Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Kejadian Sains dan Teknologi dalam Surah 36: Yassin

No description
by

muhdnorfirdaus aus

on 17 August 2016

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Kejadian Sains dan Teknologi dalam Surah 36: Yassin

- Surah Yasin merupakan surah yang ke-36 daripada 114 surah yang terdapat dalam al-Quranul-karim.

- Surah ini mengandungi 83 ayat, yang semuanya diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. berada di Mekah, kecuali ayat yang ke-12, yang diturunkan di Madinah selepas baginda berhijrah ke sana. Justeru itulah surah Yasin digolongkan dalam surah Makkiyah.

- Tujuan Allah menurunkan surah Yasin adalah untuk menambahkan keyakinan dan semangat baginda Rasulullah s.a.w. terhadap perjuangannya yang suci itu, khususnya ketika keadaan menjadi semakin mencabar akibat halangan dan tentangan kaum Quraisy terhadapnya kian memuncak dan semakin ganas.
PENDAHULUAN
ASSA
LAMU
ALAI
KUM

MUHAMMAD NUR SALAM BIN ZAKARIA 2015823184
MUHAMMAD NOR FIRDAUS BIN HUSNA 2015892376
RAJA MUHAMMAD ZARIF AIMAN 2015888354
CTU 211
SAINS
&
TEKNOLOGI
DALAM
SURAH

36:YASSIN

“Satu bukti lagi buat mereka ialah planet bumi (pada peringkat awal ia hanya merupakan sebuah planet yang mati). Kami menghidupkannya dan mengeluarkan bijirin daripada permukaannya. Antara bijirin-bijirin itu merekalah yang memakannya” (33).
1. Kejadian Bumi Menurut al-Quran dan Ahli Sains
- Bumi dilihat sebagai sebuah planet yang sentiasa beredar dan mengelilingi Matahari yang menjadi induknya
- Pada asalnya langit dan bumi adalah satu unsur, tetapi kemudiannya dipisahkan antara satu dengan lain. Proses pemisahan daripada satu unsur kepada unsur yang berbeza mengambil masa yang lama. Selepas proses tersebut, berlaku pula proses perubahan bentuk muka bumi daripada “planet mati” kepada “planet hidup” yang mempunyai pelbagai unsur yang terdiri daripada benda bukan hidup dan benda hidup, seperti gunung-ganang, air dan tumbuh-tumbuhan
- Bumi dari mula terbentuk hingga ke tahap planet air atau planet hidup mengambil masa Selama enam hari. Bilangan hari menurut kiraan Allah adalah berbeza daripada hari menurut kiraan manusia.
-
Tujuan Allah membentangkan konsep ini secara umum adalah untuk mendorong manusia membentuk kemahiran berfikir secara yang lebih aktif supaya dengan itu sedikit sebanyak mereka dapat
membongkar rahsia kejadian Alam Semesta yang sangat menakjubkan
Kejadian bumi
Global :
- Keadaan sesetengah kawasan yang gersang di gurun-gurun pasir atau di tempat-tempat yang dilanda kemarau Bumi dan sistemnya dicipta oleh Allah s.w.t. Oleh itu Dia lebih mengetahui kepentingan tanah gersang dan tanah subur . Dia juga lebih mengetahui bagaimana hendak menukarkan tanah-tanah gersang itu menjadi tanah yang subur.
Khusus :
2. Ladang Kurma dan Anggur
Kami menjadikan (di atas muka bumi ini tempat yang sesuai untuk dibuat) ladang-ladang kurma dan anggur. Kami pancarkan banyak mata air (di situ) ( 34 ). Tujuannya supaya mereka boleh mendapat rezeki daripada hasil tanaman tersebut dan tanam-tanaman lain yang mereka usahakan. Adakah mereka berasa tidak perlu bersyukur? ( 35).
- Dalam ayat ke-34, Allah menyebut perkataan , iaitu ladang-ladang kurma dan anggur. Kurma atau nama saintifiknya Phoenix dactylifera ialah tumbuhan asli Benua Asia dan Afrika. Kira-kira 40 000 tahun dahulu, pokok kurma hanya ditanam
di lembah Sungai Furat (Euphrates) dan Sungai Dajlah (Tigris).
-
Untuk membolehkan buah-buah kurma masak dengan sempurna, Allah menyediakan musim yang panjang tanpa sebarang hujan atau kelembapan, sebaliknya terdapat tiupan angin samum yang cukup membahang.
-
Perkataan al-Nakhl, al-Nakhlah dan al-Nakhiel atau Nakhiel yang merujuk kepada makna kurma, disebut dalam al-Quran tidak kurang daripada 20 kali. Ini bermakna bahawa ia mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan pokok buah-buahan yang lain.
Kurma :
HURAIAN
anggur :
- Pokok anggur tergolong dalam
jenis tumbuhan menjalar yang
diistilahkan Allah dalam al-Quran
sebagai al-ma’rusyaat.
-
Pokok anggur yang dijaga dengan
baik boleh mengeluarkan buah dengan
baik selama 300 hingga 400 tahun


Dan antara tandanya yang lain ialah malam, apabila Kami melenyapkan siang daripada muka bumi ini lantas kamu pun diselubungi kegelapan”.(37)
3. Malam dan Siang: Dikawal oleh Sistem yang Unik
- Orang Yunani Purba mempercayai bahawa siang dan malam berlaku kerana perbuatan dewa matahari yang bernama Phoebus Appolo.

- Ada juga golongan lain yang mempercayai bahawa siang berlaku kerana matahari jaga dan malam pula berlaku kerana matahari tidur.

