Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

APLIKASI NILAI-NILAI ISLAM DALAM KEHIDUPAN MAJMUK DI MALAYSIA

CTU 553
by

aizad osman

on 9 December 2012

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of APLIKASI NILAI-NILAI ISLAM DALAM KEHIDUPAN MAJMUK DI MALAYSIA

APLIKASI NILAI-NILAI ISLAM
DALAM KEHIDUPAN MAJMUK
DI MALAYSIA oleh :

Addeena Zainal
Aizad Osman
Hanis Athira PENDAHULUAN CABARAN
DAN CARA
MENGATASINYA SEKIAN.. KESIMPULAN KEPENTINGAN DAN KESAN PENGAPLIKASIAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM KEHIDUPAN MAJMUK DI MALAYSIA WASSALAM... Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat, aplikasi boleh ditakrifkan sebagai kegunaan (pd praktiknya); mengaplikasikan menggunakan secara praktik atau amali, melaksanakan atau menggunakan pada amalan; pengaplikasian perihal (perbuatan) mengaplikasikan sesuatu.



Raths, Harmin dan Simon(1980) merumuskan nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku. Garis panduan ini memberikan satu arah kepada kehidupan seseorang atau anggota sesuatu masyarakat. Mengikut Redfield(1953) nilai ialah suatu konsep tersurat atau tersirat bagi individu atau sifat-sifat bagi suatu kelompok yang dikehendaki yang mempengaruhi pemilihan ragam, maksud dan segala tindakan. Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya .

Maksud Islam ialah, Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peaturan dan undang-undang yang merangkumi penyusunan kehidupan manusia , baik yang mengenai orang perseorangan , kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan sekaligus menghubungkan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan , keselamatan , kesempurnaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat .
Masyarakat majmuk menurut kamus dewan membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum. Definisi masyarakat majmuk mengikut Furnival merujuk kepada pelbagai jenis manusia yang bercampur tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik yang sama. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan,agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri.
Dalam Islam, nilai agama bertunjangkan kepada tauhid dan bersendikan akidah. Bagi penganut agama Islam, nilai yang mereka pegang berpandukan kepada ajaran dan panduan al-Quran dan sunnah. Oleh kerana sebahagian besar penduduk negara ini beragama Islam, maka tentulah, nilai agama Islam berperanan dalam sejarah dan membentuk masyarakat Malaysia hingga hari ini
Aplikasi dalam kehidupan manusia dan masyarakat pula boleh dilihat pada zaman pemerintahan Nabi, Khalifah, Ummayah dan Uthmaniah. Konsep-konsep dalam Islam banyak di tonjolkan dari segi sistem politik, sosial, pemerintahan dan lain-lain aspek. Kehidupan berteraskan Islam merupakan suatu tuntutan yang perlu dilaksanakan. Allah S.W.T telah mengurniakan Islam sebagai cara hidup yang diredhai-Nya dan ianya telah disampaikan melalui pesuruh-Nya Nabi Muhamad S.A.W. Masyarakat menjadi lebih hebat dan bertamadun jika Islam diaplikasikan sepenuhnya dalam kehidupan.
PENTADBIRAN Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran adalah sebahagian daripada pelbagai usaha Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia.
Objektif dasar ini adalah seperti berikut:
• Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain.
• Menubuhkan sebuah 'negara bahagia'.
• Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan
• Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu. Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut ialah:
o Amanah
o Tanggungjawab
o Ikhlas
o Dedikasi
o Sederhana
o Tekun
o Bersih
o Berdisiplin
o Bekerjasama
o Berbudi Mulia
o Bersyukur Amanah
Bagi menjayakan tugas yang dipertanggungjawabkan, maka prasyarat utamanya adalah ia mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas berkenaan. Dengan tersedianya pengetahuan ini, maka ia dapat lebih mengutamakan kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi. Maka dengan begitu, penjawat awam dapat mengelakkan daripada penyelewengan tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang, peralatan dan tenaga kerja.
 
