Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

KLASIFIKASI / JENIS-JENIS UJIAN

No description
by

alqayyis bsb

on 2 July 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of KLASIFIKASI / JENIS-JENIS UJIAN

Bagi mencapai matlamat dan objektif yang dirancangkan, aktiviti penilaian seringkali memberikan maklumat penting kepada guru untuk melaksanakan tindakan seterusnya. Penilaian yang dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum dikenali penilaian formatif.

Penilaian ini dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. Penilaian lazimnya mendatangkan kesan negatif sama ada kepada murid, guru atau ibu bapa sendiri. Hal ini demikian kerana penilaian sering kali menimbulkan ketegangan kepada golongan berkenaan. Dengan itu, penilaian formatif cuba mengurangkan ketegangan tersebut tanpa membandingkan pencapaian antara pelajar.
Tujuan Ujian Formatif
Pada asasnya, penilaian formatif bertujuan untuk memperbaiki pengajaran pembelajaran. Di samping memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, secara langsung penilaian yang dijalankan dapat meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.

Hal ini dapat direalisasikan melalui ujian-ujian yang dikendalikan dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik. Situasi ini akan menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan.
Bagi memastikan pelaksanaan penilaian yang berkesan, beberapa langkah atau prosedur perlu diberikan tumpuan atau perhatian oleh guru, iaitu:
i) Menentukan Topik Pembelajaran
ii) Menyatakan Aspek Dan Tahap Pencapaian Bagi Sesuatu Topik Pembelajaran
iii) Menghubungkaitkan Elemen-Elemen Yang Terdapat Dalam Setiap Topik
iv) Membentuk Soalan Ujian
v) Mencadangkan Langkah Susulan
UJIAN FORMATIF
Tujuan Ujian Sumatif
Pada umumnya, penilaian sumatif untuk menentukan pencapaian murid sebagai satu kumpulan dengan membezakan antara pencapaian pelajar berdasarkan gred yang telah ditentukan.Selain itu, penilaian sumatif juga bertujuan untuk mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.
Bagi memastikan keberkesanan dalam pentadbiran penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diberikan penekanan:
i) Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya.

ii) Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji.

iii) Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya.

iv) Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.

v) Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan.

vi) Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.

vii) Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.


PENGENALAN
Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.

Tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian. Tujuan penilaian sumatif ialah untuk menentukan sejauh mana objektif-objektif sesuatu bidang mata pelajaran yang telah disampaikan oleh guru semasa pengajaran pembelajaran berlangsung di bilik darjah telah dicapai oleh murid-murid. Dengan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan melalui pembinaan jadual penentuan ujian, peratusan objektif yang dapat dicapai oleh pelajar dapat diketahui.

penilaian sumatif bertujuan memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. Contoh penilaian sumatif seperti penilaian pada akhir penggal, peperiksaan percubaan, UPSR, PMR dan sebagainya.
Fungsi Ujian Norma
Fungsi utama ujian rujukan norma ialah untuk membandingkan pelajar di antara pelajar di dalam sesuatu bidang, sifat atau kemahiran yang diuji di dalam ujian itu. Markah ujian hanyalah dapat ditafsirkan melalui perbandingan prestasi seseorang pelajar dengan prestasi kumpulan tertentu yang mengambil ujian yang sama.

Ujian rujukan norma yang baik dapat mendiskriminasikan pelajar. Ia seharusnya boleh membezakan pelajar yang terpandai daripada pelajar yang kedua terpandai dan pelajar kedua terpandai daripada pelajar yang ketiga terpandai dan seterusnya. Oleh itu ujian jenis ini mengandungi soalan-soalan yang sederhana kesukarannya kerana soalan-soalan yang sederhana kesukarannya mempunyai kuasa diskriminasi yang lebih tinggi.