- Allah melenyapkan siang daripada muka bumi bukannya dengan cara memadamkan cahaya daripada matahari atau menidurkannya tetapi dengan mewujudkan sistem cakerawala yang sangat unik dan rapi.

- Allah menyuruh kita mengkaji dan menyelidik sistem tersebut agar kita dapat mengetahui hakikat keunikannya. Allah menyatakan bahawa kejadian siang dan malam disebabkan oleh suatu sistem yang diatur oleh-Nya sendiri.

- Peredaran Bumi mengelilingi Matahari menyebabkan berlakunya musim yang berlainan dalam setahun, iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim dingin.
Huraian
“Dan matahari itu sentiasa berputar dengan ligat pada paksinya. Itu adalah suatu hukum yang ditetapkan oleh Tuhan Yang Maha Gagah lagi Maha Mengetahui”
4. Keajaiban Matahari
- Ayat menjelaskan bahawa Matahari tidak mengelilingi Bumi, sebaliknya ia berputar di atas paksinya sendiri.

- Apa yang menakjubkan ialah kewujudannya secara berpasangan. Semua tompok matahari itu kelihatan gelap. Namun pada hakikatnya ia adalah kawasan yang amat terang. Tompok tersebut kelihatan gelap kerana dikelilingi oleh kawasankawasan lain yang lebih terang.

- Menurut ayat ke 38 surah ini, matahari sentiasa berputar dengan ligat pada paksinya dan beredar pada orbitnya sendiri.

- Matahari itu sentiasa berputar dengan ligat pada paksinya.Itu adalah suatu hukum yang ditetapkan oleh Tuhan Yang Maha Gagah lagi Maha Mengetahui.
Huraian :
“Dan untuk bulan pula Kami menentukan tempat-tempat perjalanannya supaya ia dapat kembali ke tempat mula ia beredar dalam keadaan seperti bentuk tangkai mayang kurma yang sudah kering (bulan sabit).”
5. Bulan: Sebuah Satelit Bumi
- Dalam cakerasuria terdapat 32 buah bulan yang menjadi satelit kepada beberapa buah planet. Bumi mempunyai sebuah bulan sahaja, Marikh dan Zuhrah masing-masing mempunyai dua buah bulan, Uranus mempunyai lima buah bulan, Zuhal mempunyai 10 buah bulan, manakala Musytari mempunyai 12 buah bulan.

- Semua bulan tersebut adalah bercahaya.

- Cahaya yang terdapat pada bulan sebenarnya bukanlah cahayanya sendiri. Sebaliknya ia adalah cahaya yang dipantulkan oleh Matahari.

- Masa yang diambil oleh bulan untuk menghabiskan sesuatu peredarannya ialah 29 hari. Tempoh tersebut bermakna sebulan dan itulah maksud ayat ke-39 surah Yasin ini.
Huraian
“Matahari tidak pernah bertembung dengan bulan dan malam tidak pernah mendahului siang sedangkan semuanya sentiasa beredar dengan pantas sambil berpusing dengan ligatnya di angkasa raya.”
6. Tarikan Graviti Bulan: Mengawal Pasang Surut Air Laut
- Langit ialah fenomena alam yang tersangat luas dan tidak bertepi.

- Di langit juga terdapat galaksi yang tidak terkira banyaknya. Di dalam setiap galaksi terdapat bintang yang begitu banyak jumlahnya. Setiap bintang pula mempunyai keluarga yang terdiri daripada planet berserta satelitnya.

- Bintang kita ialah Matahari. Matahari
mempunyai keluarga yang terdiri daripada pelbagai jenis planet, bulan dan komet-komet yang sentiasa berputar dan beredar dengan kelajuan yang amat pantas. Namun semuanya tidak pernah bertembung antara satu dengan yang lain kerana semuanya berada dalam sistem yang disusun rapi.
HURAIAN
Surah Yasin digelar jantung al-Quran dan mempunyai banyak fadhilat jika membaca. Apatah lagi jika kita memahaminya.
Sekian
Terima

Kasih

;)

Dalam ayat al-Quran, telah menjelaskan tentang kejadian matahari, bulan dan bintang, bulan mengelilingi orbitnya, kejadian malam dan siang dan kejadian ladang kurma dan anggur. Telah banyak penemuan-penemuan yang telah dibuat dan dikaji oleh para sainstis dan sarjanawan Islam tentang kejadian-kejadian yang dicipta oleh Allah SWT.
Kesimpulan
ayat-ayat al-Quran sendiri pun telah menjelaskan tentang keesaan Allah dalam mencipta segala-segala benda yang bernyawa dan memberi manfaat kepada umat manusia terutamanya umat Islam. Oleh itu,kita sepatutnya patut merasakan penuh bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada kita kerana segala ciptaan ini boleh ditarik semula oleh Allah SWT sekiranya kita tidak memelihara dan bersyukur dengan nikmat yang mencurah dan dikurniakan oleh Allah kepada kita.
Penemuan-penemuan sains dan teknologi ini adalah merupakan salah satu cara kita untuk mengenali Allah dan kita patut patuh segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangannya.
Penemuan-penemuan sains dan teknologi dalam al-Quran ini merupakan penemuan yang terawal dalam sejarah kerana ia telah dicatat dalam al-Quran itu sendiri dan diperakui oleh sarjana-sarjana dan para saintis Islam seperti bidang teknologi binaan dan bidang kedoktoran.
PENSYARAH
:
USTAZAH NOORAMIRA GHAZALI
ASSALAMUALAIKUM ;
Full transcript