Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

Meninggalkan Maksiat Zahir

Cara meninggalkan maksiat anggota berasaskan Bidayatul Hidayah
by

Nurazizi Mokhtar

on 8 November 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of Meninggalkan Maksiat Zahir

Cara Meninggalkan Maksiat Yang Zahir
Menjaga Mata
Menjaga Telinga
Menjaga Lidah
Menjaga Perut
Menjaga Kemaluan
Menjaga Dua Tangan
Menjaga Dua Kaki
Mata diciptakan Allah untuk engkau dapat melihat segala sesuatu sehingga engkau dapat menggunakannya dalam menunaikan segala hajatmu dan engkau dapat melihat dengan matamu akan keajaiban dan keindahan ciptaan langit dan bumi, sehingga engkau dapat mengambil iktibar daripadanya.
Maka peliharalah matamu daripada empat perkara
Melihat perempuan yang bukan mahram
Melihat gambar-gambar lucah yang membangkitkan syahwat
Melihat orang lain dengan pandangan penghinaan
Melihat keaiban orang lain
Hendaklah engkau jaga telingamu daripada:
mendengar perkara bid'ah atau seumpamanya atau
mendengar perkataan yang jahat atau
mendengar perkataan yang sia-sia atau
menyebut-nyebut kejahatan orang lain
Sebenarnya telingamu diciptakan oleh Allah untuk engkau dapat mendengar akan Al Quranul Karim dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. dan hikmah-hikmah para Auliya maka gunakanlah telingamu untuk mendengarkan ilmu pengetahuan sehingga dengan ilmu itu engkau dapat mencapai kejayaan yang kekal dan kenikmatan yang abadi (di dalam syurga)
Apabila engkau menyalahgunakan nikmat pendengaranmu seperti engkau mendengarkan akan maksiat maka bermakna engkau telah mengkhianati terhadap dirimu sendiri dan engkau menyalahgunakan sesuatu alat yang sepatutnya engkau gunakan untuk mencari keuntunganmu. Maka inilah yang dinamakan rugi yang sebenarnya. Dan janganlah engkau berkata bahawa dosa memperkatakan orang itu hanya tertentu bagi orang yang berkata sahaja tetapi dosa itu juga akan terkena kepada orang yang mendengar perkataan itu.
Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya:
"Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (di dalam dosa) dengan orang yang berkat itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."
Allah S.W.T. telah menciptakan bagimu akan lidah supaya engkau dapat berzikir dengannya dan supaya engkau dapat membaca Al Quran dan membimbing manusia ke jalan kebenaran dan supaya engkau dapat melahirkan perasaan dan kehendakmu, baik dalam urusan dunia ataupun urusan akhiratmu.
Apabila engkau menggunakan lidahmu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah Taala bermakna engkau tidak syukur terhadap nikmat yang diberikannya kepadamu.
Lidahmu adalah anggota yang paling berkesan di atas dirimu dan yang paling berkesan terhadap orang lain. Berapa ramai nantinya orang yang akan dihumbankan ke dalam api neraka jahanam dengan sebab jenayah yang telah diperbuatkan oleh lidah mereka, Maka kekanglah lidahmu sekuasamu supaya ia tidak menyebabkan engkau dihumbankan ke dalam api neraka.
Sabda Rasulullah S.A.W. ertinya:
"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi ketawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun."
(Hadis riwayat At Tarmizi daripada Abu Hurarairah R.A.)
Jagalah lidahmu daripada lapan perkara
Bohong
Menyalahi janji
Mengumpat orang
Berdebat atau bertengkar
Memuji diri sendiri
Melaknat
Mendokan celaka orang lain
Bergurau, mengolok-olok dan mengejek orang lain
1. Bohong
Maka janganlah engkau berbohong sama ada bersungguh-sungguh atau bergurau. Jangan engkau biasakan dirimu bergurau nanti akhirnya engkau akan berbohong dengan cara bersungguh-sungguh.
Bohong adalah di antara dosa besar yang terbesar. Selain daripada itu, apabila engkau telah dikenali sebagai pembohong maka hilanglah keadilanmu (dan harga dirimu) dan hilang makna daripada segala perkataanmu dan orang lain akan melihat engkau dengan padangan yang rendah
1. Bohong
Apabila engkau mau tahu sejauh mana jahatnya apabila engkau bercakap bohong maka lihatlah kepada orang lain yang bercakap bohong kepadamu, betapa engkau merasakan dirimu jijik daripadanya dan betapa hinanya orang itu pada pandanganmu dan betapa jahatnya apa yang dilakukannya.