Ujian Rujukan Norma
Ujian atau penilaian yang dibina adalah bertujuan untuk mendapatkan perbezaan yang maksimum antara murid-murid berkenaan. Bagi memastikan tercapai tujuan berkenaan, tahap kesukaran item dikawal agar tidak terlalu sukar dan terlalu mudah. Lazimnya kesukaran soalan adalah berdasarkan nisbah 25% mudah, 50% sederhana dan 25% sukar. Keputusan daripada penilaian atau ujian akan mencerminkan siapa lebih pandai atau di mana kedudukan seseorang pelajar dalam sesuatu bilik darjah atau sekolahnya.
UJIAN FORMATIF UJIAN SUMATIF & UJIAN DIAGNOSTIK
Ujian Sumatif
UJIAN RUJUKAN NORMA &
UJIAN RUJUKAN KRITERIA
KLASIFIKASI /
JENIS-JENIS UJIAN

Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik ialah ujian yang digunakan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah itu berlaku. Apabila sesuatu sebab dapat dikenalpasti, maka tindakan lanjutan untuk mengatasi masalah ini dapat dirancang dan dilaksanakan oleh guru. Ujian diagnostik biasanya ditumpukan kepada tajuk tertentu dan itemnya dibina secara terperinci supaya masalah yang dihadapi setiap pelajar dapat dikenalpasti bagi tajuk tersebut. Contoh ujian diagnostik ialah ujian bacaan untuk mengenalpasti masalah pelajar mengenal dan menyebut huruf.

Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan secara formal iaitu melibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventori, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa. Ciri-ciri ujian diagnostik ialah:
I. Ujian ini tidak memberikan skor atau gred kepada pelajar.
II. Ujian ini dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan.
III. Laporan ujian dibuat dalam bentuk profil perkara yang belum dikuasai pelajar.

Keputusan yang diperolehi oleh murid-murid memberikan beberapa maklumat kepada guru. Keputusan yang diperolehi oleh murid-murid itu dibandingkan dengan keputusan murid yang lain yang mengambil ujian yang sama atau kedudukan seseorang murid boleh dibandingkan dengan murid lain boleh dalam bilik darjah yang sama atau dalam sesebuah negara. Pendekatan ini dikenali sebagai ujian atau penilaian rujukan norma.
Ujian Rujukan Kriteria
Ujian atau penilaian rujukan kriteria memberikan penekanan yang berbeza daripada ujian rujukan norma. Matlamat ujian ini bukan untuk membandingkan prestasi antara murid.

Tetapi lebih menumpukan kepada perbandingan kepada kriteria yang sama yang telah ditetapkan sama ada tercapai atau tidak. Pendekatan ini dipelopori oleh Glaser pada tahun 1963 (dipetik daripada Popham, 1971).

Menurut Glaser (1973) kriteria yang digunakan tidak bermaksud akhiran sesuatu kemahiran, tetapi kriteria itu bergantung kepada penetapan oleh guru, pada aras mana yang ingin guru tetapkan kriteria yang harus dicapai oleh murid-murid.
Fungsi
Ujian Rujukan Kriteria
Ujian rujukan kriteria (URK) dibina untuk menentukan status seseorang pelajar dalam sesuatu bidang, sifat atau kemahiran berbandingkan dengan pengetahuan atau kemahiran yang telah ditetapkan kriterianya. Markah yang dihasilkan mengelaskan pelajar kepada kategori telah menguasai atau belum menguasai. Oleh itu pada ujian rujukan kriteria, perbandingan antara pelajar tidak timbul.

Contoh ujian rujukan kriteria ialah seperti ujian menaip bagi jurutaip.Ujian seperti ini mempunyai tiga bahagian penting, iaitu (1) tugasan, (2) syarat, dan (3) piawaian.

Contoh ujian menaip:
Tugasan : Boleh menaip 10 muka surat
Syarat : Mengguna mesin taip elektrik
Piawaian : 1. Kelajuan menaip 50 psm atau lebih
2. Kesilapan ejaan 2 perkataan atau kurang pada setiap muka surat.

Perbezaan Ujian Rujukan Norma
Dan Ujian Rujukan Kriteria
UJIAN OBJEKTIF &
UJIAN SUBJEKTIF
UJIAN OBJEKTIF
Ujian Objektif
Ujian ini memerlukan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon. Merupakan item respon tetap iaitu memilih satu jawapan beberapa jawapan. Di dalam ujian ini mengandungi pokok soalan atau kata kunci dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item. Terdapat dua bentuk soalan objektif iaitu:

Pertama : Item respon bebas
Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.