Tanggungjawab
Tidak hanya di hadapan majikan, tetapi yang penting adalah pertanggungjawaban di hadapan Allah sebagai penciptanya di hari akhir kelak. Dengan memegang teguh nilai ini, pentabir akan mempunyai sikap bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja ketika diperlukan. Tanggungjawab juga bermakna untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi atau institusi awam di mana ia bekerja serta bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara. Ikhlas
Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaannya dan mengikis sebarang unsur mementingkan diri sendiri dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah.

Dedikasi
Dedikasi bermakna bahawa penjawat perlu memiliki kesetiaan yang tinggi kepada tujuan organisasi di bawah peraturan-peraturan yang ada. Ia juga komited kepada sebarang perubahan yang positif dan demi untuk kebaikan bersama. Mempunyai sikap inisiatif dan proaktif dalam menjalankan tugas-tugas yang diberikan. Sederhana
Nilai sederhana yang dimaksudkan adalah menjamin perseimbangan equilibrium antara diri sendiri dan tugas. Ia perlu untuk menghasilkan keseimbangan dalam membuat keputusan dengan mengambil kira fakta-fakta yang terdapat di alam sekitar. Sikap ini juga mendorong terbentuknya sifat rajin dan gigih mempelajari serta menghasilkan kerja yang memuaskan semua pihak sehingga mencapai tahap cemerlang.
 
Tekun
Berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan serta rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk meningkatkan cara kerja. Dengan menghayati nilai-nilai ini, maka penjawat awam boleh meningkatkan imej perkhidmatan organisasi. Bersih
Penekanan nilai ini adalah mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas harian. Ia juga bertujuan membentuk amalan kebersihan pakaian, bangunan, alam sekitar dan bersih dalam pemilikan harta sebagai cara hidup. Berkhidmat demi kebajikan semata-mata dan menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan.

Berdisiplin
Nilai ini menekankan kepada penjawat untuk mengamalkan cara bekerja yang kemas, terancang, mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi. Dengan mengamalkan sikap ini, maka ia boleh mengetahui prioriti tugas dan mendahulukan yang lebih utama serta menepati masa dan janji. Bekerjasama
Penjawat awam dituntut untuk mengamalkan sikap saling tolong menolong dalam melaksanakan kerja dan sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebagai bahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama. Dengan begitu, penjawat awam dapat mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan dan mengelakkan konflik kepentingan peribadi yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara.
 
Berbudi Mulia
Nilai ini menekankan kepada budi bahasa yang tinggi dengan selalu bersikap bermanis muka sepanjang masa terutama ketika menghadapi pelanggan atau pelawat. Bertimbang rasa, bertolak ansur, menghormati rakan sejawat dan sentiasa berinisiatif untuk menolong pelanggan atau pelawat. Bersyukur
Pentadbir mesti memiliki sikap bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat. Ia juga berusaha untuk menghayati budaya kerja yang sopan dan tidak bertentangan dengan nilai-nilai agama seperti selalu berpikiran positif, gigih dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat, tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia. Berdasarkan kepada objektif-objektif ini adalah jelas bahawa dasar ini bukannya bertujuan mengislamisasikan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, tetapi sebenarnya memupuk amalan nilai-nilai murni yang boleh diterima oleh semua pihak dan golongan kerana agama-agama lain juga menitikberatkan amalan nilai-nilai seperti ini. EKONOMI Maksud ekonomi
Ekonomi Islam merupakan ilmu yang mempelajari perilaku ekonomi manusia yang perilakunya diatur berdasarkan aturan agama Islam dan didasari dengan tauhid sebagaimana dirangkum dalam rukun iman dan rukun Islam. Kepentingan ekonomi dalam kehidupan majmuk di Malaysia

Kedai’fan ekonomi umat Islam pada hari ini, sebahagiannya berpunca dari kegagalan umat Islam itu sendiri yang tidak menghayati ajaran Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap lagi sempurna. Sebagai umat Islam kita tidak perlu menjadi miskin dengan mengabaikan tuntutan hidup di dunia hanya kerana mahukan kehidupan yang bahagia di hari akhirat semata-mata, sedangkan kehidupan di dunia adalah jambatan untuk kehidupan di akhirat. Malaysia mempunyai 3 kaum majoriti iaitu melayu, cina dan india. Pada zaman sekarang, masyarakat bukan Islam amat menyukai untuk melabur dalam perbankan Islam.

