Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

E-FOLIO SAINS KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

No description
by

Mustaqim Nazlan

on 21 February 2016

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of E-FOLIO SAINS KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Kelas : DUB2C
Jabatan : JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
Program : DIPLOMA UKUR BAHAN
Nama Pensyarah : EN.AB RAZAK BIN MOHAMMAD

DUA2012
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
E-FOLIO


NAMA PELAJAR :



1) AHMAD MUSTAQIM BIN MD NAZLAN
04DUB15F1030

2) NIK MUHD AIMAN NASRULLAH BIN YUSAIDI
04DUB15F1056

3) AIMAN MUZZAMIL BIN ZAIMI 04DUB15F1090



Senarai Kandungan

No Tajuk: M/S
1 ) Pengenalan 1-2
2 ) Isi Kandungan 3-7
3 ) Kesimpulan 8
4 ) Sumber Rujukan 9


Pengenalan

SESIAPA sahaja pasti tidak akan selesa berada di persekitaran yang dicemari dengan pelbagai bahan toksik sehingga menjejaskan kegiatan harian anda. Persekitaran yang dahulunya menghijau dengan aliran sungai yang jernih, udara yang segar, permukaan tanah yang cantik kini hampir hancur dek kerana perbuatan dan sikap kita sendiri. Justeru, jangan marahkan alam jika berlaku kejadian seperti tanah runtuh, sungai tercemar, banjir lumpur, banjir kilat dan lain-lain yang kesemuanya berpunca daripada perbuatan kita yang tidak menghiraukan alam sekitar. Marahlah diri sendiri, masyarakat dan pihak berkuasa yang leka dibuai kepentingan peribadi sehinggakan segala tindakan yang dilakukan merosakkan alam. Mungkinkah masih belum terlewat untuk kita menyelamatkan Bumi yang merupakan satu-satunya planet di alam semesta ini yang boleh didiami manusia. Justeru, mulakan langkah dan usaha dari sekarang dan tidak perlulah menunggu tibanya sesuatu kempen untuk kembali bersemangat memulihara alam sekitar. Sikap keprihatinan terhadap keselamatan Bumi haruslah sentiasa bermain di fikiran seseorang bagi memastikan seruan yang dilontarkan iaitu Selamatkan Bumi Kita membekas kental di dalam jiwa. Sekadar untuk makluman bersama, kekaguman menyaksikan kepesatan pembangunan di negara-negara maju memang tidak dapat dinafikan tetapi tahukah kita bahawa perkara itu turut memberi impak negatif kepada negara-negara lain. Ini kerana negara-negara pesat tersebut didakwa menjadi sumber utama berlakunya pemanasan global sehingga negara mundur terpaksa menanggung kesengsaraan tersebut. Tidak salah untuk mengejar arus pembangunan yang semakin canggih tetapi pembinaan drastik tidak seiring dengan penjagaan alam sekitar. "Perubahan iklim tidak berlaku secara semula jadi, sebaliknya ia berpunca daripada perbuatan manusia. Hutan semula jadi contohnya perlu dipelihara dan ditanam semula, selain tidak mengetepikan khazanah laut bagi mengurangkan kemusnahan Bumi. "Justeru, pelepasan sumber gas tercemar yang menyebabkan berlakunya pemanasan global


global yang memberi kesan negatif kepada kehidupan di seluruh dunia perlu dihentikan dengan segera," kata Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini. Melihat kemarahan alam yang mencetuskan krisis cuaca dan bencana seperti tanah runtuh, ribut taufan dan gempa bumi, ia secara tidak langsung memberi amaran kepada kita supaya lebih serius dalam menangani masalah persekitaran yang semakin berleluasa pada hari ini. Jika kita terus angkuh meneruskan 'agenda merosakkan bumi', tidak mustahil krisis kekurangan bahan makanan akan melanda setiap negara di dunia dan bukannya di beberapa negara tertentu sahaja

