Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Tokoh Perwira Bangsa

No description
by

Nur Hanis Safwah

on 27 October 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Tokoh Perwira Bangsa

Tokoh Perwira Bangsa
[ Mat Salleh ]

Kawasan berlakunya penentangan Mat Salleh
Penghargaan
Saya merakamkan setinggi - tinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada yang menghulurkan bantuan fizikal , kewangan dan idea serta ibu kedua saya , Puan Shahrulbariah yang telah mendidik dan mengajar saya sehinggalah berjaya . Semoga ilmu yang dilimpahkan kekal dalam ingatan saya .
Objektif Kajian
Perjuangan
Objektif utama kajian ini adalah untuk memenuhi keperluan sukatan Pentaksiran Berasaskan Sekolah matapelajaran Sejarah Tingkatan 2 . Antara objektif yang ingin dicapai ialah :

Mengetahui latar belakang tokoh
Menjadikan iktibar dan pengajaran pandu masa kini dan generasi Y seterusnya
Mempelajari semangat patriotisma serta bangga akan negara sendiri . Beliau yang mempertahankan maruah bangsa dan kedaulatan negara .

Rujukan buku teks Sejarah Tingkatan 2 Bab 8

Info - info daripada laman sesawang
Kaedah Kajian
Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya.
Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku Βajau dan Ѕulu. Ibunya daripada suku Bajau. Abangnya bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan.
Latar belakang
Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong.
Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar.
Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh bersetuju, walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan tercetus kembali.
Dan akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya'.
Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan rakyat tempatan terutama di kalangan keturunan penduduk yang mempunyai sejarah pernah bertempur atau berperang dengan pihak Mat Salleh, yang tidak mengiktiraf Mat Salleh sebagai pahlawan apatah lagi pejuang kemerdekaan kerana Mat Salleh dikatakan berjuang untuk kepentingan diri dan kumpulannya sahaja dan bukan secara menyeluruh
Faktor penentangan Mat Salleh
Perjuangan Jihad
Kebangkitan Mat Salleh bepunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di selatan Filipina
Peraturan yang membebankan
Mat Salleh menentang pentadbiran SBUB di Sabah kerana SBUB memperkenalkan peraturan baru seperti amalan buruh paksa , cukai beras dan lesen perahu yang amat membebankan rakyat
Percubaan berunding gagal
Pada bulan Ogos 1895 , Mat Salleh dan beberapa orang pembesar tempatan telah pergi ke Sandakan untuk menemui Gabenor Beaufort iaitu C.V. Creagh. Beliau ingin berunding tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan . Mat Salleh tidak dilayan dan setelah menunggu selama sepuluh hari , beliau meninggalkan Sandakan
Perkampungan dibakar
Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB. Oleh itu , SBUB bertindak membakar dan memusnahkan kampungnya . SBUB menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya
Rumusan
Unsur patriotisma

Berjiwa patriotik
Tegas pendirian
Bangga akan negara
Setia demi negara
Berani menentang musuh
Sekalung marhabah saya ucapkan kepada guru dan rakan sekalian atas sudi menilai powerpoint saya ini

Sekian , terima kasih :)
Nur Hanis Safwah Bt Mohd Nor
2 Salman Al Farisi 2013
PN . Shahrulbariah
SMK Seksyen 18 Hebat
Full transcript