Perbankan Islam adalah satu sistem perbankan berlandaskan lunas dan prinsip Syariah dan didukung oleh sistem ekonomi Islam.

Mengharamkan pengambilan riba’ (mengumpul dan memberi faedah), pengenaaan kadar faedah yang terlalu tinggi kepada pinjaman dan perniagaan yang tidak halal di sisi Islam, perbankan Islam kini semakin berkembang sebagai tren terkini senario perbankan global. Pelaksanaan sistem ekonomi Islam secara sepenuhnya membawa kearah keamanan dan keadilan sosial. prinsip pegangan dalam ekonomi Islam ialah Allah (s.w.t) sebagai empunya mutlak segala harta kekayaan, manusia pula bertindak sebagai pihak pengusaha yang menjalankan amanah dengan baik, mengamalkan dasar terbuka, tolong-menolong dan bekerjasama dalam masyarakat.

Pelaksanaan sistem ini lebih penting lagi menjauhkan manusia dari kemurkaan Allah (s.w.t) dan penyakit hati seperti dengki, khianat, pergaduhan dan kezaliman yang kesannya akan merugikan umat Islam sendiri secara keseluruhannya. Kemiskinan

Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional.

Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya ia dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur. Seterusnya, ia boleh menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

Dalam menjalankan kegiatan ekonomi, kita perlu berwaspada, agar ianya dilaksanakan berdasarkan syariat Islam yang telah menggariskan etika dan peraturan yang perlu dipatuhi dalam menjalankan kegiatan ekonomi.

Islam amat menitik berat soal keadilan dalam semua perkara, dengan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, manipulasi pasaran dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak-pihak tertentu. Kesan kepada Ekonomi Penyusunan Semula Masyarakat

Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.

Untuk mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun dengan meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luarbandar.

Selain itu, ia akan mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkanbilangan kaum. Ia juga boleh menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi. Mengurangkan beban cukai

Cukai adalah sesuatu yang membebankan rakyat Malaysia, tetapi ia banyak memberikan banyak kepentingan kepada setiap rakyat Malaysia. Dengan meningkatkan paras pendapatan yang dikecualikan cukai ke RM12,000 setahun di samping meningkatkan elaun anak-anak ke paras yang munasabah, selain itu, dengan meningkatkan paras pengecualian cukai pendapatan untuk isteri yang bertugas sebagai suri rumah sepenuh masa sebagai tanda penghargaan akan sumbangan besar mereka. Menyemak semula sistem percukaian negara secara keseluruhannya, dengantujuan untuk memperkukuhkan hasil kerajaan sambil mengurangkan beban cukai terhadap rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. SOSIAL Masyarakat menurut definisi kamus dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. KEPENTINGAN

Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara

Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Kesan Ke atas Individu
 
Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyakkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.
  Kesan kepada sosial Kesan Ke atas Keluarga
 
Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain. Kesan Ke atas Masyarakat

Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, masyarakat kita akan hancur. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.
Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini memberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat Kesan Ke atas Negara
 
Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat.
Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk. CABARAN

Setiap perlaksanaan sesuatu perkara yang berkaitan Islam sudah tentu ada cabarannya. Lebih-lebih lagi pengaplikasian nilai-nilai Islam kepada mereka yang bukan Islam. Sudah tentu mereka beranggapan bahawa masyarakat Islam cuba mengislamkan mereka. Namun yang demikian, antara cabaran yang berlaku dalam sistem pentadbiran di Malaysia lebih bersifat politik. PENTADBIRAN Perbezaan fahaman politik.
Perbezaan fahaman politik merupakan isu yang tidak asing lagi dalam kancah politik di Malaysia. Perbezaan fahaman politik yang terlalu extreme ini menyebabkan mereka sukar untuk menerima pengaplikasian nilai-nilai Islam ini dalam sistem pentadbiran. Mereka berpendapat bahawa, apabila mereka mengaplikasikan nilai-nilai ini, maka sekaligus fahaman politik mereka juga akan diubah dan menyokong Islam.
Perkara ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya mereka mampu mengerti nilai Islam yang rata-rata menyeru ke arah kebaikan yang sekaligus memberikan impak yang positif kepada semua masyarakat bukan sahaja masyarakat Islam di negara kita. Sikap prejudis kepada umat Islam