Begitulah hendaknya engkau melihat kepada segala keaiban dirimu kerana engkau tidak dapat mengetahui sejauh mana keaiban dirimu kecuali bila engkau memperhatikan perbuatan yang sama yang dilakukan oleh orang lain terhadap dirimu.
1. Bohong
Maka apa yang engkau pandang buruk terhadap orang lain begitulah juga sebaliknya. Oleh itu janganlah engkau suka membuat perkara yang menyebabkan kebencian orang lain terhadap dirimu.
2. Menyalahi Janji
Maka jangan sekali-kali engkau berjanji kemudian engkau menyalahinya bahkan sebaiknya biarlah engkau banyak berbuat baik walaupun tanpa berjanji. Jikalau engkau terpaksa juga mengikat janji maka engkau mesti berhati-hati.
2. Menyalahi Janji
Jangan sampai janji itu engkau ingkari kecuali apabila engkau lemah daripadanya dengan sebab ada halangan yang tidak dapat dielakkan kerana mungkir janji adalah sebahagian tanda orang-orang munafiq dan orang yang rendah akhlaknya.
2. Menyalahi Janji
Rasulullah pernah bersadda ertinya:
"Tiga perkara apabila ada pada seseorang maka ia adalah orang munafiq (munafiq amal bukan munafiq aqidah) walaupun ia puasa dan sembahyang. Ialah orang yang apabila bercakap ia berbohong dan apabila berjanji ia mungkir dan apabila ia diamanahkan sesuatu ia akan khianat."
3. Mengumpat Orang
Dosa mengumpat orang adalah lebih berat daripada tiga puluh kali berzina seperti yang disebutkan di dalam hadis dan yang dimaksudkan dengan ghibah atau mengumpat ialah bahawa engkau mengatakan apa sahaja perkara yang sabit dengan seseorang, jikalau ia mendengar perkataan tersebut tentu ia akan marah. Maka engkau dikira seorang yang mengumpat lagi zalim walaupun apa yang engkau sebutkan itu benar-benar berlaku pada diri orang yang berkenaan.
3. Mengumpat Orang
Dan jauhilah daripada cara umpatan (perli) ulama Su' iaitulah umpatan yang tidak menggunakan bahasa yang jelas tetapi mempunyai makna yang sangat tajam. Contohnya apabila engkau ditanya tentang hal seseorang maka engkau menjawab dengan perkataan: "Mudah-mudahan Allah membaikkan halnya. Sebenarnya saya sangat berdukacita mendengar apa yang telah dilakukannya. Saya selalu berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah memperbaiki keadaan kita dan keadaannya."
3. Mengumpat Orang
Sebenarnya perkataan seperti itu telah menghimpunkan dua kesalahan.
Mengumpat orang kerana maksudnya dapat difaham dengan jelas
Membersihkan dan memuji diri sendiri dengan cara menyalahkan orang lain
3. Mengumpat Orang
Seandainya niatmu ikhlas di dalam doamu itu maka sebaiknya engkau mendoakannya dengan cara bersendirian. Dan seandainya engkau susah hati dengan sebab perbuatannya maka tandanya engkau tidak suka membuat keaibannya di hadapan orang lain ketika engkau menzahirkan kesusahanmu dengan keaibanya, maka itu sama ertinya dengan engkau menzahirkan keaibannya.
3. Mengumpat Orang
Sebenarnya firman Allah SW.T. di bawah ini sudah cukup bagimu supaya engkau meninggalkan segala bentuk umpatan, Allah S.W.T. berfirman:
Maksudnya: "Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah menjadi bangkai? Maka sudah tentu kamu merasa jijik daripadanya."
