Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

TUGASAN KUMPULAN

No description
by

on 1 December 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of TUGASAN KUMPULAN

photo credit Nasa / Goddard Space Flight Center / Reto Stöckli
PENDAHULUAN
pengertian agama dapat dilihat dari sudut kebahasaan (etimologis) dan sudut istilah (terminologis).
Mengertikan agama dari sudut istilah kebahasaan akan terasa lebih mudah daripada mengertikan agama dari sudut istilah kerana pengertian agama dari sudut istilah ini sudah mengandung muatan subyektivitas dari orang yang mengertikannya (A. Facgrizal, 2010).
KEPENTINGAN AGAMA
Anggapan Hanya Satu Agama Yang Benar
Agama Dianggap Memberikan Kebenaran Absolut
Agama Dianggap Telah Memberikan Kebenaran Lengkap
Berpikir Hitam-Putih
Hanya Ada Satu Kemungkinan Interpretasi

KESAN-KEASAN KONFLIK AGAMA
CARA-CARA MANGATASI KONFLIK AGAMA
PEMBENTANGAN KUMPULAN
TAJUK : KONFLIK AGAMA

DISEDIAKAN OLEH :
WONG KEAN WAI (KETUA) 212748
LEE PEI LING 212877
TEOH HENG JUN 212879
YAP CHENG MIN 213230
NG KONG SENG 213239

Agama Sebagai Pembangunan Manusia Dalam Kehidupan
Pegangan agama juga boleh menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar budaya masyarakat.
Agama juga dapat membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakatserta perilaku dan tindakan mereka dalam kehidupan.
Agama memainkan peranan yang penting dalam membentuk pandangan dunia dalam kehidupan manusia serta mendatangkan ketenagan dan keamanan di kalangan penduduk dunia sehinggakan agama itu dijadikan sebagai sumber kekuatan dan mekanisme yang berpengaruh dalam pembentukan keselamatan serantau.
Agama Sebagai Pembangunan Manusia Dalam Kehidupan Agama Dalam Pendidikan
Agama Islam Penting Dalam Agama Persekutuan
Kepentingan Agama Dalam Politik
Untuk mendapat hidup berdampingan secara damai dan serasi dalam suatu masyarakat yang menganut berbagai agama, seseorang harus memperoleh pendidikan agama yang mantap dengan menitikberatkan pada nilai-nilai etika moral sebagai langkah positif yang pertama ke arah saling pergertian dan kerjasama yang lebih baik di antara semua pemeluk agama.
Berdasarkan kepada Perkara 3(1) Perlembagaan, agama Islam ternyata diberi kedudukan yang istimewa berbanding agama-agama lain di negara kita.
Peruntukan yang paling menarik ialah Islam ini diberi keutamaan dari segi urutan peruntukan dalam perlembagaan dan kedudukan yang istimewa ini telah diberi keutamaan tertinggi dari segi urutan apabila ia diletakkan lebih awal dalam Perkara 3.
Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan menunjukkan bahawa agama Islam telah diberi keistimewaan dalam perlembagaan berbanding agama-agama lain di negara ini.
Huntington (1993, 1997) yang mengenal pasti agama adalah asas budaya dan peradaban.
Bagi kaum Melayu, Islam memainkan peranan yang sangat besar dalam pembentukan nasionalisme Melayu.
Hujah Huntington (1997) yang menyatakan bahawa agama menjadi teras budaya dan seterusnya mempengaruhi setiap aspek dalam hidup manusia seperti politik, ekonomi dan sosial.
Agama dikenal pasti oleh Huntington (1997) sebagai asas pembentukan peradaban.
Menurut Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mendefinisikan kaum menggunakan agama dan ia diletakkan dalam perlembagaan. Oleh itu, perbezaan agama menjadikan persaingan politik tiada penghujungnya.
PUNCA-PUNCA KONFLIK AGAMA
Para Pemimpin Agama Seolah Mewakili Tuhan
Pertempuran Epik
Kambing Hitam
Penyebab Utama
Membuat Pembenaran



Kesan Konflik Agama Terhadap Ekonomi
Konflik-konflik situasi bersenjata, pelaburan dikurangkan, atau lebih tinggi kadar penggunaan kerajaan telah terbukti mempunyai kesan negatif ke atas ekonomi pembangunan (Barro, 1991; Tavares dan Wacziarg, 2001).
Jika konflik agama berlaku, keamanan negara akan terjejas. Keadaan ini akan menyebabkan pelabur-pelabur asing hilang kepercayaan mereka terhadap negara kita. Oleh itu, mereka tidak akan melabur wang mereka ke dalam negara yang tidak aman dan ekonomi negara kita akan menjadi mundur.
Kesan Konflik Agama Terhadap Pendidikan
Rusuhan kaum yang disebabkan oleh konflik agama akan menyebabkan keamanan negara terjejas.
Diskriminasi akan berlaku dimana pihak minoriti tidak diberi peluang pendidikan.
Penjejasan ekonomi negara juga mengakibatkan pihak minoriti tidak mampu membiayai yuran pendidikan.