Contoh Ayat Al-Quran Dan Al-Hadis Yang Membuktikan Bahawa Punca-Punca Kerosakan Alam Adalah Berpunca Daripada Manusia
Jika dilihat kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah, dunia Islam sepatutnya mengepalai isu-isu kemanusiaan dan alam. Malangnya, kita bukan sahaja tidak mengepalai, bahkan kita dituduh tidak prihatin dalam beberapa isu dunia. Sebahagian tuduhan itu pula benar.
Ambil sahaja soal penjagaan alam sekitar. Dunia Islam tidak mengepalainya. Lebih memalukan apabila negara-negara umat Islam sendiri tidak mengambil berat soal penjagaan alam sekitar. Bahkan ada negara umat Islam yang begitu kotor. Lebih memalukan jika kawasan masjid dan tandasnya menjijikkan. Sedangkan dalam masa yang sama kita berceramah soal taharah, kebersihan pakaian ketika solat, jenis-jenis air yang boleh diambil wuduk dan berbagai lagi. Bahkan sebahagian perbincangan dalam masalah fekah bersuci kita begitu sempit dan jumud. Sehingga kecenderungan sesetengah tok guru ke arah membatalkan ibadah lebih besar dari menghukumnya sebagai sah. Namun tinggal sekadar berlegar dalam bab wuduk dan sembahyang semata. Tidak mampu membawa kepada kebersihan dan kebajikan alam sekitar.
Dunia Islam sepatutnya menjadi perlambangan kepatuhan kepada amaran Allah dalam Surah al-Rum ayat 41:

(maksudnya): Telah timbul berbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Kerosakan alam sama ada di lautan atau daratan adalah disebabkan perbuatan manusia. Laut dan sungai yang tercemar, atau hutan yang binasa adalah dek perbuatan insan durhaka. Derita yang bakal dihadapi dunia disebabkan pencemaran alam adalah balasan Allah ke atas jenayah pencemaran tersebut. Umat Islam berpandu ayat ini dan ayat-ayat lain yang banyak sepatutnya mengepalai masyarakat dunia dalam menjuarai perjuangan menjaga alam sekitar.



Perjuangan Alam Sekitar
Demikian Nabi s.a.w memperjuangkan agar tidak dimusnahkan alam tanpa sebab yang sah. Bukan sekadarnya kesalahan moral pada penilaian kesusilaan manusia, bahkan baginda memberi amaran dengan hukuman Allah pada hari akhirat nanti. Jika hanya memotong pokok bidara yang

membawa kemusnahan tempat berteduh manusia dan haiwan dihukum dosa dengan balasan demikian rupa, apatah lagi bagi yang memusnah ekosistem alam yang boleh membawa
kemusnahan yang lebih besar. Bahkan mungkin memusnahkan manusia sejagat. Maka mencemarkan alam pada penilaian Islam adalah satu kesalahan dari segi agama. Justeru, perjuangan memelihara alam adalah sebahagian dari perjuangan agama. Menyuruh manusia memelihara alam dan melarang mereka memusnahkannya adalah sebahagian dari kerja dakwah iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran.
Bahkan penjagaan alam dianggap sebagai satu sedekah berpahala di sisi Islam. Daripada Anas bin Malik r.a.: Katanya: Sabda RasululLah s.a.w:

“Tidak ada seorang muslim yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung, atau insan atau binatang berkaki empat memakannya, melainkan untuknya (pahala) sedekah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Para sahabah Nabi s.a.w memahami dan mempraktikkan hal ini. Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang bertemu sahabat Nabi s.a.w yang masyhur iaitu Abu Darda’ ketika itu dia sedang menanam pohon. Kemudian orang laki-laki itu bertanya kepada Abu Darda’: Hai Abu Darda’! Mengapa engkau tanam pohon ini, padahal engkau sudah sangat tua, sedang pohon ini tidak akan berbuah kecuali sekian tahun lamanya. Maka Abu Darda’ menjawab: Bukankah aku yang akan memetik pahalanya di kala orang lain memakannya?

Mana Pergi Islam?
Di mana perginya hadis-hadis yang seperti ini? Ramai umat Islam, sehingga golongan agama sekalipun gagal melihat kemuliaan usaha dan perjuangan memelihara alam sekitar. Padahal pada alam itulah tercatatnya tanda-tanda keagungan Allah dan rahmahNya kepada manusia. Ayat-ayat al-Quran begitu banyak dalam hal ini. Namun kita tidak mengambil iktibar. Antara firman Allah dalam Surah al-Fatir ayat 27-28:

(maksudnya): Tidakkah Engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya yang takutkan Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun


Ayat di atas menyatakan bahawa pemerhatian terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan membawa kepada rasa takutkan disebabkan ilmu pengetahuan tentang kebesaran Tuhan. Banyak ayat-ayat al-Quran sepatutnya menjadi motivasi untuk masyarakat muslim menjadi masyarakat yang terbaik dalam pemeliharaan alam ciptaan Allah ini. Saya begitu kagum apabila melawat New Zealand dan melihat keindahan alamnya. Apa yang lebih mengkagumkan bagaimana disiplin masyarakatnya memelihara keindahan alam mereka. Mengapa tidak hal ini berlaku di dunia Islam secara menyeluruh?!
Kesimpulan

Khazanah Islam begitu banyak mengajar kita menjadi umat yang berdisiplin dan bersih. Malangnya kita tidak mengkaji dan mematuhinya. Sedangkan semua arahan itu memberikan kebaikan kepada manusia sejagat. Namun apabila kita beragama secara sempit. Atau mungkin kita jahil tentang hakikat Islam ini, maka kita pun kagum dengan kesungguhan orang lain seperti pencinta-pencinta alam di Barat dan Timur memelihara kebajikan masyarakat manusia. Kita lupa bahawa khazanah Islam kita telah lama mendahului hal ini. Sepatutnya dengan bekalan khazanah itu, kita mendahului manusia lain dalam memelihara keamanan dan kebajikan kehidupan alam. Namun, hal yang berlaku sebaliknya. Kita bukan sahaja tidak mengepalainya, bahkan kita tidak turut berjuang. Lebih sedih kita memandang sepi usaha-usaha yang seperti itu dan tidak menganggap sebahagian dari tuntutan agama.
Marilah kita bersama menyatakan rasa kesyukuran kepada Allah swt atas segala nikmat pemberianNya, kerana menganugerahkan kita anggota badan iaitu tangan yang sempurna, dan kerana anugerahNya itulah kita dapat menggunakan tangan kita ini untuk bekerja dan beribadat kepada Allah swt.Maka gunakanlah tangan kita dengan sebaik mungkin dan berkelakuan baiklah kita sesama manusia sesuai dengan anugerah kemuliaan dari Allah kepada anak-anak Adam a.s. “Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.Kami angkut mereka di daratan dan di lautan.Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan” [ Al-Isra’ : 70 ]



Rujukan

Sumber Internet :
1) http://sangtawal.blogspot.my/2010/04/kerosakan-pertama-di-muka-bumi-adalah.html
2) https://hikmatun.wordpress.com/2009/12/08/42-hadith-tentang-peristiwa-akhir-zaman/
3) http://drmaza.com/home/?p=1785

Sumber Buku:
1)Dr.Maza, “Etika Alam Sekitar daripada Perspektif Islam,Muka Surat 34-38
2)Ust.Ibrahim Bin Jamil,Alam Yang Indah Usah Dirosakkan,Muka Surat 23-26



TAJUK:
AL-QURAN DAN AL-HADIS YANG MEMBUKTIKAN BAHAWA PUNCA-PUNCA KEROSAKAN ALAM DISEBABKAN OLEH MANUSIA
Pengotor
Ustaz-ustaz selalu menyebut tentang dosa menyakiti hati jiran. Lalu mereka kaitkan dengan mengumpat atau mengutuk jiran tetangga. Sepatutnya perbahasan itu mesti diluaskan lagi di zaman kini. Membuang sampah dan kotoran merata-rata juga termasuk dalam dosa. Ini disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya; perbuatan tersebut telah melanggar arahan pemerintah dalam perkara kebaikan yang disuruh Islam untuk kita taat. Sabda Nabi s.a.w.:

“Ketaatan kepada pemerintah itu wajib, selagi tidak disuruh dalam perkara maksiat. Apabila disuruh dalam perkara maksiat, maka tidak perlu dengar dan taat” (Riwayat al-Bukhari).

Juga sikap pengotor itu menyakitkan hati orang lain tanpa sebab yang sah. Baginda Nabi s.a.w menyebut:

“Takutlah dua perkara yang menyebabkan dilaknat orang. Sahabat bertanya: apakah dua perkara yang menyebabkan dilaknat orang. Sabda baginda: Orang yang membuang najis di tengah jalan orang ramai atau tempat teduh mereka” (Riwayat Muslim).


1
2
3
4
5
6
7
8
9


Full transcript