(Surah Al Hujurat, ayat 12)
Ini hanya sebahagian daripada apa yang terdapat di dalam Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) karangan Al Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al Ghazali yang diterjemahkan oleh Ahmad Fahmi Zamzam
Kitab ini mengandungi:
Bahagian Pertama: Adab-adab Melaksanakan ketaatan
Bahagian Kedua: Cara-cara meninggalkan maksiat
Bahagian Ketiga: Adab-adab pergaulan dan persahabatan dengan Khaliq dan dengan makhluk
1. Adab-adab melaksanakan ketaatan
2. Adab-adab bangun tidur
3. Adab-adab masuk ke dalam tandas
4. Adab-adab berwudhuk
5. Adab-adab mandi
6. Adab-adab bertayammum
7. Adab-adab pergi ke masjid
8. Adab-adab selepas terbit matahari sampai ke waktu gelincir matahari
9. Adab-adab mempersiapkan diri untuk sembahyang
10. Adab-adab ketika hendak tidur
11. Adab-adab sembahyang
12. Adab-adab imam dan makmum
13. Adab-adab hari Jumaat
14. Adab-adab puasa
1. Adab-adab dengan Tuhan Pencipta kita
2. Adab-adab seorang guru
3. Adab-adab seorang murid
4. Adab-adab dengan ibu bapa
5. Adab-adab dengan seluruh manusia
3. Mengumpat Orang
Allah S.W.T. telah menyerupakan engkau dengan pemakan bangkai maka hindarilah penyakit ghibah ini. Dan jikalau engkau mahu berfikir tentu engkau tidak akan mengumpat orang lain. Cuba engkau lihat pada dirimu sendiri, bukankah dirimu sendiri juga pernah membuat maksiat secara sendiri-sendiri dan juga dengan cara terang-terangan. Maka apabila engkau telah mengetahui bahawa dirimu sendiri banyak mempunyai kelemahan, sehingga engkau melakukan sesuatu maksiat maka ketahuilah begitu pula halnya saudaramu, ia mempunyai kelemahan-kelemahan sehingga ia melakukan maksiat. Maka uzurnya sama dengan uzurmu, tetapi kenapa engkau suka menyebut-nyebut kelemahannya? Tentu ia tidak suka seperti halnya engkau tidak suka disebutkan kelemahanmu.
3. Mengumpat Orang
Dan apabila engkau menutupi keaibannya maka Allah S.W.T. pasti akan menutupi keaibanmu tetapi jikalau engkau suka mendedahkan keaibannya maka Allah pasti akan menyediakan lidah-lidah yang lebih tajam untuk mendedahkan keaibanmu di dunia ini kemudian Allah akan mendedahkan pula segala rahsiamu di akhirat kelak di hadapan seluruh makhluk di Padang Mahsyar nanti.
3. Mengumpat Orang
Seandainya engkau melihat dirimu bersih daripada dosa, baik zahir atau batin dan engkau melihat dirimu bersih daripada segala keaiban baik yang berkenaan dengan urusan agamamu ataupun duniamu maka ketahuilah bahawa kejahilanmu terhadap dirimu sendiri itu adalah sejahat-jahat kejahilan. Tidak ada aib yang lebih besar dosa dan kesalahan. Sebenarnya ketika itu Allah S.W.T. tidak menghendaki kebaikan terhadap dirimu. Jikalau Dia menghendaki kebaikan pada dirimu tentu Dia menunjukkan kepadamu akan aib dirimu. Jadi ketika engkau melihat dirimu sebagai seorang yang bersih, maka itu adalah kesudahan daripada segala kejahilan.
3. Mengumpat Orang
Kemudian seandainya engkau memang benar pada sangkamu (bahawa engkau orang yang tidak mempunyai keaiban) maka banyak-banyaklah engkau bersyukur kepada Allah dan mengapa pula engkau mahu memaki orang lain dan mempersendakan kesalahan mereka. Bukankanh perbuatan ini juga termasuk di antara keaiban yang besar pula.
Fasal 2: Cara-cara meninggalkan maksiat batin (maksiat hati)
1. Meninggalkan sifat hasad
2. Meninggalkan sifat riak
3. Meninggalkan sifat ujub
Fasal 1: Cara-cara meninggalkan maksiat zahir (maksiat anggota)
1. Menjaga mata
2. Menjaga telinga
3. Menjaga lidah
4. Menjaga perut
5. Menjaga kemaluan
6. Menjaga dua tangan
7. Menjaga kedua kaki
Bahagian 1
Adab-adab Melaksanakan Ketaatan
Bahagian 2
Cara-cara Meninggalkan Maksiat
Bahagian 3
Adab-adab Pergaulan dan Persahabatan dengan Khaliq dan dengan Makhluk
Menjaga Kedua Tangan
Maka hendaklah engkau menjaga kedua tanganmu:
daripada memukul seseorang Muslim dan
daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau
menyakiti sebarang makhluk Allah
Dan engkau jaga pula tanganmu:
daripada mengkhianati amanah atau simpanan orang dan
daripada menulis sesuatu yang tidak boleh dituturkan
Kerana tulisan adalah salah satu dari antara dua lidahmu maka hendaklah engkau menjagakan qalammu (tulisanmu) daripada menulis sesuatu yang diharamkan.
Menjaga Dua Kaki
Hendaklah engkau pelihara kedua kakimu daripada berjalan ke tempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada sultan yang zalim. Berjalan menuju sultan yang zalim itu tanpa ada darurat dan paksaan adalah maksiat yang besar kerana yang demikian itu dianggap "tawadhu' atau merendahkan diri bagi mereka dan menghormati atas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita supaya berpaling daripada orang yang zalim
Maksudnya: Dan jangan engkau cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka.
