Loading presentation...

Present Remotely

Send the link below via email or IM

Copy

Present to your audience

Start remote presentation

  • Invited audience members will follow you as you navigate and present
  • People invited to a presentation do not need a Prezi account
  • This link expires 10 minutes after you close the presentation
  • A maximum of 30 users can follow your presentation
  • Learn more about this feature in our knowledge base article

Do you really want to delete this prezi?

Neither you, nor the coeditors you shared it with will be able to recover it again.

DeleteCancel

Make your likes visible on Facebook?

Connect your Facebook account to Prezi and let your likes appear on your timeline.
You can change this under Settings & Account at any time.

No, thanks

OREN

No description
by

cik niwa

on 22 April 2015

Comments (0)

Please log in to add your comment.

Report abuse

Transcript of OREN

SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren. Ayah yang pada mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah membawa Oren pulang dan dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Pertanyaan ibu mengenai Oren terjawab juga apabila ayah memberitahu bahawa dia telah melanggar ibu Oren. Tidak beberapa lama kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang akhirnya telah menimbulkan konflik kepada Oren.
SINOPSIS
Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah dan seisi keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren yang berasa iri hati dengan Kelabu yang berjaya menawan hati mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren, ayah amat berasa kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi realitinya Oren telah ditemui mati oleh Anis di celah pokok tua yang tumbang.
TEMA
Kasih sayang kepada binatang.

Buktinya, ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren dan Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk memelihara binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih sayang yang sepenuhnya.

PERSOALAN
Keprihatinan antara ahli keluarga

Ibu berpesan kepada anak-anaknya supaya tidak memberikan pandangan yangakan menyebabkan ayah berasa bimbang atau tersinggung.

Rasa simpati terhadap haiwan

Ayah terlanggar seekor kucing. Ayah berasa tersentuh apabila melihat seekor anak kucing mengiau-ngiau di hadapan kucing yang dilanggarnya itu. Ayah mengambil anak kucing tersebut untuk dipelihara.
PERSOALAN
Tanggungjawab seseorang atas haiwan peliharaan

Ayah berasa gelisah apabila kucingnya, Oren sudah empat hari tidak pulang ke rumah. Ayah bertanya kepada anak-anaknya jika terlihat kelibat Oren.

Sifat cemburu antara makhluk Tuhan


Oren iri hati melihatKelabu lebih mesra dengan ayah walaupun Kelabu baharusahaja dipungut oleh ayah. Kelabu membawa diri, lalu mati kerana dihempap sebatang pokok tua di taman permainan.
WATAK DAN PERWATAKAN
Ayah “aku”

(a) Ayah kepada dua orang anak perempuan dan
seorang anak lelaki.
(b) Membela dua ekor kucing.
(c) Suka akan kucing.
(d) Seorang yang prihatin dan bertanggungjawab.
(e) Bersikap pilih kasih.
LATAR
NILAI DAN PENGAJARAN
DISEDIAKAN OLEH:
CIK MAZUEM BT ABDUL RAHMAN
SMAP BENTONG
CERPEN OREN
Karya: Saifullizan Yahaya
Oren

(a) Anak kucing yang dikutip oleh Ayah.
(b) Mempunyai bulu yang berwarna oren.
(c) Kucing yang pasif dan suka bersendirian.
(d) Mati akibat dihempap pokok tua yang tumbang
akibat angin yang kencang.
(e) Pembersih – Membuang najis di dalam tandas
atau di dalam longkang.
(f) Cemburu – Iri hati dengan kelabu kerana Kelabu
lebih mesra dengan ayah.

Kelabu

(a) Kucing yang dikutip oleh ayah selepas Oren.
(b) Bulunya berwarna kelabu dan menarik seperti
kucing siam.
(c) Kucing yang amat manja dan jinak.
(d) Sering menyambut ayah pulang dari pejabat.
(e) Lebih menarik daripada Oren – tangkas, lincah
dan rajin menyambut ayah pulang dari
pejabat.
Latar masyarakat
i. Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing –

Ayah dan keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah
memelihara dua ekor kucing

ii. Masyarakat yang bertanggungjawab

Ayah yang melanggar ibu Oren telah bertanggungjawab dengan
membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara

iii. Masyarakat yang pemurah

Ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan mereka dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti susu


Latar Masa
i. Kehilangan Oren selama empat hari
ii. Sudah seminggu hujan turun
iii. Setiap malam
iv. Hujung pertengahan Disember
v. Makan malam
vi. Dua hari yang lalu

Latar Tempat/ Ruang
i. Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah
ii. Halaman rumah – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di kawasan halaman rumah
iii. Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis
iv. Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu
v. Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang tamu untuk bermanja dengan ayah
vi. Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya
Full transcript