Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

BAB 3 : PERNIAGAAN ANTARABANGSA

No description
by

emma yamani

on 4 August 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of BAB 3 : PERNIAGAAN ANTARABANGSA

PERANAN MATRADE
- Untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ke atas eksport produk perkilangan dan separa kilang serta menjalankan import secara terpilih;

- Untuk merangka dan melaksanakan satu strategi pemasaran eksport negara bagi menggalakkan eksport produk terkilang dan separa kilang;

- Untuk menjalankan perisikan komersial dan penyelidikan pasaran serta mewujudkan satu pangkalan data maklumat yang komprehensif bagi peningkatan dan pembangunan perdagangan;

-Untuk mengelolakan program-program latihan bagi meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia dalam pemasaran antarabangsa;

- Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan-kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara;

- Untuk mewakili Malaysia di mana-mana forum antarabangsa yang berkaitan dengan perdagangan;

- Untuk membangun, mempromosi, memudahkan dan membantu dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan perdagangan

- Untuk menasihati Kerajaan tentang perkara-perkara yang mempengaruhi atau sebarang cara yang berkaitan dengan perdagangan dan bertindak sebagai ejen kepada Kerajaan atau seseorang individu, badan atau organisasi mengenai perkara tersebut.


BLOK PERDAGANGAN
1. AFTA
2. NAFTA
3. EU (EROPEAN UNION)
4. ASEAN

MATRADE
MALAYSIA EXTERNAL TRADE DEVELOPMENT CORPORATION (PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA)
AFTA (ASEAN FREE TRADE AREA)
• Ditubuhkan oleh negara-negara ASEAN pada 1 Januari 1993. Di anggotai oleh Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Filipina, Indonesia, Laos Vietnam, Kemboja dan Mynmar.

• Objektif penubuhan adalah untuk meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN

• Peningkatan perdagangan akan meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang berdaya saing yang membolehkan pengkhususan dan pencapaian skala ekonomi serta usaha menarik pelabur menanam modal dengan memberi pelbagai insentif.

• Matlamat AFTA:
i. menghapuskan tarif, kuota, dan lain-lain sekatan perdagangandi kalangan negara anggota
ii. mengenakan tarif yang seragam kepada negara bukan anggota
iii. mobiliti buruh, modal, syarikat yang bebas, menwujudkan polisi-polisi pengangkutan, pertanian, pendidikan persaingan dan perilaku perniagaan bersama.


NAFTA (NORTH AMERICAN FREE TRADE AGREEMENT)
• Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara ditubuhkan pada 1 Januari 1994

• hasil pakatan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara negara Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico

• Matlamat penubuhan adalah untuk memansuhkan tarif dan halangan bukan tarif dalam perdagangan di antara negara anggota.

• Merupakan blok perdagangan yang paling berkuasa berdasarkan kepada jumlah penduduk dan jumlah keluaran negara kasar.
EU (EROPEAN UNION)
- Kesatuan Eropah pada awalnya di kenali sebagai Komuniti Ekonomi Eropah (EEC)

- ditubuhkan pada tahun 1957 yang dianggotai oleh 12 negara iaitu Belgium, Perancis, Itali, Luxemborg, Belanda, Jerman, Denmark, Ireland. United Kingdom, Portugal, Greek, Sepanyol, Austria, Finland dan Sweden.

- Tujuan penubuhan kesatuan adalah untuk mengimbangi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang sukar digugat oleh mana-mana negara waktu itu.

-Penubuhan Kesatuan Eropah membolehkan rakyat atau masyarakat negara-negara anggota bebas bergerak, mencari pekerjaan, membuat pelaburan dan menjalankan urusan perdagangan yang selama ini terhalang kerana setiap negara Eropah mempunyai kawalan sempadan yang ketat, system cukai dan subsidi masing-masing, polisi dalam negara serta dasar untuk melindungi industri tempatan daripada persaingan luar negara.

- Secara khusus, objektif penubuhan EU ialah adalah seperti berikut:
i. Menghapuskan duti kastam untuk semua negara anggota
ii. Memastikan perdagangan dijalankan secara bebas
iii. Menyelaraskan dasar kewangan dan fiskal semua negara anggota
iv. Memberi kebebasan dalam pengaliran modal di kalangan negara anggota
v. Menggariskan polisi umum terhadap perdagangan yang melibatkan negara anggota
vi. Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara negara anggota.

- Mata wang tunggal rasmi yang dinamakan Euro telah diperkenalkan untuk kegunaan setiap negara anggota.


ASEAN (PERTUBUHAN NEGARA - NEGARA ASIA TENGGARA)
• Persatuan negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN ditubuhkan pada 1967 yang dianggotai oleh sepuluh buah negara yang terletak di rantau Asia Tenggara iaitu, Malaysia, Thailand. Indonesia, Singapura. Brunei, Filipina, Laos, Vietnam, Kemboja dan Mynmar.

• Tiga tujuan utama penubuhan ASEAN ialah:
i. Menggalakkan pembangunan ekonomi, social dan kebudayaan menerusi program-program kerjasama serantau
ii. Mengukuhkan kestabilan politik dan ekonomi serantau agar dapat menghadapi kuasa-kuasa besar
iii. Bertindak sebagai satu forum untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul

BAB 3 : PERNIAGAAN ANTARABANGSA
(GALAKAN DAN PERLINDUNGAN PERDAGANGAN)

- DITUBUHKAN PADA 1 MAC 1993 - PROMOSIKAN AKTIVITI PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA BAGI PIHAK KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Full transcript