(Surah Hud, ayat 113)
Apakah lagi kalau perjalananmu menemui sultan yang zalim itu untuk meminta sesuatu daripadanya. Maka ini jelas dikira mengusahai yang haram. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:
Ertinya: " Sesiapa yang merendahkan dirinya kepada orang kaya yang soleh kerana kekayaannya, maka telah hilanglah dua pertiga daripada agamanya.:
(Hadis Mauquf atas Ibnu Mas'ud R.A.
dan dalam satu huraian disebutkan maksudnya dua pertiga daripada adabnya.
Cuba lihat, begitu dahsyat tawadhu' atau merendahkan diri kepada orang kaya yang soleh kerana kekayaan, maka betapa pula kalau engkau tawadhu' kepada orang kaya yang zalim?
Ringkas kata, segala gerak lakumu dengan anggota mu adalah merupakan nikmat daripada Allah yang diberikan kepadamu.
Maka hendaklah engkau jangan menggerakkan satu pun daripada anggotamu untuk melakkukan sebarang kemaksiatan, tetapi sebaliknya hendaklah engkau pergunakan segala anggotamu untuk mengerjakan ketaatan kepada Allah
Dan ketahuilah! Apabila engkau cuai, maka akibatnya akan kembali kepadamu dan apabila engkau rajin maka manfaatnya juga kembali kepadamu.
Allah Maha Kaya daripadamu dan Kaya daripada amalanmu, tetapi setiap orang akan tertakluk (pada hari kiamat nanti) dengan amalan yang dikerjakannya di dunia ini.
Maka jangan sekali-kali engkau berkata:
"Allah itu Tuhan yang Maha Mulia lagi Pengampun. Ia mengampuni dosa-dosa hamba yang berbuat maksiat,
kerana ucapan seperti itu adalah ucapan yang benar, tetapi mempunyai tujuan yang salah. Orang yang memperkatakannya digelarkan dengan "Ahmaq" (bodoh) seperti gelaran yang telah disebutkan oleh Rasulullah S.A.W.
Rasulullah bersabda yang ertinya: " Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang ahmaq (bodoh) ialah orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah Taala (berangan untuk mendapatkan kebaikan di akhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal an bertaubat).
Menjaga Teliga
Menjaga Lidah
Menjaga Mata
Kredit
Menjaga Perut
Menjaga Kemaluan
Maka hendaklah engkau menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharamkan oleh Allah Taala dan hendaklah engkau menjadikan dirimu seperti golongan yang disifatkan oleh Allah Taala dalam firmanya:
Maksudnya: "Dan mereka selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka milik (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela."
(Surah Al Mukminun, ayat 5-6)
Dan engkau tidak dapat menjaga kemaluan kecuali apabila engkau menjaga matamu (daripada melihat yang haram) dan menjaga hatimu supaya jangan berfikir yang bukan-bukan dan menjaga perut daripada makanan yang syubhat atau berlebihan (dalam memakan yang halal) kerana semuanya itu adalah penggerak bagi syahwat dan punca bermulanya syahwat.
Maka hendaklah engkau memelihara perutmu daripada memakan makanan yang haram atau yang syubhat dan berusahalah untuk mencari makanan yang halal. Dan apabila engkau telah mendapatkan makanan yang halal maka hendaklah engkau merasa cukup dengan memakannya.
dan hendaklah engkau berhenti sebelum kenyang kerana perut yang kenyang itu akan mengeraskan hati dan menumpulkan akal dan memberatkan anggota daripada berbuat ibadat dan mencari ilmu bahkan perut yang kenyang itu akan menguatkan syahwat dan membantu tentera syaitan.
Kenyang dengan yang halal adalah punca segala kejahatan maka betapa pula kenyang dengan makanan yang haram. Oleh itu mencari makan yang halal adalah wajib atas setiap orang Islam dan berbuat ibadat atau mencari ilmu dengan memakan makan yang haram adalah seperti membuat sesuatu binaan di atas longgokan sampah.
Apabila engkau merasa cukup dalam setahun dengan hanya memakai sehelai baju yang kasar dan merasa cukup dalam sehari semalam dengan dua potong roti daripada tepong yang kasar dan engkau mampu meninggalkan kelazatan gulai maka pasti makan yang halal itu cukup bagimu.
Harta yang halal itu sebenarnya banyak. Dan engkau tidak dituntut memeriksa sampai kepada perkara-perkara yang kecil bahkan memadailah bagimu bahawa engkau menghindari apa-apa yang telah engkau kenal pasti bahawa harta itu adalah haram atau engkau sangka bahawa ia adalah haram dengan bukti-bukti yang nyata yang telah sabit pada harta tersebut.