Kesan Konflik Agama Terhadap Politik Negara
Agama tidak pernah bersifat neutral dari segi politik, tetapi mempunyai implikasi yang mendalam dalam menjana atau membubarkan konflik, sekali gus mempengaruhi dan menjejaskan dasar awam dan antarabangsa.
Pemimpin agama negara boleh mempengaruhi politik dengan strategi penguasaan politik identiti untuk memanfaatkan 'budaya etnik' dan 'budaya agama. Penyalahgunaan motivasi agama juga boleh menyebabkan aktiviti pengganas, termasuk yang berkaitan dengan al-Qaeda.
Pemimpin gerakan agama juga mentafsir agama mereka melebihi kepentingan orang lain dan mengaitkan tafsiran mereka dengan matlamat kuasa politik (Holenstein, 2005: 11) .

Kesan Konflik Agama Terhadap Keamanan Negara
Perang saudara mungkin berlaku di dalam sesebuah negara disebabkan oleh konflik agama. Semua kaum akan berjuang demi memelihara agama sendiri dan pembunuhan secara besar-besaran akan berlaku. Konflik agama akan menyebabkan kehilangan kepercayaan sesama kaum di dalam negara tersebut.
CTH: Pada tahun 1948, Nakba iaitu penghijrahan Palestin telah berlaku dimana 711,000 hingga 725,000 orang Arab Palestin meninggalkan, melarikan diri atau telah diusir keluar dari rumah mereka.
Undang-Undang
Konflik agama dapat dielakkan kerana rakyat mengetahui bahawa menimbulkan konflik agama merupakan satu kesalahan dan melanggar undang-undang negara.
Dalam perlembagaan Malaysia perkara 3(1) telah mencatatkan bahawa agama Islam sebagai agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini.
Undang-undang dapat memelihara damai dalam masyarakat, dan mengembangkan sistem penyelesaian perselisihan secara damai ( Wingarta. P.S, 2013).
Saling Memahami
Saling memahami antara satu sama lain bukan sahaja dapat mengatasi masalah konflik agama, tetapi juga boleh mencapai kehidupan yang harmonis dan sejahtera.
Megikut Shamsul Amri Baharuddin (2010) persefahaman atau saling memahami boleh diamalkan dalam konteks hubungan etnik melalui cara berikut iaitu:
i. Perlu saling mengenali antara satu dengan yang lain
ii. Berpegang teguh kepada ajaran agama dan mengamalkan nilai-nilai hidup murni.

Saling Menghormati
Sekiranya agama seseorang dihina atau tidak dihormati oleh peganut agama lain, pertelingkahan atau konflik akan berlaku secara langsung.
Mengikut Tony. B, 2007, kita patut rasa hormat, toleransi, dan bersikap keterbukaan terhadap agama orang lain. Setiap orang mestilah menghormati agama kaum lain atau orang lain dan memahami adat-istiadat agama orang lain.
Melalui Musyawarah Atau Syura
Mengikut Dra, Wiji Hidayati, M,Ag (2012), konsep mesyawarah atau syura ini dimaksudkan sebagai proses perbincangan, dan perundingan.
Syura adalah satu proses perbincangn bertujuan mencari kebenaran dan pembentukan consensus dalam perkara yang tertentu dan mencapai kepentingan individu dan juga masyarakat.
Dalam Al-Qur’an musyawarah sering merujuk pada penyelesainan konflik dan hubungan semasa kaum muslim mempunyai konflik dengan kaum bukan muslim.

Saling Menjamin
Mengikut Shamsul Amri Baharuddin (2010), asas ini dapat disempurnakan melalui nafkah keluarga, zakat, sedekah-sedekah yang tidak diwajibkan oleh undang-undang seperti wakaf dan kerjasama yang erat dalam masyarakat. Pendekatan Islam Hadhari mengemukakan dua prinsip kerjasama, iaitu:

i. Kerjasama umum, iaitu setiap individu bertanggungjawab untuk menjamin mata pencarian orang lain mengikut kemampuannya

ii. Prinsip jaminan sosial, iaitu tanggungjawab negara menjamin sesuatu tingkat kemakmuran bagi semua warga negara. Anggota masyarakat akan berasa selamat dengan jaminan tersebut. Mereka juga berasa aman dan hubungan yang baik dalam masyarakat dapat ditegakkan adat bersendi syarak, syarak bersendi kitab Allah (al-Quran) hendaklah diperkukuh agar dapat mempertahan warisan seni budaya Melayu yang beradat dan bersopan, di samping menghormati adat resam semua kaum bagi menjaga keutuhan budaya dan moral.
Full transcript