Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

My Previous School: SMK TINGGI KLANG

No description
by

Razis Iskandar

on 20 December 2013

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of My Previous School: SMK TINGGI KLANG

SMK TINGGI KLANG
Sejarah sekolah
Sekolah Tinggi Klang bermula dari sebuah atap kecil (14 Januari 1928).Pada masa itu di kenali sebagai 'Sekolah Sementara Inggeris‘. Jumlah murid yang mendaftar ialah seramai 62 orang. Encik S.C.E Singam sebagai pengetua dan seorang guru sahaja yang mengajar iaitu S.M.Thiagarajah. Pada tahun yang sama,pasukan pengakap ditubuhkan. Pada tahun 1929, terdapat 13 buah kelas dan 108 orang murid. Encik T.Mailavahanan dilantik sebagai pengetua.

Pada 20 Mac 1930, Sekolah Tinggi Klang telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Alauddin Sulaiman Shah G.C.M.G. Jumlah murid bertambah kepada 318 orang dan V.Ponniah sebagai pengetua serta guru seramai 9 orang. Permainan seperti badminton, ping pong, bolasepak dan kriket diperkenalkan sebagai ko-kurikulum Sekolah Tinggi Klang
Pada tahun 1941,SMK Tinggi Klang telah dijadikan ibu pejabat Medical Auxiliary Service untuk Klang Utara.Ia terdiri daripada 2 orang doktor dan 52 orang pembantu daripada sekolah ini. Sekolah telah dibuka semula oleh tentera Jepun,Encik V.K. Chinniah telah dilantik menjadi pengetua dan guru-guru yang lain masih sama.Selepas setahun sekolah dijadikan hospital tentera dan pusat pengawalan tentera. Semua murid dipindahkan ke Sekolah Pin Hwa,Jalan Harper,Klang.Bahasa penghantar pada masa itu ialah “Nippon Go’ dan ramai telah menjalani latihan Bahasa Jepun di bawah pensyarah Jepun di Klang dan Kuala Lumpur. Perang pasifik tamat dan SMK tinggi Klang digunakan sebagai hospital tentera oleh tentera British
Selepas itu SMK Tinggi Klang sering bertukar pengetua dan pembaharuan demi pembaharuan dibuat untuk meningkatkan prestasi sekolah. Kemudahan fizikal telah banyak dinaiktarafkan semasa Tuan Haji Salihuddin b. Mohd Said menjadi pengetua. Beliau amat menitikberatkan prasarana sekolah dan berusaha meningkatkan kualiti warga Sekolah Tinggi Klang. Pada tahun 2001,SMK Tinggi Klang mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya seorang wanita menyandang jawatan pengetua. Beliau adalah Puan Hajjah Siti Aishah bt. Haji Abdullah yang berwibawa dan berketrampilan tinggi. Beliau banyak berusaha mengembalikan kegemilangan SMK Tinggi Klang. Selepas beliau bersara, Pn.Hjh Sriyati bt. Abd Manan pula dilantik sebagai pengetua wanita kedua di SMK Tinggi Klang untuk menyambung usaha-usaha memartabatkan SMK Tinggi Klang sebagai sekolah cemerlang,gemilang dan terbilang
KOKURIKULUM SEKOLAH
Antaranya ialah

Pasukan Pengakap Darat
Kadet Remaja Sekolah
Persatuan Bulan Sabit Merah
Bomba dan Penyelamat
Kadet Polis
Persatuan akademik
Lambang Sekolah Menengah Tinggi Klang mempunyai 2 bilah keris merupakan Perlembagaan Diraja, bersilang antara satu sama lain dan jalur 7 yang berselang-seli dengan warna hijau dan kuning iaitu warna lambang kemegahan dan tradisi sekolah.Warna hijau membawa maksud
keyakinan dan daya usaha manakala warna kuning merupakan lambang diraja. Di sebelah atas lambang tercatat nama sekolah manakala di sebelah bawah pula terpampang moto sekolah iaitu “PROBITAS ET FIDES” yang bermaksud kesetiaan dan kejujuran .Perkataan ini berasal
daripada perkataan Latin.
SMK Tinggi Klang Sekolah Premier Terbaik Di Negeri Selangor Menjelang Tahun 2015
VISI
1. MenggunggulI kegemilangan kurikulum yang berterusan

2. Meningkatkan kegemilangan dan penglibatan menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum

3. Melahirkan pelajar bersahsiah mulia, berjiwa murni dan berdaya saing tinggi

4. Mewujudkan persekitaran psikososial yang kondusif dan selamat

5. Melaksanakan pengurusan dan pentadbiran yang berkualiti

6. Mencapai kecemerlangan sekolah melalui kerjasama dengan komuniti

MISI
Lagu Sekolah
O God almighty, we give thee thanks,
For our school the High school Klang,
And for the teachers who daily guide us,
With answers to questions asked,
Onward the spirit of close felowship,
And towards others in friendship and love,
May we never be found wanting,
The great courage of living and striving,
Dear High School Klang,
Thee oue dear Alma Mater,
Foward to serve we go now,
May we love thee forever more.
Full transcript