Adapun harta yang sudah nyata haram maka hal itu tidak perlu diterangkan lagi. Dan harta yang disangkakan haramnya dengan beberapa tanda ialah seumpama harta raja-raja (yang zalim) dan pegawai-pegawainya dan harta orang yang tidak ada pekerjaan kecuali hanya meratap orang mati atau menjual arak atau bermuamalah dengan cara riba atau berjual beli seruling dan alat-alat muzik dan seumpamanya.
Maka sesiapa yang engkau telah ketahui secara pasti bahawa kebanyakan hartanya adalah daripada sumber haram maka apa yang engkau ambil daripada tangannya - walau pun boleh jadi ia halal - adalah haram kerana itulah yang ghalib pada sangkaan.
Di antara harta yang jelas haram ialah harta wakaf yang dimakan tidak mengikut syaratnya, seperti orang yang tidak bersungguh-sungguh mengaji maka haram ia mengambil harta (atau makanan) yang diwakafkan khusus kepada penuntut yang ada di dalam sebuah madrasah. Dan siapa yang mengerjakan maksiat maka akan ditolak segala persaksiannya (syahadatnya). Dan begitulah pula haram mengambil harta atas nama Tasaauf (bagi orang yang bukan ahli Tasauf) daripada harta wakaf yang dikhususkan untuk mereka.
Dan telah kami sebutkan keterangan yang luas tentang harta syubhat, halal dan haram di dalam kitab Ihya Ulumiddin, maka hendaklah engkau merujuk ke sana kerana mengetahui cara mencari harta yang halal ini ialah wajib dan mencari harta yang halal itu wajib seperti wajibnya engkau sembahyang lima waktu.
4. Berdebat atau bertengkar dan suka membantah perkataan orang lain
Perkara-perkara ini adalah menyakiti hati orang yang dipercakapi dan terkadang sampai ke peringkat memperbodohkannya atau menyentuh hal-hal peribadinya kemudian dalam perbantahan dan pertengkaran ini selalunya tidak terlepas daripada memuji sendiri dan menganggapnya bersih daripada keaiban dan menganggap diri sendiri mempunyai kepandaian dan ilmu pengetahuan.
4. Berdebat atau bertengkar dan suka membantah perkataan orang lain
Kemudian pertengkaran ini menimbulkan pula permusuhan yang berterusan kerana engkau tiada bertengkar dengan orang jahil kecuali ia menaruh dendam untuk menyakiti engkau pada suatu masa nanti dan engkau tiada bertengkar dengan orang yang banyak sabar kecuali pada suatu masa nanti ia akan habis sabar dan akan marah kepadamu dan akan timbul benih-benih kedengkian di dalam hati.
4. Berdebat atau bertengkar dan suka membantah perkataan orang lain
Oleh itu Rasulullah S.A.W. bersabda:
Ertinya: Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia adalah di pihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah di tepi Syurga. Dan barang siapa sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan ia adalah berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah di tempat yang tinggi di dalam Syurga.
4. Berdebat atau bertengkar an suka membantah perkataan orang lain
Dan janganlah engkau tertipu dengan helah syaitan kerana syaitan selalu mengatakan: “Engkau mesti bertengkar dengan mereka kerana engkau adalah memperjuangkan kebenaran dan jangan berlemah lembut di dalam hal ini”. Sebenarnya syaitan telah berjaya menipu orang-orang yang bodoh sehingga mereka tercebur di dalam kejahatan sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat kebaikan. Syaitan dengan tipu helahnya selalu berusaha menampilkan kejahatan dalam bentuk kebaikan lalu ia mengolok-olok orang yang telah ia perdaya itu.
4. Berdebat atau bertengkar dan suka membantah perkataan orang lain
Membela kebenaran adalah satu perkara yang baik, iaitu di hadapan orang yang memang mahu menerimanya dan mestilah dengan cara nasihat dari hati ke hati bukan dengan cara bertengkar kerana nasihat itu mempunyai caranya yang tersendiri dan berhajat kepada kelembutan. Kalau tidak nasihat itu akan berbalik menjadi “Fadhihah” (pendedahan aib orang lain) maka jadilah kerosakkannya lebih banyak daripada kebaikannya.
4. Berdebat atau bertengkar dan suka membantah perkataan orang lain
Maka sesiapa yang selalu bergaul dengan Ulama zaman sekarang ini pasti dia akan orang yang suka bertengkar dan suka berdebat dan susahlah dia untuk berdiam kerana Ulama Su’ telah mengatakan bahawa pertengkaran itu adalah satu perbuatan yang terpuji dan kemampuan mengemukakan hujah-hujah dalam perbincangan itu satu perkara yang sangat baik. Maka hendaklah engkau lari daripada mereka (Ulama Su’) seperti engkau lari daripada harimau dan ketahuilah bahawa pertengkaran itu adalah salah satu di antara sebab yang menurunkan kemurkaan Allah Taala dan kemarahan manusia.
