebagai Akta 32) adalah suatu akta yang ditubuhkan untuk menyatukan undang-undang berhubungan dengan penggunaan bahasa kebangsaan.Berikut adalah 11 seksyen Akta Bahasa Kebangsaan:
AKTA PENDIDIKAN 1996
KESAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
Mencapai masyarakat yang bersatu padu
Memupuk semangat perpaduan
Menjadi bahasa ilmu
Bahasa melayu lebih dihormati dan dipelajari oleh pelbagai bangsa
BAHASA MELAYU DARI PANDANGAN MASYARAKAT LUAR
Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca di Gugusan Kepulauan Melayu
Bahasa Komunikasi yang membuka pintu kepada sastera asing seperti India dan Arab-Parsi
Profesor A.Teeuw dan Professor Vladimir Braginsky antara cerdik pandai yang mengkaji bahasa melayu serta salah silahnya.
Profesor Vladimir Braginsky telah menulis sebuah buku setebal 890 muka surat yang berjudul “The Heritage of Traditional Malay Literiture”.
Membantu perkembangan Agama Islam
Bahasa Melayu kemudiannya berpecah-Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia.
Penguasaan Eropah.
Mencorak cara hidup masyarakat di nusantara.
BAHASA MELAYU DI UNIVERSITI ASING
PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU PIALA PERDANA MENTERI
56 peserta mewakili 51 negara bertanding.
Kelantangan mereka dalam mengupas isu atau tema penting seperti konsep 1 Malaysia dan sebagainya memberangsangkan.
Kesan positif pandangan masyarakat luar terhadap Bahasa Malaysia.
PENGUASAAN BAHASA MELAYU DIKALANGAN GENERASI HARI INI
Sikap generasi hari ini terhadap Bahasa Melayu terutama sekali dalam kalangan generasi muda tidak kelihatan begitu baik. Terdapat beberapa golongan yang masih lagi menggunakan bahasa melayu dengan kerap dan dengan bangganya, tetapi sesetengah mempunyai pemikiran sebagaimana penggunaan bahasa melayu pada zaman kini adalah kuno dan tidak mengikuti peralihan zaman yang serba moden sekarang.
Dalam beberapa kajian telah mendapati bahawa terdapat generasi muda kaum Cina dan India yang tidak tahu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu.
Ia hampir sama dimana peliknya jika kaum Cina atau India tidak reti berbahasa dalam bahasa Cina atau Tamil.
CONT.
Kita harus mempunyai keseimbangan dalam penggunaan bahasa dalam kehidupan seharian, samada bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa cina, bahasa tamil, ataupun mana-mana bahasa bahasa asing.
Wujudnya “trend” penggunaan bahasa menjadi suatu justifikasi sosial
Secara meluas, kita tahu akan kepentingan bahasa inggeris dalam dunia sekarang
Kita tidak sepatut mempunyai sikap berat sebelah dengan mana-mana bahasa kerana semua bahasa mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing.
Masyarakat hari ini telah mengambil tabiat dan sudah terbiasa dengan gaya dan cara bertutur menggunakan singkatan di dalam dunia media sosial
Mereka akan menggabungkan bahasa melayu dan inggeris dan menjadikan perkataan baru
CONT.
Wujudnya “trend” penggunaan bahasa menjadi suatu justifikasi sosial
Ada pihak yang berpendapat bahawa adakah rakyat Malaysia terutama sekali masyarakat generasi hari ini malu untuk bercakap dalam bahasa melayu.
Telah menjadi kebiasaan sesetengah mereka menggabungkan bahasa melayu dan bahasa Inggeris
Masyarakat hari ini telah mengambil tabiat dan sudah terbiasa dengan gaya dan cara bertutur menggunakan singkatan di dalam dunia media sosial
Mereka akan menggabungkan bahasa melayu dan inggeris dan menjadikan perkataan baru
PANDANGAN DAN CADANGAN
CONT.
KESIMPULAN
Kesimpulan keseluruhannya, semua pihak dalam negara perlu berkerjasama antara satu sama lain untuk mengukuhkan bahasa kebangsaan kita
Kesedaran tentang kepentingan untuk memartabatkan Bahasa Melayu harus dididik semula dalam diri masyarakat, terutamanya generasi muda hari ini
“Generation Y” atau “Millenial Generation” mungkin terlalu muda untuk memahami kepentingan bahasa kebangsaan Malaysia
Renung-renungkan apa yang kita harus lakukan demi kebaikan semua.
Full transcript