Sikap prejudis kepada umat Islam yang semakin membelenggu umat Islam semakin kuat selepas serangan 11 September 2001. Ini terus menyebabkan masyarakat bukan Islam terus mengangkat yang umat Islam ini pengganas. Perkara ini sukar dihapuskan sehingga hari ini. Sikap prejudis ini meyebabkan masyarakat bukan Melayu sukar untuk menerima Islam lebih-lebih lagi untuk mengaplikasikan sesuatu yang berkaitan Islam. Hal ini merupakan antara cabaran terpenting dalam usaha kita untuk mengapliksikan nilai-nilai Islam terutamanya dalam sistem pentadbiran dan politik di Malaysia. Semangat perkauman yang menebal

13 Mei sekali lagi datang dengan catatan sejarah yang amat bermakna di dalam kamus rakyat Malaysia. 13 Mei tidak akan pernah luput di dalam sanubari setiap rakyat Malaysia dahulu mahupun sekarang. Peristiwa berdarah 13 Mei memberikan tamparan yang hebat ekoran daripada sesetengah pihak yang mencetuskan entiti perkauman sempit. Cara Mengatasi

Perbincangan
Melalui perbincangan, pelbagai masalah boleh diselesaikan. Perbincangan telah pun diguna pakai sejak zaman Rasullulah lagi. Syura adalah proses perbincangan dan perundingan untuk mengeluarkan keputusan atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ia adalah merupakan sebuah medan untuk mewujudkan kesatuan pemikiran (wehdatul fikr) yang akan menjurus kepada kesatuan amal (wehdatul amal). Pandangan-pandangan yang pelbagai ini perlu digarap dan diharmonikan untuk mengeluarkan satu keputusan yang benar-benar matang demi kepentingan bersama. Penjelasan
Penjelasan terhadap erti sebenar nilai-nilai Islam amat perlu dilakukan kepada masyarakat majmuk di Malaysia terutamanya yang bukan beragama Islam. Penggunaa teknologi terkini seperti internet perlu digunakan sebaik mungkin dalam memperjelaskan perkara ini kepada mereka. Blog dan facebook boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Namun begitu, teknologi hari ini semakin salah digunakan oleh pihak-pihak tertentu yang terus ingin memecah belahkan masyarakat di Malaysia. Perpaduan
Apabila perpaduan disemai dan semua masyarakat di Malaysia mengerti akan maksud perpaduan yang sebenar, sikap mementingkan diri sendiri akan hilang dan sekaligus masyarakat bukan Islam akan mengerti akan kepentingan mengaplikasikan nilai-nilai Islam di dalam sistem pentadbiran. Cabaran dan Cara Mengatasi

Gagasan Satu Malaysia: Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
memfokuskan bidang keberhasilan utama
Menggubal Rancangan Malaysia ke sepuluh
tiada rakyat negara ini yang hidup dalam kemiskinan EKONOMI Cabaran

Seringkali wujud konflik dalam pemilihan dan penetapan nilai-nilai masyarakat kerana ia melibatkan pelbagai pihak yang memiliki sistem nilai individu yang didasari oleh pengalaman, kekangan dan kepentingan peribadi. Selain itu, komponen nilai-nilai ini sama ada nilai individu dan masyarakat, seringkali berubah mengikut konteks dan situasisemasa. Sistem nilai masyarakat
lazimnya diadaptasi berdasarkan kepentingan dan komitmen sosial, budaya, ekonomi dan politik. Perbezaan dan kepelbagaian kepentingan dan komitmen dalam semua aspek tersebut menyukarkan pembinaan satu set etika atau norma, atau sistem nilai yang memuaskan hati setiap pihak. Suatu tingkahlaku yang dikatakan ‘beretika’ dan ‘bertanggungjawab’ bagi suatu komuniti mungkin tidak bagi individu atau komuniti yang lain. Penerimaan atau penolakan terhadap sesebuah sistem nilai juga mungkin berdasarkan kepercayaan dan tradisi yang dipegang oleh suatu kelompok. SOSIAL Cara Mengatasi :
 