Memuji diri sendiri
Dalam hal ini Allah S.W.T. berfirman:
Maksudnya: “Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih tahu siapakah orang yang lebih bertakwa kepadaNya.”
(Surah An Najm, ayat 32)
Memuji diri sendiri
Pernah orang bertanya kepada seseorang Ahli Hikmah, “Apakah kebenaran yang buruk?” Lalu ia menjawap: “Pujian seseorang terhadap dirinya sendiri”. Dan ketahuilah bahawasanya memuji diri sendiri itu adalah mengurangkan daripada harga dirimu di sisi manusia dan menyebabkan turunnya kemurkaan Allah Taala. Apabila engkau mahu tahu bahawa pujianmu terhadap dirimu sendiri itu tidak menambah martabatmu di sisi orang lain, cuba engkau lihat ketika ada orang lain yang memuji dirinya sendiri di hadapanmu. Ia menyebut-nyebutkan kelebihan pangkat dan hartanya.
Cuba engkau rasakan betapa beratnya hatimu menerima ucapannya. Seakan-akan engkau menerima sesuatu bebanan yang sangat berat. Setelah itu lidahmu akan mencacinya sebaik sahaja ia beredar dari sisimu. Nah! Begitulah halnya apabila engkau memuji diri sendiri di hadapan orang lain mereka sebenarnya mencela engkau di dalam hati mereka ketika engkau masih berapa di hadapan mereka kemudian mereka akan mencela engkau pula dengan mulut apabila engkau beredar dari sisi mereka.
Melaknat
Jangan sekali-kali engkau melaknat sesuatu daripada makhluk Allah, sama ada binatang atau manusia dan jangan engkau hukumkan secara pasti ke atas seseorang daripada ahli qiblat (seorang muslim) bahawa ia telah menjadi kafir atau munafik kerana Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hatinya.
Maka jangan engkau campur tangan dalam urusan antara mereka dangan Allah. Dan ketahuilah bahawa pada hari kiamat nanti engkau tidak akan ditanya kenapa engaku tidak melaknat pulan bin pulan dan kenapa engkau diam (daripada menyebut kejahatannya) bahkan engkau tidak akan ditanya kenapa engkau tidak pernah melaknat iblis seumur hidupmu.
Engkau tidak ditanya dengan demikian pada kiamat nanti. Tetapi jika engkau telah melaknat seseorang maka engkau pasti akan ditanya kenapa engkau melaknat akan dia. Maka janganlah engkau melaknat apa saja daripada makhluk Allah ini. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. tidak pernah mencela makan yang rendah (yang tidak sedap), bahkan apabila beliau berkenan beliau akan memakannya dan apabila beliau tidak berkenan beliau meninggalkannya (dengan tanpa mencelanya).
Mendoakan celaka bagi orang lain
Maka hendaklah engkau memelihara lidahmu daripada mendoakan celaka terhadap siapa sahaja daripada makhluk Allah ini dan jikalau ada seseorang yang menzalimi engkau maka serahkanlah urusannya kepada Allah kerana ada disebut dalam sebuah hadis:
Ertinya: “Sesungguhnya orang yang terkena zalim itu mendoakan celaka ke atas orang yang menzaliminya sehingga sesuatu kecelakaan yang dibalakan ke atas orang yang zalim itu melebihi daripada balasan yang patut diterimanya. Maka orang yang pada mulanya zalim tadi (telah menjadi kena zalim pula) lalu ia menuntut haknya pada hari kiamat nanti ke atas orang yang kena zalim yang mendoakan celaka ke atasnya.”
Ada seorang yang sangat banyak memaki Al Hajjaj maka berkata kepadanya oleh seorang ulama: “Sesungguhnya Allah akan menyiksa orang yang memaki Al Hajjaj dengan lidahnya seperti halnya Allah menyiksa Al Hajjaj kerana zalimnya kepada orang lain.
Hajjaj bin Yusof As Staqafi ialah Gabenor Kufah yang alim tetapi banyak membuat kezaliman. Dia menjadi gabenor di zaman Bani Umaiyyah.
Bergurau, mengolok-olok dan mengejek orang lain
Maka hendaklah engkau memelihara lidahmu daripada mengolok-olok dan mengejek orang lain sama ada dalam bentuk percakapan yang bersungguh-sungguh ataupun dalam bentuk bergurau-gurau sahaja, kerana demikian menghilangkan air muka dan menghilangkan rasa haibat (gerun) dan terkadang membawa kepada rasa jauh hati dan menyakitkan hati. Maka dari situlah bermulanya pertengkaran dan kemarahan yang akhirnya membawa kepada putusnya hubungan dan permusuhan di dalam hati.