Kedua : Item respon tetap (item objektif pilihan)
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Jenis soalan respon tetap;
i) Format salah betul
ii) Padanan
iii) Aneka pilihan

Kelebihan Ujian Objektif
i) Mudah disemak
ii) Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
iii) Menguji banyak topik
iv) Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
v) Mengukur proses mental yang tinggi

Kelemahan Ujian Objektif
i) Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
ii) Potensi untuk meneka jawapan tinggi
iii) Sukar untuk dibina
iv) Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
v) Calon bijak tidak perlu belajar banyak
vi) Tidak dapat mengukur keaslian

Ujian Subjektif
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan. Terdapat dua jenis iaitu:

Pertama : Jenis respons terhad
Mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas contoh beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik.

Kedua : Jenis respons lanjutan
Mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa perenggan contoh Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.

UJIAN SUBJEKTIF
Kelebihan Ujian Subjektif
i) Mudah digubal
ii) Sesuai untuk semua mata pelajaran
iii) Sesuai untuk semua aras taksonomi
iv) Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
v) Mengurangkan konsep meneka.
vi) Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
vii) Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
Kelemahan Ujian Subjektif
i) Bidang yg diuji terhad
ii) Soalan boleh diramal
iii) Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
iv) Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.

UJIAN KEBOLEHAN
(PENCAPAIAN, KECERDASAN DAN APTITUD)
Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujian pencapaian boleh dijalankan dalam bentuk membuat perbandingan dengan pelajar lain dalam sesuatu bilik darjah (rujukan norma) atau membuat rujukan tertentu bagi sesuatu aras dalam topik (rujukan kriteria) sesebuah dalam kurikulum.


Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan dikenali juga ujian mental. Ujian ini cuba mengukur perbezaan di antara individu. Ujian ini banyak mengalami perubahan serentak dengan perkembangan bidang psikologi. Sejarah ujian ini bermula sejak tahun 1796. Ujian ini mula berkembang sejak Galton pada tahun 1969 apabila beliau cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental serta pencapaian intelektual di antara pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam mengukur aspek mental termasuklah Wundt, Cattell d n Binet (Abu Bakar, 1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah skala Binet Simon.

Bagi kanak-kanak ujian kecerdasan tidak menekankan aspek kebahasaan. Ujian ini mencerminkan pengalaman pada peringkat kanak-kanak. Ujian kecerdasan memberikan bukti secara tidak langsung tentang potensi yang ditunjukkan murid-murid berdasarkan prestasinya. Ujian ini kerap kali digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain seperti Ujian IQ, Skala Stanford Binet, Weschler, Ujian Lorge Thorndike dan lain-lain.

UJIAN KECERDASAN
Ujian Aptitud merupakan sejenis ujian psikometrik yang dilaksanakan untuk mengenali potensi diri murid dari sudut kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, tahap minat serta kecenderungan murid. Ujian ini mampu meramal kejayaan murid dalam program pembelajaran yang dirancang khusus untuk mereka.

UJIAN APTITUD
Dalam menyediakan ujian yang baik dan berkesan, guru merupakan penggerak utama. Hal ini demikian kerana guru yang lebih arif tentang bidang yang telah diliputi sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ujian yang dilaksanakan oleh guru dapat memberikan tentang kesan pembelajaran untuk tempoh yang pendek mahupun jangka waktu yang lebih panjang. Ujian yang dilakukan dalam tempoh pengajaran pembelajaran yang berlangsung membolehkan guru mengetahui tahap penguasaan pelajar tentang topik-topik yang telah dibincangkan di samping mengetahui masalah yang dihadapi pelajar dan seterusnya menjalankan aktiviti yang bersesuaian seperti aktiviti pemulihan.
PENUTUP
Sementara ujian yang dijalankan pada akhir sesuatu penggal itu akan memberikan maklumat berkenaan pencapaian pelajar secara umum setelah pengajaran pembelajaran berlangsung dalam tempoh tertentu. Dengan itu juga guru-guru dapat membandingkan serta menggredkan pelajar mengikut pencapaian yang diperolehi sama ada dalam kumpulan pelajar yang lemah sederhana atau cemerlang
Full transcript