Aplikasi Nilai-Nilai dalam masyarakat majmuk di Malaysia adalah amat diperlukan dan sangat penting kerana Islam menyarankan supaya kita menjalin hubungan baik dengan cara bertolak ansur, saling menghormati dan bantu membantu antara satu-sama lain. Cara mengatasi masalah negatif yang ada di dalam masyarakat Malaysia sekarang terdiri daripada gotong royang sesama komuniti, kunjung mengunjungi sesama jiran tetangga mahupun keluarga. Langkah pertama yang perlu dibuat ialah memahami punca kepada gejala sosial yang berlaku. Kita yakin bahawa apabila Muslim meninggalkan agamanya atau tidak kukuh pegangannya, maka berlakulah kerosakan demi kerosakan ke atas ummah dan negara. Kesan dari kecuaian individu Muslim itu akan menyebabkan masyarakat menjadi binasa.

Langkah kedua yang perlu dilakukan ialah mengambil tindakan untuk menyekat atau menghalang punca kepada kemungkaran yang berlaku. Kalau pun kemungkaran tidak boleh dibanteras semua, tetapi ia tetap boleh dikurangkan. Dalam hal ini, orang Islam memerlukan kuasa, samada kuasa di peringkat yang paling bawah iaitu ibu bapa mahupun peringkat yang paling tinggi iaitu pemerintah. Kuasa ibu bapa ialah dengan mendidik, mengasuh, membentuk, serta membimbing anak-anak dengan ajaran Islam. Para ibu bapa juga boleh merancang program-program kebajikan, sosial, dan pendidikan di tempat tinggal masing-masing bagi meminimakan masalah sosial dalam masyarakat setempa Kita semua perlu memahami secara jelas konsep-konsep masyarakat (sosial) itu sendiri atas sebab-sebab berikut:

Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat
manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat
Memahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain; dan
Terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Sehubungan dengan itu, sifat dan ciri-ciri masyarakat juga perlu diketahui dan difahami kerana masyarakat itu adalah sesuatu yang dinamik. Ciri-ciri utama masyarakat (sosial) adalah seperti berikut :

Berkelompok
Berbudaya
mengalami perubahan
Berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar)
mempunyai kepimpinan dan
mempunyai aturan sosialnya Pembentukan bangsa malaysia boleh diukur berpandukan tiga perspektif utama :
Kenegaraan
kewarganegaraan
kebangsaan Dalam konteks Malaysia, asimilasi budaya pelbagai kaum telah, sedang dan akan terus berlaku. Rakyat harus mempunyai sifat bersih, cekap dan amanah. Hal ini menyebabkan titik pertemuan kaum semakin luas. Titik pertemuan yang menjadi nilai hidup bersama, yakni budaya masyarakat yang menginginkan kebaikan. Jadi, titik pertemuan adalah kunci untuk mencapai matlamat terpenting negara, iaitu penyatuan melalui keperibadian kebangsaan yang jitu. Kesimpulannya,nilai-nilai Islam merupakan satu aspek yang penting dalam mencorakkan budaya hidup manusia. Nilai Islam jugalah yang mencerminkan norma masyarakat. Norma ini amat penting bagi mengawal tingkah laku manusia atau kelompok masyarakat kerana jika setiap anggota kumpulan masyarakat dibiasakan membuat apa sahaja tanpa peraturan dan pantang larang, maka sesuatu perkara itu akan dilakukan mengikut sesuka hati sahaja tanpa memikirkan persepsi serta pandangan masyarakat atau orang yang berada disekeliling. Selepas memperhatikan kepelbagaian nilai, kita dapat mengetahui nilai yang bertumpu kepada orang Melayu. Hakikatnya, kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah kalau kita gagal memelihara keharmonian dan nilai yang dibawa oleh agama. Sebagai anutan majoriti, nilai Islam menjadi asas kepada membina keharmonian masyarakat di Malaysia dan seharusnya mendapat sokongan semua pihak. Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang mempraktikan toleransi agama dan kaum.

Oleh yang demikian, maka jelaslah bahawasanya, Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup unik kerana mampu menggabungkan pelbagai kaum dan etnik untuk duduk beratu di bawah naungan satu kerajaan dan lantas sudah cukup untuk menjadikan Malaysia dikenali sebagai sebuah negara majmuk.
Full transcript