Maka janganlah engkau bergurau dengan seseorang, bahkan jikalau mereka cuba mengusik engkau maka jangan engkau peduli dan berpalinglah daripada mereka sehingga mereka bercakap perkataan yang lain.
Dan hendaklah engkau menjadikan dirimu daripada golongan orang yang disebutkan oleh Allah Taala dalam firmannya:
Maksudnya: “Dan apabila mereka melalui dengan perkara yang sia-sia mereka akan lalu dengan menjaga kehormatan diri.”
(Surah Al Furqan, ayat 72)
Inilah lapan perkara yang merupakan penyakit lidah yang besar maka tidaklah ada yang dapat menolong engkau dalam menjaga lidahmu kecuali hanya uzlah (mengasingkan diri) dan melazimkan diam. Dan hendaklah engkau bergaul dan bercakap sekadar keperluan sahaja. Dan adalah Saidina Abu Bakar Asiddiq R.A. selalu meletakkan batu di dalam mulutnya supaya dia dapat mencegah mulutnya daripada bercakap yang tidak perlu dan beliau mengisyaratkan kepada lidahnya: “Inilah yang banyak membawa aku ke jurang kebinasaan maka aku mestilah berjaga-jaga daripadanya.” Maka jagalah lidahmu baik-baik kerana ia adalah alat yang paling berkesan dalam membinasakan engkau baik di dunia ataupun di akhirat.
6 perkara yang mengharuskan seseorang mengumpat orang lain, iaitu:
1. Ketika mengadukan hal kezaliman orang lain terhadap kita di hadapan hakim dan seumpamanya dan maka ketika itu kita bolehlah mendedahkan keaibannya.
2. Ketika bermesyuarat untuk memperbaiki kesalahan seseorang maka bolehlah kita menyebut kesalahannya di hadapan orang yang datang membantu kita memperbaiki kesalahannya.
3. Ketika kita meminta fatwa daripada mufti maka bolehlah kita menyebutkan kesalahan orang yang bersabit dengan soalan kita.
4. Ketika kita memberi amaran kepada orang ramai supaya mereka tidak terikut-ikut dengan seseorang yang melakukan perbuatan yang salah maka terpaksa kita menyebut kesalahan orang yang berkenaan supaya orang ramai jangan tertipu dengannya.
5. Ketika menyebut seseorang yang telah dikenali dengan aibnya seperti kita menyebut seorang yang masyhur dengan nama: Mat Pincang dan sebagainya.
6. Menyebut kesalahan seseorang yang sudah tidak malu menzahirkan kefasikannya seperti orang yang suka meminum arak di hadapan orang ramai.
Peliharalah anggotamu yang zahir daripada maksiat-maksiat yang telah disebutkan sebelum ini. Dan ketahuilah bahawa perbuatan anggotamu yang zahir ini hanyalah timbul dari arahan yang datang dari dalam hatimu.
Dan apabila engkau bermaksud memelihara segala anggotamu yang zahir, maka mulakanlah perbaikan itu dengan membersihkan hatimu dan inilah yang dinamakan dengan “taqwa batin” dan hati yang ada di dalam dadamu itulah yang dinamakan dengan”mudh-gah” (seketul daging) yang apabila ia baik maka akan baiklah seluruh anggotamu dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh anggotamu dan kebersihan hati itu hanyalah dicapai melalui Al Muraqabah (menghadirkan hati bersama Allah dan merasakan pandangannya pada setiap masa).
Ringkas kata:
Bukankah Allah telah berfirman dalam Al Quran:
Maksudnya: “Dan bahwanya tidak ada sesuatu yang dapat diperolehi oleh seseorang itu kecuali sekadar usahanya.”

(Surah An Najm, ayat 39)
Dan Allah Taala berfirman lagi:
Maksudnya: “Hanya sanya kamu akan dibalas oleh Allah mengikut apa yang kamu lakukan.”

(Surah At Tahrim, ayat 7)
Dan firmannya lagi:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang baik akan dimasukkan ke dalam syurga dan orang yang jahat akan dimasukkan ke dalam neraka.”

(Surah Al Infithar, ayat 13-14)
Dan apabila engkau tidak meninggalkan usaha dalam mencari ilmu dan harta kerana bersandar kepada kemurahan Allah Taala, maka begitulah pula halnya, engkau tidak meninggalkan berbuat bekalan akhirat kerana bersandar kepada kemurahan Allah. Maka janganlah engkau malas berbuat ibadat kerana Tuhan Dunia dan Tuhan Akhirat itu satu sahaja. Dan Tuhan itu Maha Pemurah dan Maha Mengasihani, baik di dunia ataupun di akhirat.
Kemurahannya tidak bertambah dengan ketaatanmu; Dan kemurahannya bahwa ia memudahkan bagimu jalan yang dapat menyampaikan engkau ke negeri yang kekal abadi yang penuh dengan segala kenikmatan dan kebahagiaan dengan syarat engkau mampu bersabar menahan syahwatmu untuk beberapa hari yang sedikit sekali. Maka inilah kesudahan daripada kemurahannya.
Maka janganlah engkau berbisik di dalam dirimu dengan lamunan dan angan-angan kosong dan hendaklah engkau mencontohi kesungguhan orang-orang yang mempunyai kepandaian daripada para Anbia dan Salihin maka jangan engkau mengharapkan menuai buah yang tidak engkau tanam. Mudah-mudahan Allah memberi cucuran rahmat dan keampunannya kepada orang yang rajin berpuasa, sembahyang, berjihad dan bertaqwa.
Terima Kasih
Dan ketahuilah bahawasanya sesiapa yang mahu menjadi seorang alim tetapi tidak berusaha mencari ilmu dan hanya berkata: Allah itu Tuhan yang Maha Mulia lagi Maha Mengasihani. Dia berkuasa mencampakkan ilmu ke dalam hati para Anbia dan Aulia tanpa susah payah mengulangkaji dan mencatit”, maka orang yang berkata demikian sama halnya dengan seseorang yang mahu mendapatkan harta kekayaan lalu dia meninggalkan usaha.
Dia tidak mahu bertanam atau berniaga bahkan duduk sahaja di dalam keadaan menganggur sambil berkata: “ Allah itu Tuhan yang Maha Mulia lagi Maha Mengasihani dan bagiNya khazanah yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Dia berkuasa menunjukkan aku akan sesuatu perbendaharaan daripada perbendaharaan harta sehingga aku tidak perlu berusaha seperti apa yang dikurniakan kepada sebahagian hamba-hambaNya.”
Maka apabila engkau mendengar perkataan kedua orang ini, sudah tentu engkau akan menganggap bahawa orang yang berkata itu adalah orang yang bodoh dan sudah tentu engkau akan mengolok-oloknya, meskipun apa yang mereka sifatkan tentang kemurahan dan kekuasaan Allah Taala itu adalah sesuatu yang benar.
Maka begitulah halnya orang yang arif dalam agama, mereka akan mentertawakan engkau seandainya mereka melihat engkau memohon ampun dosa daripada Allah Taala tanpa sebarang usaha untuk mencapainya (tanpa bertaubat).
Ketahuilah bahawasanya apabila engkau melakukan sesuatu maksiat maka sebenarnya engkau melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badanmu yang merupakan nikmat Allah yang dianugerahkannya kepadamu dan menggunakan amanat yang diberikan kepadamu.
Jika ketika engkau menggunakan anggotamu untuk melakukan maksiat bermakna engkau menyalahgunakan nikmat yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang diberikan. Dan anggotamu adalah rakyatmu maka hendaklah engkau berfikir baik-baik bagaimana sepatutnya engkau menjaganya.
Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: Maka kamu semua adalah pengembala (pemimpin) dan kamu semua akan ditanyai tentang pengembalaannya (kepimpinannya)
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
daripada Ibnu Umar R.A.)
Dan ketahuilah olehmu bahawasanya semua anggotamu akan bersaksi di atas segala perbuatanmu di Padang Mahsyar kelak dengan menuturkan perkataan yang lancar dan terang. Anggotamu akan mendedahkan segala rahsiamu di hadapan perhimpunan agung di Padang Mahsyar.
Dalam hal ini Allah Taala telah berfirman:
Maksudnya: “Di hari itu (hari Qiamat) akan bersaksilah ke atas kamu olah segala lidahmu, tanganmu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di dalam dunia dahulu).”
(Surah An Nur, ayat 24)
Allah berfirman lagi:
Maksudnya: “Pada hari itu (hari Qiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi di hadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah perbuat (di dunia dahulu).”
(Surah Yaasin, ayat 65)
Maka jagalah baik-baik seluruh anggotamu. Khususnya anggotamu yang tujuh kerana pintu neraka itu tujuh pula dan telah ditentukan setiap pintu itu untuk dimasuki oleh kumpulan yang telah melakukan perbuatan maksiat dengan salah satu di antara tujuh anggota badan, iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki.
abcdefg
Full transcript